Salam perpaduan dan salam belajar Sains. Kuiz ini dihasilkan menggunakan Google Forms untuk menguji kefahaman Sains Tahun 5 Unit 9: Jirim. Sumber daripada pelbagai buku rujukan dengan pengubahsuaian. 20 soalan berserta dengan ulasan feedback sekiranya menjawab salah. Sijil penyertaan akan diberikan kepada murid yang berjaya menjawab betul 70% markah dan ke atas. Sila klik pautan ini: https://forms.gle/sGXfN9Mv7xek6DmN9 Boleh kongsikan keputusan anda di sini juga.. Selamat menjawab dan semoga berjaya!!
1 Comment
Salam sejahtera dan salam perpaduan Sains KKSR. Berikut disertakan beberapa video PdPc bagi Sains Tahun 5 Unit 9: Tenaga yang mengandungi 6 video:
Video ini dibangunkan oleh Learning Port Interactive yang boleh didapati pada laman Youtube. Selamat belajar! Salam sejahtera dan Selamat belajar Sains. Umumnya, kaedah nyanyian merupakan salah satu cara yang popular untuk mempelajari Sains, terutamanya dalam kalangan murid sekolah rendah. Oleh itu, tidak hairanlah jikalau semakin banyak lagu parodi Sains telah dihasilkan oleh guru-guru Sains yang dedikasi dan berbakat untuk menggalakkan anak muridnya untuk membaca dan menyanyikan lagu Sains. Tindakan ini juga diharapkan dapat memupuk dan meningkatkan minat murid-murid dalam mata pelajaran Sains. Oleh itu, pada kali ini, penulis ingin mengongsikan beberapa lagu parodi Sains yang berkaitan dengan Sains Tahun 5 Unit 9: Jirim. Penulis ingin menegaskan di sini bahawa lagu-lagu berikut bukanlah dihasilkan oleh penulis, tetapi oleh guru-guru seperti pada kredit di bawah. Penulis hanyalah mengumpul dan mengepos semula untuk memudahkan guru-guru atau murid-murid untuk mencari dan mengulang kaji pelajaran. Selamat menyanyi! Lagu 1: Jirim oleh Cikgu AziahSains Tahun 5 Unit 9: Jirim Tajuk Lagu: Jirim Melodi: Hang Pi Mana (Khalifah) Lirik: Cikgu Sharifah Aziah Jirim objek ada jisim Boleh lihat, boleh sentuh Boleh rasa, penuhi ruang Ada di sekeliling, tiga keadaan Ada pepejal, cecair, dan juga gas Pepejal, cecair, dan juga gas ada sifat-sifatnya Ketiga-tiga memenuhi ruang dan punyai jisim Hanya pepejal punyai bentuk tetap tidak berubah Cecair dan gas tiada bentuk tetap dan mengikut bekas Cecair jisim dan isipadu tetap Tak macam isipadu gas tidak tetap Dan hanya gas yang boleh dimampat Itulah semua sidat keadaan bahan Air juga wujud dalam tiga keadaan bahan Jadi pepejal, cecair dan juga gas Pendidihan penyejatan dan peleburan Kondensasi dan juga pembekuan Air juga wujud dalam tiga keadaan bahan X2 Boleh jadi pepejal, cecair dan jadi gas X2 Pendidikhan penyejatan kondensasi peleburan X2 Jangan lupa ada juga proses pembekuan Hmmm…. Kan saya dah beritahu Air ada tiga keadaan bahan Jangan lupa proses itar air Penyejatan, kondensasi, jadi awan Lepas tu… Hujan! Pembekuan cecair jadi pepejal Peleburan pepejal jadi cecair Pendidihan cecair menjadi gas Pada takat didih 100 darjah celcius Penyejatan juga cecair jadi gas Suhu tinggi ada angina Besar luas permukaan Lagi cepat penyejatan Kondensasi terbalik Gas jadi cecair Lagu 2: Proses Perubahan Bahan oleh Cikgu Tun AzlinaSains Tahun 5 Unit 9: Jirim Tajuk Lagu: Proses Perubahan Bahan Melodi: Lirik: Cikgu Tun Azlina Pepejal ke cecair Pembekuan! pembekuan! Cecair ke pepejal Mari kita meneliti perubahan bahan Yang ada lima proses Peleburan, pembekuan dan pendidihan Kondensasi dan penyejatan Itulah prosesnya Mari kita sama-sama menelitinya Proses perubahan bahan Pendidihan ! pendidihan! Cecair jadi gas Kondensasi! kondensasi! Gas kepada cecair Penyejatan! penyejatan! Cecair jadi gas Itulah prosesnya Peleburan, pembekuan dan pendidihan Kondensasi dan penyejatan Itulah prosesnya Mari kita sama-sama menelitinya Proses perubahan bahan 2X ![]()
Lagu 3: Jirim oleh Cikgu HalinaSains Tahun 5 Unit 9: Jirim Tajuk Lagu: Jirim Melodi: Aisyah (Projektor Band) Lirik: Cikgu Halina La.. La.. La.. La.. Laaaa… Jirim jirim jirimku happy Mari-mari kita kenali mereka Gas Pepejal, cecair namanya Tiga keadaan Satu dua tiga oh jirimku Gas isipadu penuhi oh ruangku Ada jisim, cecair sifatnya Ikut bentuk bekas Jirim Bentuk tetap tetap penuh ruang ini Jisim kau isipaduku itulah pepejal Percaya padaku Ku akan bolehlah berubah mari kenali Jirim Beku lebur didih sejat kondensasi Boleh berubah oh itulah proses kamu Air pun berubah Faham prosesnya Tasik sungai mata air semula jadi La.. La.. La.. La.. Laaaa… Senarai ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa sekiranya penulis terjumpa sesiapa guru Sains dedikasi yang telah menghasilkan lagu parodi untuk unit yang sama. Sekiranya cikgu-cikgu terjumpa lagu parodi bagi unit yang sama tetapi tidak sempat dikemaskini oleh penulis, maka sudi-sudilah tinggalkan komen pada ruangan bawah supaya cikgu-cikgu lain tahu dan mendengarnya. Sekian, terima kasih. 9Salam perpaduan Sains KSSR. Berikut disertakan cadangan rancangan pengajaran harian (RPH) bagi Sains Tahun 5 Unit 9: Jirim dalam bentuk PDF untuk perkongsian idea dalam kalangan guru. Semoga guru mendapat manfaat dan perbincangan bersama. ![]()
Sekiranya cikgu-cikgu ingin mendapatkan RPH unit ini dalam bentuk words, sudi-sudilah tinggalkan komen dan email untuk urusan seterusnya. Terima kasih. - KEMAS KINI -Memandangkan semakin banyak cikgu yang meminta RPH unit ini dalam bentuk words dan penulis tidak mampu untuk membalas satu per satu, maka di sini disertakan RPH bagi Unit ini dalam bentuk words. Untuk mengelakkan font dan margin terlari, cikgu-cikgu juga diminta untuk memuat turun dan memasang font yang digunakan, iaitu font Blokletters Viltstift. (Ini juga merupakan salah satu sebab mengapa penulis tidak memuat naik rph words pada asalnya). Sekiranya cikgu-cikgu memuat turunnya, maka mohon agar meninggalkan komen sekurang-kurangnya ucapan terima kasih pada ruangan di bawah. Terima kasih.
Salam perpaduan Sains KSSR. Berikut disertakan beberapa video mengenai pengajaran Tahun 5 Unit 9: Jirim yang mengandungi 4 video:
Selamat belajar! (A) Mengenal Jirim
(B) Sifat Keadaan Jirim
(C) Tiga Keadaan Air
(D) Perubahan Keadaan Air / Jirim
(E) Kitaran Air Semula Jadi
(F) Kepentingan Kitaran Air Semula Jadi
(G) Sumber Air Semula Jadi
(H) Kepentingan Kebersihan Sumber Air
Rujukan: Badan Pembangunan Kurikulum. (2014). Kurikulum Standard Sekolah Rendah: Dokumen Standard Kurikulum Dan Pentaksiran Sains Tahun 5. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia. Suwaibatullasmiah binti Jalaludin, Sopia binti Md Yassin, & Tan Mun Wai. (2014). Sains Sekolah Kebangsaan Tahun 5. Selangor Darul Ehsan: Dewan Bahasa dan Pustaka. |
Mengenai PenulisSeorang guru Sains sekolah rendah yang kini mengajar di SK Kampung Senau, Dalat, Sarawak. Archives
June 2020
Categories |
Proudly powered by Weebly