Chang Tun Kuet
  • Mengenai Penulis
  • MODUL SAINS
  • Sains Tahun 3 (KSSR Semakan)
    • Unit 1 Kemahiran Saintifik
    • Unit 2 Peraturan Bilik Sains
    • Unit 3 Manusia
    • Unit 4 Haiwan
    • Unit 5 Tumbuh-Tumbuhan
    • Unit 6 Pengukuran
    • Unit 7 Ketumpatan
    • Unit 8 Asid dan Alkali
    • Unit 9 Sistem Suria
    • Unit 10 Mesin Ringkas
    • Magnet (DST T3)
    • Penyerapan (DST T3)
    • Tanah (DST T3)
  • Sains Tahun 4 (Semakan 2017)
    • Unit 1: Kemahiran Saintifik
    • Unit 2: Manusia
    • Unit 3: Haiwan
    • Unit 4: Tumbuhan
    • Unit 5: Sifat Cahaya
    • Unit 6: Bunyi
    • Unit 7: Tenaga
    • Unit 8: Bahan
    • Unit 9: Bumi
    • Unit 10: Mesin
  • Sains Tahun 4
    • Unit 1: Kemahiran Saintifik
    • Unit 2: Peraturan Bilik Sains
    • Unit 3: Proses Hidup Manusia
    • Unit 4: Proses Hidup Haiwan
    • Unit 5: Proses Hidup Tumbuhan
    • Unit 6: Pengukuran
    • Unit 7: Sifat Bahan
    • Unit 8: Pengaratan
    • Unit 9: Sistem Suria
    • Unit 10: Teknologi
  • Sains Tahun 5
    • Unit 1: Kemahiran Saintifik
    • Unit 2: Peraturan Bilik Sains
    • Unit 3: Proses Hidup Haiwan
    • Unit 4: Proses Hidup Tumbuhan
    • Unit 5: Tenaga
    • Unit 6: Sifat Cahaya
    • Unit 7: Elektrik
    • Unit 8: Haba
    • Unit 9: Jirim
    • Unit 10: Asid dan Alkali
    • Unit 11: Bumi, Bulan dan Matahari
    • Unit 12: Teknologi
  • Sains Tahun 6
    • Unit 1: Kemahiran Saintifik
    • Unit 2: Peraturan Bilik Sains
    • Unit 3: Mikroorganisma
    • Unit 4: Interaksi Antara Hidupan
    • Unit 5: Pemeliharaan dan Pemuliharaan
    • Unit 6: Daya
    • Unit 7: Kelajuan
    • Unit 8: Pengawetan Makanan
    • Unit 9: Bahan Buangan
    • Unit 10: Gerhana
    • Unit 11: Buruj
    • Unit 12: Mesin
    • Soalan Berkemahiran
  • Galeri Aktiviti Semasa
  • Penulisan dan Laporan Amali
  • Pautan Rakan Seperjuangan
  • Hubungi Saya
  • Mengenai Penulis
  • MODUL SAINS
  • Sains Tahun 3 (KSSR Semakan)
    • Unit 1 Kemahiran Saintifik
    • Unit 2 Peraturan Bilik Sains
    • Unit 3 Manusia
    • Unit 4 Haiwan
    • Unit 5 Tumbuh-Tumbuhan
    • Unit 6 Pengukuran
    • Unit 7 Ketumpatan
    • Unit 8 Asid dan Alkali
    • Unit 9 Sistem Suria
    • Unit 10 Mesin Ringkas
    • Magnet (DST T3)
    • Penyerapan (DST T3)
    • Tanah (DST T3)
  • Sains Tahun 4 (Semakan 2017)
    • Unit 1: Kemahiran Saintifik
    • Unit 2: Manusia
    • Unit 3: Haiwan
    • Unit 4: Tumbuhan
    • Unit 5: Sifat Cahaya
    • Unit 6: Bunyi
    • Unit 7: Tenaga
    • Unit 8: Bahan
    • Unit 9: Bumi
    • Unit 10: Mesin
  • Sains Tahun 4
    • Unit 1: Kemahiran Saintifik
    • Unit 2: Peraturan Bilik Sains
    • Unit 3: Proses Hidup Manusia
    • Unit 4: Proses Hidup Haiwan
    • Unit 5: Proses Hidup Tumbuhan
    • Unit 6: Pengukuran
    • Unit 7: Sifat Bahan
    • Unit 8: Pengaratan
    • Unit 9: Sistem Suria
    • Unit 10: Teknologi
  • Sains Tahun 5
    • Unit 1: Kemahiran Saintifik
    • Unit 2: Peraturan Bilik Sains
    • Unit 3: Proses Hidup Haiwan
    • Unit 4: Proses Hidup Tumbuhan
    • Unit 5: Tenaga
    • Unit 6: Sifat Cahaya
    • Unit 7: Elektrik
    • Unit 8: Haba
    • Unit 9: Jirim
    • Unit 10: Asid dan Alkali
    • Unit 11: Bumi, Bulan dan Matahari
    • Unit 12: Teknologi
  • Sains Tahun 6
    • Unit 1: Kemahiran Saintifik
    • Unit 2: Peraturan Bilik Sains
    • Unit 3: Mikroorganisma
    • Unit 4: Interaksi Antara Hidupan
    • Unit 5: Pemeliharaan dan Pemuliharaan
    • Unit 6: Daya
    • Unit 7: Kelajuan
    • Unit 8: Pengawetan Makanan
    • Unit 9: Bahan Buangan
    • Unit 10: Gerhana
    • Unit 11: Buruj
    • Unit 12: Mesin
    • Soalan Berkemahiran
  • Galeri Aktiviti Semasa
  • Penulisan dan Laporan Amali
  • Pautan Rakan Seperjuangan
  • Hubungi Saya

UNIT 8: BAHAN

NOTA SAINS TAHUN 4 UNIT 8: BAHAN

3/23/2020

6 Comments

 

8.1.1  Sumber Asas Bahan

  1. Terdapat pelbagai objek yang digunakan dalam kehidupan harian kita.
  2. Objek tersebut diperbuat daripada pelbagai sumber asas speerti tumbuh-tumbuhan, haiwan, petroleum dan batuan.
  3. Tumbuh-tumbuhan:
    1. Pokok getah menghasilkan bahan getah. Contoh objek: tayar dan sarung tangan getah.
    2. Pokok balak menghasilkan bahan kayu. Contoh objek: almari kayu dan kerusi kayu.
    3. Pokok kapas menghasilkan bahan kapas. Contoh objek: baju dan tuala.
  4. Haiwan:
    1. Biri-biri menghasilkan bahan bulu biri-biri. Contoh objek: topi bulu dan sweater.
    2. Lembu menghasilkan bahan kulit lembu. Contoh objek: kasut kulit dan sofa kulit.
    3. Ulat sutera menghasilkan bahan kokun sutera. Contoh objek: tali leher sutera dan kain sutera.
  5. Petroleum:
    1. Petroleum ialah minyak berwarna hitam yang diperoleh dari dalam tanah untuk dijadikan petrol dan bahan-bahan lain. Petroleum terbentuk daripada hidupan yang telah mati berjuta-juta tahun dahulu.
    2. Minyak petroleum menghasilkan bahan plastik. Contoh objek: beg plastik dan botol plastik.
    3. Minyak petroleum juga menghasilkan bahan kain sintetik. Contoh objek: baju hujan dan khemah.
  6. Batuan:
    1. Logam menghasilkan bahan emas dan kuprum. Contoh objek: rantai emas, barang piuter dan duit syiling.
    2. Tanih menghasilkan bahan tanah liat. Contoh objek: mangkuk seramik dan batu bata.
    3. Tanih juga menghasilkan bahan pasir. Contoh objek: cermin dan botol kaca. 
Picture
Picture


​8.2.1  Sifat Bahan

  1. Bahan mempunyai pelbagai sifat, seperti:
    1. Kebolehan menyerap air
    2. Kebolehan terapung di permukaan air
    3. Kekenyalan bahan
    4. Konduktor dan penebat elektrik
    5. Konduktor dan penebat haba
    6. Kebolehan penembusan cahaya
Picture

​(1) Kebolehan menyerap air
  1. Terdapat bahan yang boleh menyerap air dan bahan yang kalis air.
  2. Bahan yang menyerap air menjadi basah apabila terkena air. Air akan diserap oleh bahan yang menyerap air apabila air dititiskan ke atasnya.
  3. Bahan yang tidak menyerap air disebut bahan kalis air. Air akan kekal ada pada bahan yang kalis air apabila air dititiskan ke atasnya. 
Picture

​(2) Kebolehan terapung di permukaan air
  1. Terdapat bahan yang terapung di atas permukaan air dan bahan yang tengelam di dalam air.  
Picture

​(3) Kekenyalan bahan
  1. Kekenyalan ialah kebolehan sesuatu bahan untuk kembali kepada keadaan asalnya sesudah ditarik, dipicit atau diregangkan.
  2. Terdapat bahan yang kenyal dan bahan yang tidak kenyal.
Picture

​(4) Konduktor dan penebat elektrik
  1. Setiap bahan bersifat sama ada konduktor atau penebat elektrik.
  2. Konduktor elektrik ialah bahan yang boleh mengalirkan arus elektrik.
  3. Penebat elektrik ialah bahan yang tidak boleh mengalirkan arus elektrik.
Picture

​(5) Konduktor dan Penebat Haba
  1. Terdapat bahan yang bersifat konduktor haba dan penebat haba.
  2. Konduktor haba ialah bahan yang membenarkan haba mengalir melaluinya dengan baik dan cepat.
  3. Penebat haba ialah bahan yang tidak membenarkan haba melaluinya dengan baik.  
Picture

​(6) Kebolehan Penembusan Cahaya
  1. Setiap jenis bahan mempunyai kebolehan penembusan cahaya yang tersendiri.
  2. Bahan lut sinar ialah bahan yang membenarkan cahaya melaluinya.
  3. Bahan lut cahaya ialah bahan yang membenarkan sebahagian cahaya melaluinya.
  4. Bahan legap ialah bahan yang menghalang cahaya melaluinya.
Picture


​8.2.2  Aplikasi Sifat Bahan

  1. Pengetahuan tentang sifat sesuatu bahan adalah penting dalam mereka cipta sesuatu objek.
  2. Pemilihan jenis bahan yang bersesuaian dapat memastikan objek yang dicipta dapat berfungsi dengan baik mengikut keperluannya.
  3. Langkah-langkah mereka cipta model dengan mengaplikasikan pengetahuan tentang sifat bahan:
    1. Mengenal pasti masalah
    2. Menjana idea
    3. Membuat lakaran idea
    4. Menyediakan alat dan bahan
    5. Membina model
Picture


​8.2.3  Pemilihan Jenis Bahan dan Mereka Cipta Objek

  1. Sesuatu objek dicipta berdasarkan kesesuaian sifat bhaan dengan fungsi objek tersebut.
  2. Pemilihan jenis bahan yang digunakan untuk mereka cipta sesuatu objek adalah penting untuk memastikan objek tersebut dapat berfungsi dengan baik dan sesuai untuk digunakan. 


​Imbasan Minda

Picture


​Rujukan

Badan Pembangunan Kurikulum. (April 2018). Kurikulum Standard Sekolah Rendah: Dokumen Standard Kurikulum Dan Pentaksiran Sains Tahun 4. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Mohd Ramadhan bin Anwar, Mohammad Fazli bin Othman, Siti Roha binti Abd. Karim & Ahmad Pua'ad bin Ibrahim. (2019). Kurikulum Standard Sekolah Rendah (Semakan 2017): Sains Tahun 4 Sekolah Kebangsaan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
6 Comments
Hariz mahduz
10/15/2020 03:33:26 pm

Awesome

Reply
Siti Damia
10/19/2020 10:31:13 am

Tq for the info

Reply
Hematharshini
10/21/2020 02:53:19 pm

Mudah faham

Reply
AQIL RAIYAN
10/29/2020 11:30:08 am

TERIMA KASIH CIKGU

Reply
Yashveen
10/29/2020 01:52:23 pm

Thank You Cikgu

Reply
Norazimah azman link
11/19/2020 07:17:58 am

Kurang memahami

Reply



Leave a Reply.

    Mengenai Penulis

    Seorang guru Sains sekolah rendah yang kini mengajar di SK Kampung Senau, Dalat, Sarawak.

    Archives

    March 2020

    Categories

    All

    RSS Feed

Proudly powered by Weebly