Salam sejahtera dan Selamat belajar Sains. Umumnya, kaedah nyanyian merupakan salah satu cara yang popular untuk mempelajari Sains, terutamanya dalam kalangan murid sekolah rendah. Oleh itu, tidak hairanlah jikalau semakin banyak lagu parodi Sains telah dihasilkan oleh guru-guru Sains yang dedikasi dan berbakat untuk menggalakkan anak muridnya untuk membaca dan menyanyikan lagu Sains. Tindakan ini juga diharapkan dapat memupuk dan meningkatkan minat murid-murid dalam mata pelajaran Sains. Oleh itu, pada kali ini, penulis ingin mengongsikan beberapa lagu parodi Sains yang berkaitan dengan Sains Tahun 4 Unit 6: Pengukuran. Penulis ingin menegaskan di sini bahawa lagu-lagu berikut bukanlah dihasilkan oleh penulis, tetapi oleh guru-guru seperti pada kredit di bawah. Penulis hanyalah mengumpul dan mengepos semula untuk memudahkan guru-guru atau murid-murid untuk mencari dan mengulang kaji pelajaran. Selamat menyanyi! Lagu 1: Jisim yang Hilang oleh Cikgu HalinaSains Tahun 4 Unit 6: Ukuran Tajuk Unit: Ukuran Tajuk Lagu: Jisim yang Hilang Melodi: Semangat yang Hilang (Payslip feat Izo) Lirik: Cikgu Halina Apa maksudnya panjang Jarak dualah titik Ukur guna pembaris Jengkal hasta dan depa Unit ukuran panjang Tapi tidak piawai Luas pula maksudnya Besarnya permukaan Luas panjang darab lebar Kuantiti Jirim Dalam suatu objek Itulah maksud jisim Isipadu pula besarnya suatu ruang Panjang darab(lah) lebar, darablah dengan tinggi Guna rumus itu cari isipadu objek Jawapannya di sini Tuang cecair dalam (rajinlah buat latihan) Silinder penyukat ooo Mata paras meniskus Tempoh dua ketika Itulah maksudnya masa Minit saat dan hari Titis air ayun bandul Na na na na na na na na na Lagu 2: Pengukuran oleh Cikgu Aziah dan Cikgu ShamSains Tahun 4 Unit 6: Ukuran Tajuk Lagu: Pengukuran Melodi: Abang Nak Tegur (Dato’ Aliff Shukri) Lirik: Cikgu Sharifah Aziah dan Cikgu Shamsuria Ebni Mari belajar cara nak ukur Nak ukur dengan cara yang betul Gunalah alat ukuran piawai Baru dapat bacaan yang tepat Apakah dia maksudnya panjang Oh jarak antara dua titik Guna pembaris, pita pengukur Kedudukan mata mesti betul Cepat-cepat mari kita ukur Hati-hati mengukur ada caranya Kalau salah mengukur senget jadinya Kalau hendak mengukur ada formula Jangan lupa menulis unit piawai yang betul Jom kita ukur Oh bagaimana nak ukur luas Besar sesuatu permukaan Formulanya panjang darab lebar Dan unitnya disebut persegi Jom kita ukur oh isipadu Maksudnya besar sesuatu ruang Janganlah lupa unitnya padu Panjang darab lebar darab tinggi Cepat-cepat mari kita ukur Isipadu cecair unitnya liter Mesti ukur di atas tempat yang rata Kita tuang cecair ke dalam bekas Boleh gunakan bikar Atau silinder penyukat Jom kita ukur Oh apa pula maksudnya jisim Kuantiti jirim di dalam objek Guna pelbagai jenis neraca Unit piawainya gram dan kilogram Marilah kita mengukur masa Tempoh antara dua ketika Nak pilih alat ada syaratnya Nak berulang seragam Cepat-cepat mari kita ukur Hati-hati mengukur ada caranya Kalau salah mengukur senget jadinya Kalau hendak mengukur ada formula Jangan lupa menulis unit piawai yang betul Lagu 3: Jom Kita Ukurnya oleh Cikgu SafuanSains Tahun 4 Unit 6: Pengukuran Tajuk Lagu: JOM KITA UKURNYA MELODI: KU HANYA SAYANG PADAMU LIRIK: CIKGU SAFUAN Pada kali ini kita pelajari Topik pengukuran Panjang serta luas Isipadu jisim dan juga masa Jarak di antara dua titik itu definisi bagi panjang Guna pembaris, pita pengukur untuk mengukurnya oooo Jengkal kaki hasta depa Teknik lama untuk kita mengukurnya Saiz berbeza antara kita semua manusia Luas saiz suatu permukaan Panjang darab lebar itu formulanya Besar saiz sesuatu ruang Itu definisi isipadu pula Jom kita ukurnya Panjang darab lebar tinggi Itu lah formula bagi isipadu Sesaran air kita gunakan andai tak sekata Jarak di antara dua peristiwa itu definisi masa Ulang seragam itu syaratnya untuk ukur masa….. Jisim pula kuantiti jirim dalam suatu objek Itulah maksudnya Gunakan neraca tiga palang dan neraca tuas untuk menimbangnya Jom kita ukurnya Jom kita ukurnya Jom kita ukurnya Senarai ini akan dikemaskini sekiranya penulis terjumpa sesiapa guru Sains dedikasi yang telah menghasilkan lagu parodi untuk unit yang sama. Sekiranya cikgu-cikgu terjumpa lagu parodi bagi unit yang sama tetapi tidak sempat dikemaskini oleh penulis, maka sudi-sudilah tinggalkan komen pada ruangan bawah supaya cikgu-cikgu lain tahu dan mendengarnya. Sekian, terima kasih.
0 Comments
Leave a Reply. |
Mengenai PenulisSeorang guru Sains sekolah rendah yang kini mengajar di SK Kampung Senau, Dalat, Sarawak. Archives
November 2019
Categories |
Proudly powered by Weebly