Salam sejahtera dan salam perpaduan Sains KKSR. Berikut disertakan beberapa video PdPc bagi Sains Tahun 4 Unit 3: Proses Hidup Manusia yang mengandungi 10 video:
Video ini dibangunkan oleh Learning Port Interactive yang boleh didapati pada laman Youtube. Selamat belajar!
0 Comments
Salam sejahtera dan Selamat belajar Sains. Umumnya, kaedah nyanyian merupakan salah satu cara yang popular untuk mempelajari Sains, terutamanya dalam kalangan murid sekolah rendah. Oleh itu, tidak hairanlah jikalau semakin banyak lagu parodi Sains telah dihasilkan oleh guru-guru Sains yang dedikasi dan berbakat untuk menggalakkan anak muridnya untuk membaca dan menyanyikan lagu Sains. Tindakan ini juga diharapkan dapat memupuk dan meningkatkan minat murid-murid dalam mata pelajaran Sains. Oleh itu, pada kali ini, penulis ingin mengongsikan beberapa lagu parodi Sains yang berkaitan dengan Sains Tahun 4 Unit 3: Proses Hidup Manusia. Penulis ingin menegaskan di sini bahawa lagu-lagu berikut bukanlah dihasilkan oleh penulis, tetapi oleh guru-guru seperti pada kredit di bawah. Penulis hanyalah mengumpul dan mengepos semula untuk memudahkan guru-guru atau murid-murid untuk mencari dan mengulang kaji pelajaran. Selamat menyanyi! Lagu 1: Pernafasan oleh Cikgu HalinaSains Tahun 4 Unit 3: Proses Hidup Manusia Tajuk Lagu: Pernafasan Melodi: Pokok Mulberry (Didi and Friends) Lirik: Cikgu Halina Bila kita tarik nafas, tarik nafas, tarik nafas Dada naik dan mengembang Bila udara masuk Bila kita hembus nafas, hembus nafas, hembus nafas Dada turun dan mengempis Tanda udara keluar Dia masuk lalu hidung ke trakea ke peparu Ini laluan udara Bila tarik nafas Dia keluar melalui peparu ke trakea ke hidung Ini laluan udara Bila hembus nafas Kita sedut gas oksigen Gas oksigen, gas oksigen Karbon dioksida pula Kita bebaskan dia Bilang dada naik dan turun Naik dan turun, naik dan turun Bilang dalam satu minit Kadar pernafasan Lagu 2: Perkumuhan oleh Cikgu FizaSains Tahun 4 Unit 3: Proses Hidup Manusia Tajuk Lagu: Perkumuhan Melodi: Tetamu (Didi and Friends) Lirik: Cikgu Fiza Hai kawan jom sihat Dengan berkumuh Singkir bahan buangan Darilah organ Hai kawan ada 3 Organ berkumuh Ginjal singkir urea Air dan garam Hai karbon dioksida Juga wap air Pada peparu kita Ia disingkirkan Hai kulit berpeluh Lalui liang Berpeluh banyak-banyak Barulah sihat Hai kawan mari semua Pastikan sihat Tiada perkumuhan badan mudarat Lagu 3: Perkumuhan oleh Cikgu AimanSains Tahun 4 Unit 3: Proses Hidup Manusia Perkumuhan Manusia (Parodi Permata Cinta – Aiman Tino) By : Cikgu Aiman Banyak tindak balas Dalam badan kita Yang menghasilkan Pelbagai bahan kumuh Bahan kumuh sekiranya tak disingkirkan Akan menjadi toksik dan meracun badan Perkumuhan ialah proses Penyingkiran bahan kumuh Dari badan Libatkan tiga organ perkumuhan Kulit dan peparu Serta ginjal organ yang utama Singkirkan bahan kumuh Dari badan Beginilah cara perkumuhan badan Peparu bila kita menghembus nafas Kulit bila badan kita menghasilkan peluh Ginjal pula melalui penghasilan urin Air dan karbon dioksida Disingkir oleh peparu Dari badan Kulit dan ginjal pula akan singkirkan Garam mineral, air juga urea Dari badan Bahan buangan bernitrogen Disingkir ginjal Perkumuhan ialah proses Penyingkiran bahan kumuh Dari badan Libatkan tiga organ perkumuhan Kulit dan peparu Serta ginjal organ yang utama Singkirkan bahan kumuh Dari badan Lagu 4: Penyahtinjaan oleh Cikgu AziahSains Tahun 4 Unit 3: Proses Hidup Manusia Tajuk Lagu: Penyahtinjaan Melodi: Bapaku Pulang dari Kota Lirik: Cikgu Sharifah Aziah Bapaku pulang dari kota Bapaku kata sakit perut Cepat-cepat bapa ke tandas Cepat-cepat untuk nyahtinja Oh apakah penyahtinjaan Proses singkirkan sisa makanan Sisa makanan yang tidak hadam Keluar dalam bentuk tinja Apakah yang akan berlaku Jika kita tidak nyahtinja Oh badan kita akan sakit Kena jumpa doktor di klinik Senarai ini akan dikemaskini sekiranya penulis terjumpa sesiapa guru Sains dedikasi yang telah menghasilkan lagu parodi untuk unit yang sama. Sekiranya cikgu-cikgu terjumpa lagu parodi bagi unit yang sama tetapi tidak sempat dikemaskini oleh penulis, maka sudi-sudilah tinggalkan komen pada ruangan bawah supaya cikgu-cikgu lain tahu dan mendengarnya. Sekian, terima kasih. Salam perpaduan Sains KSSR. Berikut disertakan cadangan rancangan pengajaran harian (RPH) bagi Sains Tahun 4 Unit 3: Proses Hidup Manusia dalam bentuk PDF untuk perkongsian idea dalam kalangan guru. Semoga guru mendapat manfaat dan perbincangan bersama. ![]()
Sekiranya cikgu-cikgu ingin mendapatkan RPH unit ini dalam bentuk words, sudi-sudilah tinggalkan komen dan email untuk urusan seterusnya. Terima kasih. - KEMAS KINI -Memandangkan semakin banyak cikgu yang meminta RPH unit ini dalam bentuk words dan penulis tidak mampu untuk membalas satu per satu, maka di sini disertakan RPH bagi Unit ini dalam bentuk words. Untuk mengelakkan font dan margin terlari, cikgu-cikgu juga diminta untuk memuat turun dan memasang font yang digunakan, iaitu font Blokletters Viltstift. (Ini juga merupakan salah satu sebab mengapa penulis tidak memuat naik rph words pada asalnya). Sekiranya cikgu-cikgu memuat turunnya, maka mohon agar meninggalkan komen sekurang-kurangnya ucapan terima kasih pada ruangan di bawah. Terima kasih.
Salam perpaduan Sains KSSR. Berikut disertakan beberapa video mengenai pengajaran Tahun 4 Unit 3: Proses Hidup Manusia yang mengandungi 6 bahagian:
Video ini dibangunkan oleh EduNation Malaysia yang boleh didapati pada laman Youtube. Selamat belajar! (A) Pernafasan Manusia
(B) Perkumuhan
(C) Penyahtinjaan
(D) Gerak Balas Terhadap Rangsangan
(E) Pewarisan
(F) Tabiat yang perlu Dielakkan
(G) Amalan Hidup Sihat
Rujukan: Badan Pembangunan Kurikulum. (2013). Kurikulum Standard Sekolah Rendah: Dokumen Standard Kurikulum Dan Pentaksiran Sains Tahun 4. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia. Sopia binti Md. Yassin, Asselawati Binti Md. Shah & Amir Hamzah Bin Suleiman. (2013). Sains Tahun 4 Sekolah Kebangsaan. Selangor Darul Ehsan: Dewan Bahasa dan Pustaka. |
Mengenai PenulisSeorang guru Sains yang mengajar di SK Kampung Senau, Dalat, Mukah, Sarawak. Archives
November 2019
Categories |
Proudly powered by Weebly