Salam sejahtera dan Selamat belajar Sains. Umumnya, kaedah nyanyian merupakan salah satu cara yang popular untuk mempelajari Sains, terutamanya dalam kalangan murid sekolah rendah. Oleh itu, tidak hairanlah jikalau semakin banyak lagu parodi Sains telah dihasilkan oleh guru-guru Sains yang dedikasi dan berbakat untuk menggalakkan anak muridnya untuk membaca dan menyanyikan lagu Sains. Tindakan ini juga diharapkan dapat memupuk dan meningkatkan minat murid-murid dalam mata pelajaran Sains. Oleh itu, pada kali ini, penulis ingin mengongsikan beberapa lagu parodi Sains yang berkaitan dengan Sains Tahun 4 Unit 5: Proses Hidup Tumbuhan. Penulis ingin menegaskan di sini bahawa lagu-lagu berikut bukanlah dihasilkan oleh penulis, tetapi oleh guru-guru seperti pada kredit di bawah. Penulis hanyalah mengumpul dan mengepos semula untuk memudahkan guru-guru atau murid-murid untuk mencari dan mengulang kaji pelajaran. Selamat menyanyi! Lagu 1: Pemalu Si Pemalu oleh Cikgu HalinaSains Tahun 4 Unit 5: Proses Hidup Tumbuhan Tajuk Unit: Tumbuhan bergerak balas terhadap rangsangan Tajuk Lagu: Pemalu Si Pemalu Melodi: Tetamu (Didi and Friends) Lirik: Cikgu Halina Hai kawan mari kita Belajar Sains Gerak balas tumbuhan Pada rangsangan Hai akar akan gerak Pada gravity Juga carilah air Di dalam tanah Hai pucuk akan cari Cahaya matahari Daun dan bunga juga Cari cahaya Semalu akan kuncup Bila disentuh Dia bergerak balas Pada sentuhan Hai kawan-kawan semua Rajin semua Rajin belajar Baca dan nyanyi sama dengan Cikgu Chang Lagu 2: Fotosintesis oleh Cikgu HalinaSains Tahun 4 Unit 5: Proses Hidup Tumbuhan Tajuk Unit: Fotosintesis Tajuk Lagu: Ku yang Hijau Melodi: Aku Yang Dulu Bukanlah Sekarang Lirik: Cikgu Halina Ku yang hijau dipanggil klorofil Diguna untuk membuatlah makanan Foto.. Foto.. Foto.. Fotosintesis Itulah nama prosesnya Karbon dioksida lalu liang halus (hey) Cahaya juga aku memerlukannya Air juga akan diserap akar Barulah lengkap semua bahannya *Pabila siap oksigen yang terhasil Kanju juga hasil dari Fotosintesis Marilah sama-sama kita ingatkan Tumbuhan buat makanannya Tumbuhan juga akan bergerak balas Akarku mencari air dan gravity Pucuk batang dan daunku pula Pasti akan mencari cahaya… Ulang * Lagu 3: Fotosintesis oleh Cikgu AziahSains Tahun 4 Unit 5: Proses Hidup Tumbuhan Tajuk Unit: Fotosintesis Tajuk Lagu: Fotosintesis Melodi: Ku Hanya Sayang padamu (Aiman Tino) Lirik: Cikgu Sharifah Aziah Mungkin kali ini bicara tumbuhan Fotosintesis Pasti kali ini aku perdengarkan Proses hidupku Memang aku tidak boleh Bergerak untuk mencari makanan Tetapi aku boleh membuat makanan sendiri Ada ada pigmen hijau Yang berfungsi untuk menyerap cahaya Itu klorofil pada tumbuhan Yang berdaun hijau Aku juga memerlukan air Karbon dioksida, cahaya matahari Hasilnya kanji dan oksigen Kanji tu makanan Oksigen ‘tuk bernafas Untuk hidupan Aku simpan kanji itu Di dalam lima bahagian tubuhku Dalam buahku, batang daunku Biji dan akarku Apa jadi sekiranya Fotosintesis ini tidak berlaku Nanti hidupan tiada makanan Dan mati semua Aku juga memerlukan air Karbon dioksida, cahaya matahari Hasilnya kanji dan oksigen Kanji itu makanan Oksigen ‘tuk bernafas Untuk hidupan Oh Fotosintesis X2 Lagu 4: Rangsangan Tumbuhan oleh Cikgu Chang SongSains Tahun 4 Unit 5: Proses Hidup Tumbuhan Tajuk Unit: Tumbuhan bergerak balas terhadap rangsangan Tajuk Lagu: Rangsangan Tumbuhan Melodi: My Bonnie Lirik: Cikgu Chang Ada empat jenis rangsangan, Tumbuhan bergerak balas; Graviti, cahaya, sentuhan, Jangan lupa juga air. Pucuk daun bunga gerak balas cahaya; Daun gerak balas dengan sentuhan; Akar bergerak balas terhadap graviti; Akar bergerak balas dengan air. Lagu 5: Fotosintesis oleh Cikgu ChangSains Tahun 4 Unit 5: Proses Hidup Tumbuhan Tajuk Unit: Fotosintesis Tajuk Lagu: Fotosintesis Melodi: Chan Mali Chan Lirik: Cikgu Chang Tiga keperluan asas tumbuhan; udara oksigen, air serta cahaya. Fotosintesis ialah satu proses; tumbuhan membuat makanan sendiri. Chan Mali Chan X3, Ketipung Payung. Proses fotosintesis perlu air; karbon dioksida, klorofil dan cahaya. Fotosistesis akan menghasilkan; oksigen dan kanji untuk jadi makanan. Chan Mali Chan X3, Ketipung Payung. Senarai ini akan dikemaskini sekiranya penulis terjumpa sesiapa guru Sains dedikasi yang telah menghasilkan lagu parodi untuk unit yang sama. Sekiranya cikgu-cikgu terjumpa lagu parodi bagi unit yang sama tetapi tidak sempat dikemaskini oleh penulis, maka sudi-sudilah tinggalkan komen pada ruangan bawah supaya cikgu-cikgu lain tahu dan mendengarnya. Sekian, terima kasih.
1 Comment
Mohd. Aznil
5/24/2020 09:33:49 pm
Seronok menyanyi. Terima kasih.
Reply
Leave a Reply. |
Mengenai PenulisSeorang guru Sains sekolah rendah yang kini mengajar di SK Kampung Senau, Dalat, Sarawak. Archives
November 2019
Categories |
Proudly powered by Weebly