Chang Tun Kuet
  • Mengenai Penulis
  • Sains Tahun 3 (KSSR Semakan)
    • Unit 1 Kemahiran Saintifik
    • Unit 2 Peraturan Bilik Sains
    • Unit 3 Manusia
    • Unit 4 Haiwan
    • Unit 5 Tumbuh-Tumbuhan
    • Unit 6 Pengukuran
    • Unit 7 Ketumpatan
    • Unit 8 Asid dan Alkali
    • Unit 9 Sistem Suria
    • Unit 10 Mesin Ringkas
    • Magnet (DST T3)
    • Penyerapan (DST T3)
    • Tanah (DST T3)
  • Sains Tahun 4 (Semakan 2017)
    • Unit 1: Kemahiran Saintifik
    • Unit 2: Manusia
    • Unit 3: Haiwan
    • Unit 4: Tumbuhan
    • Unit 5: Sifat Cahaya
    • Unit 6: Bunyi
    • Unit 7: Tenaga
    • Unit 8: Bahan
    • Unit 9: Bumi
    • Unit 10: Mesin
  • SAINS TAHUN 5 (SEMAKAN)
    • UNIT 1: KEMAHIRAN SAINTIFIK
    • UNIT 2: MANUSIA
    • UNIT 3: HAIWAN
    • UNIT 4: TUMBUH-TUMBUHAN
    • UNIT 5: ELEKTRIK
    • UNIT 6: HABA
    • UNIT 7: PENGARATAN
    • UNIT 8: JIRIM
    • UNIT 9: FASA BULAN DAN BURUJ
    • UNIT 10: MESIN
  • SAINS TAHUN 6 (SEMAKAN)
    • UNIT 1: KEMAHIRAN SAINTIFIK
    • UNIT 2: MANUSIA
    • UNIT 3: MIKROORGANISMA
    • UNIT 4: INTERAKSI ANTARA HIDUPAN
    • UNIT 5: PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN
    • UNIT 6: DAYA
    • UNIT 7: KELAJUAN
    • UNIT 8: TEKNOLOGI PENGAWETAN MAKANAN
    • UNIT 9: BAHAN BUANGAN
    • UNIT 10: GERHANA
    • UNIT 11: GALAKSI
    • UNIT 12: KESTABILAN DAN KEKUATAN
    • UNIT 13: TEKNOLOGI
  • Sains Tahun 4
    • Unit 1: Kemahiran Saintifik
    • Unit 2: Peraturan Bilik Sains
    • Unit 3: Proses Hidup Manusia
    • Unit 4: Proses Hidup Haiwan
    • Unit 5: Proses Hidup Tumbuhan
    • Unit 6: Pengukuran
    • Unit 7: Sifat Bahan
    • Unit 8: Pengaratan
    • Unit 9: Sistem Suria
    • Unit 10: Teknologi
  • Sains Tahun 5
    • Unit 1: Kemahiran Saintifik
    • Unit 2: Peraturan Bilik Sains
    • Unit 3: Proses Hidup Haiwan
    • Unit 4: Proses Hidup Tumbuhan
    • Unit 5: Tenaga
    • Unit 6: Sifat Cahaya
    • Unit 7: Elektrik
    • Unit 8: Haba
    • Unit 9: Jirim
    • Unit 10: Asid dan Alkali
    • Unit 11: Bumi, Bulan dan Matahari
    • Unit 12: Teknologi
  • Sains Tahun 6
    • Unit 1: Kemahiran Saintifik
    • Unit 2: Peraturan Bilik Sains
    • Unit 3: Mikroorganisma
    • Unit 4: Interaksi Antara Hidupan
    • Unit 5: Pemeliharaan dan Pemuliharaan
    • Unit 6: Daya
    • Unit 7: Kelajuan
    • Unit 8: Pengawetan Makanan
    • Unit 9: Bahan Buangan
    • Unit 10: Gerhana
    • Unit 11: Buruj
    • Unit 12: Mesin
    • Soalan Berkemahiran
  • Galeri Aktiviti Semasa
  • Penulisan dan Laporan Amali
  • Pautan Rakan Seperjuangan
  • Hubungi Saya
  • Mengenai Penulis
  • Sains Tahun 3 (KSSR Semakan)
    • Unit 1 Kemahiran Saintifik
    • Unit 2 Peraturan Bilik Sains
    • Unit 3 Manusia
    • Unit 4 Haiwan
    • Unit 5 Tumbuh-Tumbuhan
    • Unit 6 Pengukuran
    • Unit 7 Ketumpatan
    • Unit 8 Asid dan Alkali
    • Unit 9 Sistem Suria
    • Unit 10 Mesin Ringkas
    • Magnet (DST T3)
    • Penyerapan (DST T3)
    • Tanah (DST T3)
  • Sains Tahun 4 (Semakan 2017)
    • Unit 1: Kemahiran Saintifik
    • Unit 2: Manusia
    • Unit 3: Haiwan
    • Unit 4: Tumbuhan
    • Unit 5: Sifat Cahaya
    • Unit 6: Bunyi
    • Unit 7: Tenaga
    • Unit 8: Bahan
    • Unit 9: Bumi
    • Unit 10: Mesin
  • SAINS TAHUN 5 (SEMAKAN)
    • UNIT 1: KEMAHIRAN SAINTIFIK
    • UNIT 2: MANUSIA
    • UNIT 3: HAIWAN
    • UNIT 4: TUMBUH-TUMBUHAN
    • UNIT 5: ELEKTRIK
    • UNIT 6: HABA
    • UNIT 7: PENGARATAN
    • UNIT 8: JIRIM
    • UNIT 9: FASA BULAN DAN BURUJ
    • UNIT 10: MESIN
  • SAINS TAHUN 6 (SEMAKAN)
    • UNIT 1: KEMAHIRAN SAINTIFIK
    • UNIT 2: MANUSIA
    • UNIT 3: MIKROORGANISMA
    • UNIT 4: INTERAKSI ANTARA HIDUPAN
    • UNIT 5: PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN
    • UNIT 6: DAYA
    • UNIT 7: KELAJUAN
    • UNIT 8: TEKNOLOGI PENGAWETAN MAKANAN
    • UNIT 9: BAHAN BUANGAN
    • UNIT 10: GERHANA
    • UNIT 11: GALAKSI
    • UNIT 12: KESTABILAN DAN KEKUATAN
    • UNIT 13: TEKNOLOGI
  • Sains Tahun 4
    • Unit 1: Kemahiran Saintifik
    • Unit 2: Peraturan Bilik Sains
    • Unit 3: Proses Hidup Manusia
    • Unit 4: Proses Hidup Haiwan
    • Unit 5: Proses Hidup Tumbuhan
    • Unit 6: Pengukuran
    • Unit 7: Sifat Bahan
    • Unit 8: Pengaratan
    • Unit 9: Sistem Suria
    • Unit 10: Teknologi
  • Sains Tahun 5
    • Unit 1: Kemahiran Saintifik
    • Unit 2: Peraturan Bilik Sains
    • Unit 3: Proses Hidup Haiwan
    • Unit 4: Proses Hidup Tumbuhan
    • Unit 5: Tenaga
    • Unit 6: Sifat Cahaya
    • Unit 7: Elektrik
    • Unit 8: Haba
    • Unit 9: Jirim
    • Unit 10: Asid dan Alkali
    • Unit 11: Bumi, Bulan dan Matahari
    • Unit 12: Teknologi
  • Sains Tahun 6
    • Unit 1: Kemahiran Saintifik
    • Unit 2: Peraturan Bilik Sains
    • Unit 3: Mikroorganisma
    • Unit 4: Interaksi Antara Hidupan
    • Unit 5: Pemeliharaan dan Pemuliharaan
    • Unit 6: Daya
    • Unit 7: Kelajuan
    • Unit 8: Pengawetan Makanan
    • Unit 9: Bahan Buangan
    • Unit 10: Gerhana
    • Unit 11: Buruj
    • Unit 12: Mesin
    • Soalan Berkemahiran
  • Galeri Aktiviti Semasa
  • Penulisan dan Laporan Amali
  • Pautan Rakan Seperjuangan
  • Hubungi Saya

unit 6: sifat cahaya

KUIZ SAINS TAHUN 5 UNIT 6: SIFAT CAHAYA

6/7/2020

1 Comment

 
Picture
Salam perpaduan dan salam belajar Sains. 

Kuiz ini dihasilkan menggunakan Google Forms untuk menguji kefahaman Sains Tahun 5 Unit 6: Sifat Cahaya. 

Sumber daripada pelbagai buku rujukan dengan pengubahsuaian. 

20 soalan berserta dengan ulasan feedback sekiranya menjawab salah. 
​

Sijil penyertaan akan diberikan kepada murid yang berjaya menjawab betul 70% markah dan ke atas. 

​Sila klik pautan ini: 
https://forms.gle/KqG7Zoj8i7wtaGk27 
​

Boleh kongsikan keputusan anda di sini juga..
​Selamat menjawab dan semoga berjaya!!
1 Comment

video pdpc sains tahun 5 unit 6: cahaya

11/2/2019

4 Comments

 
Salam sejahtera dan salam perpaduan Sains KKSR. Berikut disertakan beberapa video PdPc bagi Sains Tahun 5 Unit 6: Cahaya yang mengandungi 4 video:
​
  1. Cahaya Bergerak Lurus
  2. Menyiasat Bayang-Bayang
  3. Cahaya Boleh Dipantulkan
  4. Cahaya Boleh Dipantulkan

Video ini dibangunkan oleh Learning Port Interactive yang boleh didapati pada laman Youtube.

​Selamat belajar! 
4 Comments

Lagu Parodi Sains Tahun 5 Unit 6: Cahaya

5/2/2018

0 Comments

 
Salam sejahtera dan Selamat belajar Sains. 

Umumnya, kaedah nyanyian merupakan salah satu cara yang popular untuk mempelajari Sains, terutamanya dalam kalangan murid sekolah rendah. Oleh itu, tidak hairanlah jikalau semakin banyak lagu parodi Sains telah dihasilkan oleh guru-guru Sains yang dedikasi dan berbakat untuk menggalakkan anak muridnya untuk membaca dan menyanyikan lagu Sains. Tindakan ini juga diharapkan dapat memupuk dan meningkatkan minat murid-murid dalam mata pelajaran Sains. 

Oleh itu, pada kali ini, penulis ingin mengongsikan beberapa lagu parodi Sains yang berkaitan dengan Sains Tahun 5 Unit 6: Cahaya.
​

Penulis ingin menegaskan di sini bahawa lagu-lagu berikut bukanlah dihasilkan oleh penulis, tetapi oleh guru-guru seperti pada kredit di bawah. Penulis hanyalah mengumpul dan mengepos semula untuk memudahkan guru-guru atau murid-murid untuk mencari dan mengulang kaji pelajaran. Selamat menyanyi!
​

Lagu 1: Cahaya oleh Cikgu Halina

Sains Tahun 5
Unit 6: Cahaya
Tajuk: Sifat Cahaya
Tajuk Lagu: Cahaya
Melodi: Sahabat (Padi Upin dan Ipin)
Lirik: Cikgu Halina

 
Dua tiga hari belajar cahaya
Ayuh sahabatku kita bercerita
Belajar bernyanyi bersama
Fahami apakah cahaya
Kerna
 
Cahaya boleh dipantulkan
Cahaya boleh dibiaskan
Bergerak dengan lurus
Itulah sifatnya… Cahaya
Oh oh
 
Pabila cahaya lalu medium lain
Cahaya pula akan dibiaskan
Melantun balik, dari permukaan
Begitulah cahaya dipantulkan
Bila
 
Cahaya lalu objek legap
Cahaya tak boleh tembusi
Bayang-bayang terbentuk
Di skrin terbentuk… maka terbentuklah…
 
Semakin jauh sumber cahaya
Bayang-bayang makin mengecil
Bila objek jauh dari skrin
Bayang…  jadi… besar…
 
Cahaya boleh dipantulkan
Cahaya boleh dibiaskan
Bergerak dengan lurus
Itulah sifatnya… Cahaya
Oh oh
 
Cahaya lalu objek legap
Cahaya tak boleh tembusi
Bayang-bayang terbentuk
Di skrin terbentuk… maka terbentuklah…

Picture

Lagu 2: Cahaya oleh Cikgu Aziah

Sains Tahun 5
Unit 6: Cahaya
Tajuk Lagu: Cahaya
Melodi: Mungkin Saja (Janna Nick)
Lirik: Cikgu Sharifah Aziah
 

Berlegar-legar bermain di mataku
Terang benderang alam sekelilingku
Bagaimana dapat kulihat semua
Bagaimana oh kerna ada cahaya
Oh..
 
Oh cahaya bergerak lurus
Oh cahaya boleh dibias
Oh cahaya juga dapat dipantul
Ooo Sifat cahaya.. Cahaya.. Ooo..
 
Bergerak lurus
Itu sifat pertama
Seperti alur cahaya rumah api
Bagaimana kalau dihalang legap
Bagaimana oh terbentuk bayang-bayang
Ohhh…. Ohhh…
Bayang-bayang jadi besar bila
Dekat dengan sumber cahayanya
Ku dah tahuuu bila kulihat diaaaa… aaaa
Ku dah tahu
 
Cahaya boleh dipantul
Maksudnya boleh dilantun
Aduhai apa dah jadi
Sebut saja pasal cermin
Cermin muka cermin gigi
Dan periskop pada kapal selam
 
Bentuk bayang-bayang
Lihat orientasi
Bentuk bayang-bayang
Lihat kedudukan lampu
 
Bagaimana pula cahaya dibias
Dibongkokkan, lalu medium berbeza
ooOOOoo ooOOOoo
 
Oh cahaya bergerak lurus
Oh cahaya boleh dibias
Oh cahaya juga dapat dipantul
Ooo Sifat cahaya.. Cahaya.. Ooo.. 
​
Picture

Lagu 3: 3 Sifat Cahaya oleh Cikgu Sapura Bakri

Sains Tahun 5
Unit 7: Cahaya
​Tajuk Lagu : 3 SIFAT CAHAYA
Melodi : Semut Berkawad (Didi n Friends)
Lirik : Cikgu Sapura Bakri

 
Ada 3 sifat cahaya horra horray (2x)
Bergerak lurus, dibiaskan,
Cahaya juga dipantulkan,
Ada 3 sifat cahaya horra horray.
BOM (8x)
 
Cahaya gerak lurus hasil bayang-bayang,
Objek legap bayang-bayang lebih gelap,
Lutcahaya bayang kabur, lutsinar tiada bayang,
Ada 3 sifat cahaya horra horray.
BOM (8x)
 
Cahaya bias bila lalu dua medium,
Dua medium itu haruslah berbeza,
Objek kelihatan bengkok, objek kelihatan besar,
Cahaya bias bila lalu dua medium.
BOM (8x)
 
Cahaya juga turut boleh dipantulkan,
Cahaya arah tuju dan cahaya pantulan,
Cermin muka, cermin belakang,
Cermin doktor pergigian, periskop alat yang guna pantulan.
BOM (8x)
 
Ada tiga sifat cahaya horra horray
Ada tiga sifat cahaya horra horray

Senarai ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa sekiranya penulis terjumpa sesiapa guru Sains dedikasi yang telah menghasilkan lagu parodi untuk unit yang sama.

Sekiranya cikgu-cikgu terjumpa lagu parodi bagi unit yang sama tetapi tidak sempat dikemaskini oleh penulis, maka sudi-sudilah tinggalkan komen pada ruangan bawah supaya cikgu-cikgu lain tahu dan mendengarnya. 

Sekian, terima kasih. 
​
0 Comments

RPH Sains Tahun 5 Unit 6: Sifat Cahaya

5/30/2017

1 Comment

 
Salam perpaduan Sains KSSR. Berikut disertakan cadangan rancangan pengajaran harian (RPH) bagi Sains Tahun 5 Unit 6: Sifat Cahaya dalam bentuk PDF untuk perkongsian idea dalam kalangan guru. Semoga guru mendapat manfaat dan perbincangan bersama. ​
rph_sn_t5_u6.pdf
File Size: 354 kb
File Type: pdf
Download File

​Sekiranya cikgu-cikgu ingin mendapatkan RPH unit ini dalam bentuk words, sudi-sudilah tinggalkan komen dan email untuk urusan seterusnya. ​Terima kasih.
​

​- KEMAS KINI -

Memandangkan semakin banyak cikgu yang meminta RPH unit ini dalam bentuk words dan penulis tidak mampu untuk membalas satu per satu, maka di sini disertakan RPH bagi Unit ini dalam bentuk words. 

Untuk mengelakkan font dan margin terlari, cikgu-cikgu juga diminta untuk memuat turun dan memasang font yang digunakan, iaitu  font Blokletters Viltstift. (Ini juga merupakan salah satu sebab mengapa penulis tidak memuat naik rph words pada asalnya). 

Sekiranya cikgu-cikgu memuat turunnya, maka mohon agar meninggalkan komen sekurang-kurangnya ucapan terima kasih pada ruangan di bawah. Terima kasih.
​

blokletters-viltstift.ttf
File Size: 87 kb
File Type: ttf
Download File

sn_t5_u6_rph.docx
File Size: 42 kb
File Type: docx
Download File

1 Comment

Video Pengajaran Sains Tahun 5 Unit 6: Sifat Cahaya

5/29/2017

0 Comments

 
Salam perpaduan Sains KSSR. Berikut disertakan beberapa video mengenai pengajaran Tahun 5 Unit 6: Sifat Cahaya yang mengandungi 3 video:
  1. Cahaya Bergerak Lurus
  2. Cahaya boleh Dipantulkan
  3. Cahaya boleh Dibiaskan
Video ini dibangunkan oleh EduNation Malaysia yang boleh didapati pada laman Youtube. 
​Selamat belajar! 
0 Comments

Nota Sains Tahun 5 Unit 6: Sifat Cahaya

4/12/2017

58 Comments

 
(A) Cahaya Bergerak Lurus
  1. Cahaya dari lampu suluh hanya boleh dilihat apabila ketiga-tiga lubang adalah sebaris. Ini menunjukkan cahaya bergerak lurus.
  2. Aplikasi cahaya bergerak lurus:
    1. Alur cahaya dari rumah api.
    2. Alur cahaya matahari memasuki lubang gua.
    3. Sinar cahaya daripada lampu suluh dan pentas.
    4. Sinar cahaya daripada kereta dan helikopter.
  3. Saiz Bayang-Bayang
    1. Bayang-bayang terbentuk apabila cahaya dihalang oleh objek legap atau lut cahaya.
    2. Saiz bayang-bayang dipengaruhi oleh:
      1. Jarak di antara objek dengan sumber cahaya
        1. Tujuan: Untuk menyiasat hubungan di antara jarak di antara objek dengan sumber cahaya dan saiz bayang-bayang.
        2. Hubungan: Semakin dekat jarak di antara objek dengan sumber cahaya, semakin besar saiz bayang-bayang.
      2.  ​Jarak di antara objek dengan skrin
        1. ​Tujuan: Untuk menyiasat hubungan di antara jarak di antara objek dengan skrin dan saiz bayang-bayang.
        2. Hubungan: Semakin dekat jarak di antara jarak antara objek dengan skrin, semakin kecil saiz bayang-bayang.
  4.  Bentuk Bayang-Bayang
    1. Bentuk bayang-bayang sesuatu objek bergantung kepada:
      1. Kedudukan/ Orientasi objek
        1. Tujuan: Untuk menyiasat hubungan di antara kedudukan objek dan bentuk bayang-bayang yang terhasil.
        2. Kesimpulan: Bentuk bayang-bayang objek akan berubah apabila kedudukan/ objek berubah.
      2. Kedudukan sumber cahaya
        1. Tujuan: Untuk menyiasat hubungan di antara kedudukan sumber cahaya dan bentuk bayang-bayang yang terhasil.
        2. Kesimpulan: Bentuk bayang-bayang objek akan berubah apabila kedudukan sumber cahaya berubah.
 

(B) Cahaya Boleh dipantulkan
  1. Cahaya akan melantun balik apabila mengena satu permukaan yang licin seperti cermin. Ini menunjukkan cahaya boleh dipantulkan.
  2. Aplikasi pantulan cahaya:
    1. Cermin
    2. Cermin pergigian
    3. Cermin pandang belakang/ sisi
    4. Periskop
    5. Cermin cembung
 
​
(C) Cahaya Boleh Dibiaskan
  1. Pembiasan cahaya berlaku kerana arah pergerakan cahaya terpesong atau dibengkokkan apabila cahaya bergerak dari satu medium ke satu medium yang lain.
  2. Pembiasan cahaya berlaku kerana kelajuan cahaya berubah apabila cahaya memasuki medium yang lain.
  3. Pembiasan tidak berlaku jika cahaya memasuki medium yang lain pada sudut tepat.
  4. Pembiasan cahaya mengakibatkan saiz dan kedudukan objek kelihatan berubah.
  5. Fenomena Pembiasan Cahaya:
    1. Pensel kelihatan bengkok.
    2. Ikan kelihatan lebih dekat dengan permukaan air.
    3. Tulisan kelihatan lebih dekat dengan kanta pembesar.
    4. Kolam kelihatan lebih cetek.
    5. Kejadian pelangi.
    6. Objek kelihatan lebih besar dalam balang berisi air. 
 
Picture


​Rujukan: 

Badan Pembangunan Kurikulum. (2014). Kurikulum Standard Sekolah Rendah: Dokumen Standard Kurikulum Dan Pentaksiran Sains Tahun 5. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Suwaibatullasmiah binti Jalaludin, Sopia binti Md Yassin, & Tan Mun Wai. (2014). Sains Sekolah Kebangsaan Tahun 5. Selangor Darul Ehsan: Dewan Bahasa dan Pustaka.
​ 

58 Comments

    Mengenai Penulis

    Seorang guru Sains sekolah rendah yang kini mengajar di SK Kampung Senau, Dalat, Sarawak.

    Archives

    June 2020
    November 2019
    May 2018
    May 2017
    April 2017

    Categories

    All
    Sains Fizikal
    Sains Tahun 5

    RSS Feed

Powered by Create your own unique website with customizable templates.