Salam perpaduan dan salam belajar Sains. Kuiz ini dihasilkan menggunakan Google Forms untuk menguji kefahaman Sains Tahun 6 Unit 6: Daya. Sumber daripada pelbagai buku rujukan dengan pengubahsuaian. 20 soalan berserta dengan ulasan feedback sekiranya menjawab salah. Sijil penyertaan akan diberikan kepada murid yang berjaya menjawab betul 70% markah dan ke atas. Sila klik pautan ini: https://forms.gle/PvJ8vkfevZGsmZ2x6 Boleh kongsikan keputusan anda di sini juga.. Selamat menjawab dan semoga berjaya!!
0 Comments
Salam sejahtera dan salam perpaduan Sains KKSR. Berikut disertakan beberapa video PdPc bagi Sains Tahun 6 Unit 6: Daya yang mengandungi 6 video:
Video ini dibangunkan oleh Learning Port Interactive yang boleh didapati pada laman Youtube. Selamat belajar! Salam sejahtera dan Selamat belajar Sains. Umumnya, kaedah nyanyian merupakan salah satu cara yang popular untuk mempelajari Sains, terutamanya dalam kalangan murid sekolah rendah. Oleh itu, tidak hairanlah jikalau semakin banyak lagu parodi Sains telah dihasilkan oleh guru-guru Sains yang dedikasi dan berbakat untuk menggalakkan anak muridnya untuk membaca dan menyanyikan lagu Sains. Tindakan ini juga diharapkan dapat memupuk dan meningkatkan minat murid-murid dalam mata pelajaran Sains. Oleh itu, pada kali ini, penulis ingin mengongsikan beberapa lagu parodi Sains yang berkaitan dengan Sains Tahun 6 Unit 6: Daya. Penulis ingin menegaskan di sini bahawa lagu-lagu berikut bukanlah dihasilkan oleh penulis, tetapi oleh guru-guru seperti pada kredit di bawah. Penulis hanyalah mengumpul dan mengepos semula untuk memudahkan guru-guru atau murid-murid untuk mencari dan mengulang kaji pelajaran. Selamat menyanyi! Lagu 1: Daya oleh Cikgu Tun AzlinaSains Tahun 6 Unit 6: Daya Tajuk Lagu: Daya Melodi: Ku Tahu Lirik: Cikgu Tun Azlina Ku tahu«. Ada dua tindakan daya Daya tolak dan tarikan Lahirlah geseran Dan ku tahu«« Daya tidak boleh dilihat Tapi kesannya terasa Itu yang kau perlu tahu Kau cuba menolak dan cuba menarik Semuanya pun memerlukan daya Dan daya pula mempunyai kesannya Kesan daya boleh mengubah bentuk Kesan daya boleh mengubah arah Kesan daya objek boleh berhenti Kesan daya pegun bergerak Kesan daya objek berubah bentuk Kesan daya boleh mengubah arah Kesan daya objek boleh berhenti Kesan daya semakin laju objek bergerak Lagu 2: Daya Geseran oleh Cikgu ZazolSains Tahun 6 Unit 6: Daya Tajuk Lagu: Daya Geseran Melodi: Jampi Lirik: Cikgu Zazol Tarikan atau tolakan Bertindak ke atas objek Itulah istilah daya Kesannya boleh dirasa Objek menjauh… tolak Objek mendekat… tarik Daya tolak… Daya tarik… *Kesannya, daya boleh mengubah bentuk Mengubah… arah dan pergerakan objek Mengubah… kelajuan dan hentikan objek Menggerakkan objek pegun dari kaku Da Da Da Daya geseran Dua permukaan bersentuhan Lawan arah gerakan Pengaruhi jenis permukaan Jisim objek Ulang * Gesaran… Hasilkan haba Tajamkan objek Pegang objek Bolehkan objek… Kekal pegun Keburukannya sukar gerakan Permukaan haus Ulang * Kesannya… Gesaran sejenis daya Gesaran sejenis daya Lagu 3: Geseran oleh Cikgu AziahSains Tahun 6 Unit 6: Daya Tajuk Lagu: Geseran Melodi: Jika (Mellly Goeslow & Ari Lasso) Lirik: Cikgu Sharifah Aziah Bila wujud daya geseran Dua permukaan bersentuhan Objek gerak makin perlahan Bola gelek akhirnya berhenti Daya geseran menentang arah pergerakan Bila berat banyak geseran Objek jadi sukar digerakkan Semakin banyak bersentuhan Makin bertambah daya geseran Hasilkan haba Objek jadi makin haus *Ada tiga faktor yang mempengaruhi geseran Kita lihat jenis permukaan, dengan jisim objek Dan saiz objek bersentuhan Makin licin makin kurang geseran dihasilkan Ambil masa singkat untuk sampai Dan semakin jauh jarak dapat dilalui Geseran ada kelebihan Pegang objek dan nyalakan mancis Elak gelincir dan juga tajamkan pisau Geseran ada kelemahan Tapak kasut, tayar jadi haus Hilang cengkaman, tergelincir bila hujan Jika kita mahu menambahkan Daya geseran Kita tambah kasar permukaan Pakai sarung tangan, corak tayar dan tapak kasut Jika kita mahu mengurangkan daya geseran Jadikan permukaan yang licin Boleh guna lilin, sabun dan minyak pelincir Lagu 4: Daya di mana-mana oleh Cikgu HalinaSains Tahun 6 Unit 6: Daya Tajuk Lagu: Daya di mana-mana Melodi: IKan Kekek Lirik: Cikgu Halina Daya ada dua sahaja Tolak dan Tarik itulah dia Sorong papan tarik papan Daya tolakan dan tarikan Ubah arah ubah bentuk Ubah lagu semuanya ada Berhenti objek gerak objek Itu semua kesan daya Daya geseran senang sahaja Ia bergerak menentang objek Boleh ditambah dikurang juga Jangan sampai tergolek-golek Pakai kasut tapak bercorak Beli tayar berbunga-bunga Guna lapik tidak tergolek Geseran ditambah banyak caranya Guna minyak guna penggolek Boleh juga guna bebola Main karom taburlah bedak Geseran dikurung pelbagai cara Tajamkan objek hasilkan haba Objek boleh kekal pegunnya Boleh juga egang bendera Geseran juga ada baiknya Tayar kereta jadi botak Tapak kasut pun jadu haus Hasilkan bunyi yang memekak Buruk geresan kita nak fokus Lagu 5: Daya oleh Cikgu FizaSains Tahun 6 Unit 6: Daya Tajuk Lagu: Daya Melodi: Hang Pi Mana Lirik: Cikgu Fiza Hang pi tolak, Hang pi tarik X12 Hang pi tolak Apa daya? Tidak boleh Nampak Tapi boleh rasa Kesan daya Boleh ubah bentuk Boleh ubah arah Objek pegun jangan tak tahu boleh bergerak Boleh laju dan berhenti juga Hang pi tarik, daya tarik Hang pi tolak, daya tolak Hang pi mancing, daya tarik Hang pi tekan, daya tolak Hang pi ambil, daya tarik Hang menyapu tu, daya tolak tarik Tarik tolak kita guna daya Tak da daya langsung tiada kerja Sepak bola tolak jadi laju Kita tarik kalau tutup pintu Kawan-kawan apa daya kalau kita gergaji X2 Itu dia kita guna daya tolak sama tarik Kawan-kawan jangan lupa ada geser bila sentuh X2 Kita panggil itu daya geseran **Apa daya geseran itu? Habok Mai sikit… Daya bila 2 permukaan bersentuhan bergerak berlainan arah Ohh.. Lagu tu ka… Kesan geser objek tidak bergerak Bila bergerak, haba akan terhasil Jisim objek dan jenis permukaan Faktor tinggi atau rendah geseran Kalau berat, geser tinggi Kalau ringan, geser rendah Kalau kasar, geser tinggi Kalau licin, geser rendah Kalau haus boleh tergolek Kalau bunyi ada geseran Senarai ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa sekiranya penulis terjumpa sesiapa guru Sains dedikasi yang telah menghasilkan lagu parodi untuk unit yang sama. Sekiranya cikgu-cikgu terjumpa lagu parodi bagi unit yang sama tetapi tidak sempat dikemaskini oleh penulis, maka sudi-sudilah tinggalkan komen pada ruangan bawah supaya cikgu-cikgu lain tahu dan mendengarnya. Sekian, terima kasih. Salam perpaduan Sains KSSR. Berikut disertakan cadangan rancangan pengajaran harian (RPH) bagi Sains Tahun 6 Unit 6: Daya dalam bentuk PDF untuk perkongsian idea dalam kalangan guru. Semoga guru mendapat manfaat dan perbincangan bersama. ![]()
Sekiranya cikgu-cikgu ingin mendapatkan RPH unit ini dalam bentuk words, sudi-sudilah tinggalkan komen dan email untuk urusan seterusnya. Terima kasih. - KEMAS KINI -Memandangkan semakin banyak cikgu yang meminta RPH unit ini dalam bentuk words dan penulis tidak mampu untuk membalas satu per satu, maka di sini disertakan RPH bagi Unit ini dalam bentuk words. Untuk mengelakkan font dan margin terlari, cikgu-cikgu juga diminta untuk memuat turun dan memasang font yang digunakan, iaitu font Blokletters Viltstift. (Ini juga merupakan salah satu sebab mengapa penulis tidak memuat naik rph words pada asalnya). Sekiranya cikgu-cikgu memuat turunnya, maka mohon agar meninggalkan komen sekurang-kurangnya ucapan terima kasih pada ruangan di bawah. Terima kasih.
Salam perpaduan Sains KSSR. Berikut disertakan beberapa video mengenai pengajaran Tahun 6 Unit 6: Daya yang mengandungi 3 video:
Selamat belajar! (A) Apakah Daya?
(B) Kesan Daya
(C) Daya Geseran
(D) Faktor yang Mempengaruhi Daya Geseran
(E) Kesan Daya Geseran
(F) Menambahkan dan Mengurangkan Daya Geseran
Rujukan: Badan Pembangunan Kurikulum. (2015). Kurikulum Standard Sekolah Rendah: Dokumen Standard Kurikulum Dan Pentaksiran Sains Tahun 6. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia. Suwaibatullaslamiah binti Jalaludin, Jong, Tze Kian & Mohd Ramadhan bin Anwar. (2015). Sains Tahun 6 Sekolah Kebangsaan. Selangor Darul Ehsan: Dewan Bahasa dan Pustaka. |
Mengenai PenulisSeorang guru Sains sekolah rendah yang kini mengajar di SK Kampung Senau, Dalat, Sarawak. Archives
June 2020
Categories |
Proudly powered by Weebly