Salam perpaduan dan salam belajar Sains. Kuiz ini dihasilkan menggunakan Google Forms untuk menguji kefahaman Sains Tahun 5 Unit 8: Haba. Sumber daripada pelbagai buku rujukan dengan pengubahsuaian. 20 soalan berserta dengan ulasan feedback sekiranya menjawab salah. Sijil penyertaan akan diberikan kepada murid yang berjaya menjawab betul 70% markah dan ke atas. Sila klik pautan ini: https://forms.gle/QPpa4fwxzrhWkUvt9 Boleh kongsikan keputusan anda di sini juga.. Selamat menjawab dan semoga berjaya!!
4 Comments
Salam sejahtera dan salam perpaduan Sains KKSR. Berikut disertakan beberapa video PdPc bagi Sains Tahun 5 Unit 8: Haba yang mengandungi 2 video:
Video ini dibangunkan oleh Learning Port Interactive yang boleh didapati pada laman Youtube. Selamat belajar! Salam sejahtera dan Selamat belajar Sains. Umumnya, kaedah nyanyian merupakan salah satu cara yang popular untuk mempelajari Sains, terutamanya dalam kalangan murid sekolah rendah. Oleh itu, tidak hairanlah jikalau semakin banyak lagu parodi Sains telah dihasilkan oleh guru-guru Sains yang dedikasi dan berbakat untuk menggalakkan anak muridnya untuk membaca dan menyanyikan lagu Sains. Tindakan ini juga diharapkan dapat memupuk dan meningkatkan minat murid-murid dalam mata pelajaran Sains. Oleh itu, pada kali ini, penulis ingin mengongsikan beberapa lagu parodi Sains yang berkaitan dengan Sains Tahun 5 Unit 8: Haba. Penulis ingin menegaskan di sini bahawa lagu-lagu berikut bukanlah dihasilkan oleh penulis, tetapi oleh guru-guru seperti pada kredit di bawah. Penulis hanyalah mengumpul dan mengepos semula untuk memudahkan guru-guru atau murid-murid untuk mencari dan mengulang kaji pelajaran. Selamat menyanyi! Lagu 1: Haba oleh Cikgu AziahSains Tahun 5 Unit 8: Haba Tajuk Lagu: Haba Melodi: Sakitnya Tuh di Sini (Cita Citata) Lirik: Cikgu Sharifah Aziah Panasnya tuh sini kerana dapat haba Sejuknya tuh di sini kerana hilang haba Panasnya tuh sini kerana dapat haba Sejuknya tuh di sini kerana hilang haba Apakah suhu, tahap kepanasan Unitnya Celcius ukur thermometer Bila dapat haba objek jadi panas Bila hilang haba objek jadi sejuk Panasnya tuh sini kerana dapat haba Sejuknya tuh di sini kerana hilang haba Panasnya tuh sini kerana dapat haba Sejuknya tuh di sini kerana hilang haba Panas, kembang Mengecut bila sejuk Panas, kembang Mengecut bila sejuk Kalau didih air, air jadi panas Suhunya meningkat sampai takat didih Kalau padam api, air jadi sejuk Suhunya menurun jadi suhu bilik Panasnya tuh sini kerana dapat haba Sejuknya tuh di sini kerana hilang haba Panasnya tuh sini kerana dapat haba Sejuknya tuh di sini kerana hilang haba Pepejal cecair gas Mengembang bila panas Objek menjadi besar Objek menjadi panjang Perlu ada ruang kalau tidak rosak Landasan kereta api juga jambatan besi Pepejal cecair gas Mengecut bila sejuk Objek menjadi kecil Kabel menjadi pendek Pasang dipasang kendur kalau tidak putus Macam kabel elektrik waktu malam memendek Panas, kembang Mengecut bila sejuk Panas, kembang Mengecut bila sejuk Senarai ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa sekiranya penulis terjumpa sesiapa guru Sains dedikasi yang telah menghasilkan lagu parodi untuk unit yang sama. Sekiranya cikgu-cikgu terjumpa lagu parodi bagi unit yang sama tetapi tidak sempat dikemaskini oleh penulis, maka sudi-sudilah tinggalkan komen pada ruangan bawah supaya cikgu-cikgu lain tahu dan mendengarnya. Sekian, terima kasih. Salam perpaduan Sains KSSR. Berikut disertakan cadangan rancangan pengajaran harian (RPH) bagi Sains Tahun 5 Unit 8: Haba dalam bentuk PDF untuk perkongsian idea dalam kalangan guru. Semoga guru mendapat manfaat dan perbincangan bersama. ![]()
Sekiranya cikgu-cikgu ingin mendapatkan RPH unit ini dalam bentuk words, sudi-sudilah tinggalkan komen dan email untuk urusan seterusnya. Terima kasih. - KEMAS KINIMemandangkan semakin banyak cikgu yang meminta RPH unit ini dalam bentuk words dan penulis tidak mampu untuk membalas satu per satu, maka di sini disertakan RPH bagi Unit ini dalam bentuk words. Untuk mengelakkan font dan margin terlari, cikgu-cikgu juga diminta untuk memuat turun dan memasang font yang digunakan, iaitu font Blokletters Viltstift. (Ini juga merupakan salah satu sebab mengapa penulis tidak memuat naik rph words pada asalnya). Sekiranya cikgu-cikgu memuat turunnya, maka mohon agar meninggalkan komen sekurang-kurangnya ucapan terima kasih pada ruangan di bawah. Terima kasih.
Salam perpaduan Sains KSSR. Berikut disertakan beberapa video mengenai pengajaran Tahun 5 Unit 8: Haba. Video ini dibangunkan oleh EduNation Malaysia yang boleh didapati pada laman Youtube. Selamat belajar! (A) Suhu
(B) Teknik Menggunakan Termometer
(C) Menerima dan Kehilangan Haba
(D) Pengembangan dan Pengecutan
(E) Aplikasi Prinsip Haba
Rujukan: Badan Pembangunan Kurikulum. (2014). Kurikulum Standard Sekolah Rendah: Dokumen Standard Kurikulum Dan Pentaksiran Sains Tahun 5. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia. Suwaibatullasmiah binti Jalaludin, Sopia binti Md Yassin, & Tan Mun Wai. (2014). Sains Sekolah Kebangsaan Tahun 5. Selangor Darul Ehsan: Dewan Bahasa dan Pustaka. |
Mengenai PenulisSeorang guru Sains sekolah rendah yang kini mengajar di SK Kampung Senau, Dalat, Sarawak. Archives
June 2020
Categories |