Chang Tun Kuet
  • Mengenai Penulis
  • Sains Tahun 3 (KSSR Semakan)
    • Unit 1 Kemahiran Saintifik
    • Unit 2 Peraturan Bilik Sains
    • Unit 3 Manusia
    • Unit 4 Haiwan
    • Unit 5 Tumbuh-Tumbuhan
    • Unit 6 Pengukuran
    • Unit 7 Ketumpatan
    • Unit 8 Asid dan Alkali
    • Unit 9 Sistem Suria
    • Unit 10 Mesin Ringkas
    • Magnet (DST T3)
    • Penyerapan (DST T3)
    • Tanah (DST T3)
  • Sains Tahun 4 (Semakan 2017)
    • Unit 1: Kemahiran Saintifik
    • Unit 2: Manusia
    • Unit 3: Haiwan
    • Unit 4: Tumbuhan
    • Unit 5: Sifat Cahaya
    • Unit 6: Bunyi
    • Unit 7: Tenaga
    • Unit 8: Bahan
    • Unit 9: Bumi
    • Unit 10: Mesin
  • SAINS TAHUN 5 (SEMAKAN)
    • UNIT 1: KEMAHIRAN SAINTIFIK
    • UNIT 2: MANUSIA
    • UNIT 3: HAIWAN
    • UNIT 4: TUMBUH-TUMBUHAN
    • UNIT 5: ELEKTRIK
    • UNIT 6: HABA
    • UNIT 7: PENGARATAN
    • UNIT 8: JIRIM
    • UNIT 9: FASA BULAN DAN BURUJ
    • UNIT 10: MESIN
  • SAINS TAHUN 6 (SEMAKAN)
    • UNIT 1: KEMAHIRAN SAINTIFIK
    • UNIT 2: MANUSIA
    • UNIT 3: MIKROORGANISMA
    • UNIT 4: INTERAKSI ANTARA HIDUPAN
    • UNIT 5: PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN
    • UNIT 6: DAYA
    • UNIT 7: KELAJUAN
    • UNIT 8: TEKNOLOGI PENGAWETAN MAKANAN
    • UNIT 9: BAHAN BUANGAN
    • UNIT 10: GERHANA
    • UNIT 11: GALAKSI
    • UNIT 12: KESTABILAN DAN KEKUATAN
    • UNIT 13: TEKNOLOGI
  • Sains Tahun 4
    • Unit 1: Kemahiran Saintifik
    • Unit 2: Peraturan Bilik Sains
    • Unit 3: Proses Hidup Manusia
    • Unit 4: Proses Hidup Haiwan
    • Unit 5: Proses Hidup Tumbuhan
    • Unit 6: Pengukuran
    • Unit 7: Sifat Bahan
    • Unit 8: Pengaratan
    • Unit 9: Sistem Suria
    • Unit 10: Teknologi
  • Sains Tahun 5
    • Unit 1: Kemahiran Saintifik
    • Unit 2: Peraturan Bilik Sains
    • Unit 3: Proses Hidup Haiwan
    • Unit 4: Proses Hidup Tumbuhan
    • Unit 5: Tenaga
    • Unit 6: Sifat Cahaya
    • Unit 7: Elektrik
    • Unit 8: Haba
    • Unit 9: Jirim
    • Unit 10: Asid dan Alkali
    • Unit 11: Bumi, Bulan dan Matahari
    • Unit 12: Teknologi
  • Sains Tahun 6
    • Unit 1: Kemahiran Saintifik
    • Unit 2: Peraturan Bilik Sains
    • Unit 3: Mikroorganisma
    • Unit 4: Interaksi Antara Hidupan
    • Unit 5: Pemeliharaan dan Pemuliharaan
    • Unit 6: Daya
    • Unit 7: Kelajuan
    • Unit 8: Pengawetan Makanan
    • Unit 9: Bahan Buangan
    • Unit 10: Gerhana
    • Unit 11: Buruj
    • Unit 12: Mesin
    • Soalan Berkemahiran
  • Galeri Aktiviti Semasa
  • Penulisan dan Laporan Amali
  • Pautan Rakan Seperjuangan
  • Hubungi Saya
  • Mengenai Penulis
  • Sains Tahun 3 (KSSR Semakan)
    • Unit 1 Kemahiran Saintifik
    • Unit 2 Peraturan Bilik Sains
    • Unit 3 Manusia
    • Unit 4 Haiwan
    • Unit 5 Tumbuh-Tumbuhan
    • Unit 6 Pengukuran
    • Unit 7 Ketumpatan
    • Unit 8 Asid dan Alkali
    • Unit 9 Sistem Suria
    • Unit 10 Mesin Ringkas
    • Magnet (DST T3)
    • Penyerapan (DST T3)
    • Tanah (DST T3)
  • Sains Tahun 4 (Semakan 2017)
    • Unit 1: Kemahiran Saintifik
    • Unit 2: Manusia
    • Unit 3: Haiwan
    • Unit 4: Tumbuhan
    • Unit 5: Sifat Cahaya
    • Unit 6: Bunyi
    • Unit 7: Tenaga
    • Unit 8: Bahan
    • Unit 9: Bumi
    • Unit 10: Mesin
  • SAINS TAHUN 5 (SEMAKAN)
    • UNIT 1: KEMAHIRAN SAINTIFIK
    • UNIT 2: MANUSIA
    • UNIT 3: HAIWAN
    • UNIT 4: TUMBUH-TUMBUHAN
    • UNIT 5: ELEKTRIK
    • UNIT 6: HABA
    • UNIT 7: PENGARATAN
    • UNIT 8: JIRIM
    • UNIT 9: FASA BULAN DAN BURUJ
    • UNIT 10: MESIN
  • SAINS TAHUN 6 (SEMAKAN)
    • UNIT 1: KEMAHIRAN SAINTIFIK
    • UNIT 2: MANUSIA
    • UNIT 3: MIKROORGANISMA
    • UNIT 4: INTERAKSI ANTARA HIDUPAN
    • UNIT 5: PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN
    • UNIT 6: DAYA
    • UNIT 7: KELAJUAN
    • UNIT 8: TEKNOLOGI PENGAWETAN MAKANAN
    • UNIT 9: BAHAN BUANGAN
    • UNIT 10: GERHANA
    • UNIT 11: GALAKSI
    • UNIT 12: KESTABILAN DAN KEKUATAN
    • UNIT 13: TEKNOLOGI
  • Sains Tahun 4
    • Unit 1: Kemahiran Saintifik
    • Unit 2: Peraturan Bilik Sains
    • Unit 3: Proses Hidup Manusia
    • Unit 4: Proses Hidup Haiwan
    • Unit 5: Proses Hidup Tumbuhan
    • Unit 6: Pengukuran
    • Unit 7: Sifat Bahan
    • Unit 8: Pengaratan
    • Unit 9: Sistem Suria
    • Unit 10: Teknologi
  • Sains Tahun 5
    • Unit 1: Kemahiran Saintifik
    • Unit 2: Peraturan Bilik Sains
    • Unit 3: Proses Hidup Haiwan
    • Unit 4: Proses Hidup Tumbuhan
    • Unit 5: Tenaga
    • Unit 6: Sifat Cahaya
    • Unit 7: Elektrik
    • Unit 8: Haba
    • Unit 9: Jirim
    • Unit 10: Asid dan Alkali
    • Unit 11: Bumi, Bulan dan Matahari
    • Unit 12: Teknologi
  • Sains Tahun 6
    • Unit 1: Kemahiran Saintifik
    • Unit 2: Peraturan Bilik Sains
    • Unit 3: Mikroorganisma
    • Unit 4: Interaksi Antara Hidupan
    • Unit 5: Pemeliharaan dan Pemuliharaan
    • Unit 6: Daya
    • Unit 7: Kelajuan
    • Unit 8: Pengawetan Makanan
    • Unit 9: Bahan Buangan
    • Unit 10: Gerhana
    • Unit 11: Buruj
    • Unit 12: Mesin
    • Soalan Berkemahiran
  • Galeri Aktiviti Semasa
  • Penulisan dan Laporan Amali
  • Pautan Rakan Seperjuangan
  • Hubungi Saya

UNIT 7: TENAGA

NOTA SAINS TAHUN 4 UNIT 7: TENAGA

3/22/2020

22 Comments

 

7.1.1  Tenaga dan Sumbernya

  1. Tenaga ialah keupayaan untuk melakukan kerja.
  2. Tenaga dapat diperoleh daripada pelbagai sumber.
  3. Sumber-sumber tenaga:
    1. Matahari merupakan sumber tenaga yang paling utama. Tenaga matahari boleh digunakan untuk menjanakan elektrik melalui panel suria.
    2. Air yang mengalir menggerakkan turbin di dalam empangan untuk menjanakan elektrik.
    3. Biojisim ialah bahan daripada tumbuh-tumbuhan (kayu api dan sisa tanaman) atau tinja haiwan yang digunakan untuk menghasilkan bahan api dan menjanakan elektrik.
    4. Angin yang bertiup menggerakkan kincir angin untuk menjanakan elektrik.
    5. Bahan nuklear seperti uranium digunakan untuk menjanakan elektrik di stesen janakuasa nuklear.
    6. Bahan api fosil seperti petroleum, gas asli dan arang batu dibakar untuk menjanakan elektrik.
    7. Ombak menggerakkan turbin di dalam laut untuk menjanakan elektrik.
    8. Geoterma juga merupakan sumber tenaga yang diperoleh daripada haba batuan panas di bawah permukaan bumi untuk menjanakan elektrik. 
Picture
Picture


​7.1.2  Bentuk Tenaga

  1. Terdapat pelbagai bentuk tenaga di sekeliling kita.
  2. Bentuk-bentuk tenaga:
    1. Tenaga suria ialah tenaga yang diperoleh daripada Matahari.
    2. Tenaga haba ialah tenaga yang tersimpan pada objek yang mempunyai kepanasan.
    3. Tenaga cahaya ialah tenaga yang dihasilkan oleh objek yang memancarkan cahaya.
    4. Tenaga bunyi dihasilkan oleh objek yang bergetar.
    5. Tenaga elektrik ialah tenaga yang mengalir dalam litar elektrik yang lengkap.
    6. Tenaga kimia ialah tenaga yang tersimpan dalam bahan seperti makanan, bahan api fosil, biojisim atau bateri.
    7. Tenaga kinetik ialah tenaga yang dipunyai oleh objek yang bergerak.
    8. Tenaga keupayaan ialah tenaga yang tersimpan pada objek yang berada pada sesuatu ketinggian, diregangkan atau dimampatkan.
    9. Tenaga nuklear ialah tenaga yang terkandung dalam bahan nuklear seperti uranium. 
Picture
Picture


​7.1.3  Perubahan Bentuk Tenaga

  1. Tenaga boleh berubah daripada satu bentuk kepada bentuk yang lain.
  2. Simbol -> bermaksud berubah kepada.
  3. Simbol + bermaksud dan.
  4. Contoh perubahan bentuk tenaga:
    1. Semasa mengasuh basikal, tenaga kimia daripada makanan yang dimakan berubah kepada tenaga kinetik (pergerakan kaki dan basikal).
      Tenaga kimia -> Tenaga kinetik
    2. Ketika menghidupkan televisyen, tenaga elektrik (di dalam litar elektrik televisyen) yang digunakan berubah kepada tenaga cahaya (imej) dan tenaga bunyi.
      Tenaga elektrik -> Tenaga cahaya + Tenaga bunyi
    3. Semasa api menyala, tenaga kimia yang tersimpan dalam bahan bakar berubah kepada tenaga haba dan tenaga cahaya.
      Tenaga kimia -> Tenaga haba + Tenaga cahaya
    4. Semasa terjun dari papan terjun, tenaga keupayaan (kedudukan penerjun yang tinggi) berubah kepada tenaga kinetik (pergerakan penerjun) dan kemudian berubah kepada tenga bunyi (bunyi percikan air).
      Tenaga keupayaan -> Tenaga kinetik -> Tenaga bunyi
    5. Ketika menyalakan lampu suluh, tenaga kimia yang tersimpan di dalam bateri berubah kepada tenaga elektrik (dalam litar elektrik lampu suluh). Kemudian, tenaga elektrik berubah kepada tenaga haba (mentol menjadi panas) dan tenaga cahaya (mentol menyala).
      Tenaga kimia -> Tenaga elektrik -> Tenaga haba + Tenaga cahaya
    6. Ketika menggunakan kalkulator suria, tenaga suria yang diperoleh daripada Matahari berubah kepada tenaga elektrik (dalam litar kalkulator). Kemudan, tenaga elektrik berubah kepada tenaga cahaya (skrin memancarkan cahaya).
      Tenaga suria -> Tenaga elektrik -> Tenaga cahaya
    7. Ketika kenderaan bergerak, enjin kereta mengubah tenaga kimia yang tersimpan dalam bahan api fosil kepada tenaga kinetik (pergerakan kereta).
      Tenaga kimia -> Tenaga kinetik
    8. Tumbuh-tumbuhan membuat makanannya sendiri. Semasa fotosintesis, tumbuh-tumbuhan mengubah tenaga cahaya daripada Matahari kepada tenaga kimia yang tersimpan sebagai kanji.
      Tenaga suria -> Tenaga kimia
    9. Semasa bermain papan luncur, pemain bermula dari tempat yang tinggi kemudian luncur ke bawah. Apabila sampai ke penghujung, pemain akan berhenti pada kedudukan tertinggi seketika dan kemudian meneruskan pergerakannya semula.
      Tenaga keupayaan -> Tenaga kinetik -> Tenaga keupayaan
Picture


​7.1.4  Tenaga Tidak Boleh Dicipta atau Dimusnahkan

  1. Semua perubahan yang berlaku di alam ini melibatkan tenaga.
  2. Tenaga boleh berubah bentuk kerana tenaga tidak boleh dicipta atau dimusnahkan.
  3. Motosikal yang bergerak mempunyai tenaga kinetik. Tenaga tidak boleh dicipta. Enjin motosikal hanya mengubah tenaga kimia daripada petrol kepada tenaga kinetik. Tenaga juga tidak boleh dimusnahkan. Semasa motosikal bergerak, sebahagian tenaga kinetiknya turut berubah kepada bentuk-bentuk tenaga yang lain seperti tenaga bunyi dan tenaga haba. Motosikal berbenti bergerak kerana semua tenaga kimia daripada petrol telah berubah sepenuhnya kepada bentuk-bentuk tenaga yang lain.
    Tenaga kimia -> Tenaga kinetik -> Tenaga haba + Tenaga bunyi
  4. Kesimpulan: Tenaga tidak boleh dicipta atau dimusnhkan, tetapi boleh berubah bentuk. 


​7.2.1 Sumber Tenaga Boleh Dibaharui dan Tidak Boleh Dibaharui

  1. Sumber tenaga boleh dikelaskan kepada sumber tenaga boleh dibaharui dan sumber tenaga tang tidak boleh dibaharui.
  2. Sumber tenaga boleh dibaharui ialah sumber tenaga yang boleh dijana secara berterusan. Contoh:
    1. Matahari ialah sumber tenaga yang sentiasa ada.
    2. Ombak wujud secara semula jadi.
    3. Air sentiada ada di persekitaran.
    4. Angin tidak terhad dan sentiada ada.
    5. Biojisim sentiasa ada kerana berasal daripada bahan semula jadi.
  3. Sumber tenaga tidak boleh dibaharui ialah sumber tenaga yang terhad dan tidak boleh dijana semula. Contoh:
    1. Bahan api fosil seperti arang batu, gas asli dan petroleum akan kehabisan suatu masa nanti.
    2. Bahan nuklear seperti uranium adalah terhad.
    3. Bateri akan kehabisan satu hari nanti.
  4. Biodiesel ialah bahan api yang dihasilkan daripada minyak sayuran atau lemak haiwan. Bermula Februari 2019, semua stesen minyak di Malaysia membekalkan munyak diesel yang dicampur dengan biodiesel sawit.
Picture


​7.2.2  Berhemat Menggunakan Tenaga

  1. Kebanyakan tenaga yang kita gunakan pada hari ini berasal daripada sumber tenaga yang tidak boleh dibaharui.
  2. Untuk memastikan kita mempunyai sumber tenaga yang mencukupi pada masa yang akan datang, kita perlulah berhemat menggunakan tenaga.
  3. Berhemat bermaksud berjimat cermat. Berhemah bermaksud mempunyai budi perketi yang mulia.
  4. Cara-cara berhemat menggunakan tenaga:
    1. Tutup peralatan elektrik apabila tidak digunakan.
    2. Gunakan peralatan yang kurang menggunakan tenaga.
    3. Gunakan pengangkutan awam atau berkongsi kereta.
    4. Kitar semula bahan yang terbuang.
  5. Kepentingan penggunaan sumber tenaga secara berhemat adalah:
    1. Menjimatkan kos penjanaan tenaga elektrik.
    2. Mengelakkan pembaziran sumber tenaga.
    3. Mengurangkan pencemaran alam sekitar 
Picture


​Video QR Code

1. Membina Ketuhar Suria
Picture
Buku Teks ms 138: Membina Ketuhar Suria


​Imbasan Minda

Picture


​Rujukan

Badan Pembangunan Kurikulum. (April 2018). Kurikulum Standard Sekolah Rendah: Dokumen Standard Kurikulum Dan Pentaksiran Sains Tahun 4. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Mohd Ramadhan bin Anwar, Mohammad Fazli bin Othman, Siti Roha binti Abd. Karim & Ahmad Pua'ad bin Ibrahim. (2019). Kurikulum Standard Sekolah Rendah (Semakan 2017): Sains Tahun 4 Sekolah Kebangsaan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. ​
22 Comments
AINA DELISHA BINTI MUHAMMAD SHAHRIL
6/18/2020 10:30:15 am

wow saya dah faham macam senang faham jer

Reply
Rawdah Abdullah link
8/3/2021 08:26:53 am

Tenaga

Reply
Ain
7/2/2020 09:55:02 am

Apakah tenaga yg boleh dikeluarkan dari pokok kelapa sawir?

Reply
Alya Qaisara
7/11/2020 06:49:26 pm

Good

Reply
Nur aina dhaniyah
7/25/2020 10:23:03 am

Apakah yang dimaksudkan dengan tenaga

Reply
Hayati
8/18/2020 11:44:42 am

Excellent work. Keep it up. May Allah bless you and grant you all the best in your life.

Reply
M. AMIN DZAHRIN link
12/1/2020 10:00:11 am

Best

Reply
Aleesyakamila
12/3/2020 12:30:27 pm

Best ,good👍👍👍👍💕

Reply
q link
7/4/2021 01:25:04 pm

224

Reply
Sarifah
7/13/2021 02:03:13 pm

Best, good
Clever

Reply
Rawdah Abdullah link
8/3/2021 08:14:05 am

Sarifah

Best,good
Cleuer

Reply
Rawdah Abdullah link
8/3/2021 08:07:12 am

Subkarn

Reply
Ok link
8/19/2021 01:47:20 pm

Ok

Reply
Rawdah Abdullah link
8/3/2021 08:09:43 am

Chang tun kuet

Reply
NANCY PO ANAK ANGGING
8/10/2021 03:08:30 pm

Hai cikgu,tuliskan satu kesimpulan mengenai perubahan bentuk tenaga

Reply
Muhammad Fawwaz Adha
8/12/2021 04:58:17 pm

best and good

Reply
Muhammad Fawwaz Adha
8/12/2021 04:59:51 pm

huh

Reply
Nir afiqah binti shaiful azna
9/1/2021 09:23:57 am

4 mawar

Reply
adam
9/1/2021 11:29:13 am

ok lah

Reply
Nur afiqah binti shaiful azna link
9/8/2021 09:38:32 am

Jalan pinggiran bayu 2/12

Reply
Charlie
9/17/2021 01:33:10 pm

hi, i'm charlie from america, how are you guys? this is good too, i like science

Reply
Nurin amyrah zaqqiyyah link
11/2/2021 08:43:02 pm

Saya tk faham la

Reply



Leave a Reply.

    Mengenai Penulis

    Seorang guru Sains sekolah rendah yang kini mengajar di SK Kampung Senau, Dalat, Sarawak. 

    Archives

    July 2020
    March 2020

    Categories

    All

    RSS Feed

Powered by Create your own unique website with customizable templates.