Salam perpaduan dan salam belajar Sains. Kuiz ini dihasilkan menggunakan Google Forms untuk menguji kefahaman Sains Tahun 6 Unit 3: Mikroorganisma. Sumber daripada pelbagai buku rujukan dengan pengubahsuaian. 20 soalan berserta dengan ulasan feedback sekiranya menjawab salah. Sijil penyertaan akan diberikan kepada murid yang berjaya menjawab betul 70% markah dan ke atas. Sila klik pautan ini: https://forms.gle/Ey25JgoBH6nA3iL59 Boleh kongsikan keputusan anda di sini juga.. Selamat menjawab dan semoga berjaya!!
0 Comments
Salam sejahtera dan salam perpaduan Sains KKSR. Berikut disertakan beberapa video PdPc bagi Sains Tahun 6 Unit 3: Mikroorganisma yang mengandungi 9 video:
Video ini dibangunkan oleh Learning Port Interactive yang boleh didapati pada laman Youtube. Selamat belajar! Salam sejahtera dan Selamat belajar Sains. Umumnya, kaedah nyanyian merupakan salah satu cara yang popular untuk mempelajari Sains, terutamanya dalam kalangan murid sekolah rendah. Oleh itu, tidak hairanlah jikalau semakin banyak lagu parodi Sains telah dihasilkan oleh guru-guru Sains yang dedikasi dan berbakat untuk menggalakkan anak muridnya untuk membaca dan menyanyikan lagu Sains. Tindakan ini juga diharapkan dapat memupuk dan meningkatkan minat murid-murid dalam mata pelajaran Sains. Oleh itu, pada kali ini, penulis ingin mengongsikan beberapa lagu parodi Sains yang berkaitan dengan Sains Tahun 6 Unit 3: Mikroorganisma. Penulis ingin menegaskan di sini bahawa lagu-lagu berikut bukanlah dihasilkan oleh penulis, tetapi oleh guru-guru seperti pada kredit di bawah. Penulis hanyalah mengumpul dan mengepos semula untuk memudahkan guru-guru atau murid-murid untuk mencari dan mengulang kaji pelajaran. Selamat menyanyi! Lagu 1: Mikroorganisma oleh Cikgu AziahSains Tahun 6 Unit 3: Mikroorganisma Tajuk Lagu: Mikroroganisma Melodi: Havana (Camilla Cabello) Lirik: CIkgu Sharifah Aziah Mikroorganisma Hidupan seni yang tidak dapat dilihat Dengan mata kasar Perlu guna alat Alat yang bernama mikroskop Untuk memerhatikan Dengan lebih jelas Lima jenis kesemuanya Ada fungsi dan bakteria Ada alga dan protozoa Ada virus yang jahat juga Mikroorganisma Uuuuuuuu… Jalani proses hidup Bernafas dan bergerak Dan lagi Uuuuu…. Bertumbuh dan membiak Apa bukti oh na na na na na Mikroorganisma Bernafas hasilkan karbon dioksida Doh mengembang dan Belon menjadi besar Bergerak di bawah mikroskop Bertumbuh dan membiak Roti pun berkulat Ada baik da buruknya Guna untuk buat makanan Bakteria keju dan yogurt Yis roti temped an tapai Antibiotik Uuuu… bakteria dan fungi Urai dan mereputkan Baja organic Uuuu… Rawat sisa kumbahan Bakteria fungi oh nananana Mikroorganisma Boleh menyebabkan Penyakit berjangkit Konjunkivitis, kurap dan malaria Sebabkan pereputan gigi Keracunan makanan Dan makanan rosak Mikroorganisma Jaga kebersihan kita Cuci tangan sebelum makan Mikroorganisma Hidupan Seni yang tidak dapat dilihat Dengan mata kasar Perlu guna alat Alat yang bernama mikroskop Untuk memerhatikan Dengan lebih jelas Jaga kebersihan kita Mandi menggunakan sabun Minum air yang dimasak Kuarantinkan pesakit Mikroorganisma Lagu 2: Mikroorganisma oleh Cikgu ZazolUnit 3: Mikroorganisma Tajuk Lagu: Mikroorganisma Melodi lagu: Tak Tun Tuang Lirik: Cikgu Zazol Mikroorganisma Tak tun tuang Tak tun tuang Dilihat dengan mikroorganisma Tak tun tuang Tak tun tuang Fungi, bakteria, protozoa, dan alga Virus kecil sekali Kalau orang lain melihatku Tak tun tuang Tak tun tuang Hanya kulat, mata kasar Dilihat, boleh Nampak Tapi kalau virus Paling halus paling seni Guna mikroskop elektron Protozoa suka hidup di tasik Kolam atau sungai Alga buat fotosintesis Spirogya, Fitoplakton Bakteria yang baik Basilus, juga ada.. Bakteria yang jahat Streptococus, Salmonella Virus paling seni, HIV, influenza Paling jahat sekali Iiiyess… Senarai ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa sekiranya penulis terjumpa sesiapa guru Sains dedikasi yang telah menghasilkan lagu parodi untuk unit yang sama. Sekiranya cikgu-cikgu terjumpa lagu parodi bagi unit yang sama tetapi tidak sempat dikemaskini oleh penulis, maka sudi-sudilah tinggalkan komen pada ruangan bawah supaya cikgu-cikgu lain tahu dan mendengarnya. Sekian, terima kasih. Salam perpaduan Sains KSSR. Berikut disertakan cadangan rancangan pengajaran harian (RPH) bagi Sains Tahun 6 Unit 3: Mikroorganisma dalam bentuk PDF untuk perkongsian idea dalam kalangan guru. Semoga guru mendapat manfaat dan perbincangan bersama. ![]()
Sekiranya cikgu-cikgu ingin mendapatkan RPH unit ini dalam bentuk words, sudi-sudilah tinggalkan komen dan email untuk urusan seterusnya. Terima kasih. - KEMAS KINI -Memandangkan semakin banyak cikgu yang meminta RPH unit ini dalam bentuk words dan penulis tidak mampu untuk membalas satu per satu, maka di sini disertakan RPH bagi Unit ini dalam bentuk words. Untuk mengelakkan font dan margin terlari, cikgu-cikgu juga diminta untuk memuat turun dan memasang font yang digunakan, iaitu font Blokletters Viltstift. (Ini juga merupakan salah satu sebab mengapa penulis tidak memuat naik rph words pada asalnya). Sekiranya cikgu-cikgu memuat turunnya, maka mohon agar meninggalkan komen sekurang-kurangnya ucapan terima kasih pada ruangan di bawah. Terima kasih.
Salam perpaduan Sains KSSR. Berikut disertakan beberapa video mengenai pengajaran Tahun 6 Unit 3: Mikroorganisma yang mengandungi 4 video:
Selamat belajar! (A) Hidupan Seni
(B) Proses Hidup Mikroorganisma
(C) Pertumbuhan Mikrob
(D) Kesan Buruk Mikroorganisma (E) Kegunaan Mikroorganisma (F) Hidup Sihat, Hidup Sejahtera
(G) Amalan Harian yang Sihat
Rujukan: Badan Pembangunan Kurikulum. (2015). Kurikulum Standard Sekolah Rendah: Dokumen Standard Kurikulum Dan Pentaksiran Sains Tahun 6. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia. Suwaibatullaslamiah binti Jalaludin, Jong, Tze Kian & Mohd Ramadhan bin Anwar. (2015). Sains Tahun 6 Sekolah Kebangsaan. Selangor Darul Ehsan: Dewan Bahasa dan Pustaka. |
Mengenai PenulisSeorang guru Sains sekolah rendah yang kini mengajar di SK Kampung Senau, Dalat, Sarawak. Archives
June 2020
Categories |
Proudly powered by Weebly