Salam sejahtera dan Selamat belajar Sains. Umumnya, kaedah nyanyian merupakan salah satu cara yang popular untuk mempelajari Sains, terutamanya dalam kalangan murid sekolah rendah. Oleh itu, tidak hairanlah jikalau semakin banyak lagu parodi Sains telah dihasilkan oleh guru-guru Sains yang dedikasi dan berbakat untuk menggalakkan anak muridnya untuk membaca dan menyanyikan lagu Sains. Tindakan ini juga diharapkan dapat memupuk dan meningkatkan minat murid-murid dalam mata pelajaran Sains. Oleh itu, pada kali ini, penulis ingin mengongsikan beberapa lagu parodi Sains yang berkaitan dengan Sains Tahun 3 Unit 3: Haiwan Penulis ingin menegaskan di sini bahawa lagu-lagu berikut bukanlah dihasilkan oleh penulis, tetapi oleh guru-guru seperti pada kredit di bawah. Penulis hanyalah mengumpul dan mengepos semula untuk memudahkan guru-guru atau murid-murid untuk mencari dan mengulang kaji pelajaran. Selamat menyanyi! Lagu 1: Saya Makan Apa oleh Cikgu HalinaSains Tahun 3 Unit 3: Haiwan Tajuk Lagu: Saya Makan Apa Melodi: Teko Comel Lirik: Cikgu Halina Saya Arnab comel, suka lompat-lompat; Ini gigi saya, kacip dan geraham; Bila saya lapar, saya makan lobak; Sayalah hervivor, makan tumbuhan saja. Saya Singa garang, saya lari laju; Ini gigi saya, taring yang tajam. Bila saya lapar, saya makan daging, Sayalah karnivor, makan haiwan lain. Saya Beruang hitam, Ada bulu tebal; Ini gigi saya, kacip taring geraham. Bila saya lapar, makan buah dan ikan; Sayalah omnivor, saya makan semuanya. Lagu 2: Kegigian Haiwan oleh Cikgu AziahSains Tahun 3 Unit 3: Haiwan Tajuk Lagu: Kegigian Haiwan Melodi: Cari pokemon Lirik: Cikgu Sharifah Aziah Oh gigi haiwan X6 Ada haiwan hervivor… belalang! Ada haiwan karnivor… Harimau! Ada haiwan omnivor… beruang! Lain-lain giginya Haiwan hervivor makan tumbuhan Giginya kacip juga geraham Haiwan karnivor memakan haiwan Giginya taring nak siat daging Haiwan omnivor makan semua Bergigi kacip taring geraham Oh gigi kacip untuk memotong Gigi geraham lumat makanan Senarai ini akan dikemaskini sekiranya penulis terjumpa sesiapa guru Sains dedikasi yang telah menghasilkan lagu parodi untuk unit yang sama. Sekiranya cikgu-cikgu terjumpa lagu parodi bagi unit yang sama tetapi tidak sempat dikemaskini oleh penulis, maka sudi-sudilah tinggalkan komen pada ruangan bawah supaya cikgu-cikgu lain tahu dan mendengarnya. Sekian, terima kasih.
0 Comments
Leave a Reply. |
Proudly powered by Weebly