Salam sejahtera dan Selamat belajar Sains. Umumnya, kaedah nyanyian merupakan salah satu cara yang popular untuk mempelajari Sains, terutamanya dalam kalangan murid sekolah rendah. Oleh itu, tidak hairanlah jikalau semakin banyak lagu parodi Sains telah dihasilkan oleh guru-guru Sains yang dedikasi dan berbakat untuk menggalakkan anak muridnya untuk membaca dan menyanyikan lagu Sains. Tindakan ini juga diharapkan dapat memupuk dan meningkatkan minat murid-murid dalam mata pelajaran Sains. Oleh itu, pada kali ini, penulis ingin mengongsikan beberapa lagu parodi Sains yang berkaitan dengan Sains Tahun 3 Unit 2: Manusia. Penulis ingin menegaskan di sini bahawa lagu-lagu berikut bukanlah dihasilkan oleh penulis, tetapi oleh guru-guru seperti pada kredit di bawah. Penulis hanyalah mengumpul dan mengepos semula untuk memudahkan guru-guru atau murid-murid untuk mencari dan mengulang kaji pelajaran. Selamat menyanyi! Lagu 1: Gigi Saya oleh Cikgu HalinaSains Tahun 3 Unit 2: Manusia Tajuk Lagu: Gigi Saya Melodi: Semut Berkawad (Didi and Friends) Lirik: Cikgu Halina Mari kenal gigi kita, hora horey! Mari kenal gigi kita, hora horey! Gigi ada tiga jenis, kacip taring dan geraham; Kacip memotong, taring menyiat; Geraham melumat. Boom, Boom, Boom, Boom Boom, Boom, Boom, Boom Gigi susu 20, hora horey; Gigi susu 20, hora horey; Mula tumbuh enam bulan, Tanggal umur enam tahun; Tapi gigi susu saiz kecil, Dan juga, tidak kuat. Boom, Boom, Boom, Boom Boom, Boom, Boom, Boom Gigi kekal 32, hora horey; Gigi kekal 32 hora horey; Gigi kekal lebih kuat, Jangan makan gula-gula; Jumpa doktor rajin gosok gigi, Senyuman tawan hati. Boom, Boom, Boom, Boom Boom, Boom, Boom, Boom Boom, Boom, Boom, Boom, Boom. Lagu 2: Oh Gigi Manusia oleh Cikgu ZazolSains Tahun 3 Unit 2: Manusia Tajuk Lagu: Oh Gigi Manusia Melodi: Zalikha Floor 88 Lirik: Cikgu Zazol Sebatang gigi, tumbuh umur enam bulan Gigi kanak-kanak atau set gigi susu Sangatlah kecil, kurang kuat dan tempoh hayat singkat Akan tercabut… ganti gigi kekal Hai gigi kekal. Tiga puluh dua batang Tak macam gigi susu yang hanya dua puluh Sangatlah besar, kuat dan jangka hayat panjang Mulai tumbuh usia enam tahun Geraham, kacip dan taring tiga jenislah gigi Kacip potong, taring koyak makanan Geraham… hancur makanan Struktur gigi enamel dan dentin Saraf gusi salur darah Yang kuat enamel dibina dari kalsium karbonat Jumpa doktor gigi, enam bulan sekali Gunalah flos dan gosok gigi tiga kali sehari Senarai ini akan dikemaskini sekiranya penulis terjumpa sesiapa guru Sains dedikasi yang telah menghasilkan lagu parodi untuk unit yang sama. Sekiranya cikgu-cikgu terjumpa lagu parodi bagi unit yang sama tetapi tidak sempat dikemaskini oleh penulis, maka sudi-sudilah tinggalkan komen pada ruangan bawah supaya cikgu-cikgu lain tahu dan mendengarnya. Sekian, terima kasih.
0 Comments
Leave a Reply. |
Proudly powered by Weebly