Chang Tun Kuet
  • Mengenai Penulis
  • MODUL SAINS
  • Sains Tahun 3 (KSSR Semakan)
    • Unit 1 Kemahiran Saintifik
    • Unit 2 Peraturan Bilik Sains
    • Unit 3 Manusia
    • Unit 4 Haiwan
    • Unit 5 Tumbuh-Tumbuhan
    • Unit 6 Pengukuran
    • Unit 7 Ketumpatan
    • Unit 8 Asid dan Alkali
    • Unit 9 Sistem Suria
    • Unit 10 Mesin Ringkas
    • Magnet (DST T3)
    • Penyerapan (DST T3)
    • Tanah (DST T3)
  • Sains Tahun 4 (Semakan 2017)
    • Unit 1: Kemahiran Saintifik
    • Unit 2: Manusia
    • Unit 3: Haiwan
    • Unit 4: Tumbuhan
    • Unit 5: Sifat Cahaya
    • Unit 6: Bunyi
    • Unit 7: Tenaga
    • Unit 8: Bahan
    • Unit 9: Bumi
    • Unit 10: Mesin
  • Sains Tahun 4
    • Unit 1: Kemahiran Saintifik
    • Unit 2: Peraturan Bilik Sains
    • Unit 3: Proses Hidup Manusia
    • Unit 4: Proses Hidup Haiwan
    • Unit 5: Proses Hidup Tumbuhan
    • Unit 6: Pengukuran
    • Unit 7: Sifat Bahan
    • Unit 8: Pengaratan
    • Unit 9: Sistem Suria
    • Unit 10: Teknologi
  • Sains Tahun 5
    • Unit 1: Kemahiran Saintifik
    • Unit 2: Peraturan Bilik Sains
    • Unit 3: Proses Hidup Haiwan
    • Unit 4: Proses Hidup Tumbuhan
    • Unit 5: Tenaga
    • Unit 6: Sifat Cahaya
    • Unit 7: Elektrik
    • Unit 8: Haba
    • Unit 9: Jirim
    • Unit 10: Asid dan Alkali
    • Unit 11: Bumi, Bulan dan Matahari
    • Unit 12: Teknologi
  • Sains Tahun 6
    • Unit 1: Kemahiran Saintifik
    • Unit 2: Peraturan Bilik Sains
    • Unit 3: Mikroorganisma
    • Unit 4: Interaksi Antara Hidupan
    • Unit 5: Pemeliharaan dan Pemuliharaan
    • Unit 6: Daya
    • Unit 7: Kelajuan
    • Unit 8: Pengawetan Makanan
    • Unit 9: Bahan Buangan
    • Unit 10: Gerhana
    • Unit 11: Buruj
    • Unit 12: Mesin
    • Soalan Berkemahiran
  • Galeri Aktiviti Semasa
  • Penulisan dan Laporan Amali
  • Pautan Rakan Seperjuangan
  • Hubungi Saya
  • Mengenai Penulis
  • MODUL SAINS
  • Sains Tahun 3 (KSSR Semakan)
    • Unit 1 Kemahiran Saintifik
    • Unit 2 Peraturan Bilik Sains
    • Unit 3 Manusia
    • Unit 4 Haiwan
    • Unit 5 Tumbuh-Tumbuhan
    • Unit 6 Pengukuran
    • Unit 7 Ketumpatan
    • Unit 8 Asid dan Alkali
    • Unit 9 Sistem Suria
    • Unit 10 Mesin Ringkas
    • Magnet (DST T3)
    • Penyerapan (DST T3)
    • Tanah (DST T3)
  • Sains Tahun 4 (Semakan 2017)
    • Unit 1: Kemahiran Saintifik
    • Unit 2: Manusia
    • Unit 3: Haiwan
    • Unit 4: Tumbuhan
    • Unit 5: Sifat Cahaya
    • Unit 6: Bunyi
    • Unit 7: Tenaga
    • Unit 8: Bahan
    • Unit 9: Bumi
    • Unit 10: Mesin
  • Sains Tahun 4
    • Unit 1: Kemahiran Saintifik
    • Unit 2: Peraturan Bilik Sains
    • Unit 3: Proses Hidup Manusia
    • Unit 4: Proses Hidup Haiwan
    • Unit 5: Proses Hidup Tumbuhan
    • Unit 6: Pengukuran
    • Unit 7: Sifat Bahan
    • Unit 8: Pengaratan
    • Unit 9: Sistem Suria
    • Unit 10: Teknologi
  • Sains Tahun 5
    • Unit 1: Kemahiran Saintifik
    • Unit 2: Peraturan Bilik Sains
    • Unit 3: Proses Hidup Haiwan
    • Unit 4: Proses Hidup Tumbuhan
    • Unit 5: Tenaga
    • Unit 6: Sifat Cahaya
    • Unit 7: Elektrik
    • Unit 8: Haba
    • Unit 9: Jirim
    • Unit 10: Asid dan Alkali
    • Unit 11: Bumi, Bulan dan Matahari
    • Unit 12: Teknologi
  • Sains Tahun 6
    • Unit 1: Kemahiran Saintifik
    • Unit 2: Peraturan Bilik Sains
    • Unit 3: Mikroorganisma
    • Unit 4: Interaksi Antara Hidupan
    • Unit 5: Pemeliharaan dan Pemuliharaan
    • Unit 6: Daya
    • Unit 7: Kelajuan
    • Unit 8: Pengawetan Makanan
    • Unit 9: Bahan Buangan
    • Unit 10: Gerhana
    • Unit 11: Buruj
    • Unit 12: Mesin
    • Soalan Berkemahiran
  • Galeri Aktiviti Semasa
  • Penulisan dan Laporan Amali
  • Pautan Rakan Seperjuangan
  • Hubungi Saya

unit 7: sifat bahan

video pdpc sains tahun 4 unit 7: sifat bahan

11/6/2019

3 Comments

 
Salam sejahtera dan salam perpaduan Sains KKSR. Berikut disertakan beberapa video PdPc bagi Sains Tahun 4 Unit 7: Sifat Bahan yang mengandungi 4 video:
​
  1. Timbul atau Tenggelam
  2. Kekenyalan
  3. Konduktor atau Penebat Elektrik
  4. Konduktor atau Penebat Haba

Video-video ini dibangunkan oleh Learning Port Interactive yang boleh didapati pada laman Youtube.

​Selamat belajar! 
3 Comments

Lagu Parodi Sains Tahun 4 Unit 7: Sifat Bahan

5/2/2018

0 Comments

 
Salam sejahtera dan Selamat belajar Sains. 

Umumnya, kaedah nyanyian merupakan salah satu cara yang popular untuk mempelajari Sains, terutamanya dalam kalangan murid sekolah rendah. Oleh itu, tidak hairanlah jikalau semakin banyak lagu parodi Sains telah dihasilkan oleh guru-guru Sains yang dedikasi dan berbakat untuk menggalakkan anak muridnya untuk membaca dan menyanyikan lagu Sains. Tindakan ini juga diharapkan dapat memupuk dan meningkatkan minat murid-murid dalam mata pelajaran Sains. 

Oleh itu, pada kali ini, penulis ingin mengongsikan beberapa lagu parodi Sains yang berkaitan dengan Sains Tahun 4 Unit 7: Sifat Bahan.
​

Penulis ingin menegaskan di sini bahawa lagu-lagu berikut bukanlah dihasilkan oleh penulis, tetapi oleh guru-guru seperti pada kredit di bawah. Penulis hanyalah mengumpul dan mengepos semula untuk memudahkan guru-guru atau murid-murid untuk mencari dan mengulang kaji pelajaran. Selamat menyanyi!

Lagu 1: Bahan na na na oleh Cikgu Halina

Sains Tahun 4
Unit 7: Sifat Asas Bahan
Tajuk Unit: Sumber Asas dan Sifat Asas Bahan
Tajuk Lagu: Bahan na na na
Melodi: Zalikha (Floor 88)
Lirik: Cikgu Halina
 

Wooo.. ooo.. ooo.. ooo.. ooo..
Seorang cikgu, yang mengajarku Sains
Sumbar asas bahan, ku belajar darinya
Sumber batuan, petroleum, haiwan dan tumbuhan
Itulah dia, empat sumbernya
 
Konduktor elektrik
Alir arus elektrik
Penebat elektrik, lawan baginya pula
Tak boleh alir, arus elektrik
Perlulah kau fahami, sifat bahannya
 
Lut sinar, lut cahaya dan legap
Kaulah sifat bahannya
Tembusi semua cahaya
Lut sinar itu maksudnya
 
Lut sinar, lut cahaya dan legap
Kaulah sifat bahannya
Tembusi sedikit cahaya
Itulah pula lut cahaya
 
Halang cahaya, objeklah legap
Kekenyalan pula
Regang kembali bentuk asalnya

Picture

Lagu 2: Sifat Bahan oleh Cikgu Aziah

Picture
Picture

Lagu 3: Sifat Bahan oleh Cikgu Sapura

Sains: Tahun 4
Unit 7: Sifat Bahan
​Tajuk Lagu: SIFAT BAHAN
MELODI : ASAL KAU BAHAGIA (ARMADA)
LIRIK : CG SAPURA BAKRI
 
Yang, tarik magnet, bahan magnetik,
Yang tolak, bukan magnetik,
Yang alir haba, bahan konduktor,
Yang tidak, bahan penebat.
 
Besi boleh berkarat,
Getah meregang,
Kayu pula boleh reput.
 
Korus:
Legap halang cahaya,
Lutcahaya sebahagian,
Lutsinar tembus semua,
Diuji dengan cahaya.
 
Papan boleh terapung,
Kapas pula serap air,
Kuprum pengalir letrik,
Sifat kayu penebat.
 
Ulang semua😊


Lagu 4: Sumber Asas Bagi Bahan Oleh Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 

Sains: Tahun 4
Unit 7: Sifat Bahan
​Tajuk Lagu: Sumber Asas bagi Bahan
MELODI : Perfect (Ed Sheeran)
HAK CIPTA: Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 

Banyak bahan, di atas muka bumi, 
Boleh digunakan, membuat objek,
Terdapat empat sumber asas bahan utama,
Petroleum, haiwan, tumbuhan dan batuan.

Tumbuhan banyak kita gunakan, 
Untuk membuat objek, 
Kerusi, meja dan bangku, 
Kapas pula untuk membuat baju, tuala dan cadar, 
Getah pula boleh dijadikan tayar. 

Haiwan juga berguna, untuk membuat objek, 
Seperti beg kulit, dan juga kasut kulit, 
Dan juga bulu haiwan, dijadikan baju sejuk, 
Ulat sutera, boleh dibuat baju sutera. 

Batu-batuan juga, banyak kegunaan kepada kita, 
Logam besi, timah emas dan kaca, 
Tembikar pasu, juga batu-bata dan pasir, 
Semuanya, berguna kepada manusia. 

Ada bahan, dari petroleum, plastik dan kain sintetik, 
Banyak barang dapat dibuat dari plastik, 
Seperti pinggan, gelas, dan cawan, 
Kerana plastik adalah ringan, 
Dan juga murah harganya. 

Lain bahan, berbeza sifatnya, 
Dan berbeza kebolehannya, 
Ada yang terapung, ada juga yang kenyal, 
Ada konduktor dan penebat juga, 
Ada yang boleh serap air, 
Berjimatlah, guna bahan-bahan asas ini. 
​

Senarai ini akan dikemaskini sekiranya penulis terjumpa sesiapa guru Sains dedikasi yang telah menghasilkan lagu parodi untuk unit yang sama.

Sekiranya cikgu-cikgu terjumpa lagu parodi bagi unit yang sama tetapi tidak sempat dikemaskini oleh penulis, maka sudi-sudilah tinggalkan komen pada ruangan bawah supaya cikgu-cikgu lain tahu dan mendengarnya. 

Sekian, terima kasih. 
​
0 Comments

RPH Sains Tahun 4 Unit 7: Sifat Bahan

11/29/2017

1 Comment

 
Salam perpaduan Sains KSSR. Berikut disertakan cadangan rancangan pengajaran harian (RPH) bagi Sains Tahun 4 Unit 7: Sifat Bahan dalam bentuk PDF untuk perkongsian idea dalam kalangan guru. Semoga guru mendapat manfaat dan perbincangan bersama. 
sn_t4_u7_rph.pdf
File Size: 422 kb
File Type: pdf
Download File

Sekiranya cikgu-cikgu ingin mendapatkan RPH unit ini dalam bentuk words, sudi-sudilah tinggalkan komen dan email untuk urusan seterusnya. ​Terima kasih. ​​​​
​

​- KEMAS KINI -

Memandangkan semakin banyak cikgu yang meminta RPH unit ini dalam bentuk words dan penulis tidak mampu untuk membalas satu per satu, maka di sini disertakan RPH bagi Unit ini dalam bentuk words. 

Untuk mengelakkan font dan margin terlari, cikgu-cikgu juga diminta untuk memuat turun dan memasang font yang digunakan, iaitu  font Blokletters Viltstift. (Ini juga merupakan salah satu sebab mengapa penulis tidak memuat naik rph words pada asalnya). 

Sekiranya cikgu-cikgu memuat turunnya, maka mohon agar meninggalkan komen sekurang-kurangnya ucapan terima kasih pada ruangan di bawah. Terima kasih. 
​
blokletters-viltstift.ttf
File Size: 87 kb
File Type: ttf
Download File

sn_t4_u7_rph_2.docx
File Size: 85 kb
File Type: docx
Download File

1 Comment

Video Pengajaran Sains Tahun 4 Unit 7: Sifat Bahan

5/29/2017

0 Comments

 
Salam perpaduan Sains KSSR. Berikut disertakan beberapa video mengenai pengajaran Tahun 4 Unit 7: Sifat Bahan yang mengandungi 3 bahagian, iaitu sumber asas bahan, sifat bahan, dan sifat bahan sebagai asas mencipta. Video ini dibangunkan oleh EduNation Malaysia yang boleh didapati pada laman Youtube. Selamat belajar! 
0 Comments

Nota Sains Tahun 4 Unit 7: Sifat Bahan

4/10/2017

42 Comments

 
(A) Sumber Asas Bahan
  1. Sumber asas boleh menghasilkan bahan-bahan untuk membuat pelbagai objek.
  2. Terdapat 4 sumber asas: Tumbuhan, Haiwan, Batuan, Petroleum. 
Picture

(B) Sifat Bahan
  1. Bahan mempunyai pelbagai sifat, seperti:
    1. Kebolehan menyerap air
    2. Kebolehan terapung di  
    3. permukaan air
    4. Kekenyalan bahan
    5. Konduktor dan penebat elektrik
    6. Konduktor dan penebat haba
    7. Kebolehan penembusan cahaya
(1) Kebolehan menyerap air
  1. Terdapat bahan yang boleh menyerap air dan bahan yang kalis air.
  2. Bahan yang menyerap air menjadi basah apabila terkena air.
  3. Bahan yang tidak menyerap air disebut bahan kalis air. 
Picture

(2) Kebolehan terapung di permukaan air
  1. Terdapat bahan yang terapung di atas permukaan air dan bahan yang tengelam di dalam air. 
Picture

(3) Kekenyalan bahan
  1. Kekenyalan ialah keadaan sesuatu bahan yang dapat kembali ke bentuk asal apabila diregangkan atau dimampatkan.
  2. Terdapat bahan yang kenyal dan bahan yang tidak kenyal. 
Picture

(4) Konduktor dan penebat elektrik
  1. Setiap bahan bersifat sama ada konduktor atau penebat elektrik.
  2. Konduktor elektrik ialah bahan yang boleh mengalirkan arus elektrik.
  3. Penebat elektrik ialah bahan yang tidak boleh mengalirkan arus elektrik. 
Picture

(5) Konduktor dan Penebat Haba
  1. Terdapat bahan yang bersifat konduktor haba dan penebat haba.
  2. Konduktor haba ialah bahan yang membenarkan haba mengalir melaluinya dengan baik dan cepat.
  3. Penebat haba ialah bahan yang tidak membenarkan haba melaluinya dengan baik. 
Picture

(6) Kebolehan Penembusan Cahaya
  1. Setiap jenis bahan mempunyai kebolehan penembusan cahaya yang tersendiri.
  2. Bahan lut sinar ialah bahan yang membenarkan cahaya melaluinya.
  3. Bahan lut cahaya ialah bahan yang membenarkan sebahagian cahaya melaluinya.
  4. Bahan legap ialah bahan yang menghalang cahaya melaluinya. 
Picture
Picture

​Rujukan: 

Badan Pembangunan Kurikulum. (2013). Kurikulum Standard Sekolah Rendah: Dokumen Standard Kurikulum Dan Pentaksiran Sains Tahun 4. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Sopia binti Md. Yassin, Asselawati Binti Md. Shah & Amir Hamzah Bin Suleiman. (2013). Sains Tahun 4 Sekolah Kebangsaan. Selangor Darul Ehsan: Dewan Bahasa dan Pustaka.
42 Comments

    Mengenai Penulis

    Seorang guru Sains sekolah rendah yang kini mengajar di SK Kampung Senau, Dalat, Sarawak.

    Archives

    November 2019
    May 2018
    November 2017
    May 2017
    April 2017

    Categories

    All
    Sains Bahan
    Sains Tahun 4

    RSS Feed

Proudly powered by Weebly