Salam perpaduan dan salam belajar Sains. Kuiz ini dihasilkan menggunakan Google Forms untuk menguji kefahaman Sains Tahun 5 Unit 6: Sifat Cahaya. Sumber daripada pelbagai buku rujukan dengan pengubahsuaian. 20 soalan berserta dengan ulasan feedback sekiranya menjawab salah. Sijil penyertaan akan diberikan kepada murid yang berjaya menjawab betul 70% markah dan ke atas. Sila klik pautan ini: https://forms.gle/KqG7Zoj8i7wtaGk27 Boleh kongsikan keputusan anda di sini juga.. Selamat menjawab dan semoga berjaya!!
0 Comments
Salam sejahtera dan salam perpaduan Sains KKSR. Berikut disertakan beberapa video PdPc bagi Sains Tahun 5 Unit 6: Cahaya yang mengandungi 4 video:
Video ini dibangunkan oleh Learning Port Interactive yang boleh didapati pada laman Youtube. Selamat belajar! Salam sejahtera dan Selamat belajar Sains. Umumnya, kaedah nyanyian merupakan salah satu cara yang popular untuk mempelajari Sains, terutamanya dalam kalangan murid sekolah rendah. Oleh itu, tidak hairanlah jikalau semakin banyak lagu parodi Sains telah dihasilkan oleh guru-guru Sains yang dedikasi dan berbakat untuk menggalakkan anak muridnya untuk membaca dan menyanyikan lagu Sains. Tindakan ini juga diharapkan dapat memupuk dan meningkatkan minat murid-murid dalam mata pelajaran Sains. Oleh itu, pada kali ini, penulis ingin mengongsikan beberapa lagu parodi Sains yang berkaitan dengan Sains Tahun 5 Unit 6: Cahaya. Penulis ingin menegaskan di sini bahawa lagu-lagu berikut bukanlah dihasilkan oleh penulis, tetapi oleh guru-guru seperti pada kredit di bawah. Penulis hanyalah mengumpul dan mengepos semula untuk memudahkan guru-guru atau murid-murid untuk mencari dan mengulang kaji pelajaran. Selamat menyanyi! Lagu 1: Cahaya oleh Cikgu HalinaSains Tahun 5 Unit 6: Cahaya Tajuk: Sifat Cahaya Tajuk Lagu: Cahaya Melodi: Sahabat (Padi Upin dan Ipin) Lirik: Cikgu Halina Dua tiga hari belajar cahaya Ayuh sahabatku kita bercerita Belajar bernyanyi bersama Fahami apakah cahaya Kerna Cahaya boleh dipantulkan Cahaya boleh dibiaskan Bergerak dengan lurus Itulah sifatnya… Cahaya Oh oh Pabila cahaya lalu medium lain Cahaya pula akan dibiaskan Melantun balik, dari permukaan Begitulah cahaya dipantulkan Bila Cahaya lalu objek legap Cahaya tak boleh tembusi Bayang-bayang terbentuk Di skrin terbentuk… maka terbentuklah… Semakin jauh sumber cahaya Bayang-bayang makin mengecil Bila objek jauh dari skrin Bayang… jadi… besar… Cahaya boleh dipantulkan Cahaya boleh dibiaskan Bergerak dengan lurus Itulah sifatnya… Cahaya Oh oh Cahaya lalu objek legap Cahaya tak boleh tembusi Bayang-bayang terbentuk Di skrin terbentuk… maka terbentuklah… Lagu 2: Cahaya oleh Cikgu AziahSains Tahun 5 Unit 6: Cahaya Tajuk Lagu: Cahaya Melodi: Mungkin Saja (Janna Nick) Lirik: Cikgu Sharifah Aziah Berlegar-legar bermain di mataku Terang benderang alam sekelilingku Bagaimana dapat kulihat semua Bagaimana oh kerna ada cahaya Oh.. Oh cahaya bergerak lurus Oh cahaya boleh dibias Oh cahaya juga dapat dipantul Ooo Sifat cahaya.. Cahaya.. Ooo.. Bergerak lurus Itu sifat pertama Seperti alur cahaya rumah api Bagaimana kalau dihalang legap Bagaimana oh terbentuk bayang-bayang Ohhh…. Ohhh… Bayang-bayang jadi besar bila Dekat dengan sumber cahayanya Ku dah tahuuu bila kulihat diaaaa… aaaa Ku dah tahu Cahaya boleh dipantul Maksudnya boleh dilantun Aduhai apa dah jadi Sebut saja pasal cermin Cermin muka cermin gigi Dan periskop pada kapal selam Bentuk bayang-bayang Lihat orientasi Bentuk bayang-bayang Lihat kedudukan lampu Bagaimana pula cahaya dibias Dibongkokkan, lalu medium berbeza ooOOOoo ooOOOoo Oh cahaya bergerak lurus Oh cahaya boleh dibias Oh cahaya juga dapat dipantul Ooo Sifat cahaya.. Cahaya.. Ooo.. Lagu 3: 3 Sifat Cahaya oleh Cikgu Sapura BakriSains Tahun 5 Unit 7: Cahaya Tajuk Lagu : 3 SIFAT CAHAYA Melodi : Semut Berkawad (Didi n Friends) Lirik : Cikgu Sapura Bakri Ada 3 sifat cahaya horra horray (2x) Bergerak lurus, dibiaskan, Cahaya juga dipantulkan, Ada 3 sifat cahaya horra horray. BOM (8x) Cahaya gerak lurus hasil bayang-bayang, Objek legap bayang-bayang lebih gelap, Lutcahaya bayang kabur, lutsinar tiada bayang, Ada 3 sifat cahaya horra horray. BOM (8x) Cahaya bias bila lalu dua medium, Dua medium itu haruslah berbeza, Objek kelihatan bengkok, objek kelihatan besar, Cahaya bias bila lalu dua medium. BOM (8x) Cahaya juga turut boleh dipantulkan, Cahaya arah tuju dan cahaya pantulan, Cermin muka, cermin belakang, Cermin doktor pergigian, periskop alat yang guna pantulan. BOM (8x) Ada tiga sifat cahaya horra horray Ada tiga sifat cahaya horra horray Senarai ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa sekiranya penulis terjumpa sesiapa guru Sains dedikasi yang telah menghasilkan lagu parodi untuk unit yang sama. Sekiranya cikgu-cikgu terjumpa lagu parodi bagi unit yang sama tetapi tidak sempat dikemaskini oleh penulis, maka sudi-sudilah tinggalkan komen pada ruangan bawah supaya cikgu-cikgu lain tahu dan mendengarnya. Sekian, terima kasih. Salam perpaduan Sains KSSR. Berikut disertakan cadangan rancangan pengajaran harian (RPH) bagi Sains Tahun 5 Unit 6: Sifat Cahaya dalam bentuk PDF untuk perkongsian idea dalam kalangan guru. Semoga guru mendapat manfaat dan perbincangan bersama. ![]()
Sekiranya cikgu-cikgu ingin mendapatkan RPH unit ini dalam bentuk words, sudi-sudilah tinggalkan komen dan email untuk urusan seterusnya. Terima kasih. - KEMAS KINI -Memandangkan semakin banyak cikgu yang meminta RPH unit ini dalam bentuk words dan penulis tidak mampu untuk membalas satu per satu, maka di sini disertakan RPH bagi Unit ini dalam bentuk words. Untuk mengelakkan font dan margin terlari, cikgu-cikgu juga diminta untuk memuat turun dan memasang font yang digunakan, iaitu font Blokletters Viltstift. (Ini juga merupakan salah satu sebab mengapa penulis tidak memuat naik rph words pada asalnya). Sekiranya cikgu-cikgu memuat turunnya, maka mohon agar meninggalkan komen sekurang-kurangnya ucapan terima kasih pada ruangan di bawah. Terima kasih.
Salam perpaduan Sains KSSR. Berikut disertakan beberapa video mengenai pengajaran Tahun 5 Unit 6: Sifat Cahaya yang mengandungi 3 video:
Selamat belajar! (A) Cahaya Bergerak Lurus
(B) Cahaya Boleh dipantulkan
(C) Cahaya Boleh Dibiaskan
Rujukan: Badan Pembangunan Kurikulum. (2014). Kurikulum Standard Sekolah Rendah: Dokumen Standard Kurikulum Dan Pentaksiran Sains Tahun 5. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia. Suwaibatullasmiah binti Jalaludin, Sopia binti Md Yassin, & Tan Mun Wai. (2014). Sains Sekolah Kebangsaan Tahun 5. Selangor Darul Ehsan: Dewan Bahasa dan Pustaka. |
Mengenai PenulisSeorang guru Sains sekolah rendah yang kini mengajar di SK Kampung Senau, Dalat, Sarawak. Archives
June 2020
Categories |
Proudly powered by Weebly