Salam perpaduan dan salam belajar Sains. Kuiz ini dihasilkan menggunakan Google Forms untuk menguji kefahaman Sains Tahun 5 Unit 4: Proses Hidup Tumbuhan. Sumber daripada pelbagai buku rujukan dengan pengubahsuaian. 20 soalan berserta dengan ulasan feedback sekiranya menjawab salah. Sijil penyertaan akan diberikan kepada murid yang berjaya menjawab betul 70% markah dan ke atas. Sila klik pautan ini: https://forms.gle/6TEjfYusrNoGbucz6 Boleh kongsikan keputusan anda di sini juga.. Selamat menjawab dan semoga berjaya!!
0 Comments
Salam sejahtera dan salam perpaduan Sains KKSR. Berikut disertakan beberapa video PdPc bagi Sains Tahun 5 Unit 4: Proses Hidup Tumbuhan yang mengandungi 4 video:
Video ini dibangunkan oleh Learning Port Interactive yang boleh didapati pada laman Youtube. Selamat belajar! Salam sejahtera dan Selamat belajar Sains. Umumnya, kaedah nyanyian merupakan salah satu cara yang popular untuk mempelajari Sains, terutamanya dalam kalangan murid sekolah rendah. Oleh itu, tidak hairanlah jikalau semakin banyak lagu parodi Sains telah dihasilkan oleh guru-guru Sains yang dedikasi dan berbakat untuk menggalakkan anak muridnya untuk membaca dan menyanyikan lagu Sains. Tindakan ini juga diharapkan dapat memupuk dan meningkatkan minat murid-murid dalam mata pelajaran Sains. Oleh itu, pada kali ini, penulis ingin mengongsikan beberapa lagu parodi Sains yang berkaitan dengan Sains Tahun 5 Unit 4: Proses Hidup Tumbuhan. Penulis ingin menegaskan di sini bahawa lagu-lagu berikut bukanlah dihasilkan oleh penulis, tetapi oleh guru-guru seperti pada kredit di bawah. Penulis hanyalah mengumpul dan mengepos semula untuk memudahkan guru-guru atau murid-murid untuk mencari dan mengulang kaji pelajaran. Selamat menyanyi! Lagu 1: Perlindungan Tumbuhan oleh Cikgu AziahSains Tahun 5 Unit 4: Proses Hidup Tumbuhan Tajuk Lagu: Perlindungan Tumbuhan Melodi: Tak Tun Tuang Lirik: Cikgu Sharifah Aziah Aku lindung diri Tak tun tuang tak tun tuang Daripada musuh aku Tak tun tuang tak tun tuang Aku ada duri cederakan musuh aku Macam kaktus dan semalu Ada bulu halus Tak tun tuang tak tun tuang Seperti buluh dan lalang Tak tun tuang tak tun tuang Kalau pegang aku Tak tun tuang tak tun tuang Nanti badan gatal-gatal Ada juga yang berbau kuat Dan berbau busuk Rafflesia dan juga pokok tembakau Bunga tahi ayam Ada yang beracun Tak tun tuang tak tun tuang Oleander buah pong pong Tak tun tuang tak tun tuang Kalau makan aku Tak tun tuang tak tun tuang Keracunan jawabnya Keluarkan getah Tak tun tuang tak tun tuang Seperti betuk dan nangka Tak tun tuang tak tun tuang Kalau pegang aku Tak tun tuang tak tun tuang Pastinya melekat-lekat Aku lindung diri Tak tun tuang tak tun tuang Daripada iklim panas Tak tun tuang tak tun tuang Ada akar panjang, batang tebal simpan air Dan daun berbentuk jarum Kalau tempat yang berangin kencang Batang boleh lentur Daun pecah-pecah dan akar yang kuat Tidak mudah tumbang Aku lindung diri Tak tun tuang tak tun tuang Aku hidup happy-happy Tak tun tuang tak tun tuang Aku bermandiri Tak tun tuang tak tun tuang Jangan kacau hidup aku Lagu 2: Siapa Pencarkan Saya oleh Cikgu HalinaSains Tahun 5 Unit 4: Proses Hidup Tumbuhan Tajuk Unit: Agen Pencaran Tumbuhan Tajuk Lagu: Siapa Pencarkan Saya Melodi: Lima Buku (Didi and Friends) Lirik: Cikgu Halina Ada 4 agen pencaran Angin, Air, Haiwan, Letupan Mari kita terokainya Siapa pencarkan saya Dengan angin saya dipencar Ringan, sayap dan boleh terbang Lalang, meranti juga angsana Dandelion jangan dilupa Dengan air saya dipencar Kelapa, pog-pong dan teratai Ada rongga-rongga udara Kulit berlilin juga Dengan haiwan saya dipencar Sedap makan terang warnanya Betik, durian dan juga lada Kemuncup ada cangkuknya Bila matang saya meletup Bendi, saga dan juga getah Marikah kawan kita belajar Cara biji benih dipencar Senarai ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa sekiranya penulis terjumpa sesiapa guru Sains dedikasi yang telah menghasilkan lagu parodi untuk unit yang sama. Sekiranya cikgu-cikgu terjumpa lagu parodi bagi unit yang sama tetapi tidak sempat dikemaskini oleh penulis, maka sudi-sudilah tinggalkan komen pada ruangan bawah supaya cikgu-cikgu lain tahu dan mendengarnya. Sekian, terima kasih. Salam perpaduan Sains KSSR. Berikut disertakan cadangan rancangan pengajaran harian (RPH) bagi Sains Tahun 5 Unit 4: Proses Hidup Tumbuhan dalam bentuk PDF untuk perkongsian idea dalam kalangan guru. Semoga guru mendapat manfaat dan perbincangan bersama. ![]()
Sekiranya cikgu-cikgu ingin mendapatkan RPH unit ini dalam bentuk words, sudi-sudilah tinggalkan komen dan email untuk urusan seterusnya. Terima kasih. - KEMAS KINI -Memandangkan semakin banyak cikgu yang meminta RPH unit ini dalam bentuk words dan penulis tidak mampu untuk membalas satu per satu, maka di sini disertakan RPH bagi Unit ini dalam bentuk words. Untuk mengelakkan font dan margin terlari, cikgu-cikgu juga diminta untuk memuat turun dan memasang font yang digunakan, iaitu font Blokletters Viltstift. (Ini juga merupakan salah satu sebab mengapa penulis tidak memuat naik rph words pada asalnya). Sekiranya cikgu-cikgu memuat turunnya, maka mohon agar meninggalkan komen sekurang-kurangnya ucapan terima kasih pada ruangan di bawah. Terima kasih.
Salam perpaduan Sains KSSR. Berikut disertakan beberapa video mengenai pengajaran Tahun 5 Unit 4: Proses Hidup Tumbuhan yang mengandungi 3 video:
Selamat belajar! (A) Berlindung daripada Musuh
(B) Penyesuaian Terhadap Iklim dan Musim
(C) Pencaran Biji Benih
(D) Kepentingan Pencaran Bijih Benih
(E) Kepentingan Tumbuhan
Rujukan: Badan Pembangunan Kurikulum. (2014). Kurikulum Standard Sekolah Rendah: Dokumen Standard Kurikulum Dan Pentaksiran Sains Tahun 5. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia. Suwaibatullasmiah binti Jalaludin, Sopia binti Md Yassin, & Tan Mun Wai. (2014). Sains Sekolah Kebangsaan Tahun 5. Selangor Darul Ehsan: Dewan Bahasa dan Pustaka. |
Mengenai PenulisSeorang guru Sains sekolah rendah yang kini mengajar di SK Kampung Senau, Dalat, Sarawak. Archives
June 2020
Categories |
Proudly powered by Weebly