Chang Tun Kuet
  • Mengenai Penulis
  • MODUL SAINS
  • Sains Tahun 3 (KSSR Semakan)
    • Unit 1 Kemahiran Saintifik
    • Unit 2 Peraturan Bilik Sains
    • Unit 3 Manusia
    • Unit 4 Haiwan
    • Unit 5 Tumbuh-Tumbuhan
    • Unit 6 Pengukuran
    • Unit 7 Ketumpatan
    • Unit 8 Asid dan Alkali
    • Unit 9 Sistem Suria
    • Unit 10 Mesin Ringkas
    • Magnet (DST T3)
    • Penyerapan (DST T3)
    • Tanah (DST T3)
  • Sains Tahun 4 (Semakan 2017)
    • Unit 1: Kemahiran Saintifik
    • Unit 2: Manusia
    • Unit 3: Haiwan
    • Unit 4: Tumbuhan
    • Unit 5: Sifat Cahaya
    • Unit 6: Bunyi
    • Unit 7: Tenaga
    • Unit 8: Bahan
    • Unit 9: Bumi
    • Unit 10: Mesin
  • Sains Tahun 4
    • Unit 1: Kemahiran Saintifik
    • Unit 2: Peraturan Bilik Sains
    • Unit 3: Proses Hidup Manusia
    • Unit 4: Proses Hidup Haiwan
    • Unit 5: Proses Hidup Tumbuhan
    • Unit 6: Pengukuran
    • Unit 7: Sifat Bahan
    • Unit 8: Pengaratan
    • Unit 9: Sistem Suria
    • Unit 10: Teknologi
  • Sains Tahun 5
    • Unit 1: Kemahiran Saintifik
    • Unit 2: Peraturan Bilik Sains
    • Unit 3: Proses Hidup Haiwan
    • Unit 4: Proses Hidup Tumbuhan
    • Unit 5: Tenaga
    • Unit 6: Sifat Cahaya
    • Unit 7: Elektrik
    • Unit 8: Haba
    • Unit 9: Jirim
    • Unit 10: Asid dan Alkali
    • Unit 11: Bumi, Bulan dan Matahari
    • Unit 12: Teknologi
  • Sains Tahun 6
    • Unit 1: Kemahiran Saintifik
    • Unit 2: Peraturan Bilik Sains
    • Unit 3: Mikroorganisma
    • Unit 4: Interaksi Antara Hidupan
    • Unit 5: Pemeliharaan dan Pemuliharaan
    • Unit 6: Daya
    • Unit 7: Kelajuan
    • Unit 8: Pengawetan Makanan
    • Unit 9: Bahan Buangan
    • Unit 10: Gerhana
    • Unit 11: Buruj
    • Unit 12: Mesin
    • Soalan Berkemahiran
  • Galeri Aktiviti Semasa
  • Penulisan dan Laporan Amali
  • Pautan Rakan Seperjuangan
  • Hubungi Saya
  • Mengenai Penulis
  • MODUL SAINS
  • Sains Tahun 3 (KSSR Semakan)
    • Unit 1 Kemahiran Saintifik
    • Unit 2 Peraturan Bilik Sains
    • Unit 3 Manusia
    • Unit 4 Haiwan
    • Unit 5 Tumbuh-Tumbuhan
    • Unit 6 Pengukuran
    • Unit 7 Ketumpatan
    • Unit 8 Asid dan Alkali
    • Unit 9 Sistem Suria
    • Unit 10 Mesin Ringkas
    • Magnet (DST T3)
    • Penyerapan (DST T3)
    • Tanah (DST T3)
  • Sains Tahun 4 (Semakan 2017)
    • Unit 1: Kemahiran Saintifik
    • Unit 2: Manusia
    • Unit 3: Haiwan
    • Unit 4: Tumbuhan
    • Unit 5: Sifat Cahaya
    • Unit 6: Bunyi
    • Unit 7: Tenaga
    • Unit 8: Bahan
    • Unit 9: Bumi
    • Unit 10: Mesin
  • Sains Tahun 4
    • Unit 1: Kemahiran Saintifik
    • Unit 2: Peraturan Bilik Sains
    • Unit 3: Proses Hidup Manusia
    • Unit 4: Proses Hidup Haiwan
    • Unit 5: Proses Hidup Tumbuhan
    • Unit 6: Pengukuran
    • Unit 7: Sifat Bahan
    • Unit 8: Pengaratan
    • Unit 9: Sistem Suria
    • Unit 10: Teknologi
  • Sains Tahun 5
    • Unit 1: Kemahiran Saintifik
    • Unit 2: Peraturan Bilik Sains
    • Unit 3: Proses Hidup Haiwan
    • Unit 4: Proses Hidup Tumbuhan
    • Unit 5: Tenaga
    • Unit 6: Sifat Cahaya
    • Unit 7: Elektrik
    • Unit 8: Haba
    • Unit 9: Jirim
    • Unit 10: Asid dan Alkali
    • Unit 11: Bumi, Bulan dan Matahari
    • Unit 12: Teknologi
  • Sains Tahun 6
    • Unit 1: Kemahiran Saintifik
    • Unit 2: Peraturan Bilik Sains
    • Unit 3: Mikroorganisma
    • Unit 4: Interaksi Antara Hidupan
    • Unit 5: Pemeliharaan dan Pemuliharaan
    • Unit 6: Daya
    • Unit 7: Kelajuan
    • Unit 8: Pengawetan Makanan
    • Unit 9: Bahan Buangan
    • Unit 10: Gerhana
    • Unit 11: Buruj
    • Unit 12: Mesin
    • Soalan Berkemahiran
  • Galeri Aktiviti Semasa
  • Penulisan dan Laporan Amali
  • Pautan Rakan Seperjuangan
  • Hubungi Saya

galeri aktiviti semasa

SCIENCE IS FUN!! Semuanya bermula dengan ilmu Sains...

“Reh-Al Mobil Serbaguna” (part 3/4)

1/20/2019

0 Comments

 
Picture


​Bahagian C: Proses Pelaksanaan Projek

Jawatankuasa Pelaksanaan

Satu jawatankuasa pelaksanaan projek telah ditubuhkan pada perjumpaan Kumpulan Inovasi Senau Baharu Junior yang pertama (Rujuk Buku Log). Hasil daripada perbincangan dan kesepakatan daripada semua ahli, maka jawatankuasa berikut telah dilantik dan ditubuhkan seperti Jadual 6 di bawah.

Picture

​​Jadual 7 dan Jadual 8 di bawah menunjukkan kewajipan dan peranan bagi setiap jawatankuasa yang disenaraikan. 
Picture
Picture


Sumber Dana

Memandangkan sekolah kami mempunyai 41 buah kotak netbook 1 Malaysia yang buat masa ini disimpan di stor surau sekolah, maka, kami berhasrat untuk menghasilkan 20 buah “Reh-Al Mobil Serbaguna” untuk kegunaan semua ahli Persatuan Agama Islam dan JQaf yang terdiri daripada 19 orang ahli. Maka dengan itu, Kumpulan Inovasi Senau Baharu Junior telah memohon peruntukan dana untuk menghasilkan 20 buah “Reh-Al Mobil Serbaguna” daripada dua pihak, iaitu:
​
  1. Pihak Dalaman. Kumpulan Inovasi Senau Baharu Junior telah memohon dana peruntukan daripada pihak PIBG SK Kampung Senau untuk tujuan penghasilan sekurang-kurang 10 buah “Reh-Al Mobil Serbaguna”. Pihak PIBG menerima baik permohonan kami dan telah meluluskan permohonan dana peruntukan kami daripada peruntukan dana PIBG sekolah.
  2. Pihak Luaran. Sekolah SK Kampung Senau merupakan sekolah naungan di bawah Program HIPERS atau “High Performance Rural School”. HIPERS merupakan program yang diinspirasikan oleh Yayasan Sarawak untuk “Bersama Terus Menjulang Pendidikan Sarawak”. SK Kampung Senau berasa sangat bertuah dan bersyukur kerana terpilih untuk mengikuti program ini. Sehubungan dengan itu, Kumpulan Inovasi Senau Baharu Junior juga telah memohon peruntukan untuk tujuan penghasilan sekurang-kurangnya 10 buah “Reh-Al Mobil Serbaguna” lagi untuk melengkapkan peruntukan sumber dana menerusi permohonan daripada pihak pentadbir sekolah. Pihak pentadbir sekolah menerima baik permohonan kami dan telah meluluskan permohonan dana peruntukan kami dengan peruntukan HIPERS yang disalurkan ke sekolah kami.
 
Jadual 9 di bawah menunjukkan perincian anggaran perbelanjaan peruntukan dana yang dipohon untuk penghasilan 20 buah “Reh-Al Mobil Serbaguna”.

Picture

​Sesungguhnya projek ini tidak akan berjaya dilaksanakan sekiranya tanpa jalinan kerjasama daripada pelbagai pihak. Untuk projek inovasi kelab dan persatuan Sekolah-Sekolah Daerah Dalat Tahun 2018, Kumpulan Inovasi Senau Baharu Junior telah menjalinkan kerjasama yang padu dengan pelbagai pihak, termasuklah ahli kelab, komuniti sekolah dan PIBG. Jadual 10 di bawah menunjukkan bentuk kerjasama dengan ahli kelab, komuniti sekolah dan PIBG yang dijalin di bawah pelaksanaan projek ini. 

Picture
Memandangkan kekangan masa dan faktor lain yang tidak dapat dielakkan, kumpulan kami tidak sempat menjalinkan kerjasama dengan komuniti luar dan agensi luar. Mudah-mudahan pada masa yang akan datang, kami berharap kami berpeluang untuk mengadakan kerjasama dengan komuniti luar dan agensi luar untuk tujuan perkongsian, pengembangan dan pengkomersialan. 

Proses Kerja

Berikut merupakan kronologi proses kerja bagi projek “Reh-Al Mobil Serbaguna” yang dilaksanakan oleh Kumpulan Inovasi Senau Baharu Junior 2018:
  1. 22 Mac 2018: Menerima surat jemputan Pertandingan Projek Inovasi Kelab dan Persatuan Sekolah-Sekolah Daerah Dalat 2018.
  2. 23 Mac 2018: Sesi pemilihan ahli kumpulan dalam kalangan murid Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6 oleh guru penasihat.
  3. 26 Mac 2018: Perjumpaan Pertama (Penubuhan Jawatankuasa Pelaksanaan)
  4. 29 Mac 2018: Perjumpaan Kedua (Sumbangsaran permasalahan yang dihadapi)
  5. 02 April 2018: Perjumpaan Ketiga (Analisis Permasalahan)
  6. 04 April 2018: Perjumpaan Keempat (Pemilihan kaedah penyelesaian menggunakan teknik SWOT)
  7. 05 April 2018: Perjumpaan Kelima (Pembinaan rehal)
  8. 06 April 2018: Perjumpaan Keenam (Sambungan Pembinaan rehal)
  9. 09 April 2018: Perjumpaan Ketujuh (Perbincangan dan penambahbaikan)
  10. 10 April 2018: Perjumpaan Kelapan (Pelaksanaan penambahbaikan)
  11. 11 April 2018: Perjumpaan Kesembilan (Penghasilan Dokumentasi)
  12. 12 April 2018: Perjumpaan Kesepuluh (Sambungan Penghasilan Dokumentasi)
  13. 16 April 2018: Menghantar borang penyertaan dan dokumentasi projek
 
Rajah 1 di bawah menunjukkan carta alir proses kerja bagi projek “Reh-Al Mobil Serbaguna” yang dilaksanakan oleh Kumpulan Inovasi Senau Baharu Junior 2018: 

Picture

Jadual 11 menunjukkan carta gantt yang menunjukkan proses kerja bagi projek “Reh-Al Mobil Serbaguna” yang dilaksanakan oleh Kumpulan Inovasi Senau Baharu Junior 2018: 
Picture
Picture
Picture
Picture
Picture
0 Comments



Leave a Reply.

    Mengenai Penulis

    Seorang guru Sains sekolah rendah yang kini mengajar di SK Kampung Senau, Dalat, Sarawak.

    Archives

    December 2019
    October 2019
    September 2019
    July 2019
    June 2019
    May 2019
    April 2019
    January 2019
    October 2018
    February 2018
    April 2017
    March 2017

    Categories

    All

    RSS Feed

Proudly powered by Weebly