Salam sejahtera dan Selamat belajar Sains. Umumnya, kaedah nyanyian merupakan salah satu cara yang popular untuk mempelajari Sains, terutamanya dalam kalangan murid sekolah rendah. Oleh itu, tidak hairanlah jikalau semakin banyak lagu parodi Sains telah dihasilkan oleh guru-guru Sains yang dedikasi dan berbakat untuk menggalakkan anak muridnya untuk membaca dan menyanyikan lagu Sains. Tindakan ini juga diharapkan dapat memupuk dan meningkatkan minat murid-murid dalam mata pelajaran Sains. Oleh itu, pada kali ini, penulis ingin mengongsikan beberapa lagu parodi Sains yang berkaitan dengan Sains Tahun 4 Unit 8: Pengaratan. Penulis ingin menegaskan di sini bahawa lagu-lagu berikut bukanlah dihasilkan oleh penulis, tetapi oleh guru-guru seperti pada kredit di bawah. Penulis hanyalah mengumpul dan mengepos semula untuk memudahkan guru-guru atau murid-murid untuk mencari dan mengulang kaji pelajaran. Selamat menyanyi! Lagu 1: Pengaratan oleh Cikgu Tun AzlinaSains Tahun 4 Unit 8: Pengaratan Tajuk Lagu: Pengaratan Melodi: Lirik: Cikgu Tun Azlina Bahan yang berkarat Besi dan keluli Kalau ada air dan udara berkarat Cegah pengaratan, cat, sadur timah, Sapu minyak sadur emas dan proses galvani Bahan yang berkarat Besi dan keluli Kalau ada air dan udara berkarat Kesan pengaratan beracun, kancing gigi Mudah reput, tidak cantik dan berwarna perang Lagu 2: Pengaratan oleh Cikgu AziahSains Tahun 4 Unit 8: Pengaratan Tajuk Lagu: Pengaratan Melodi: Parawan atau Janda (Cita Citata) Lirik: Cikgu Sharifah Aziah Awak pilih yang mana Berkarat atau tidak Kalau pilih yang yang karat Merah perang warnanya Awak pilih yang mana Berkarat atau tidak Kalau pilih yang karat Kasar permukaannya Kalau awak pilih yang karat Tidak cantik dan tidak kuat Jadi rapuh dan patah Banyak kekurangannya Apa punca besi berkarat Sebelumnya licin berkilat Terdedah kepada air Terdedah pada udara Awak pilih yang mana Berkarat atau tidak Kalau pilih yang karat Kotor baju jadinya Oh ada empat cara Untuk mengecat karat Boleh sapu dengan cat Jadi cantik rupanya Salut dengan plastik Sadur dengan timah Sapu dengan minyak Ikut kesesuaiannya Apa punca besi berkarat Sebelumnya licin berkilat Terdedah kepada air Terdedah pada udara Bila besi tidak terdedah Kepada air dan udara Akan bertahan lama Kekal kekukuhannya Awak pilih yang mana Berkarat atau tidak Pilih tidak berkarat Banyak kelebihannya Senarai ini akan dikemaskini sekiranya penulis terjumpa sesiapa guru Sains dedikasi yang telah menghasilkan lagu parodi untuk unit yang sama. Sekiranya cikgu-cikgu terjumpa lagu parodi bagi unit yang sama tetapi tidak sempat dikemaskini oleh penulis, maka sudi-sudilah tinggalkan komen pada ruangan bawah supaya cikgu-cikgu lain tahu dan mendengarnya. Sekian, terima kasih.
1 Comment
Siti Salwa
5/24/2020 10:04:37 pm
Thanks for the song. I like it.
Reply
Leave a Reply. |
Mengenai PenulisSeorang guru Sains sekolah rendah yang kini mengajar di SK Kampung Senau, Dalat, Sarawak. Archives
November 2019
Categories |
Proudly powered by Weebly