Salam sejahtera dan salam perpaduan Sains KKSR. Berikut disertakan beberapa video PdPc bagi Sains Tahun 4 Unit 9: Sistem Suria yang mengandungi 3 video:
Video-video ini dibangunkan oleh Learning Port Interactive yang boleh didapati pada laman Youtube. Selamat belajar!
0 Comments
Salam sejahtera dan Selamat belajar Sains. Umumnya, kaedah nyanyian merupakan salah satu cara yang popular untuk mempelajari Sains, terutamanya dalam kalangan murid sekolah rendah. Oleh itu, tidak hairanlah jikalau semakin banyak lagu parodi Sains telah dihasilkan oleh guru-guru Sains yang dedikasi dan berbakat untuk menggalakkan anak muridnya untuk membaca dan menyanyikan lagu Sains. Tindakan ini juga diharapkan dapat memupuk dan meningkatkan minat murid-murid dalam mata pelajaran Sains. Oleh itu, pada kali ini, penulis ingin mengongsikan beberapa lagu parodi Sains yang berkaitan dengan Sains Tahun 4 Unit 9: Sistem Suria. Penulis ingin menegaskan di sini bahawa lagu-lagu berikut bukanlah dihasilkan oleh penulis, tetapi oleh guru-guru seperti pada kredit di bawah. Penulis hanyalah mengumpul dan mengepos semula untuk memudahkan guru-guru atau murid-murid untuk mencari dan mengulang kaji pelajaran. Selamat menyanyi! Lagu 1: Cintaku Sistem Suria oleh Cikgu HalinaSains Tahun 4 Unit 9: Sistem Suria Tajuk Unit: Ahli-Ahli Sistem Suria Tajuk Lagu: Cintaku Sistem Suria Melodi: Aku Suka Dia (Ainan Tasneem) Lirik: Cikgu Halina Aku lihat dia di sana Aku ingin mengenalinya Dia bernama Sistem Suria Lalu ku dekati ahlinya Ada pun lapan planetnya Pertama Utarid namanya Dekat Mataharilah dia Sangat tinggi pula suhunya Paling panas permukaan dia Atmosfera perangkap haba Zuhrah pula planet yang Nombor dua Itulah dia kisahnya.. oooo Bumi pula tempat tinggalku Planet ketiga Sistem Suria Udara dan suhu dia Buat aku hidup selesa Marikh pula menyusul tiba Merahlah dia warna dia Keempat dalam Sistem Suria Berkawah bersalji kutubnya Planet besar Musytarilah diriku Ahli kelima darinya Kerna dia ringan yang terlalu Gas-gas termampat padanya Mungkinkah aku kan Berjumpalah Zuhal Ada gelang melingkarinya Planet keenam dalam Sistem Suria Ais dan debu asalnya… oooo Kuterima satu nota darimu Yang tertulis “Aku Sistem Suria” Sistem Suria Matahari pusatnya Komet, Planet, Asteroid Meteoroid dan Satelit semuanya Itulah kisah hikayatku Akhirnya kini ku yang ketujuh pula Ku temu Uranus nan biru Akhirnya kini, aku kelapan pula Neptun jauh dan sejuk pula… huoooo Aku Sistem Suria Lagu 2: Sistem Suria oleh Cikgu AziahSains Tahun 4 Unit 9: Sistem Suria Tajuk Unit: Ahli-Ahli Sistem Suria Tajuk Lagu: Sistem Suria Melodi:Aisyah (Projektor Band) Lirik: Cikgu Sharifah Aziah Lalala… Sistem Suria… Lalala… Mari kita lihat sistem suria Sistem suria ada dalam Bima Sakti Oh apakah pusat sistem Suria Dia Matahari Oh apakah ahli Sistem Suria Lapan planet kelilingi Matahari Ada komet, bulan dan asteroid Dan juga meteoroid Utarid Zuhrah Bumi Marikh Musytari Zuhal Uranus, dan juga Neptun Zuhrah paling panas Bumi paling sesuai untuk tamping hidupan Neptun planet paling jauh paling sejuk Musytari planet yang paling besar Zuhal ada gelang Marikh planet merah Planet Uranus Biru Kehijauan Oh apakah yang akan terjadi Jika Bumi dekat dengan Matahari Bumi akan jadi sangat panas Dan tiada hidupan Jika jauh dari Matahari Suhu Bumi akan jadi sangat rendah Tiada haba dari Matahari Semua jadi beku Ulang Chorus Lagu 3: Lagu Sistem Suria oleh Cikgu SafuanSains Tahun 4 Unit 9: Sistem Suria Tajuk Unit: Ahli-Ahli Sistem Suria Tajuk Lagu: Sistem Suria Melodi: Ku Rela Dibenci (Aiman Tino) Lirik: Cikgu Mohamad Safuan Rozak Mari mengenal sistem suria Sang Matahari itu pusatnya Menyinari duniaku Lapan planet kesemuanya Utarid Zuhrah, Bumi Marikh, juga Musytari Zuhal Uranus dan juga Neptun Adanya obit jalan laluan kelilingi sang suriaku Batuan logam asteroid itu Antara Marikh juga Musytari di jalur itu Bulan satelit semua jadi Terus setia kelilingi planet juga Bumi Sang komet bergumpal debu Metoroid ketulan batu Sepihan meteoroid di atmosphera Dipanggil meteor Meteorit terhempas ke Bumi Entah man-nya kau akan terjadi Kebesaran Illahi Itulah lagu Sistem Suria Ini Senarai ini akan dikemaskini sekiranya penulis terjumpa sesiapa guru Sains dedikasi yang telah menghasilkan lagu parodi untuk unit yang sama. Sekiranya cikgu-cikgu terjumpa lagu parodi bagi unit yang sama tetapi tidak sempat dikemaskini oleh penulis, maka sudi-sudilah tinggalkan komen pada ruangan bawah supaya cikgu-cikgu lain tahu dan mendengarnya. Sekian, terima kasih. Salam perpaduan Sains KSSR. Berikut disertakan cadangan rancangan pengajaran harian (RPH) bagi Sains Tahun 4 Unit 9: Sistem Suria dalam bentuk PDF untuk perkongsian idea dalam kalangan guru. Semoga guru mendapat manfaat dan perbincangan bersama. ![]()
Sekiranya cikgu-cikgu ingin mendapatkan RPH unit ini dalam bentuk words, sudi-sudilah tinggalkan komen dan email untuk urusan seterusnya. Terima kasih. - KEMAS KINI -Memandangkan semakin banyak cikgu yang meminta RPH unit ini dalam bentuk words dan penulis tidak mampu untuk membalas satu per satu, maka di sini disertakan RPH bagi Unit ini dalam bentuk words. Untuk mengelakkan font dan margin terlari, cikgu-cikgu juga diminta untuk memuat turun dan memasang font yang digunakan, iaitu font Blokletters Viltstift. (Ini juga merupakan salah satu sebab mengapa penulis tidak memuat naik rph words pada asalnya). Sekiranya cikgu-cikgu memuat turunnya, maka mohon agar meninggalkan komen sekurang-kurangnya ucapan terima kasih pada ruangan di bawah. Terima kasih.
Salam perpaduan Sains KSSR. Berikut disertakan beberapa video mengenai pengajaran Tahun 4 Unit 9: Sistem Suria yang mengandungi 6 video:
(A) Ahli Sistem Suria
(B) Saiz Relatif
(C) Jarak Relatif
Rujukan: Badan Pembangunan Kurikulum. (2013). Kurikulum Standard Sekolah Rendah: Dokumen Standard Kurikulum Dan Pentaksiran Sains Tahun 4. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia. Sopia binti Md. Yassin, Asselawati Binti Md. Shah & Amir Hamzah Bin Suleiman. (2013). Sains Tahun 4 Sekolah Kebangsaan. Selangor Darul Ehsan: Dewan Bahasa dan Pustaka. |
Mengenai PenulisSeorang guru Sains sekolah rendah yang kini mengajar di SK Kampung Senau, Dalat, Sarawak. Archives
November 2019
Categories |
Proudly powered by Weebly