Chang Tun Kuet
  • Mengenai Penulis
  • MODUL SAINS
  • Sains Tahun 3 (KSSR Semakan)
    • Unit 1 Kemahiran Saintifik
    • Unit 2 Peraturan Bilik Sains
    • Unit 3 Manusia
    • Unit 4 Haiwan
    • Unit 5 Tumbuh-Tumbuhan
    • Unit 6 Pengukuran
    • Unit 7 Ketumpatan
    • Unit 8 Asid dan Alkali
    • Unit 9 Sistem Suria
    • Unit 10 Mesin Ringkas
    • Magnet (DST T3)
    • Penyerapan (DST T3)
    • Tanah (DST T3)
  • Sains Tahun 4 (Semakan 2017)
    • Unit 1: Kemahiran Saintifik
    • Unit 2: Manusia
    • Unit 3: Haiwan
    • Unit 4: Tumbuhan
    • Unit 5: Sifat Cahaya
    • Unit 6: Bunyi
    • Unit 7: Tenaga
    • Unit 8: Bahan
    • Unit 9: Bumi
    • Unit 10: Mesin
  • Sains Tahun 4
    • Unit 1: Kemahiran Saintifik
    • Unit 2: Peraturan Bilik Sains
    • Unit 3: Proses Hidup Manusia
    • Unit 4: Proses Hidup Haiwan
    • Unit 5: Proses Hidup Tumbuhan
    • Unit 6: Pengukuran
    • Unit 7: Sifat Bahan
    • Unit 8: Pengaratan
    • Unit 9: Sistem Suria
    • Unit 10: Teknologi
  • Sains Tahun 5
    • Unit 1: Kemahiran Saintifik
    • Unit 2: Peraturan Bilik Sains
    • Unit 3: Proses Hidup Haiwan
    • Unit 4: Proses Hidup Tumbuhan
    • Unit 5: Tenaga
    • Unit 6: Sifat Cahaya
    • Unit 7: Elektrik
    • Unit 8: Haba
    • Unit 9: Jirim
    • Unit 10: Asid dan Alkali
    • Unit 11: Bumi, Bulan dan Matahari
    • Unit 12: Teknologi
  • Sains Tahun 6
    • Unit 1: Kemahiran Saintifik
    • Unit 2: Peraturan Bilik Sains
    • Unit 3: Mikroorganisma
    • Unit 4: Interaksi Antara Hidupan
    • Unit 5: Pemeliharaan dan Pemuliharaan
    • Unit 6: Daya
    • Unit 7: Kelajuan
    • Unit 8: Pengawetan Makanan
    • Unit 9: Bahan Buangan
    • Unit 10: Gerhana
    • Unit 11: Buruj
    • Unit 12: Mesin
    • Soalan Berkemahiran
  • Galeri Aktiviti Semasa
  • Penulisan dan Laporan Amali
  • Pautan Rakan Seperjuangan
  • Hubungi Saya
  • Mengenai Penulis
  • MODUL SAINS
  • Sains Tahun 3 (KSSR Semakan)
    • Unit 1 Kemahiran Saintifik
    • Unit 2 Peraturan Bilik Sains
    • Unit 3 Manusia
    • Unit 4 Haiwan
    • Unit 5 Tumbuh-Tumbuhan
    • Unit 6 Pengukuran
    • Unit 7 Ketumpatan
    • Unit 8 Asid dan Alkali
    • Unit 9 Sistem Suria
    • Unit 10 Mesin Ringkas
    • Magnet (DST T3)
    • Penyerapan (DST T3)
    • Tanah (DST T3)
  • Sains Tahun 4 (Semakan 2017)
    • Unit 1: Kemahiran Saintifik
    • Unit 2: Manusia
    • Unit 3: Haiwan
    • Unit 4: Tumbuhan
    • Unit 5: Sifat Cahaya
    • Unit 6: Bunyi
    • Unit 7: Tenaga
    • Unit 8: Bahan
    • Unit 9: Bumi
    • Unit 10: Mesin
  • Sains Tahun 4
    • Unit 1: Kemahiran Saintifik
    • Unit 2: Peraturan Bilik Sains
    • Unit 3: Proses Hidup Manusia
    • Unit 4: Proses Hidup Haiwan
    • Unit 5: Proses Hidup Tumbuhan
    • Unit 6: Pengukuran
    • Unit 7: Sifat Bahan
    • Unit 8: Pengaratan
    • Unit 9: Sistem Suria
    • Unit 10: Teknologi
  • Sains Tahun 5
    • Unit 1: Kemahiran Saintifik
    • Unit 2: Peraturan Bilik Sains
    • Unit 3: Proses Hidup Haiwan
    • Unit 4: Proses Hidup Tumbuhan
    • Unit 5: Tenaga
    • Unit 6: Sifat Cahaya
    • Unit 7: Elektrik
    • Unit 8: Haba
    • Unit 9: Jirim
    • Unit 10: Asid dan Alkali
    • Unit 11: Bumi, Bulan dan Matahari
    • Unit 12: Teknologi
  • Sains Tahun 6
    • Unit 1: Kemahiran Saintifik
    • Unit 2: Peraturan Bilik Sains
    • Unit 3: Mikroorganisma
    • Unit 4: Interaksi Antara Hidupan
    • Unit 5: Pemeliharaan dan Pemuliharaan
    • Unit 6: Daya
    • Unit 7: Kelajuan
    • Unit 8: Pengawetan Makanan
    • Unit 9: Bahan Buangan
    • Unit 10: Gerhana
    • Unit 11: Buruj
    • Unit 12: Mesin
    • Soalan Berkemahiran
  • Galeri Aktiviti Semasa
  • Penulisan dan Laporan Amali
  • Pautan Rakan Seperjuangan
  • Hubungi Saya

galeri aktiviti semasa

SCIENCE IS FUN!! Semuanya bermula dengan ilmu Sains...

“Reh-Al Mobil Serbaguna” (part 4/4)

1/20/2019

0 Comments

 

Bahagian D: Penilaian Projek
​(Kemenjadian Projek)

Picture


​Tinjauan/ Kajian Litaratur

Rehal atau Rahl merupakan satu alat yang digunakan untuk meletakkan kitab suci al-Quran dan merupakan hasil ciptaan khusus orang-orang Islam. Kebisaannya, rehal akan digunakan di dalam madrasah, masjid, surau dan juga rumah orang-orang Islam (Utusan, 2000). Rehal juga dicipta dengan fungsinya praktikalnya iaitu untuk memelihara jilid al-Quran. Bentuk 'V' yang terhasil dari bentuk Rehal secara langsung memastikan tetulang jilidan sebuah kitab terpelihara terutamanya apabila kitab tersebut kerap kali dibuka dan ditutup.

Menurut Zahid (2009), rehal atau rahl dalam bahasa Arab merupakan seni ukiran kayu yang digunakan untuk meletakkan al-Quran yang hendak dibaca. Dalam bahasa Inggeris, rehal dikenali sebagai Quran stand. Rehal dihasilkan daripada dua keping papan yang ditanggamkan secara bersilang dan permukaannya digunakan untuk meletakkan kitab suci Al-Quran. Dari segi reka bentuknya, rehal dihasilkan dengan ukuran ketinggian yang lebih tinggi dari lutut demi memuliakan kedudukan kitab suci ini di samping memastikan keselesaan bagi individu yang membacanya. Rehal yang digunakan untuk menampung al-Quran apabila aktiviti membaca Quran dilakukan, diletakkan di atas lantai dengan pembaca al-Quran ini akan duduk bersimpuh bagi perempuan manakala duduk bersila bagi lelakinya.

Kajian Zuliskandar dan Mohd Anis (2014) cuba merakamkan kepelbagaian reka bentuk dan ragam hias rehal yang dihasilkan oleh pelbagai bangsa dari seluruh pelosok dunia. Gambaran sebegini penting bagi memberikan suatu gambaran umum bahawa rehal adalah rekaan yang berasal daripada tradisi Islam, diterima dan diguna pakai di seluruh dunia Islam sebagai alat untuk meletakkan kitab suci al-Quran, sekali gus memuliakannya. Asas rekaannya hampir sama, namun tetap terdapat beberapa perbezaan dari segi bahan yang digunakan, teknik pembuatan, ukuran, bentuk, motif dan hiasan yang disesuaikan dengan kreativiti seniman, budaya dan tradisi seni bangsa yang berbeza-beza. Walaupun berbeza rupa dan gaya, namun tujuan rekaannya tetap sama, iaitu untuk memuliakan Kalamullah.
​
Berdasarkan kajian Siti Nur Adillah dan Mat Asid (2015), Walaupun pelbagai usaha telah dilakukan oleh pihak berkuasa dalam memupuk amalan membaca, namun budaya membaca dalam masyarakat masih rendah lagi khususnya dari segi pembacaan kitab-kitab suci al-Quran bagi yang beragama Islam. Bagi menyahut seruan yang dilakukan oleh kerajaan, maka terhasilah pelbagai produk rehal yang dapat mendorong dan menarik minat golongan masyarakat dalam menggunakan rehal sebagai alat utama dalam meletakkan al-Quran di mana tidak hanya tertumpu pada peralatan teknologi semata-mata, dan seterusnya dapat menghidupkan kembali tradisi dan nilai estetika lama masyarakat Melayu.

Rehal secara tradisinya dicipta sebagai alat meletak bahan bacaan seperti buku, kitab agama dan Al-Quran. Sinonim dengan masyarakat Islam, rehal digunakan sebagai alas ketika membaca Al-Quran. Rehal sebagai artifak yang sering dikaitkan dengan kesucian kitab Al-Quran ini juga mempunyai nilai estetikanya dalam budaya Melayu (Alzibar, 2016). Zaman teknologi moden kini, pelbagai peralatan canggih telah dicipta dan diinovasikan oleh masyarakat masa kini. Seperti yang sedia tahu,rehal merupakan sejenis alat khusus yang digunakan oleh masyarakat islam untuk membaca kitab Al-Quran sejak dahulu lagi. Rehal diperbuat oleh pelbagai jenis bahan seperti kayu, plastik dan besi. Terdapat beberapa kekurangan kelemahan yang telah dikenalpasti, antaranya ketinggian rehal, sudut pandangan dan pencahayaan pada rehal. Oleh itu, projek inovasi kali ini akan berfokus kepada bagaimana untuk menambahbaik rehal sedia ada di samping menambahkan lagi beberapa fungsi tambahan kepada almari rehal yang dibina tersebut.
 
Sumber:
​
Alzibar, S. (2016). Smart Rehal. Didapatkan pada April 11, 2018, daripada http://www.dmeinnovationproject.com/pdf.php?pdf=PROJEK%20SMART%20REHAL%2014794871395712.pdf
Ramli, Zuliskandar & Anis Abdul Samad, Mohd. (2014). Bentuk & hiasan rehal: satu tinjauan umum. Didapatkan pada April 11, 2018 daripada https://www.researchgate.net/publication/305291485_Bentuk_hiasan_rehal_satu_tinjauan_umum
Siti Nur Adillah, Mat Asid (2015) Kajian penambahbaikan rekabentuk dan penggunaan rehal di Kelantan. Undergraduate project report, FTKW. Didapatkan pada April 11, 2018 daripada  http://umkeprints.umk.edu.my/6328/
Utusan Online. (Februari 4, 2000). Rehal al-Quran ciptaan unggul Islam. Didapatkan pada April 11, 2018 daripada http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2000&dt=0204&pub=utusan_malaysia&sec=Gaya_Hidup&pg=ls_03.htm
Zahid, I. (Disember 12, 2009). Rehal warisan negara. Didapatkan pada April 11, 2018 daripada http://ahmadalfateh.blogspot.my/2009/12/rehal-warisan-negara.html

​Penambahbaikan yang Dilakukan

Pada mulanya produk ini hanya terdiri daripada kotak dan rehal sahaja. Ahli Kumpulan Inovasi Senau Baharu Junior telah mengadakan perjumpaan pada 09 April 2018 untuk menjalankan perbincangan dan penambahbaikan ke atas produk yang sedia ada. Rajah 3 merupakan cadangan dan tindakan penambahbaikan yang telah dilakukan terhadap produk ini.
​
Picture

Perubahan yang Dilakukan Selepas Projek Inovasi

Pelbagai perubahan yang drastik telah dikesan dan dirasai sepanjang dan selepas projek inovasi ini dilaksanakan. Antara perubahan yang dapat diperhatikan termasuklah impak terhadap individu, kelab dan persatuan dan sekolah seperti Rajah 4 yang berikut: 

Picture

Nilai Komersial

Buat masa ini, projek “Reh-Al Mobil Serbaguna” telah diperkenalkan kepada ahli-ahli kelab Persatuan Agama Islam dan JQAF untuk mendedahkan mereka mengenai kewujudan produk ini untuk mengatasi masalah kekurangan rehal dan tempat menyimpan kitab Al-Quran yang terhad.

Selain itu, pengembangan penyebaran secara lisan terhadap semua warga sekolah dan ibu bapa murid juga telah dilaksanakan secara berperingkat demi usaha mempromosikan projek inovasi ini.
​
Pada masa yang akan datang, Kumpulan Inovasi Senau Baharu Junior juga berhasrat untuk memperkenal dan mempromosikan produk yang dihasilkan ini kepada orang ramai di sekitar sekolah, malah ke peringkat agensi luar menerusi perkongsian dan penjualan produk tersebut.
 

Akuan dan Kesahan

Pemahaman pengguna terhadap pengoperasian produk memerlukan satu tunjuk cara yang benar-benar berkesan bagi memudahkan produk ini diterima umum. Oleh itu, untuk memudahkan pengguna menggunakan produk ini, Kumpulan Inovasi Senau Baharu Junior telah menyediakan manual penggunaan dalam bentuk grafik yang akan disertakan bersama di dalam produk ini.


​

Bahagian E: Kesimpulan Projek 

Projek “Reh-Al Mobil Serbaguna” tercetus apabila ahli-ahli Persatuan Agama Islam dan JQAF mengadu bahawa mereka kekurangan rehal dan tempat untuk menyimpan kitab Al-Quran di surau, sehingga menyebabkan keselerakan di surau. Semasa melaksanakan projek ini, pelbagai masalah dan kekangan perlu dihadapi dan diatasi oleh ahli kumpulan. Antaranya, masalah landasan rehal yang sukar bergerak, susun atuar ruangan dalam laci, ketahanan dan kelasakan produk, serta kekangan masa. Sesungguhnya setiap kekangan dan masalah perlu ditangani dengan tenang, dan bagi kami, kaedah perbincangan dan sumbangsaran merupakan antara cara penyelesaian masalah yang terbaik untuk mengatasi segala masalah yang dihadapi.
​
Pada masa yang akan datang, Kumpulan Inovasi Senau Baharu Junior akan berusaha untuk mempromosikan dan memperkenalkan produk ini dan pada masa yang sama terus membuat penambahbaikan yang sesuai terhadap produk ini. Akhir kata, semoga produk “Reh-Al Mobil Serbaguna” dapat memberi manfaat kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung. Sekian, terima kasih. 
Picture
0 Comments



Leave a Reply.

    Mengenai Penulis

    Seorang guru Sains sekolah rendah yang kini mengajar di SK Kampung Senau, Dalat, Sarawak.

    Archives

    December 2019
    October 2019
    September 2019
    July 2019
    June 2019
    May 2019
    April 2019
    January 2019
    October 2018
    February 2018
    April 2017
    March 2017

    Categories

    All

    RSS Feed

Proudly powered by Weebly