Salam sejahtera dan Selamat belajar Sains. Umumnya, kaedah nyanyian merupakan salah satu cara yang popular untuk mempelajari Sains, terutamanya dalam kalangan murid sekolah rendah. Oleh itu, tidak hairanlah jikalau semakin banyak lagu parodi Sains telah dihasilkan oleh guru-guru Sains yang dedikasi dan berbakat untuk menggalakkan anak muridnya untuk membaca dan menyanyikan lagu Sains. Tindakan ini juga diharapkan dapat memupuk dan meningkatkan minat murid-murid dalam mata pelajaran Sains. Oleh itu, pada kali ini, penulis ingin mengongsikan beberapa lagu parodi Sains yang berkaitan dengan Sains Tahun 5 Unit 12: Teknologi. Penulis ingin menegaskan di sini bahawa lagu-lagu berikut bukanlah dihasilkan oleh penulis, tetapi oleh guru-guru seperti pada kredit di bawah. Penulis hanyalah mengumpul dan mengepos semula untuk memudahkan guru-guru atau murid-murid untuk mencari dan mengulang kaji pelajaran. Selamat menyanyi! Lagu 1: Aku Kuat! Aku Stabil! oleh Cikgu AziahSains Tahun 5 Unit 12: Teknologi Tajuk Lagu: Aku Kuat! Aku Stabil Melodi: Di Amaran Mama (Hazama) Lirik: CIkgu Sharifah Aziah Cikguku ada kata Kalau hendak membina Satu binaan mestilah kukuh Ia tak mudah runtuh Ia bertahan lama Dapat menampung banyak beban Cikguku kata lagi Untuk binaan ini Jenis bahannya mestilah kuat Pilih besi dan konkrit Dan bentuk yang melengkung Pastinya kan berdiri teguh Jikalau kita nak bina binaan yang stabil Ada dua faktor yang mesti dilihat Satu ketinggian binaan mestilah rendah Luas tapaknya pula mestilah lebih besar Cikguku ada kata Oh! Binaan yang stabil Tidak akan mudah bergoyang Tak akan mudah tumbang Rendah pusat gravity Walau ditiup angina kencang Oh kuat dan stabil Binaan yang stabil dan juga yang kukuh Berkualiti kehidupan lestari Kita amalkan mengguna bahan yang lestari Guna semula bahan buangan ini Kitar semula plastik, kertas, kaca dengan tin Dapat jimat bahan dan elakkan pencemaran Yang kukuh tidak mudah renyuk dan runtuh Dapat menampung banyak bilangan beban Binaan stabil tidak mudah tumbhang dan goyang Ambil masa lebih lama untuk ditumbangkan Senarai ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa sekiranya penulis terjumpa sesiapa guru Sains dedikasi yang telah menghasilkan lagu parodi untuk unit yang sama. Sekiranya cikgu-cikgu terjumpa lagu parodi bagi unit yang sama tetapi tidak sempat dikemaskini oleh penulis, maka sudi-sudilah tinggalkan komen pada ruangan bawah supaya cikgu-cikgu lain tahu dan mendengarnya. Sekian, terima kasih.
0 Comments
Leave a Reply. |
Mengenai PenulisSeorang guru Sains sekolah rendah yang kini mengajar di SK Kampung Senau, Dalat, Sarawak. Archives
June 2020
Categories |
Proudly powered by Weebly