Salam sejahtera dan Selamat belajar Sains. Umumnya, kaedah nyanyian merupakan salah satu cara yang popular untuk mempelajari Sains, terutamanya dalam kalangan murid sekolah rendah. Oleh itu, tidak hairanlah jikalau semakin banyak lagu parodi Sains telah dihasilkan oleh guru-guru Sains yang dedikasi dan berbakat untuk menggalakkan anak muridnya untuk membaca dan menyanyikan lagu Sains. Tindakan ini juga diharapkan dapat memupuk dan meningkatkan minat murid-murid dalam mata pelajaran Sains. Oleh itu, pada kali ini, penulis ingin mengongsikan beberapa lagu parodi Sains yang berkaitan dengan Sains Tahun 4 Unit 7: Sifat Bahan. Penulis ingin menegaskan di sini bahawa lagu-lagu berikut bukanlah dihasilkan oleh penulis, tetapi oleh guru-guru seperti pada kredit di bawah. Penulis hanyalah mengumpul dan mengepos semula untuk memudahkan guru-guru atau murid-murid untuk mencari dan mengulang kaji pelajaran. Selamat menyanyi! Lagu 1: Bahan na na na oleh Cikgu HalinaSains Tahun 4 Unit 7: Sifat Asas Bahan Tajuk Unit: Sumber Asas dan Sifat Asas Bahan Tajuk Lagu: Bahan na na na Melodi: Zalikha (Floor 88) Lirik: Cikgu Halina Wooo.. ooo.. ooo.. ooo.. ooo.. Seorang cikgu, yang mengajarku Sains Sumbar asas bahan, ku belajar darinya Sumber batuan, petroleum, haiwan dan tumbuhan Itulah dia, empat sumbernya Konduktor elektrik Alir arus elektrik Penebat elektrik, lawan baginya pula Tak boleh alir, arus elektrik Perlulah kau fahami, sifat bahannya Lut sinar, lut cahaya dan legap Kaulah sifat bahannya Tembusi semua cahaya Lut sinar itu maksudnya Lut sinar, lut cahaya dan legap Kaulah sifat bahannya Tembusi sedikit cahaya Itulah pula lut cahaya Halang cahaya, objeklah legap Kekenyalan pula Regang kembali bentuk asalnya Lagu 2: Sifat Bahan oleh Cikgu AziahLagu 3: Sifat Bahan oleh Cikgu SapuraSains: Tahun 4 Unit 7: Sifat Bahan Tajuk Lagu: SIFAT BAHAN MELODI : ASAL KAU BAHAGIA (ARMADA) LIRIK : CG SAPURA BAKRI Yang, tarik magnet, bahan magnetik, Yang tolak, bukan magnetik, Yang alir haba, bahan konduktor, Yang tidak, bahan penebat. Besi boleh berkarat, Getah meregang, Kayu pula boleh reput. Korus: Legap halang cahaya, Lutcahaya sebahagian, Lutsinar tembus semua, Diuji dengan cahaya. Papan boleh terapung, Kapas pula serap air, Kuprum pengalir letrik, Sifat kayu penebat. Ulang semua😊 |
Mengenai PenulisSeorang guru Sains sekolah rendah yang kini mengajar di SK Kampung Senau, Dalat, Sarawak. Archives
November 2019
Categories |
Proudly powered by Weebly