Chang Tun Kuet
  • Mengenai Penulis
  • Sains Tahun 3 (KSSR Semakan)
    • Unit 1 Kemahiran Saintifik
    • Unit 2 Peraturan Bilik Sains
    • Unit 3 Manusia
    • Unit 4 Haiwan
    • Unit 5 Tumbuh-Tumbuhan
    • Unit 6 Pengukuran
    • Unit 7 Ketumpatan
    • Unit 8 Asid dan Alkali
    • Unit 9 Sistem Suria
    • Unit 10 Mesin Ringkas
    • Magnet (DST T3)
    • Penyerapan (DST T3)
    • Tanah (DST T3)
  • Sains Tahun 4 (Semakan 2017)
    • Unit 1: Kemahiran Saintifik
    • Unit 2: Manusia
    • Unit 3: Haiwan
    • Unit 4: Tumbuhan
    • Unit 5: Sifat Cahaya
    • Unit 6: Bunyi
    • Unit 7: Tenaga
    • Unit 8: Bahan
    • Unit 9: Bumi
    • Unit 10: Mesin
  • SAINS TAHUN 5 (SEMAKAN)
    • UNIT 1: KEMAHIRAN SAINTIFIK
    • UNIT 2: MANUSIA
    • UNIT 3: HAIWAN
    • UNIT 4: TUMBUH-TUMBUHAN
    • UNIT 5: ELEKTRIK
    • UNIT 6: HABA
    • UNIT 7: PENGARATAN
    • UNIT 8: JIRIM
    • UNIT 9: FASA BULAN DAN BURUJ
    • UNIT 10: MESIN
  • SAINS TAHUN 6 (SEMAKAN)
    • UNIT 1: KEMAHIRAN SAINTIFIK
    • UNIT 2: MANUSIA
    • UNIT 3: MIKROORGANISMA
    • UNIT 4: INTERAKSI ANTARA HIDUPAN
    • UNIT 5: PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN
    • UNIT 6: DAYA
    • UNIT 7: KELAJUAN
    • UNIT 8: TEKNOLOGI PENGAWETAN MAKANAN
    • UNIT 9: BAHAN BUANGAN
    • UNIT 10: GERHANA
    • UNIT 11: GALAKSI
    • UNIT 12: KESTABILAN DAN KEKUATAN
    • UNIT 13: TEKNOLOGI
  • Sains Tahun 4
    • Unit 1: Kemahiran Saintifik
    • Unit 2: Peraturan Bilik Sains
    • Unit 3: Proses Hidup Manusia
    • Unit 4: Proses Hidup Haiwan
    • Unit 5: Proses Hidup Tumbuhan
    • Unit 6: Pengukuran
    • Unit 7: Sifat Bahan
    • Unit 8: Pengaratan
    • Unit 9: Sistem Suria
    • Unit 10: Teknologi
  • Sains Tahun 5
    • Unit 1: Kemahiran Saintifik
    • Unit 2: Peraturan Bilik Sains
    • Unit 3: Proses Hidup Haiwan
    • Unit 4: Proses Hidup Tumbuhan
    • Unit 5: Tenaga
    • Unit 6: Sifat Cahaya
    • Unit 7: Elektrik
    • Unit 8: Haba
    • Unit 9: Jirim
    • Unit 10: Asid dan Alkali
    • Unit 11: Bumi, Bulan dan Matahari
    • Unit 12: Teknologi
  • Sains Tahun 6
    • Unit 1: Kemahiran Saintifik
    • Unit 2: Peraturan Bilik Sains
    • Unit 3: Mikroorganisma
    • Unit 4: Interaksi Antara Hidupan
    • Unit 5: Pemeliharaan dan Pemuliharaan
    • Unit 6: Daya
    • Unit 7: Kelajuan
    • Unit 8: Pengawetan Makanan
    • Unit 9: Bahan Buangan
    • Unit 10: Gerhana
    • Unit 11: Buruj
    • Unit 12: Mesin
    • Soalan Berkemahiran
  • Galeri Aktiviti Semasa
  • Penulisan dan Laporan Amali
  • Pautan Rakan Seperjuangan
  • Hubungi Saya
  • Mengenai Penulis
  • Sains Tahun 3 (KSSR Semakan)
    • Unit 1 Kemahiran Saintifik
    • Unit 2 Peraturan Bilik Sains
    • Unit 3 Manusia
    • Unit 4 Haiwan
    • Unit 5 Tumbuh-Tumbuhan
    • Unit 6 Pengukuran
    • Unit 7 Ketumpatan
    • Unit 8 Asid dan Alkali
    • Unit 9 Sistem Suria
    • Unit 10 Mesin Ringkas
    • Magnet (DST T3)
    • Penyerapan (DST T3)
    • Tanah (DST T3)
  • Sains Tahun 4 (Semakan 2017)
    • Unit 1: Kemahiran Saintifik
    • Unit 2: Manusia
    • Unit 3: Haiwan
    • Unit 4: Tumbuhan
    • Unit 5: Sifat Cahaya
    • Unit 6: Bunyi
    • Unit 7: Tenaga
    • Unit 8: Bahan
    • Unit 9: Bumi
    • Unit 10: Mesin
  • SAINS TAHUN 5 (SEMAKAN)
    • UNIT 1: KEMAHIRAN SAINTIFIK
    • UNIT 2: MANUSIA
    • UNIT 3: HAIWAN
    • UNIT 4: TUMBUH-TUMBUHAN
    • UNIT 5: ELEKTRIK
    • UNIT 6: HABA
    • UNIT 7: PENGARATAN
    • UNIT 8: JIRIM
    • UNIT 9: FASA BULAN DAN BURUJ
    • UNIT 10: MESIN
  • SAINS TAHUN 6 (SEMAKAN)
    • UNIT 1: KEMAHIRAN SAINTIFIK
    • UNIT 2: MANUSIA
    • UNIT 3: MIKROORGANISMA
    • UNIT 4: INTERAKSI ANTARA HIDUPAN
    • UNIT 5: PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN
    • UNIT 6: DAYA
    • UNIT 7: KELAJUAN
    • UNIT 8: TEKNOLOGI PENGAWETAN MAKANAN
    • UNIT 9: BAHAN BUANGAN
    • UNIT 10: GERHANA
    • UNIT 11: GALAKSI
    • UNIT 12: KESTABILAN DAN KEKUATAN
    • UNIT 13: TEKNOLOGI
  • Sains Tahun 4
    • Unit 1: Kemahiran Saintifik
    • Unit 2: Peraturan Bilik Sains
    • Unit 3: Proses Hidup Manusia
    • Unit 4: Proses Hidup Haiwan
    • Unit 5: Proses Hidup Tumbuhan
    • Unit 6: Pengukuran
    • Unit 7: Sifat Bahan
    • Unit 8: Pengaratan
    • Unit 9: Sistem Suria
    • Unit 10: Teknologi
  • Sains Tahun 5
    • Unit 1: Kemahiran Saintifik
    • Unit 2: Peraturan Bilik Sains
    • Unit 3: Proses Hidup Haiwan
    • Unit 4: Proses Hidup Tumbuhan
    • Unit 5: Tenaga
    • Unit 6: Sifat Cahaya
    • Unit 7: Elektrik
    • Unit 8: Haba
    • Unit 9: Jirim
    • Unit 10: Asid dan Alkali
    • Unit 11: Bumi, Bulan dan Matahari
    • Unit 12: Teknologi
  • Sains Tahun 6
    • Unit 1: Kemahiran Saintifik
    • Unit 2: Peraturan Bilik Sains
    • Unit 3: Mikroorganisma
    • Unit 4: Interaksi Antara Hidupan
    • Unit 5: Pemeliharaan dan Pemuliharaan
    • Unit 6: Daya
    • Unit 7: Kelajuan
    • Unit 8: Pengawetan Makanan
    • Unit 9: Bahan Buangan
    • Unit 10: Gerhana
    • Unit 11: Buruj
    • Unit 12: Mesin
    • Soalan Berkemahiran
  • Galeri Aktiviti Semasa
  • Penulisan dan Laporan Amali
  • Pautan Rakan Seperjuangan
  • Hubungi Saya

unit 6: pengukuran

Nota Sains Tahun 4 Unit 6: Pengukuran 

4/10/2017

17 Comments

 
(A) Panjang
Picture
  1. Panjang ialah jarak antara dua titik.
  2. Panjang boleh diukur dengan alat piawai atau alat tidak piawai.
  3. Unit piawai bagi panjang:
    1. milimeter (mm) – ketebalan duit syiling
    2. sentimeter (cm) – panjang pensel
    3. meter (m) – panjang gelanggang
    4. kilometer (km) – jarak dua tempat yang jauh
  4. Cara-cara mengukur panjang:
    1. Pastikan hujung objek diletakkan pada senggat “0”. Kenal pasti unit yang digunakan.
    2. Pastikan mata berada pada sudut tegak selari dengan bahagian yang hendak diukur.
  5. Cara-cara mengukur panjang yang tidak lurus: Guna benang!
    1. Letakkan hujung benang mengikut bentuk tersebut. Tanda pada benang di hujung objek dengan menggunakan pensel.
    2. Tegangkan benang yang telah ditandakan pada pembaris. Pastikan mata berada pada sudut tegak selari dengan hujung benang. 
​
(B) Luas
  1. Luas ialah besarnya sesuatu permukaan.
  2. Semakin besar permukaan objek, semakin luas objek tersebut.
  3. Unit piawai bagi luas:
    1. milimeter persegi (mm2) – luas setem
    2. sentimeter persegi (cm2) – luas kertas
    3. meter persegi (m2) – luas permaidani
    4. kilometer persegi (km2) – luas Semenanjung Malaysia
  4. Cara mengukur luas permukaan segi empat dengan kertas petak:
    1. Sediakan petak-petak kecil 1cm X 1 cm yang dipotong daripada kertas graf.
    2. Susun dan gam petak-petak kecil 1cm X 1 cm shingga memenuhi keseluruhan objek tersebut.
    3. Hitung bilangan petak-petak kecil tersebut.
  5. Cara Mengganggar luas permukaan bentuk tidak sekata:
    1. Surih bentuk objek di atas kertas graf.
    2. Tandakan (P) pada setiap petak yang penuh. Tandakan juga (P) petak yang lebih separuh dan separuh penuh pada surihan objek.
    3. Hitung (P) yang ditandakan.
  6. Rumus luas = Panjang X Lebar. 
​
(C) Isi Padu
  1. Isi padu ialah besarnya sesuatu ruang.
  2. Semakin besar objek tersebut, semakin besar isi padunya.
  3. Unit-unit piawai bagi isi padu:
    1. milimeter padu (mm3) – isi padu pemadam
    2. sentimeter padu (cm3) – isi padu kotak kertas
    3. meter padu (m3) – isi padu tangki air
  4. Isi padu kotak dapat diukur dengan menghitung bilangan kubus yang bersaiz seragam, iaitu 1cm X 1cm X 1cm yang dapat memenuhi keseluruhan ruang di dalam kotak lohong.
  5. Rumus isi padu = Panjang X Lebar X Tinggi.
  6. Isi padu cecair dapat disukat dengan menggunakan alat penyukat tidak piawai seperti sudu, gelas, mangkuk, jag, botol dan lain-lain.
  7. Unit piawai bagi isi padu cecair ialah:
    1. mililiter (ml) – isi padu ubat di dalam botol
    2. liter (l) – isi padu minyak pelincir di dalam botol
  8. Kita boleh menyukat isi padu cecair dengan alat piawai seperti:
    1. Bikar
    2. Kalalang kon
    3. Bekas bersenggat
    4. Silinder penyukat
    5. Jag Penyukat
  9. Cara menyukat isi padu cecair:
    1. Letakkan silinder penyukat di atas permukaan yang rata.
    2. Tuang cecair ke dalam silinder penyukat dengan berhati-hati.
    3. Pastikan mata separas dengan meniskus bawah semasa membaca isi padu cecair.
  10. Isi padu bentuk sekata dapat diukur dengan kaedah sesaran air dan rumus.
  11. Isi padu bentuk tidak sekata dapat diukur dengan kaedah sesaran air.
  12. Kaedah sesaran air ialah satu cara mengukur isi padu air yang tersesar apabila sesuatu objek dimasukkan ke dalam selinder penyukat yang mengandungi air. 
  13. Isi padu bentuk = bacaan akhir – bacaan awal 
​
(D) Jisim
  1. Jisim ialah kuantiti jirim dalam sesuatu objek.
  2. Jirim ialah unsur yang mempunyai bentuk, jisim dan memenuhi ruang.
  3. Semakin banyak jirim dalam sesuatu objek, semakin besar jisim objek itu.
  4. Unit piawai bagi jisim ialah:
    1. miligram (mg) – jisim ubat, jisim kad, jisim kertas.
    2. gram (g) – jisim sesudu atau sepiring gula.
    3. kilogram (kg) – jisim sekampit beras atau sekotak kertas.
  5. Jisim dapat diukur dengan menggunakan
    1. Neraca tuas
    2. Neraca tiga palang
  6. Cara mengukur jisim menggunakan neraca tiga palang:
    1. Pastikan semua pelungsur berada pada senggat “0”.
    2. Pastikan penunjuk aras berada pada kedudukan selari dengan “0”.
    3. Letakkan kotak di atas dulang penimbang.
    4. Tolakkan pelungsur besar ke kanan. Pastikan penunjuk aras berada hampir dengan “0”.
    5. Tolakkan pelungsur sederhana ke kanan sambil memerhati penunjuk aras supaya lebih hampir dengan “0”.
    6. Tolakkan pelungsur kecil sehingga penanda aras selari dengan “0”.
    7. Jumlahkan semua bacaan pelungsur besar, sederhana dan kecil pada ketiga-tiga palang. 
​
(E) Masa
  1. Masa ialah tempoh antara dua ketika.
  2. Masa dapat diukur berdasarkan peristiwa yang berulang secara seragam, seperti
    1. Titisan air
    2. Denyutan nadi
    3. Ayunan bandul
  3. Jam telah dicipta sebagai alat pengukur masa sejak zaman dahulu.
  4. Apabila teknologi berkembang, jam yang lebih sesuai dan praktikal dicipta.
  5. Jenis-jenis jam:
    1. Jam air
    2. Jam Matahari
    3. Jam nyalaan lilin
    4. Jam pasir
    5. Jam digital
    6. Jam randik
    7. Jam tangan
    8. Jam dinding
  6. Unit piawai bagi masa ialah:
    1. saat (s)
    2. minit (m)
    3. jam (j)
    4. Hari
    5. Bulan
    6. Tahun
  7. Cara yang betul mengendalikan jam randik:
    1. Tekan butang besar untuk menggerakkan jarum jam.
    2. Tekan kali kedua butang besar untuk menghentikan pergerakan jarum jam.
    3. Ambil bacaan dengan mata dan jarum searas dengan senggatan jam randik.
    4. Tekan dua kali butang besar supaya jarum jam kembali semula pada kedudukan “0”.
​
(F) Mencipta Alat Mengukur Masa
  1. Cara membuat jam Matahari:
    1. Lubangkan pada tengah-tengah bekas minuman dan masukkan penyedut minuman.
    2. Masukkan guli sebagai pemberat dan tutup bekas minuman. Masukkan semula penyedut minuman.
    3. Lubangkan bahagian tengah kertas putih yang telah dilabel Utara. Pastikan penyedut minuman condong ke arah utara.
    4. Letakkan jam matahari mengikut Utara di bawah cahaya Matahari.
    5. Tandakan pangkah pada kertas mengikut hujung bayang-bayang penyedut minuman bermula pada pukul 10 pagi hingga 5 petang.
  2. Cara membuat jam air:
    1. Potong botol plastik menjadi dua bahagian.
    2. Tebuk satu lubang kecil pada penutup botol plastik dengan menggunakan paku.
    3. Letakkan bahagian atas botol pada bahagian bawahnya.
    4. Isi air pada bahagian atas.
    5. Gunakan jam randik untuk menandakan senggatan setiap 1 minit.
​
(G) Kepentingan unit Piawai
  1. Penggunaan unit piawai memudahkan urusan dan mengelakkan kekeliruan.
  2. Kepentingan Mengukur dengan kaedah yang betul:
    1. Sukatan bahan yang betul menghasilkan kek yang mengembang dengan elok.
    2. Pengukuran bahan binaan yang betul menjadikan bangunan lebih stabil dan kemas.
    3. Sukatan ubat yang betul mengelakkan pesakit mengalami kesan yang tidak baik.
    4. Sukatan yang betul mengelakkan pembaziran bahan. 
​
Picture

​Rujukan: 

Badan Pembangunan Kurikulum. (2013). Kurikulum Standard Sekolah Rendah: Dokumen Standard Kurikulum Dan Pentaksiran Sains Tahun 4. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Sopia binti Md. Yassin, Asselawati Binti Md. Shah & Amir Hamzah Bin Suleiman. (2013). Sains Tahun 4 Sekolah Kebangsaan. Selangor Darul Ehsan: Dewan Bahasa dan Pustaka.

17 Comments
Fatin
4/23/2018 07:55:19 pm

Berikan sebab kenpa kilp kertas boleh digunakan untuk mengukur panjang....apa jawapan nya?

Reply
Bsk link
9/2/2018 03:23:59 pm

Kerana ia boleh

Reply
Chang Tun Kuet
7/11/2019 08:57:04 am

Kerana ukuran panjang klip kertas seragam atau sama. Jadi kita boleh kata benda itu sama dengan berapa unit klip kertas..

Reply
Mohamed Azhar
6/30/2018 12:06:49 pm

good

Reply
fazurin
8/23/2018 01:52:18 pm

very easy to search information

Reply
Azwa Safrina
9/27/2018 06:07:35 am

Bagaimana hendak mengukur isipadu bahan yang terapung di atas air seperti gabus dengan menggunakan kaedah sesaran air

Reply
Chang Tun Kuet
7/11/2019 09:00:19 am

1. Guna kaedah sesaran untuk mengukur benda yang boleh tenggelam dulu. Contohnya batu.
Isi padu batu dengan bacaan akhir air - bacaan awal air.

2. Ikat gabus dengan benang pada batu untuk membuat gabus itu tenggelam. Guna kaedah sesaran air juga untuk mengukur isi padu batu dan gabus yang tenggelam.
Isi padu batu dan gabus = bacaan akhir - bacaan awal.

3. Kira isi padu gabus dengan tolakkan isi padu batu yang didapatkan pada langkah 1.
Isi padu gabus = isi padu batu dan gabus - isi padu batu.

Reply
naz
8/16/2019 07:52:25 pm

mencipta alat untuk mengukur jisim cg?contoh mcm mana nk bg

Reply
Maimun link
4/22/2020 03:57:29 pm

Bolehkah ukuran Panjang digunakan untuk mengukur masa. Mengapa?

Reply
qaseh
5/20/2020 08:46:13 am

apakah unit piawat yang sesuai untuk mengukur panjang daun ?

Reply
_syafiqah_
7/6/2020 03:54:23 pm

Very good note

Reply
Ivy
7/25/2020 07:20:58 pm

Bagaimana untuk melukis jisim..

Reply
Nlf link
10/9/2020 09:12:05 am

Hai ,tq

Reply
Adam
10/26/2020 08:33:01 pm

Macam mana nak menentukan isipadu model kapal menggunakan air,talam,bekas plastik dan silinder penyukat?

Reply
fathiah
12/1/2020 11:23:23 am

Apakah alatan yang sesuai untuk menyukat isipadu objek yang tidak sekata?

Reply
RUBINNA NOOR HAMID
9/27/2021 01:22:35 pm

Alatan sains yang digunakan untuk mengukur isi padu air dalam cawan?

Reply
Galaxy
10/21/2021 09:25:00 am

Apakah alat yang boleh digunakan untuk menyukat masa selain ayunan bandul??mengapa

Reply



Leave a Reply.

    Mengenai Penulis

    Seorang guru Sains sekolah rendah yang kini mengajar di SK Kampung Senau, Dalat, Sarawak.

    Archives

    November 2019
    May 2018
    July 2017
    May 2017
    April 2017

    Categories

    All
    Sains Fizikal
    Sains Tahun 4

    RSS Feed

Powered by Create your own unique website with customizable templates.