Chang Tun Kuet
  • Mengenai Penulis
  • MODUL SAINS
  • Sains Tahun 3 (KSSR Semakan)
    • Unit 1 Kemahiran Saintifik
    • Unit 2 Peraturan Bilik Sains
    • Unit 3 Manusia
    • Unit 4 Haiwan
    • Unit 5 Tumbuh-Tumbuhan
    • Unit 6 Pengukuran
    • Unit 7 Ketumpatan
    • Unit 8 Asid dan Alkali
    • Unit 9 Sistem Suria
    • Unit 10 Mesin Ringkas
    • Magnet (DST T3)
    • Penyerapan (DST T3)
    • Tanah (DST T3)
  • Sains Tahun 4 (Semakan 2017)
    • Unit 1: Kemahiran Saintifik
    • Unit 2: Manusia
    • Unit 3: Haiwan
    • Unit 4: Tumbuhan
    • Unit 5: Sifat Cahaya
    • Unit 6: Bunyi
    • Unit 7: Tenaga
    • Unit 8: Bahan
    • Unit 9: Bumi
    • Unit 10: Mesin
  • Sains Tahun 4
    • Unit 1: Kemahiran Saintifik
    • Unit 2: Peraturan Bilik Sains
    • Unit 3: Proses Hidup Manusia
    • Unit 4: Proses Hidup Haiwan
    • Unit 5: Proses Hidup Tumbuhan
    • Unit 6: Pengukuran
    • Unit 7: Sifat Bahan
    • Unit 8: Pengaratan
    • Unit 9: Sistem Suria
    • Unit 10: Teknologi
  • Sains Tahun 5
    • Unit 1: Kemahiran Saintifik
    • Unit 2: Peraturan Bilik Sains
    • Unit 3: Proses Hidup Haiwan
    • Unit 4: Proses Hidup Tumbuhan
    • Unit 5: Tenaga
    • Unit 6: Sifat Cahaya
    • Unit 7: Elektrik
    • Unit 8: Haba
    • Unit 9: Jirim
    • Unit 10: Asid dan Alkali
    • Unit 11: Bumi, Bulan dan Matahari
    • Unit 12: Teknologi
  • Sains Tahun 6
    • Unit 1: Kemahiran Saintifik
    • Unit 2: Peraturan Bilik Sains
    • Unit 3: Mikroorganisma
    • Unit 4: Interaksi Antara Hidupan
    • Unit 5: Pemeliharaan dan Pemuliharaan
    • Unit 6: Daya
    • Unit 7: Kelajuan
    • Unit 8: Pengawetan Makanan
    • Unit 9: Bahan Buangan
    • Unit 10: Gerhana
    • Unit 11: Buruj
    • Unit 12: Mesin
    • Soalan Berkemahiran
  • Galeri Aktiviti Semasa
  • Penulisan dan Laporan Amali
  • Pautan Rakan Seperjuangan
  • Hubungi Saya
  • Mengenai Penulis
  • MODUL SAINS
  • Sains Tahun 3 (KSSR Semakan)
    • Unit 1 Kemahiran Saintifik
    • Unit 2 Peraturan Bilik Sains
    • Unit 3 Manusia
    • Unit 4 Haiwan
    • Unit 5 Tumbuh-Tumbuhan
    • Unit 6 Pengukuran
    • Unit 7 Ketumpatan
    • Unit 8 Asid dan Alkali
    • Unit 9 Sistem Suria
    • Unit 10 Mesin Ringkas
    • Magnet (DST T3)
    • Penyerapan (DST T3)
    • Tanah (DST T3)
  • Sains Tahun 4 (Semakan 2017)
    • Unit 1: Kemahiran Saintifik
    • Unit 2: Manusia
    • Unit 3: Haiwan
    • Unit 4: Tumbuhan
    • Unit 5: Sifat Cahaya
    • Unit 6: Bunyi
    • Unit 7: Tenaga
    • Unit 8: Bahan
    • Unit 9: Bumi
    • Unit 10: Mesin
  • Sains Tahun 4
    • Unit 1: Kemahiran Saintifik
    • Unit 2: Peraturan Bilik Sains
    • Unit 3: Proses Hidup Manusia
    • Unit 4: Proses Hidup Haiwan
    • Unit 5: Proses Hidup Tumbuhan
    • Unit 6: Pengukuran
    • Unit 7: Sifat Bahan
    • Unit 8: Pengaratan
    • Unit 9: Sistem Suria
    • Unit 10: Teknologi
  • Sains Tahun 5
    • Unit 1: Kemahiran Saintifik
    • Unit 2: Peraturan Bilik Sains
    • Unit 3: Proses Hidup Haiwan
    • Unit 4: Proses Hidup Tumbuhan
    • Unit 5: Tenaga
    • Unit 6: Sifat Cahaya
    • Unit 7: Elektrik
    • Unit 8: Haba
    • Unit 9: Jirim
    • Unit 10: Asid dan Alkali
    • Unit 11: Bumi, Bulan dan Matahari
    • Unit 12: Teknologi
  • Sains Tahun 6
    • Unit 1: Kemahiran Saintifik
    • Unit 2: Peraturan Bilik Sains
    • Unit 3: Mikroorganisma
    • Unit 4: Interaksi Antara Hidupan
    • Unit 5: Pemeliharaan dan Pemuliharaan
    • Unit 6: Daya
    • Unit 7: Kelajuan
    • Unit 8: Pengawetan Makanan
    • Unit 9: Bahan Buangan
    • Unit 10: Gerhana
    • Unit 11: Buruj
    • Unit 12: Mesin
    • Soalan Berkemahiran
  • Galeri Aktiviti Semasa
  • Penulisan dan Laporan Amali
  • Pautan Rakan Seperjuangan
  • Hubungi Saya

unit 5: pemeliharaan &  pemuliharaan

KUIZ SAINS TAHUN 6 UNIT 5: PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN

6/7/2020

0 Comments

 
Picture
Salam perpaduan dan salam belajar Sains. 

Kuiz ini dihasilkan menggunakan Google Forms untuk menguji kefahaman Sains Tahun 6 Unit 5: Pemeliharaan dan Pemuliharaan. 

Sumber daripada pelbagai buku rujukan dengan pengubahsuaian. 

20 soalan berserta dengan ulasan feedback sekiranya menjawab salah. 
​

Sijil penyertaan akan diberikan kepada murid yang berjaya menjawab betul 70% markah dan ke atas. 

​Sila klik pautan ini: 
https://forms.gle/NrPrLeyQAaz8pouVA 

Boleh kongsikan keputusan anda di sini juga..
​Selamat menjawab dan semoga berjaya!!
​

0 Comments

video pdpc sains tahun 6 unit 5: pemeliharaan dan pemuliharaan

11/2/2019

0 Comments

 
Salam sejahtera dan salam perpaduan Sains KKSR. Berikut disertakan beberapa video PdPc bagi Sains Tahun 6 Unit 5: Pemeliharaan dan Pemuliharaan yang mengandungi 2 video:
​
  1. Spesies yang Pupus dan Terancam
  2. Pemeliharaan dan Pemuliharaan
​
Video ini dibangunkan oleh Learning Port Interactive yang boleh didapati pada laman Youtube.

​Selamat belajar! 
0 Comments

Lagu Parodi Sains Tahun 6 Unit 5: Pemeliharaan dan Pemuliharan

5/2/2018

0 Comments

 
Salam sejahtera dan Selamat belajar Sains. 

Umumnya, kaedah nyanyian merupakan salah satu cara yang popular untuk mempelajari Sains, terutamanya dalam kalangan murid sekolah rendah. Oleh itu, tidak hairanlah jikalau semakin banyak lagu parodi Sains telah dihasilkan oleh guru-guru Sains yang dedikasi dan berbakat untuk menggalakkan anak muridnya untuk membaca dan menyanyikan lagu Sains. Tindakan ini juga diharapkan dapat memupuk dan meningkatkan minat murid-murid dalam mata pelajaran Sains. 

Oleh itu, pada kali ini, penulis ingin mengongsikan beberapa lagu parodi Sains yang berkaitan dengan Sains Tahun 6 Unit 5: Pemeliharaan dan Pemuliharaan.
​

Penulis ingin menegaskan di sini bahawa lagu-lagu berikut bukanlah dihasilkan oleh penulis, tetapi oleh guru-guru seperti pada kredit di bawah. Penulis hanyalah mengumpul dan mengepos semula untuk memudahkan guru-guru atau murid-murid untuk mencari dan mengulang kaji pelajaran. Selamat menyanyi!

Lagu 1: Pemeliharaan dan Pemuliharaan oleh Cikgu Aziah

Sains Tahun 6
Unit 5: Pemeliharaan dan Pemuliharaan
Tajuk Lagu: Pemeliharaan dan Pemuliharaan
Melodi: Jampi (Hael Hussaini)
Lirik: Cikgu Sharifah Aziah
 
Kulihat sekelilingku
Ada hidupan makin berkurang
Ada yang dah kepupusan
Apa jadi jika dibiarkan
 
Apakah yang berlaku
Faktor ancaman itu
Yang boleh jadi begitu
 
*Dan bila manusia meneroka hutan
Semua haiwan tumbuhan hilang habitat
Memburu dan lakukan pembalakan haram
Membuang sampah dan bahan yang mencemarkan
 
Sob Sob Sob aku menangis
Mesti cari penyelesaian
 
Oh pemeliharaan
Kekalkan keadaan
Seperti yang asal
 
Mendidik masyarakat pupuk kesedaran
Elakkan membeli barangan kulit haiwan
Wartakan haiwan terlindung dan hutan simpan
Kuatkuasa undang akta hidupan liar
 
Oh pemuliharaan
Mengembalikan bilangan hidupan kepada asal
Boleh perbanyakkan pusat pemuliharaan
Tanam semula pokok
 
Ulang *
 
Picture

Senarai ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa sekiranya penulis terjumpa sesiapa guru Sains dedikasi yang telah menghasilkan lagu parodi untuk unit yang sama.

Sekiranya cikgu-cikgu terjumpa lagu parodi bagi unit yang sama tetapi tidak sempat dikemaskini oleh penulis, maka sudi-sudilah tinggalkan komen pada ruangan bawah supaya cikgu-cikgu lain tahu dan mendengarnya. 

Sekian, terima kasih. 
​
0 Comments

RPH Sains Tahun 6 Unit 5: Pemeliharaan dan Pemuliharaan

5/30/2017

0 Comments

 
Salam perpaduan Sains KSSR. Berikut disertakan cadangan rancangan pengajaran harian (RPH) bagi Sains Tahun 6 Unit 5: Pemeliharaan dan Pemuliharaan dalam bentuk PDF untuk perkongsian idea dalam kalangan guru. Semoga guru mendapat manfaat dan perbincangan bersama. ​
rph_sn_t6_u5.pdf
File Size: 282 kb
File Type: pdf
Download File

Sekiranya cikgu-cikgu ingin mendapatkan RPH unit ini dalam bentuk words, sudi-sudilah tinggalkan komen dan email untuk urusan seterusnya. ​Terima kasih.
​

​- KEMAS KINI -

Memandangkan semakin banyak cikgu yang meminta RPH unit ini dalam bentuk words dan penulis tidak mampu untuk membalas satu per satu, maka di sini disertakan RPH bagi Unit ini dalam bentuk words. 

Untuk mengelakkan font dan margin terlari, cikgu-cikgu juga diminta untuk memuat turun dan memasang font yang digunakan, iaitu  font Blokletters Viltstift. (Ini juga merupakan salah satu sebab mengapa penulis tidak memuat naik rph words pada asalnya). 

Sekiranya cikgu-cikgu memuat turunnya, maka mohon agar meninggalkan komen sekurang-kurangnya ucapan terima kasih pada ruangan di bawah. Terima kasih. 
​
blokletters-viltstift.ttf
File Size: 87 kb
File Type: ttf
Download File

sn_t6_u5_rph.docx
File Size: 29 kb
File Type: docx
Download File

0 Comments

Video Pengajaran Sains Tahun 6 Unit 5: Pemeliharaan dan Pemuliharaan

5/29/2017

0 Comments

 
Salam perpaduan Sains KSSR. Berikut disertakan beberapa video mengenai pengajaran Tahun 6 Unit 5: Pemeliharaan dan Pemuliharaan yang mengandungi 2 video:
  1. Ancaman Kepupusan Haiwan dan Tumbuhan
  2. Kepentingan Menjaga Keseimbangan Alam
Video ini dibangunkan oleh EduNation Malaysia yang boleh didapati pada laman Youtube. 
​Selamat belajar! 
0 Comments

Nota Sains Tahun 6 Unit 5: Pemeliharaan dan Pemuliharaan

4/13/2017

24 Comments

 
(A) Kepupusan Haiwan
  1. Maksud pupus: lenyapnya atau sudah tiada lagi spesies haiwan itu di bumi ini.
  2. Contoh haiwan yang sudah pupus:
    1. T-Rex
    2. Burung Dodo
    3. Quagga
    4. Mamot
    5. Harimau bertaring lengkung
    6. Serigala Tasmania
    7. Harimau dahan Taiwan
    8. Ikan lumba-lumba Sungai Cina
    9. Singa laut Jepun
    10. Harimau Jawa

 
(B) Diancam Kepupusan
  1. Maksud diancam kepupusan: Bilangan spesies hidupan tersebut semakin berkurang dari tahun ke tahun.
  2. Contoh jenis tumbuhan yang diancam kepupusan:
    1. Anggerik Merpati
    2. Periuk Kera
    3. Rafflesia
    4. Orkid Selipar
    5. Kacip Fatimah
    6. Tongkat Ali
    7. Cengal
    8. Keruing
    9. Meranti
    10. Pokok Bakau
  3. Contoh jenis haiwan yang diancam kepupusan:
    1. Badak Sumbu
    2. Tapir
    3. Gajah
    4. Harimau
    5. Panda

 
 
(C) Aktiviti yang mengancam Haiwan dan Tumbuhan
  1. Terdapat 3 faktor utama uang mengancam haiwan dan tumbuhan:
  1. Aktiviti Manusia
    1. Pembalakan tanpa kawalan
    2. Pemburuan haram berleluasa
    3. Penerokaan kawasan
  2. Bencana Alam
    1. Banjir
    2. Gempa Bumi
    3. Ribut Taufan
  3. Pencemaran
    1. Pencemaran Air – Tumpahan Minyak
    2. Pencemaran Tanah – Pembuangan Sampah
    3. Pencemaran Udara – Pembakaran terbuka
 

(D) Pemeliharaan dan Pemuliharaan Haiwan dan Tumbuhan
  1. Usaha-usaha pemeliharaan dan pemuliharaan perlu dilakukan bagi menyelamatkan haiwan dan tumbuhan yang diancam kepupusan.
  2. Maksud pemeliharaan: Usaha mengekalkan keadaan asal haiwan dan tumbuhan daripada musnah. 
  3. Contoh-contoh aktiviti pemeliharaan:
    1. Mendidik masyarakat tentang melindungi haiwan dan tumbuhan
    2. Elak membeli produk yang diperbuat daripada spesies haiwan terancam.
    3. Menganjurkan kempen menentang pembalakan dan pemburuan haram.
    4. Mewartakan spesies haiwan dan tumbuhan sebagai spesies yang dilindungi.
    5. Mewartakan hutan sebagai hutan simpan.
    6. Menebang pokok terpilih sahaja.
    7. Menguatkuasa undang-undang dan peraturan.
    8. Mewartakan kawasan paya bakau sebagai tapak Ramsar
    9. Mewartakan taman laut.
  4. Maksud pemuliharaan: Usaha mengembalikan haiwan dan tumbuhan kepada keadaan asal.
  5. Contoh-contoh aktiviti pemuliharaan:
    1. Mendirikan pusat rehabilitasi.
    2. Mendirikan pusat perlindungan dan pusat pembiakan.
    3. Menanam semula pokok. 
​
Picture

​Rujukan: 

Badan Pembangunan Kurikulum. (2015). Kurikulum Standard Sekolah Rendah: Dokumen Standard Kurikulum Dan Pentaksiran Sains Tahun 6. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Suwaibatullaslamiah binti Jalaludin, Jong, Tze Kian & Mohd Ramadhan bin Anwar. (2015). Sains Tahun 6 Sekolah Kebangsaan. Selangor Darul Ehsan: Dewan Bahasa dan Pustaka.
​

24 Comments

    Mengenai Penulis

    Seorang guru Sains sekolah rendah yang kini mengajar di SK Kampung Senau, Dalat, Sarawak.

    Archives

    June 2020
    November 2019
    May 2018
    May 2017
    April 2017

    Categories

    All
    Sains Hayat
    Sains Tahun 6

    RSS Feed

Proudly powered by Weebly