Chang Tun Kuet
  • Mengenai Penulis
  • MODUL SAINS
  • Sains Tahun 3 (KSSR Semakan)
    • Unit 1 Kemahiran Saintifik
    • Unit 2 Peraturan Bilik Sains
    • Unit 3 Manusia
    • Unit 4 Haiwan
    • Unit 5 Tumbuh-Tumbuhan
    • Unit 6 Pengukuran
    • Unit 7 Ketumpatan
    • Unit 8 Asid dan Alkali
    • Unit 9 Sistem Suria
    • Unit 10 Mesin Ringkas
    • Magnet (DST T3)
    • Penyerapan (DST T3)
    • Tanah (DST T3)
  • Sains Tahun 4 (Semakan 2017)
    • Unit 1: Kemahiran Saintifik
    • Unit 2: Manusia
    • Unit 3: Haiwan
    • Unit 4: Tumbuhan
    • Unit 5: Sifat Cahaya
    • Unit 6: Bunyi
    • Unit 7: Tenaga
    • Unit 8: Bahan
    • Unit 9: Bumi
    • Unit 10: Mesin
  • Sains Tahun 4
    • Unit 1: Kemahiran Saintifik
    • Unit 2: Peraturan Bilik Sains
    • Unit 3: Proses Hidup Manusia
    • Unit 4: Proses Hidup Haiwan
    • Unit 5: Proses Hidup Tumbuhan
    • Unit 6: Pengukuran
    • Unit 7: Sifat Bahan
    • Unit 8: Pengaratan
    • Unit 9: Sistem Suria
    • Unit 10: Teknologi
  • Sains Tahun 5
    • Unit 1: Kemahiran Saintifik
    • Unit 2: Peraturan Bilik Sains
    • Unit 3: Proses Hidup Haiwan
    • Unit 4: Proses Hidup Tumbuhan
    • Unit 5: Tenaga
    • Unit 6: Sifat Cahaya
    • Unit 7: Elektrik
    • Unit 8: Haba
    • Unit 9: Jirim
    • Unit 10: Asid dan Alkali
    • Unit 11: Bumi, Bulan dan Matahari
    • Unit 12: Teknologi
  • Sains Tahun 6
    • Unit 1: Kemahiran Saintifik
    • Unit 2: Peraturan Bilik Sains
    • Unit 3: Mikroorganisma
    • Unit 4: Interaksi Antara Hidupan
    • Unit 5: Pemeliharaan dan Pemuliharaan
    • Unit 6: Daya
    • Unit 7: Kelajuan
    • Unit 8: Pengawetan Makanan
    • Unit 9: Bahan Buangan
    • Unit 10: Gerhana
    • Unit 11: Buruj
    • Unit 12: Mesin
    • Soalan Berkemahiran
  • Galeri Aktiviti Semasa
  • Penulisan dan Laporan Amali
  • Pautan Rakan Seperjuangan
  • Hubungi Saya
  • Mengenai Penulis
  • MODUL SAINS
  • Sains Tahun 3 (KSSR Semakan)
    • Unit 1 Kemahiran Saintifik
    • Unit 2 Peraturan Bilik Sains
    • Unit 3 Manusia
    • Unit 4 Haiwan
    • Unit 5 Tumbuh-Tumbuhan
    • Unit 6 Pengukuran
    • Unit 7 Ketumpatan
    • Unit 8 Asid dan Alkali
    • Unit 9 Sistem Suria
    • Unit 10 Mesin Ringkas
    • Magnet (DST T3)
    • Penyerapan (DST T3)
    • Tanah (DST T3)
  • Sains Tahun 4 (Semakan 2017)
    • Unit 1: Kemahiran Saintifik
    • Unit 2: Manusia
    • Unit 3: Haiwan
    • Unit 4: Tumbuhan
    • Unit 5: Sifat Cahaya
    • Unit 6: Bunyi
    • Unit 7: Tenaga
    • Unit 8: Bahan
    • Unit 9: Bumi
    • Unit 10: Mesin
  • Sains Tahun 4
    • Unit 1: Kemahiran Saintifik
    • Unit 2: Peraturan Bilik Sains
    • Unit 3: Proses Hidup Manusia
    • Unit 4: Proses Hidup Haiwan
    • Unit 5: Proses Hidup Tumbuhan
    • Unit 6: Pengukuran
    • Unit 7: Sifat Bahan
    • Unit 8: Pengaratan
    • Unit 9: Sistem Suria
    • Unit 10: Teknologi
  • Sains Tahun 5
    • Unit 1: Kemahiran Saintifik
    • Unit 2: Peraturan Bilik Sains
    • Unit 3: Proses Hidup Haiwan
    • Unit 4: Proses Hidup Tumbuhan
    • Unit 5: Tenaga
    • Unit 6: Sifat Cahaya
    • Unit 7: Elektrik
    • Unit 8: Haba
    • Unit 9: Jirim
    • Unit 10: Asid dan Alkali
    • Unit 11: Bumi, Bulan dan Matahari
    • Unit 12: Teknologi
  • Sains Tahun 6
    • Unit 1: Kemahiran Saintifik
    • Unit 2: Peraturan Bilik Sains
    • Unit 3: Mikroorganisma
    • Unit 4: Interaksi Antara Hidupan
    • Unit 5: Pemeliharaan dan Pemuliharaan
    • Unit 6: Daya
    • Unit 7: Kelajuan
    • Unit 8: Pengawetan Makanan
    • Unit 9: Bahan Buangan
    • Unit 10: Gerhana
    • Unit 11: Buruj
    • Unit 12: Mesin
    • Soalan Berkemahiran
  • Galeri Aktiviti Semasa
  • Penulisan dan Laporan Amali
  • Pautan Rakan Seperjuangan
  • Hubungi Saya

UNIT 6: BUNYI

KUIZ SAINS TAHUN 4 UNIT 6: BUNYI (semakan)

7/6/2020

0 Comments

 
Picture

Salam perpaduan dan salam belajar Sains. 

Kuiz ini dihasilkan menggunakan Google Forms untuk menguji kefahaman Sains Tahun 4 Unit 6: Bunyi (Semakan 2017).

Sumber daripada pelbagai buku rujukan dengan pengubahsuaian. 

20 soalan berserta dengan ulasan feedback sekiranya menjawab salah. 
​

Sijil penyertaan akan diberikan kepada murid yang berjaya menjawab betul 70% markah dan ke atas. 

​Sila klik pautan ini:
 https://forms.gle/NEoUxKY7PKXDV6wE8 
​

Boleh kongsikan keputusan anda di sini juga..
​Selamat menjawab dan semoga berjaya!!
​ 
0 Comments

NOTA SAINS TAHUN 4 UNIT 6: BUNYI

3/22/2020

16 Comments

 

6.1     Getaran dan Bunyi

  1. Bunyi dihasilkan oleh getaran.
  2. Bunyi dapat dihasilkan melalui beberapa cara:
    1. Tiupan: Apabila seruling ditiup, udara di dalam seruling bergetar.
    2. Ketukan: Apabila xilofon diketuk, xilofon bergetar.
    3. Petikan atau Gesekan: Tali yang dipetik atau digesek bergetar.
    4. Tepukan: Kepingan simbal bergetar apabila ditepuk. 
Picture


​6.2    Bunyi Bergerak

  1. ​Fariz, Teruni dan Mei Lan boleh mendengar bunyi loceng penjual aiskrim walaupun mereka berada pada kedudukan yang berbeza.
  2. Mereka boleh mendengar bunyi loceng daripada penjual aiskrim kerana bunyi bergerak ke semua arah.
 
Picture
Picture


​6.3   Bunyi boleh dipantul

  1. Apabila bunyi terkena pada suatu permukaan yang keras, bunyi akan dipantulkan semula.
  2. Contoh pantulan bunyi di sekeliling kita:
    1. Bercakap di dalam bilik yang kosong
    2. Menjerit di dalam gua
    3. Menjerit di dalam dewan yang kosong
Picture


​6.4    Fenomena Pantulan Bunyi

  1. Pantulan bunyi berlaku di sekeliling kita. Pantulan bunyi digunakan oleh manusia dan haiwan dengan pelbagai cara.
  2. Contoh fenomena pantulan bynyi:
    1. Gema: Gema ialah bunyi yang terhasil apabila bunyi dipantulkan pada permukaan yang keras.
    2. Ultrasonik: Ultrasonik ialah bunyi yang tidak dapat didengar oleh manusia tetapi dapat didengar oleh haiwan seperti kelawar, ikan lumba-lumba dan paus untuk memandu arah dan mengesan lokasi mangsa masing-masing. Dalam bidang perubatan, pantulan bunyi ultrasonik digunakan untuk mengesan organ di dalam badan pesakit atau bayi di dalam kandungan.
    3. Sonar: Sonar ialah teknologi pantulan bunyi ultrasonik yang digunakan untuk mengesan objek di dalam air. 
Picture


​6.5    Bunyi yang Berfaedah dan Bunyi yang Memudaratkan

  1. Bunyi memberikan pelbagai kesan kepada kehidupan kita.
  2. Terdapat bunyi yang berfaedah dan bunyi yang memudaratkan kita.
  3. Contoh bunyi yang berfaedah:
    1. Bunyi suara membolehkan kita berkomunikasi.
    2. Bunyi muzik boleh menghiburkan.
    3. Bunyi siren ambulans memberikan isyarat kecemasan.
    4. Bunyi deringan telefon memberikan maklumat ada panggilan masuk.
  4. Contoh bunyi yang memudaratkan kita:
    1. Persekitaran yang bising menyebabkan kita sukar berkomunikasi.
    2. Bunyi bising kenderaan mengganggu ketenangan dan menyebabkan tekanan emosi.
    3. Bunyi bising yang didengar secara kerap atau terlalu kuat boleh menyebabkan masalah pendengaran.
  5. Kekuatan bunyi diukur dalam unit decibel (dB). Bunyi kuat yang melebihi 85 dB boleh merosakkan telinga kita. 
Picture
Picture


​6.6    Mengurangkan Pencemaran Bunyi

  1. Bunyi yang terlalu kiat atau bunyi yang tidak diingini dapat dikurangkan supaya lebih senyap atau kurang jelas.
  2. Contoh situasi:
    1. Petugas di landasan kapal terbang menggunakan pelindung telinga untuk melindungi telinga supaya tidak rosak akibat bunyi pesawat yang terlalu kuat.
    2. Penyerap bunyi seperti permaidani, langsir dan tingkap dapat mengurangkan getaran bunyi.
    3. Penggunaan pokok dapat membantu mengurangkan pencemaran bunyi di persekitaran kita.
  3. Untuk menghentikan bunyi pada jam loceng tanpa mematikan suisnya, kita boleh memberhentikan getaran pada bahagian penukul locengnya. 
Picture


​Imbasan Minda

Picture


​Rujukan

Badan Pembangunan Kurikulum. (April 2018). Kurikulum Standard Sekolah Rendah: Dokumen Standard Kurikulum Dan Pentaksiran Sains Tahun 4. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Mohd Ramadhan bin Anwar, Mohammad Fazli bin Othman, Siti Roha binti Abd. Karim & Ahmad Pua'ad bin Ibrahim. (2019). Kurikulum Standard Sekolah Rendah (Semakan 2017): Sains Tahun 4 Sekolah Kebangsaan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. ​
16 Comments

    Mengenai Penulis

    Seorang guru Sains sekolah rendah yang kini mengajar di SK Kampung Senau, Dalat, Sarawak.

    Archives

    July 2020
    March 2020

    Categories

    All

    RSS Feed

Proudly powered by Weebly