Chang Tun Kuet
  • Mengenai Penulis
  • MODUL SAINS
  • Sains Tahun 3 (KSSR Semakan)
    • Unit 1 Kemahiran Saintifik
    • Unit 2 Peraturan Bilik Sains
    • Unit 3 Manusia
    • Unit 4 Haiwan
    • Unit 5 Tumbuh-Tumbuhan
    • Unit 6 Pengukuran
    • Unit 7 Ketumpatan
    • Unit 8 Asid dan Alkali
    • Unit 9 Sistem Suria
    • Unit 10 Mesin Ringkas
    • Magnet (DST T3)
    • Penyerapan (DST T3)
    • Tanah (DST T3)
  • Sains Tahun 4 (Semakan 2017)
    • Unit 1: Kemahiran Saintifik
    • Unit 2: Manusia
    • Unit 3: Haiwan
    • Unit 4: Tumbuhan
    • Unit 5: Sifat Cahaya
    • Unit 6: Bunyi
    • Unit 7: Tenaga
    • Unit 8: Bahan
    • Unit 9: Bumi
    • Unit 10: Mesin
  • Sains Tahun 4
    • Unit 1: Kemahiran Saintifik
    • Unit 2: Peraturan Bilik Sains
    • Unit 3: Proses Hidup Manusia
    • Unit 4: Proses Hidup Haiwan
    • Unit 5: Proses Hidup Tumbuhan
    • Unit 6: Pengukuran
    • Unit 7: Sifat Bahan
    • Unit 8: Pengaratan
    • Unit 9: Sistem Suria
    • Unit 10: Teknologi
  • Sains Tahun 5
    • Unit 1: Kemahiran Saintifik
    • Unit 2: Peraturan Bilik Sains
    • Unit 3: Proses Hidup Haiwan
    • Unit 4: Proses Hidup Tumbuhan
    • Unit 5: Tenaga
    • Unit 6: Sifat Cahaya
    • Unit 7: Elektrik
    • Unit 8: Haba
    • Unit 9: Jirim
    • Unit 10: Asid dan Alkali
    • Unit 11: Bumi, Bulan dan Matahari
    • Unit 12: Teknologi
  • Sains Tahun 6
    • Unit 1: Kemahiran Saintifik
    • Unit 2: Peraturan Bilik Sains
    • Unit 3: Mikroorganisma
    • Unit 4: Interaksi Antara Hidupan
    • Unit 5: Pemeliharaan dan Pemuliharaan
    • Unit 6: Daya
    • Unit 7: Kelajuan
    • Unit 8: Pengawetan Makanan
    • Unit 9: Bahan Buangan
    • Unit 10: Gerhana
    • Unit 11: Buruj
    • Unit 12: Mesin
    • Soalan Berkemahiran
  • Galeri Aktiviti Semasa
  • Penulisan dan Laporan Amali
  • Pautan Rakan Seperjuangan
  • Hubungi Saya
  • Mengenai Penulis
  • MODUL SAINS
  • Sains Tahun 3 (KSSR Semakan)
    • Unit 1 Kemahiran Saintifik
    • Unit 2 Peraturan Bilik Sains
    • Unit 3 Manusia
    • Unit 4 Haiwan
    • Unit 5 Tumbuh-Tumbuhan
    • Unit 6 Pengukuran
    • Unit 7 Ketumpatan
    • Unit 8 Asid dan Alkali
    • Unit 9 Sistem Suria
    • Unit 10 Mesin Ringkas
    • Magnet (DST T3)
    • Penyerapan (DST T3)
    • Tanah (DST T3)
  • Sains Tahun 4 (Semakan 2017)
    • Unit 1: Kemahiran Saintifik
    • Unit 2: Manusia
    • Unit 3: Haiwan
    • Unit 4: Tumbuhan
    • Unit 5: Sifat Cahaya
    • Unit 6: Bunyi
    • Unit 7: Tenaga
    • Unit 8: Bahan
    • Unit 9: Bumi
    • Unit 10: Mesin
  • Sains Tahun 4
    • Unit 1: Kemahiran Saintifik
    • Unit 2: Peraturan Bilik Sains
    • Unit 3: Proses Hidup Manusia
    • Unit 4: Proses Hidup Haiwan
    • Unit 5: Proses Hidup Tumbuhan
    • Unit 6: Pengukuran
    • Unit 7: Sifat Bahan
    • Unit 8: Pengaratan
    • Unit 9: Sistem Suria
    • Unit 10: Teknologi
  • Sains Tahun 5
    • Unit 1: Kemahiran Saintifik
    • Unit 2: Peraturan Bilik Sains
    • Unit 3: Proses Hidup Haiwan
    • Unit 4: Proses Hidup Tumbuhan
    • Unit 5: Tenaga
    • Unit 6: Sifat Cahaya
    • Unit 7: Elektrik
    • Unit 8: Haba
    • Unit 9: Jirim
    • Unit 10: Asid dan Alkali
    • Unit 11: Bumi, Bulan dan Matahari
    • Unit 12: Teknologi
  • Sains Tahun 6
    • Unit 1: Kemahiran Saintifik
    • Unit 2: Peraturan Bilik Sains
    • Unit 3: Mikroorganisma
    • Unit 4: Interaksi Antara Hidupan
    • Unit 5: Pemeliharaan dan Pemuliharaan
    • Unit 6: Daya
    • Unit 7: Kelajuan
    • Unit 8: Pengawetan Makanan
    • Unit 9: Bahan Buangan
    • Unit 10: Gerhana
    • Unit 11: Buruj
    • Unit 12: Mesin
    • Soalan Berkemahiran
  • Galeri Aktiviti Semasa
  • Penulisan dan Laporan Amali
  • Pautan Rakan Seperjuangan
  • Hubungi Saya

unit 6: pengukuran

video pdpc sains tahun 4 unit 6: Pengukuran

11/6/2019

0 Comments

 
Salam sejahtera dan salam perpaduan Sains KKSR. Berikut disertakan beberapa video PdPc bagi Sains Tahun 4 Unit 6: Pengukuran yang mengandungi 8 video:
​
  1. Panjang
  2. Luas
  3. Isi Padu
  4. Isi Padu Cecair
  5. Mengira Isi Padu Pepejal Sekata
  6. Mengira Isi Padu Pepejal yang Tidak Sekata
  7. Jisim dan Pengukuran
  8. Masa

Video-video ini dibangunkan oleh Learning Port Interactive yang boleh didapati pada laman Youtube.

​Selamat belajar! 
0 Comments

Lagu Parodi Sains Tahun 4 Unit 6: Pengukuran

5/2/2018

0 Comments

 
Salam sejahtera dan Selamat belajar Sains. 

Umumnya, kaedah nyanyian merupakan salah satu cara yang popular untuk mempelajari Sains, terutamanya dalam kalangan murid sekolah rendah. Oleh itu, tidak hairanlah jikalau semakin banyak lagu parodi Sains telah dihasilkan oleh guru-guru Sains yang dedikasi dan berbakat untuk menggalakkan anak muridnya untuk membaca dan menyanyikan lagu Sains. Tindakan ini juga diharapkan dapat memupuk dan meningkatkan minat murid-murid dalam mata pelajaran Sains. 

Oleh itu, pada kali ini, penulis ingin mengongsikan beberapa lagu parodi Sains yang berkaitan dengan Sains Tahun 4 Unit 6: Pengukuran.
​

Penulis ingin menegaskan di sini bahawa lagu-lagu berikut bukanlah dihasilkan oleh penulis, tetapi oleh guru-guru seperti pada kredit di bawah. Penulis hanyalah mengumpul dan mengepos semula untuk memudahkan guru-guru atau murid-murid untuk mencari dan mengulang kaji pelajaran. Selamat menyanyi!

Lagu 1: Jisim yang Hilang oleh Cikgu Halina

Sains Tahun 4
Unit 6: Ukuran
Tajuk Unit: Ukuran
Tajuk Lagu: Jisim yang Hilang
Melodi: Semangat yang Hilang (Payslip feat Izo)
Lirik: Cikgu Halina

 
Apa maksudnya panjang
Jarak dualah titik
Ukur guna pembaris
 
Jengkal hasta dan depa
Unit ukuran panjang
Tapi tidak piawai
 
Luas pula maksudnya
Besarnya permukaan
Luas panjang darab lebar
 
Kuantiti Jirim
Dalam suatu objek
Itulah maksud jisim
 
Isipadu pula besarnya suatu ruang
Panjang darab(lah) lebar, darablah dengan tinggi
Guna rumus itu cari isipadu objek
Jawapannya di sini
Tuang cecair dalam (rajinlah buat latihan)
Silinder penyukat ooo
Mata paras meniskus
 
Tempoh dua ketika
Itulah maksudnya masa
Minit saat dan hari
Titis air ayun bandul
Na na na na na na na na na

Picture

Lagu 2: Pengukuran oleh Cikgu Aziah dan Cikgu Sham

Sains Tahun 4
Unit 6: Ukuran
Tajuk Lagu: Pengukuran
Melodi: Abang Nak Tegur (Dato’ Aliff Shukri)
Lirik: Cikgu Sharifah Aziah dan Cikgu Shamsuria Ebni

 
Mari belajar cara nak ukur
Nak ukur dengan cara yang betul
Gunalah alat ukuran piawai
Baru dapat bacaan yang tepat
 
Apakah dia maksudnya panjang
Oh jarak antara dua titik
Guna pembaris, pita pengukur
Kedudukan mata mesti betul
 
Cepat-cepat mari kita ukur
 
Hati-hati mengukur ada caranya
Kalau salah mengukur senget jadinya
Kalau hendak mengukur ada formula
Jangan lupa menulis unit piawai yang betul
 
Jom kita ukur
 
Oh bagaimana nak ukur luas
Besar sesuatu permukaan
Formulanya panjang darab lebar
Dan unitnya disebut persegi
 
Jom kita ukur oh isipadu
Maksudnya besar sesuatu ruang
Janganlah lupa unitnya padu
Panjang darab lebar darab tinggi
 
Cepat-cepat mari kita ukur
 
Isipadu cecair unitnya liter
Mesti ukur di atas tempat yang rata
Kita tuang cecair ke dalam bekas
Boleh gunakan bikar
Atau silinder penyukat
 
Jom kita ukur
 
Oh apa pula maksudnya jisim
Kuantiti jirim di dalam objek
Guna pelbagai jenis neraca
Unit piawainya gram dan kilogram
 
Marilah kita mengukur masa
Tempoh antara dua ketika
Nak pilih alat ada syaratnya
Nak berulang seragam
 
Cepat-cepat mari kita ukur
 
Hati-hati mengukur ada caranya
Kalau salah mengukur senget jadinya
Kalau hendak mengukur ada formula
Jangan lupa menulis unit piawai yang betul

Picture

Lagu 3: Jom Kita Ukurnya oleh Cikgu Safuan 

Sains Tahun 4
Unit 6: Pengukuran
Tajuk Lagu: JOM KITA UKURNYA
MELODI: KU HANYA SAYANG PADAMU
LIRIK: CIKGU SAFUAN

 
Pada kali ini kita pelajari
Topik pengukuran
Panjang serta luas
Isipadu jisim dan juga masa
 
Jarak di antara dua titik itu definisi bagi panjang
Guna pembaris, pita pengukur untuk mengukurnya oooo
Jengkal kaki hasta depa
Teknik lama untuk kita mengukurnya
Saiz berbeza antara kita semua manusia
 
Luas saiz suatu permukaan
Panjang darab lebar itu formulanya
Besar saiz sesuatu ruang
Itu definisi isipadu pula
Jom kita ukurnya
 
Panjang darab lebar tinggi
Itu lah formula bagi isipadu
Sesaran air kita gunakan andai tak sekata
 
Jarak di antara dua peristiwa itu definisi masa
Ulang seragam itu syaratnya untuk ukur masa…..
 
Jisim pula kuantiti jirim dalam suatu objek
Itulah maksudnya
Gunakan neraca tiga palang dan neraca tuas untuk menimbangnya
Jom kita ukurnya
 
Jom kita ukurnya
Jom kita ukurnya


Senarai ini akan dikemaskini sekiranya penulis terjumpa sesiapa guru Sains dedikasi yang telah menghasilkan lagu parodi untuk unit yang sama.

Sekiranya cikgu-cikgu terjumpa lagu parodi bagi unit yang sama tetapi tidak sempat dikemaskini oleh penulis, maka sudi-sudilah tinggalkan komen pada ruangan bawah supaya cikgu-cikgu lain tahu dan mendengarnya. 

Sekian, terima kasih. 
​
0 Comments

RPH Sains Tahun 4 Unit 6: Pengukuran

7/23/2017

1 Comment

 
​Salam perpaduan Sains KSSR. Berikut disertakan cadangan rancangan pengajaran harian (RPH) bagi Sains Tahun 4 Unit 6: Pengukuran dalam bentuk PDF untuk perkongsian idea dalam kalangan guru. Semoga guru mendapat manfaat dan perbincangan bersama. ​
sn_t4_u6.pdf
File Size: 670 kb
File Type: pdf
Download File

​Sekiranya cikgu-cikgu ingin mendapatkan RPH unit ini dalam bentuk words, sudi-sudilah tinggalkan komen dan email untuk urusan seterusnya. ​Terima kasih.
​

​- KEMAS KINI -

Memandangkan semakin banyak cikgu yang meminta RPH unit ini dalam bentuk words dan penulis tidak mampu untuk membalas satu per satu, maka di sini disertakan RPH bagi Unit ini dalam bentuk words. 

Untuk mengelakkan font dan margin terlari, cikgu-cikgu juga diminta untuk memuat turun dan memasang font yang digunakan, iaitu  font Blokletters Viltstift. (Ini juga merupakan salah satu sebab mengapa penulis tidak memuat naik rph words pada asalnya). 

Sekiranya cikgu-cikgu memuat turunnya, maka mohon agar meninggalkan komen sekurang-kurangnya ucapan terima kasih pada ruangan di bawah. Terima kasih. 
​
blokletters-viltstift.ttf
File Size: 87 kb
File Type: ttf
Download File

sn_t4_u6_rph.docx
File Size: 102 kb
File Type: docx
Download File

1 Comment

Video Pengajaran Sains Tahun 4 Unit 6: Pengukuran

5/29/2017

0 Comments

 
Salam perpaduan Sains KSSR. Berikut disertakan beberapa video mengenai pengajaran Tahun 4 Unit 6: Pengukuran. Unit ini mengandungi 6 video pengajaran, iaitu
  1. Panjang
  2. Luas
  3. Isipadu cecair
  4. Ukuran isipadu cecair
  5. Jisim
  6. Ukuran Masa
Video ini dibangunkan oleh 
EduNation Malaysia yang boleh didapati pada laman Youtube.
Selamat belajar! 
0 Comments

Nota Sains Tahun 4 Unit 6: Pengukuran 

4/10/2017

15 Comments

 
(A) Panjang
Picture
  1. Panjang ialah jarak antara dua titik.
  2. Panjang boleh diukur dengan alat piawai atau alat tidak piawai.
  3. Unit piawai bagi panjang:
    1. milimeter (mm) – ketebalan duit syiling
    2. sentimeter (cm) – panjang pensel
    3. meter (m) – panjang gelanggang
    4. kilometer (km) – jarak dua tempat yang jauh
  4. Cara-cara mengukur panjang:
    1. Pastikan hujung objek diletakkan pada senggat “0”. Kenal pasti unit yang digunakan.
    2. Pastikan mata berada pada sudut tegak selari dengan bahagian yang hendak diukur.
  5. Cara-cara mengukur panjang yang tidak lurus: Guna benang!
    1. Letakkan hujung benang mengikut bentuk tersebut. Tanda pada benang di hujung objek dengan menggunakan pensel.
    2. Tegangkan benang yang telah ditandakan pada pembaris. Pastikan mata berada pada sudut tegak selari dengan hujung benang. 
​
(B) Luas
  1. Luas ialah besarnya sesuatu permukaan.
  2. Semakin besar permukaan objek, semakin luas objek tersebut.
  3. Unit piawai bagi luas:
    1. milimeter persegi (mm2) – luas setem
    2. sentimeter persegi (cm2) – luas kertas
    3. meter persegi (m2) – luas permaidani
    4. kilometer persegi (km2) – luas Semenanjung Malaysia
  4. Cara mengukur luas permukaan segi empat dengan kertas petak:
    1. Sediakan petak-petak kecil 1cm X 1 cm yang dipotong daripada kertas graf.
    2. Susun dan gam petak-petak kecil 1cm X 1 cm shingga memenuhi keseluruhan objek tersebut.
    3. Hitung bilangan petak-petak kecil tersebut.
  5. Cara Mengganggar luas permukaan bentuk tidak sekata:
    1. Surih bentuk objek di atas kertas graf.
    2. Tandakan (P) pada setiap petak yang penuh. Tandakan juga (P) petak yang lebih separuh dan separuh penuh pada surihan objek.
    3. Hitung (P) yang ditandakan.
  6. Rumus luas = Panjang X Lebar. 
​
(C) Isi Padu
  1. Isi padu ialah besarnya sesuatu ruang.
  2. Semakin besar objek tersebut, semakin besar isi padunya.
  3. Unit-unit piawai bagi isi padu:
    1. milimeter padu (mm3) – isi padu pemadam
    2. sentimeter padu (cm3) – isi padu kotak kertas
    3. meter padu (m3) – isi padu tangki air
  4. Isi padu kotak dapat diukur dengan menghitung bilangan kubus yang bersaiz seragam, iaitu 1cm X 1cm X 1cm yang dapat memenuhi keseluruhan ruang di dalam kotak lohong.
  5. Rumus isi padu = Panjang X Lebar X Tinggi.
  6. Isi padu cecair dapat disukat dengan menggunakan alat penyukat tidak piawai seperti sudu, gelas, mangkuk, jag, botol dan lain-lain.
  7. Unit piawai bagi isi padu cecair ialah:
    1. mililiter (ml) – isi padu ubat di dalam botol
    2. liter (l) – isi padu minyak pelincir di dalam botol
  8. Kita boleh menyukat isi padu cecair dengan alat piawai seperti:
    1. Bikar
    2. Kalalang kon
    3. Bekas bersenggat
    4. Silinder penyukat
    5. Jag Penyukat
  9. Cara menyukat isi padu cecair:
    1. Letakkan silinder penyukat di atas permukaan yang rata.
    2. Tuang cecair ke dalam silinder penyukat dengan berhati-hati.
    3. Pastikan mata separas dengan meniskus bawah semasa membaca isi padu cecair.
  10. Isi padu bentuk sekata dapat diukur dengan kaedah sesaran air dan rumus.
  11. Isi padu bentuk tidak sekata dapat diukur dengan kaedah sesaran air.
  12. Kaedah sesaran air ialah satu cara mengukur isi padu air yang tersesar apabila sesuatu objek dimasukkan ke dalam selinder penyukat yang mengandungi air. 
  13. Isi padu bentuk = bacaan akhir – bacaan awal 
​
(D) Jisim
  1. Jisim ialah kuantiti jirim dalam sesuatu objek.
  2. Jirim ialah unsur yang mempunyai bentuk, jisim dan memenuhi ruang.
  3. Semakin banyak jirim dalam sesuatu objek, semakin besar jisim objek itu.
  4. Unit piawai bagi jisim ialah:
    1. miligram (mg) – jisim ubat, jisim kad, jisim kertas.
    2. gram (g) – jisim sesudu atau sepiring gula.
    3. kilogram (kg) – jisim sekampit beras atau sekotak kertas.
  5. Jisim dapat diukur dengan menggunakan
    1. Neraca tuas
    2. Neraca tiga palang
  6. Cara mengukur jisim menggunakan neraca tiga palang:
    1. Pastikan semua pelungsur berada pada senggat “0”.
    2. Pastikan penunjuk aras berada pada kedudukan selari dengan “0”.
    3. Letakkan kotak di atas dulang penimbang.
    4. Tolakkan pelungsur besar ke kanan. Pastikan penunjuk aras berada hampir dengan “0”.
    5. Tolakkan pelungsur sederhana ke kanan sambil memerhati penunjuk aras supaya lebih hampir dengan “0”.
    6. Tolakkan pelungsur kecil sehingga penanda aras selari dengan “0”.
    7. Jumlahkan semua bacaan pelungsur besar, sederhana dan kecil pada ketiga-tiga palang. 
​
(E) Masa
  1. Masa ialah tempoh antara dua ketika.
  2. Masa dapat diukur berdasarkan peristiwa yang berulang secara seragam, seperti
    1. Titisan air
    2. Denyutan nadi
    3. Ayunan bandul
  3. Jam telah dicipta sebagai alat pengukur masa sejak zaman dahulu.
  4. Apabila teknologi berkembang, jam yang lebih sesuai dan praktikal dicipta.
  5. Jenis-jenis jam:
    1. Jam air
    2. Jam Matahari
    3. Jam nyalaan lilin
    4. Jam pasir
    5. Jam digital
    6. Jam randik
    7. Jam tangan
    8. Jam dinding
  6. Unit piawai bagi masa ialah:
    1. saat (s)
    2. minit (m)
    3. jam (j)
    4. Hari
    5. Bulan
    6. Tahun
  7. Cara yang betul mengendalikan jam randik:
    1. Tekan butang besar untuk menggerakkan jarum jam.
    2. Tekan kali kedua butang besar untuk menghentikan pergerakan jarum jam.
    3. Ambil bacaan dengan mata dan jarum searas dengan senggatan jam randik.
    4. Tekan dua kali butang besar supaya jarum jam kembali semula pada kedudukan “0”.
​
(F) Mencipta Alat Mengukur Masa
  1. Cara membuat jam Matahari:
    1. Lubangkan pada tengah-tengah bekas minuman dan masukkan penyedut minuman.
    2. Masukkan guli sebagai pemberat dan tutup bekas minuman. Masukkan semula penyedut minuman.
    3. Lubangkan bahagian tengah kertas putih yang telah dilabel Utara. Pastikan penyedut minuman condong ke arah utara.
    4. Letakkan jam matahari mengikut Utara di bawah cahaya Matahari.
    5. Tandakan pangkah pada kertas mengikut hujung bayang-bayang penyedut minuman bermula pada pukul 10 pagi hingga 5 petang.
  2. Cara membuat jam air:
    1. Potong botol plastik menjadi dua bahagian.
    2. Tebuk satu lubang kecil pada penutup botol plastik dengan menggunakan paku.
    3. Letakkan bahagian atas botol pada bahagian bawahnya.
    4. Isi air pada bahagian atas.
    5. Gunakan jam randik untuk menandakan senggatan setiap 1 minit.
​
(G) Kepentingan unit Piawai
  1. Penggunaan unit piawai memudahkan urusan dan mengelakkan kekeliruan.
  2. Kepentingan Mengukur dengan kaedah yang betul:
    1. Sukatan bahan yang betul menghasilkan kek yang mengembang dengan elok.
    2. Pengukuran bahan binaan yang betul menjadikan bangunan lebih stabil dan kemas.
    3. Sukatan ubat yang betul mengelakkan pesakit mengalami kesan yang tidak baik.
    4. Sukatan yang betul mengelakkan pembaziran bahan. 
​
Picture

​Rujukan: 

Badan Pembangunan Kurikulum. (2013). Kurikulum Standard Sekolah Rendah: Dokumen Standard Kurikulum Dan Pentaksiran Sains Tahun 4. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Sopia binti Md. Yassin, Asselawati Binti Md. Shah & Amir Hamzah Bin Suleiman. (2013). Sains Tahun 4 Sekolah Kebangsaan. Selangor Darul Ehsan: Dewan Bahasa dan Pustaka.

15 Comments

    Mengenai Penulis

    Seorang guru Sains sekolah rendah yang kini mengajar di SK Kampung Senau, Dalat, Sarawak.

    Archives

    November 2019
    May 2018
    July 2017
    May 2017
    April 2017

    Categories

    All
    Sains Fizikal
    Sains Tahun 4

    RSS Feed

Proudly powered by Weebly