Salam perpaduan dan salam belajar Sains. Kuiz ini dihasilkan menggunakan Google Forms untuk menguji kefahaman Sains Tahun 6 Unit 8: Pengawetan Makanan. Sumber daripada pelbagai buku rujukan dengan pengubahsuaian. 20 soalan berserta dengan ulasan feedback sekiranya menjawab salah. Sijil penyertaan akan diberikan kepada murid yang berjaya menjawab betul 70% markah dan ke atas. Sila klik pautan ini: https://forms.gle/3p7ew4fiikXr98DE6 Boleh kongsikan keputusan anda di sini juga.. Selamat menjawab dan semoga berjaya!!
4 Comments
Salam sejahtera dan salam perpaduan Sains KKSR. Berikut disertakan beberapa video PdPc bagi Sains Tahun 6 Unit 8: Pengawetan yang mengandungi 8 video:
Video-video ini dibangunkan oleh Learning Port Interactive yang boleh didapati pada laman Youtube. Selamat belajar! Salam sejahtera dan Selamat belajar Sains. Umumnya, kaedah nyanyian merupakan salah satu cara yang popular untuk mempelajari Sains, terutamanya dalam kalangan murid sekolah rendah. Oleh itu, tidak hairanlah jikalau semakin banyak lagu parodi Sains telah dihasilkan oleh guru-guru Sains yang dedikasi dan berbakat untuk menggalakkan anak muridnya untuk membaca dan menyanyikan lagu Sains. Tindakan ini juga diharapkan dapat memupuk dan meningkatkan minat murid-murid dalam mata pelajaran Sains. Oleh itu, pada kali ini, penulis ingin mengongsikan beberapa lagu parodi Sains yang berkaitan dengan Sains Tahun 6 Unit 8: Pengawetan Makanan. Penulis ingin menegaskan di sini bahawa lagu-lagu berikut bukanlah dihasilkan oleh penulis, tetapi oleh guru-guru seperti pada kredit di bawah. Penulis hanyalah mengumpul dan mengepos semula untuk memudahkan guru-guru atau murid-murid untuk mencari dan mengulang kaji pelajaran. Selamat menyanyi! Lagu 1: Aku Pengawetan oleh Cikgu HalinaSains Tahun 6 Unit 8: Pengawetan Tajuk Lagu: Aku Pengawetan Melodi: Anak Kampung (Jimmy Palikat) Lirik: Cikgu Halina Memang aku ini, suka makan-makan Tetapi jangan makan, makanan yang dah rosak Namun ada cara, untuk tahan lama Dengan pengawetan Pembungkusan vakum, tiadalah udara Jeruk-jeruk pula, bubuh gula garam Penyejukbekuan Simpanlah makanan pada takat beku Singkir air pula kaedah pengeringan Bawah matahari ataupun di ketuhar Panaskanlah makanan pada suhu tinggi Biar mikrob mati Pendidihan itu, nama kaedahnya Pemasinan pula, kita guna garam Singkirkan lembapan Proses pelilinan salut lilin cair Pengetinan pula, didihkan makanan Simpan dalam bekas, mesti kedap udara Pempasteuran panas, sejuk cepat-cepat Pisang salai asap Lagu 2: Pengawetan Makanan oleh Cikgu AziahSains Tahun 6 Unit 8: Pengawetan Tajuk Lagu: Pengawetan Makanan Melodi: Janam Janam (OST Dilwale) Lirik: Cikgu Sharifah Aziah Makan makan makan Semua suka makan Mari kita lihat kaedah pengawetan Panjangkan hayat makanan Lambatan kerosakan Halang pertumbuhan mikroorganisma Dengan pertimbangkan SUKAN Suhu keasidan mestilah bersesuaian Udara dan air pengaruhi keaktifan Kehadiran nutrient pula sebagai sumber makanan Semua faktor ini perlu dikawal untuk lambatkan kerosakan Pendidihan.. Suhu tinggi Pemasinan.. Letak garam Penyalaian dengan asap Pempasteuran panaskan dulu kemudian Sejukkan cepat-cepat Pembungkusan vakum keluarkan udara Penjerukan rendam gula dan garam Dingin sejukbeku lambatkan pembiakan Pelilinan kekalkan kelembapan Ada pengeringan singkirkan air Jemur Matahari ataupun ketuhar Tin dan pembotolan Tahan paling lama Mudah disimpan dibawa ke mana-mana Bekalan berterusan Orang jauh boleh makan Tidak kira musim tidak kira bila nak makan cari sahaja Pengawetan.. memudahkan.. Pengawetan.. mengguntungkan.. Pengawetan.. menjimatkan.. Dengan pengawetan pembaziran makanan dapat kita elakkan Senarai ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa sekiranya penulis terjumpa sesiapa guru Sains dedikasi yang telah menghasilkan lagu parodi untuk unit yang sama. Sekiranya cikgu-cikgu terjumpa lagu parodi bagi unit yang sama tetapi tidak sempat dikemaskini oleh penulis, maka sudi-sudilah tinggalkan komen pada ruangan bawah supaya cikgu-cikgu lain tahu dan mendengarnya. Sekian, terima kasih. Salam perpaduan Sains KSSR. Berikut disertakan cadangan rancangan pengajaran harian (RPH) bagi Sains Tahun 6 Unit 8: Pengawetan Makanan dalam bentuk PDF untuk perkongsian idea dalam kalangan guru. Semoga guru mendapat manfaat dan perbincangan bersama. ![]()
Sekiranya cikgu-cikgu ingin mendapatkan RPH unit ini dalam bentuk words, sudi-sudilah tinggalkan komen dan email untuk urusan seterusnya. Terima kasih. - KEMAS KINI -Memandangkan semakin banyak cikgu yang meminta RPH unit ini dalam bentuk words dan penulis tidak mampu untuk membalas satu per satu, maka di sini disertakan RPH bagi Unit ini dalam bentuk words. Untuk mengelakkan font dan margin terlari, cikgu-cikgu juga diminta untuk memuat turun dan memasang font yang digunakan, iaitu font Blokletters Viltstift. (Ini juga merupakan salah satu sebab mengapa penulis tidak memuat naik rph words pada asalnya). Sekiranya cikgu-cikgu memuat turunnya, maka mohon agar meninggalkan komen sekurang-kurangnya ucapan terima kasih pada ruangan di bawah. Terima kasih.
Salam perpaduan Sains KSSR. Berikut disertakan beberapa video mengenai pengajaran Tahun 6 Unit 8: Pengawetan Makanan yang mengandungi 2 video berkaitan dengan kerosakan makanan. Video ini dibangunkan oleh EduNation Malaysia yang boleh didapati pada laman Youtube. Selamat belajar! (A) Kerosakan Makanan
(B) Punca Kerosakan Makanan
(C) Pengawetan Makanan
(D) Kepentingan Teknologi Pengawetan Makanan
Rujukan: Badan Pembangunan Kurikulum. (2015). Kurikulum Standard Sekolah Rendah: Dokumen Standard Kurikulum Dan Pentaksiran Sains Tahun 6. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia. Suwaibatullaslamiah binti Jalaludin, Jong, Tze Kian & Mohd Ramadhan bin Anwar. (2015). Sains Tahun 6 Sekolah Kebangsaan. Selangor Darul Ehsan: Dewan Bahasa dan Pustaka. |
Mengenai PenulisSeorang guru Sains sekolah rendah yang kini mengajar di SK Kampung Senau, Dalat, Sarawak. Archives
June 2020
Categories |