Salam sejahtera dan Selamat belajar Sains. Umumnya, kaedah nyanyian merupakan salah satu cara yang popular untuk mempelajari Sains, terutamanya dalam kalangan murid sekolah rendah. Oleh itu, tidak hairanlah jikalau semakin banyak lagu parodi Sains telah dihasilkan oleh guru-guru Sains yang dedikasi dan berbakat untuk menggalakkan anak muridnya untuk membaca dan menyanyikan lagu Sains. Tindakan ini juga diharapkan dapat memupuk dan meningkatkan minat murid-murid dalam mata pelajaran Sains. Oleh itu, pada kali ini, penulis ingin mengongsikan beberapa lagu parodi Sains yang berkaitan dengan Sains Tahun 5 Unit 7: Elektrik. Penulis ingin menegaskan di sini bahawa lagu-lagu berikut bukanlah dihasilkan oleh penulis, tetapi oleh guru-guru seperti pada kredit di bawah. Penulis hanyalah mengumpul dan mengepos semula untuk memudahkan guru-guru atau murid-murid untuk mencari dan mengulang kaji pelajaran. Selamat menyanyi! Lagu 1: Litar Elektrik oleh Cikgu AziahSains Tahun 5 Unit 8: Elektrik Tajuk Lagu: Litar Elektrik Melodi: I Am Me Lirik: Cikgu Sharifah Aziah Litar bersiri dan selari Muah Muah Muah Muah Muah Ada dua jenis litar Litar bersiri litar selari Apa beza susunan mentol Selari asing, siri berkongsi Come to me sayang sayang sayang Say with me sayang sayang sayang Mentol mana menyala terang Bersiri atau selari sayang Maksud litar elektrik lengkap Suis tertutup dan mentolnya menyala Bersiri satu laluan Satu mentol rosak semua tak menyala One more time Ada dua jenis litar Litar bersiri, litar selari Selari, laluan asing Satu mentol rosak, yang lain menyala Come to me sayang sayang sayang Say with me sayang sayang sayang Mentol mana menyala terang Dalam litar selari sayang Bersiri ke selari sayang Litar mana lebih jimat Litar selari tak berkongsi laluan Boleh elakkan pembaziran Tutup saja suis yang tak digunakan Selari bersiri Litar selari laluan tak berkongsi Selari bersiri Bersiri kongsi laluan dan tenaga |
Mengenai PenulisSeorang guru Sains sekolah rendah yang kini mengajar di SK Kampung Senau, Dalat, Sarawak. Archives
June 2020
Categories |