Chang Tun Kuet
  • Mengenai Penulis
  • Sains Tahun 3 (KSSR Semakan)
    • Unit 1 Kemahiran Saintifik
    • Unit 2 Peraturan Bilik Sains
    • Unit 3 Manusia
    • Unit 4 Haiwan
    • Unit 5 Tumbuh-Tumbuhan
    • Unit 6 Pengukuran
    • Unit 7 Ketumpatan
    • Unit 8 Asid dan Alkali
    • Unit 9 Sistem Suria
    • Unit 10 Mesin Ringkas
    • Magnet (DST T3)
    • Penyerapan (DST T3)
    • Tanah (DST T3)
  • Sains Tahun 4 (Semakan 2017)
    • Unit 1: Kemahiran Saintifik
    • Unit 2: Manusia
    • Unit 3: Haiwan
    • Unit 4: Tumbuhan
    • Unit 5: Sifat Cahaya
    • Unit 6: Bunyi
    • Unit 7: Tenaga
    • Unit 8: Bahan
    • Unit 9: Bumi
    • Unit 10: Mesin
  • SAINS TAHUN 5 (SEMAKAN)
    • UNIT 1: KEMAHIRAN SAINTIFIK
    • UNIT 2: MANUSIA
    • UNIT 3: HAIWAN
    • UNIT 4: TUMBUH-TUMBUHAN
    • UNIT 5: ELEKTRIK
    • UNIT 6: HABA
    • UNIT 7: PENGARATAN
    • UNIT 8: JIRIM
    • UNIT 9: FASA BULAN DAN BURUJ
    • UNIT 10: MESIN
  • SAINS TAHUN 6 (SEMAKAN)
    • UNIT 1: KEMAHIRAN SAINTIFIK
    • UNIT 2: MANUSIA
    • UNIT 3: MIKROORGANISMA
    • UNIT 4: INTERAKSI ANTARA HIDUPAN
    • UNIT 5: PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN
    • UNIT 6: DAYA
    • UNIT 7: KELAJUAN
    • UNIT 8: TEKNOLOGI PENGAWETAN MAKANAN
    • UNIT 9: BAHAN BUANGAN
    • UNIT 10: GERHANA
    • UNIT 11: GALAKSI
    • UNIT 12: KESTABILAN DAN KEKUATAN
    • UNIT 13: TEKNOLOGI
  • Sains Tahun 4
    • Unit 1: Kemahiran Saintifik
    • Unit 2: Peraturan Bilik Sains
    • Unit 3: Proses Hidup Manusia
    • Unit 4: Proses Hidup Haiwan
    • Unit 5: Proses Hidup Tumbuhan
    • Unit 6: Pengukuran
    • Unit 7: Sifat Bahan
    • Unit 8: Pengaratan
    • Unit 9: Sistem Suria
    • Unit 10: Teknologi
  • Sains Tahun 5
    • Unit 1: Kemahiran Saintifik
    • Unit 2: Peraturan Bilik Sains
    • Unit 3: Proses Hidup Haiwan
    • Unit 4: Proses Hidup Tumbuhan
    • Unit 5: Tenaga
    • Unit 6: Sifat Cahaya
    • Unit 7: Elektrik
    • Unit 8: Haba
    • Unit 9: Jirim
    • Unit 10: Asid dan Alkali
    • Unit 11: Bumi, Bulan dan Matahari
    • Unit 12: Teknologi
  • Sains Tahun 6
    • Unit 1: Kemahiran Saintifik
    • Unit 2: Peraturan Bilik Sains
    • Unit 3: Mikroorganisma
    • Unit 4: Interaksi Antara Hidupan
    • Unit 5: Pemeliharaan dan Pemuliharaan
    • Unit 6: Daya
    • Unit 7: Kelajuan
    • Unit 8: Pengawetan Makanan
    • Unit 9: Bahan Buangan
    • Unit 10: Gerhana
    • Unit 11: Buruj
    • Unit 12: Mesin
    • Soalan Berkemahiran
  • Galeri Aktiviti Semasa
  • Penulisan dan Laporan Amali
  • Pautan Rakan Seperjuangan
  • Hubungi Saya
  • Mengenai Penulis
  • Sains Tahun 3 (KSSR Semakan)
    • Unit 1 Kemahiran Saintifik
    • Unit 2 Peraturan Bilik Sains
    • Unit 3 Manusia
    • Unit 4 Haiwan
    • Unit 5 Tumbuh-Tumbuhan
    • Unit 6 Pengukuran
    • Unit 7 Ketumpatan
    • Unit 8 Asid dan Alkali
    • Unit 9 Sistem Suria
    • Unit 10 Mesin Ringkas
    • Magnet (DST T3)
    • Penyerapan (DST T3)
    • Tanah (DST T3)
  • Sains Tahun 4 (Semakan 2017)
    • Unit 1: Kemahiran Saintifik
    • Unit 2: Manusia
    • Unit 3: Haiwan
    • Unit 4: Tumbuhan
    • Unit 5: Sifat Cahaya
    • Unit 6: Bunyi
    • Unit 7: Tenaga
    • Unit 8: Bahan
    • Unit 9: Bumi
    • Unit 10: Mesin
  • SAINS TAHUN 5 (SEMAKAN)
    • UNIT 1: KEMAHIRAN SAINTIFIK
    • UNIT 2: MANUSIA
    • UNIT 3: HAIWAN
    • UNIT 4: TUMBUH-TUMBUHAN
    • UNIT 5: ELEKTRIK
    • UNIT 6: HABA
    • UNIT 7: PENGARATAN
    • UNIT 8: JIRIM
    • UNIT 9: FASA BULAN DAN BURUJ
    • UNIT 10: MESIN
  • SAINS TAHUN 6 (SEMAKAN)
    • UNIT 1: KEMAHIRAN SAINTIFIK
    • UNIT 2: MANUSIA
    • UNIT 3: MIKROORGANISMA
    • UNIT 4: INTERAKSI ANTARA HIDUPAN
    • UNIT 5: PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN
    • UNIT 6: DAYA
    • UNIT 7: KELAJUAN
    • UNIT 8: TEKNOLOGI PENGAWETAN MAKANAN
    • UNIT 9: BAHAN BUANGAN
    • UNIT 10: GERHANA
    • UNIT 11: GALAKSI
    • UNIT 12: KESTABILAN DAN KEKUATAN
    • UNIT 13: TEKNOLOGI
  • Sains Tahun 4
    • Unit 1: Kemahiran Saintifik
    • Unit 2: Peraturan Bilik Sains
    • Unit 3: Proses Hidup Manusia
    • Unit 4: Proses Hidup Haiwan
    • Unit 5: Proses Hidup Tumbuhan
    • Unit 6: Pengukuran
    • Unit 7: Sifat Bahan
    • Unit 8: Pengaratan
    • Unit 9: Sistem Suria
    • Unit 10: Teknologi
  • Sains Tahun 5
    • Unit 1: Kemahiran Saintifik
    • Unit 2: Peraturan Bilik Sains
    • Unit 3: Proses Hidup Haiwan
    • Unit 4: Proses Hidup Tumbuhan
    • Unit 5: Tenaga
    • Unit 6: Sifat Cahaya
    • Unit 7: Elektrik
    • Unit 8: Haba
    • Unit 9: Jirim
    • Unit 10: Asid dan Alkali
    • Unit 11: Bumi, Bulan dan Matahari
    • Unit 12: Teknologi
  • Sains Tahun 6
    • Unit 1: Kemahiran Saintifik
    • Unit 2: Peraturan Bilik Sains
    • Unit 3: Mikroorganisma
    • Unit 4: Interaksi Antara Hidupan
    • Unit 5: Pemeliharaan dan Pemuliharaan
    • Unit 6: Daya
    • Unit 7: Kelajuan
    • Unit 8: Pengawetan Makanan
    • Unit 9: Bahan Buangan
    • Unit 10: Gerhana
    • Unit 11: Buruj
    • Unit 12: Mesin
    • Soalan Berkemahiran
  • Galeri Aktiviti Semasa
  • Penulisan dan Laporan Amali
  • Pautan Rakan Seperjuangan
  • Hubungi Saya

unit 7: eletrik

KUIZ SAINS TAHUN 5 UNIT 7: ELEKTRIK

6/7/2020

1 Comment

 
Picture
Salam perpaduan dan salam belajar Sains. 

Kuiz ini dihasilkan menggunakan Google Forms untuk menguji kefahaman Sains Tahun 5 Unit 7: Elektrik.

Sumber daripada pelbagai buku rujukan dengan pengubahsuaian. 

20 soalan berserta dengan ulasan feedback sekiranya menjawab salah. 
​

Sijil penyertaan akan diberikan kepada murid yang berjaya menjawab betul 70% markah dan ke atas. 

​Sila klik pautan ini: 
https://forms.gle/wNNGEqvyv23ZNM5XA 

Boleh kongsikan keputusan anda di sini juga..
​Selamat menjawab dan semoga berjaya!!
​

1 Comment

video pdpc sains tahun 5 unit 7: elektrik

11/2/2019

1 Comment

 
Salam sejahtera dan salam perpaduan Sains KKSR. Berikut disertakan beberapa video PdPc bagi Sains Tahun 5 Unit 7: Elektrik yang mengandungi 6 video:
​
  1. Sumber Tenaga Elektrik
  2. Litar Lengkap
  3. Kecerahan Mentol
  4. Litar Bersiri dan Litar Selari
  5. Yang Manakah Lebih Cerah?
  6. Langkah-Langkah Keselamatan Elektrik

Video ini dibangunkan oleh Learning Port Interactive yang boleh didapati pada laman Youtube.

​Selamat belajar! 
1 Comment

Lagu Parodi Sains Tahun 5 Unit 7: Elektrik

5/2/2018

0 Comments

 
Salam sejahtera dan Selamat belajar Sains. 

Umumnya, kaedah nyanyian merupakan salah satu cara yang popular untuk mempelajari Sains, terutamanya dalam kalangan murid sekolah rendah. Oleh itu, tidak hairanlah jikalau semakin banyak lagu parodi Sains telah dihasilkan oleh guru-guru Sains yang dedikasi dan berbakat untuk menggalakkan anak muridnya untuk membaca dan menyanyikan lagu Sains. Tindakan ini juga diharapkan dapat memupuk dan meningkatkan minat murid-murid dalam mata pelajaran Sains. 

Oleh itu, pada kali ini, penulis ingin mengongsikan beberapa lagu parodi Sains yang berkaitan dengan Sains Tahun 5 Unit 7: Elektrik.
​

Penulis ingin menegaskan di sini bahawa lagu-lagu berikut bukanlah dihasilkan oleh penulis, tetapi oleh guru-guru seperti pada kredit di bawah. Penulis hanyalah mengumpul dan mengepos semula untuk memudahkan guru-guru atau murid-murid untuk mencari dan mengulang kaji pelajaran. Selamat menyanyi!
​

Lagu 1: Litar Elektrik oleh Cikgu Aziah

Sains Tahun 5
Unit 8: Elektrik
Tajuk Lagu: Litar Elektrik
Melodi: I Am Me
Lirik: Cikgu Sharifah Aziah
 
Litar bersiri dan selari
Muah Muah Muah Muah Muah
 
Ada dua jenis litar
Litar bersiri litar selari
Apa beza susunan mentol
Selari asing, siri berkongsi
 
Come to me sayang sayang sayang
Say with me sayang sayang sayang
Mentol mana menyala terang
Bersiri atau selari sayang
 
Maksud litar elektrik lengkap
Suis tertutup dan mentolnya menyala
Bersiri satu laluan
Satu mentol rosak semua tak menyala
 
One more time
 
Ada dua jenis litar
Litar bersiri, litar selari
Selari, laluan asing
Satu mentol rosak, yang lain menyala
 
Come to me sayang sayang sayang
Say with me sayang sayang sayang
Mentol mana menyala terang
Dalam litar selari sayang
 
Bersiri ke selari sayang
 
Litar mana lebih jimat
Litar selari tak berkongsi laluan
Boleh elakkan pembaziran
Tutup saja suis yang tak digunakan
 
Selari bersiri
Litar selari laluan tak berkongsi
Selari bersiri
Bersiri kongsi laluan dan tenaga

Picture


​Lagu 2: Lagu Elektrik oleh Cikgu Halina

Sains Tahun 5
Unit 7: Elektrik
Tajuk Lagu: Lagu Elektrik
Melodi: Aqilah (Floor 88)
Lirik: Cikgu Halina


​Ini sambungnya cerita si Tenaga
Bukan tentang dia tentang adik tirinya
Apa yang ku tahu Elektrik gerangannya
Semangat diriku mahu mengenalinya
 
Bateri dynamo dan jana kuasa hidro
Sel kering pun ada berdesup aku terbaca
Generator sel suria sumber tenaga
Fikiran celaru tuk kenal dua litarnya
 
Bila litar dah lengkap suis ditutup
Mentol pun akan menyala
Suis fungsinya sambung dan putus
Tiap litar elektrik
 
Wooo
 
Oh Selari nama litarku
Oh selari lebuh laluan
Oh selari banyak tenaga
Mentol aku jadi lebih cerah
 
Oh bersiri satu laluan
Susun mentol sebelah denganku
Oh bersiri kongsilah tenaga
Mentol pun malap nyalaannya
 
Kenallah apa dia komponenku
Sel kering mentol suis dan wayar itu
 
Elektrik… Elektrik…

Picture

Senarai ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa sekiranya penulis terjumpa sesiapa guru Sains dedikasi yang telah menghasilkan lagu parodi untuk unit yang sama.

Sekiranya cikgu-cikgu terjumpa lagu parodi bagi unit yang sama tetapi tidak sempat dikemaskini oleh penulis, maka sudi-sudilah tinggalkan komen pada ruangan bawah supaya cikgu-cikgu lain tahu dan mendengarnya. 

Sekian, terima kasih. 
​
0 Comments

RPH Sains Tahun 5 Unit 7: Elektrik

5/30/2017

0 Comments

 
Salam perpaduan Sains KSSR. Berikut disertakan cadangan rancangan pengajaran harian (RPH) bagi Sains Tahun 5 Unit 7: Elektrik dalam bentuk PDF untuk perkongsian idea dalam kalangan guru. Semoga guru mendapat manfaat dan perbincangan bersama. ​
rph_sn_t5_u7.pdf
File Size: 351 kb
File Type: pdf
Download File

Sekiranya cikgu-cikgu ingin mendapatkan RPH unit ini dalam bentuk words, sudi-sudilah tinggalkan komen dan email untuk urusan seterusnya. ​Terima kasih.
​

​- KEMAS KINI -

Memandangkan semakin banyak cikgu yang meminta RPH unit ini dalam bentuk words dan penulis tidak mampu untuk membalas satu per satu, maka di sini disertakan RPH bagi Unit ini dalam bentuk words. 

Untuk mengelakkan font dan margin terlari, cikgu-cikgu juga diminta untuk memuat turun dan memasang font yang digunakan, iaitu  font Blokletters Viltstift. (Ini juga merupakan salah satu sebab mengapa penulis tidak memuat naik rph words pada asalnya). 

Sekiranya cikgu-cikgu memuat turunnya, maka mohon agar meninggalkan komen sekurang-kurangnya ucapan terima kasih pada ruangan di bawah. Terima kasih. 

blokletters-viltstift.ttf
File Size: 87 kb
File Type: ttf
Download File

sn_t5_u7_rph.docx
File Size: 48 kb
File Type: docx
Download File

0 Comments

Video Pengajaran Sains Tahun 4 Unit 7: Elektrik

5/29/2017

0 Comments

 
Salam perpaduan Sains KSSR. Berikut disertakan beberapa video mengenai pengajaran Tahun 5 Unit 7: Elektrik yang mengandungi 3 video:
  1. ​Sumber Tenaga Elektrik
  2. Litar Elektrik Lengkap
  3. Langkah-Langkah Keselamatan Pengendalian Peralatan Elektrik
Video ini dibangunkan oleh EduNation Malaysia yang boleh didapati pada laman Youtube. 
​Selamat belajar! 
0 Comments

Nota Sains Tahun 5 Unit 7: Elektrik

4/12/2017

87 Comments

 
(A) Sumber Tenaga Elektrik
  1. Tenaga elektrik tidak dapat dilihat tetapi fungsinya boleh diperhatikan pada setiap masa.
  2. Terdapat 7 sumber tenaga elektrik: 
Picture

(B) Litar Elektrik Lengkap
  1. Litar elektrik terdiri daripada 4 komponen asas, iaitu:
    1. Sel kering
    2. Mentol
    3. Suis
    4. Wayar


 (C) Fungsi Suis
  1. Suis ialah alat yang digunakan untuk menyambung dan memutuskan litar elektrik.
  2. Apabila suis ditutup, mentol pada litar elektrik akan menyala. Litar ini dipanggil litar elektrik lengkap.
  3. Apabila suis terbuka, mentol tidak menyala. Ini kerana arus elektrik tidak dapat mengalir melalui litar elektrik yang tidak lengkap.
​

(D) Simbol Komponen
  1. Penggunaan simbol komponen akan memudahkan lakaran litar elektrik dan menjimatkan masa. 
Picture


(E) Kecerahan Mentol
  1. Kecerahan mentol akan dipengaruhi oleh
    1. Bilangan mentol
      1. Tujuan: Untuk menyiasat hubungan di antara bilangan mentol dan kecerahan mentol.
      2. Hubungan: Semakin banyak mentol dalam litar elektrik, semakin malap kecerahan mentol.
    2. Bilangan sel kering
      1. Tujuan: Untuk menyiasat hubungan di antara bilangan sel kering dan kecerahan mentol.
      2. Hubungan: Semakin banyak bilangan sel kering dalam litar elektrik, semakin cerah kecerahan mentol.
 

(F) Litar Bersiri dan Litar Selari
Picture


(G) Kecuaian Pengendalian Peralatan Elektrik
  1. Berikut merupakan beberapa kecuaian semasa mengendalikan peralatan elektrik:
    1. Memegang suis dengan tangan yang basah.
    2. Membiarkan peralatan elektrik terpasang lama.
    3. Menggunakan wayar yang rosak.
    4. Mencucuk soket menggunakan bahan konduktor elektrik.
    5. Tidak mengamalkan langkah-langkah keselamatan semasa menggunakan peralatan elektrik.
    6. Tidak mempelajari kaedah yang betul semasa menggunakan peralatan elektrik di rumah.
  2. Kecuaian semasa mengendalikan peralatan elektrik akan menyebabkan:
    1. Renjatan elektrik
    2. Kebakaran
    3. Kulit melecur
    4. Kejutan Elektrik

 
(H) Langkah-Langkah Keselamatan
  1. Langkah-langkah keselamatan semasa mengendalikan peralatan elektrik perlulah dititikberatkan:
    1. Elakkan membaiki peralatan elektrik dalam keadaan suis terpasang.
    2. Elakkan membuka atau menutup suis dengan tangan yang basah.
    3. Elakkan memasang plag 2 pin dengan bahan konduktor elektrik.
    4. Pasang palam plastik khas untuk memasang plag 2 pin.
    5. Pastikan peralatan elektrik dipantau semasa menggunakannya.
    6. Elakkan memasang terlalu banyak plag pada sesuatu soket.
    7. Elakkan membiarkan seterika seketika di atas pakaian.
    8. Elakkan bermain layang-layang berhampiran dengan kabel elektrik.
    9. Jangan guna peralatan elektrik yang sudah rosak.
    10. Jangan cuba membaiki sendiri peralatan elektrik yang rosak.  
​ 
Picture

Rujukan: 

Badan Pembangunan Kurikulum. (2014). Kurikulum Standard Sekolah Rendah: Dokumen Standard Kurikulum Dan Pentaksiran Sains Tahun 5. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Suwaibatullasmiah binti Jalaludin, Sopia binti Md Yassin, & Tan Mun Wai. (2014). Sains Sekolah Kebangsaan Tahun 5. Selangor Darul Ehsan: Dewan Bahasa dan Pustaka.
​ ​
87 Comments

    Mengenai Penulis

    Seorang guru Sains sekolah rendah yang kini mengajar di SK Kampung Senau, Dalat, Sarawak.

    Archives

    June 2020
    November 2019
    May 2018
    May 2017
    April 2017

    Categories

    All
    Elektrik
    Sains Fizikal
    Sains Tahun 5

    RSS Feed

Powered by Create your own unique website with customizable templates.