Chang Tun Kuet
  • Mengenai Penulis
  • Sains Tahun 3 (KSSR Semakan)
    • Unit 1 Kemahiran Saintifik
    • Unit 2 Peraturan Bilik Sains
    • Unit 3 Manusia
    • Unit 4 Haiwan
    • Unit 5 Tumbuh-Tumbuhan
    • Unit 6 Pengukuran
    • Unit 7 Ketumpatan
    • Unit 8 Asid dan Alkali
    • Unit 9 Sistem Suria
    • Unit 10 Mesin Ringkas
    • Magnet (DST T3)
    • Penyerapan (DST T3)
    • Tanah (DST T3)
  • Sains Tahun 4 (Semakan 2017)
    • Unit 1: Kemahiran Saintifik
    • Unit 2: Manusia
    • Unit 3: Haiwan
    • Unit 4: Tumbuhan
    • Unit 5: Sifat Cahaya
    • Unit 6: Bunyi
    • Unit 7: Tenaga
    • Unit 8: Bahan
    • Unit 9: Bumi
    • Unit 10: Mesin
  • SAINS TAHUN 5 (SEMAKAN)
    • UNIT 1: KEMAHIRAN SAINTIFIK
    • UNIT 2: MANUSIA
    • UNIT 3: HAIWAN
    • UNIT 4: TUMBUH-TUMBUHAN
    • UNIT 5: ELEKTRIK
    • UNIT 6: HABA
    • UNIT 7: PENGARATAN
    • UNIT 8: JIRIM
    • UNIT 9: FASA BULAN DAN BURUJ
    • UNIT 10: MESIN
  • SAINS TAHUN 6 (SEMAKAN)
    • UNIT 1: KEMAHIRAN SAINTIFIK
    • UNIT 2: MANUSIA
    • UNIT 3: MIKROORGANISMA
    • UNIT 4: INTERAKSI ANTARA HIDUPAN
    • UNIT 5: PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN
    • UNIT 6: DAYA
    • UNIT 7: KELAJUAN
    • UNIT 8: TEKNOLOGI PENGAWETAN MAKANAN
    • UNIT 9: BAHAN BUANGAN
    • UNIT 10: GERHANA
    • UNIT 11: GALAKSI
    • UNIT 12: KESTABILAN DAN KEKUATAN
    • UNIT 13: TEKNOLOGI
  • Sains Tahun 4
    • Unit 1: Kemahiran Saintifik
    • Unit 2: Peraturan Bilik Sains
    • Unit 3: Proses Hidup Manusia
    • Unit 4: Proses Hidup Haiwan
    • Unit 5: Proses Hidup Tumbuhan
    • Unit 6: Pengukuran
    • Unit 7: Sifat Bahan
    • Unit 8: Pengaratan
    • Unit 9: Sistem Suria
    • Unit 10: Teknologi
  • Sains Tahun 5
    • Unit 1: Kemahiran Saintifik
    • Unit 2: Peraturan Bilik Sains
    • Unit 3: Proses Hidup Haiwan
    • Unit 4: Proses Hidup Tumbuhan
    • Unit 5: Tenaga
    • Unit 6: Sifat Cahaya
    • Unit 7: Elektrik
    • Unit 8: Haba
    • Unit 9: Jirim
    • Unit 10: Asid dan Alkali
    • Unit 11: Bumi, Bulan dan Matahari
    • Unit 12: Teknologi
  • Sains Tahun 6
    • Unit 1: Kemahiran Saintifik
    • Unit 2: Peraturan Bilik Sains
    • Unit 3: Mikroorganisma
    • Unit 4: Interaksi Antara Hidupan
    • Unit 5: Pemeliharaan dan Pemuliharaan
    • Unit 6: Daya
    • Unit 7: Kelajuan
    • Unit 8: Pengawetan Makanan
    • Unit 9: Bahan Buangan
    • Unit 10: Gerhana
    • Unit 11: Buruj
    • Unit 12: Mesin
    • Soalan Berkemahiran
  • Galeri Aktiviti Semasa
  • Penulisan dan Laporan Amali
  • Pautan Rakan Seperjuangan
  • Hubungi Saya
  • Mengenai Penulis
  • Sains Tahun 3 (KSSR Semakan)
    • Unit 1 Kemahiran Saintifik
    • Unit 2 Peraturan Bilik Sains
    • Unit 3 Manusia
    • Unit 4 Haiwan
    • Unit 5 Tumbuh-Tumbuhan
    • Unit 6 Pengukuran
    • Unit 7 Ketumpatan
    • Unit 8 Asid dan Alkali
    • Unit 9 Sistem Suria
    • Unit 10 Mesin Ringkas
    • Magnet (DST T3)
    • Penyerapan (DST T3)
    • Tanah (DST T3)
  • Sains Tahun 4 (Semakan 2017)
    • Unit 1: Kemahiran Saintifik
    • Unit 2: Manusia
    • Unit 3: Haiwan
    • Unit 4: Tumbuhan
    • Unit 5: Sifat Cahaya
    • Unit 6: Bunyi
    • Unit 7: Tenaga
    • Unit 8: Bahan
    • Unit 9: Bumi
    • Unit 10: Mesin
  • SAINS TAHUN 5 (SEMAKAN)
    • UNIT 1: KEMAHIRAN SAINTIFIK
    • UNIT 2: MANUSIA
    • UNIT 3: HAIWAN
    • UNIT 4: TUMBUH-TUMBUHAN
    • UNIT 5: ELEKTRIK
    • UNIT 6: HABA
    • UNIT 7: PENGARATAN
    • UNIT 8: JIRIM
    • UNIT 9: FASA BULAN DAN BURUJ
    • UNIT 10: MESIN
  • SAINS TAHUN 6 (SEMAKAN)
    • UNIT 1: KEMAHIRAN SAINTIFIK
    • UNIT 2: MANUSIA
    • UNIT 3: MIKROORGANISMA
    • UNIT 4: INTERAKSI ANTARA HIDUPAN
    • UNIT 5: PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN
    • UNIT 6: DAYA
    • UNIT 7: KELAJUAN
    • UNIT 8: TEKNOLOGI PENGAWETAN MAKANAN
    • UNIT 9: BAHAN BUANGAN
    • UNIT 10: GERHANA
    • UNIT 11: GALAKSI
    • UNIT 12: KESTABILAN DAN KEKUATAN
    • UNIT 13: TEKNOLOGI
  • Sains Tahun 4
    • Unit 1: Kemahiran Saintifik
    • Unit 2: Peraturan Bilik Sains
    • Unit 3: Proses Hidup Manusia
    • Unit 4: Proses Hidup Haiwan
    • Unit 5: Proses Hidup Tumbuhan
    • Unit 6: Pengukuran
    • Unit 7: Sifat Bahan
    • Unit 8: Pengaratan
    • Unit 9: Sistem Suria
    • Unit 10: Teknologi
  • Sains Tahun 5
    • Unit 1: Kemahiran Saintifik
    • Unit 2: Peraturan Bilik Sains
    • Unit 3: Proses Hidup Haiwan
    • Unit 4: Proses Hidup Tumbuhan
    • Unit 5: Tenaga
    • Unit 6: Sifat Cahaya
    • Unit 7: Elektrik
    • Unit 8: Haba
    • Unit 9: Jirim
    • Unit 10: Asid dan Alkali
    • Unit 11: Bumi, Bulan dan Matahari
    • Unit 12: Teknologi
  • Sains Tahun 6
    • Unit 1: Kemahiran Saintifik
    • Unit 2: Peraturan Bilik Sains
    • Unit 3: Mikroorganisma
    • Unit 4: Interaksi Antara Hidupan
    • Unit 5: Pemeliharaan dan Pemuliharaan
    • Unit 6: Daya
    • Unit 7: Kelajuan
    • Unit 8: Pengawetan Makanan
    • Unit 9: Bahan Buangan
    • Unit 10: Gerhana
    • Unit 11: Buruj
    • Unit 12: Mesin
    • Soalan Berkemahiran
  • Galeri Aktiviti Semasa
  • Penulisan dan Laporan Amali
  • Pautan Rakan Seperjuangan
  • Hubungi Saya

UNIT 5: TUMBUH-tumbuhAN

Quizizz Sains Tahun 3 Unit 5: TUMBUH-TUMBUHAN

7/6/2020

2 Comments

 
Picture

Salam perpaduan dan salam belajar Sains. 

Kuiz ini dihasilkan menggunakan Quizizz untuk menguji kefahaman Sains Tahun 3 Unit 5: Tumbuh-Tumbuhan. 
​
Soalan dan Gambar berdasarkan Buku Teks.
Sesuai untuk murid Tahun 3 dan Tahun 4.
Sesuai juga kepada murid Tahun 5 dan Tahun 6 untuk pengukuhan dan penggayaan. 

​Sila klik pautan ini: 
https://quizizz.com/admin/quiz/5e81cebf7242b8001b762a11

Boleh kongsikan keputusan anda di sini juga..
Semoga bermanfaat.
​Selamat menjawab dan semoga berjaya!!
​ 

2 Comments

Sains Tahun 3 Unit 5: Tumbuh-Tumbuhan (KSSR Semakan 2017)

5/18/2019

14 Comments

 
(A) Cara Pembiakan Tumbuh-Tumbuhan
  1. Tumbuh-tumbuhan perlu membiak supaya tidak pupus.
  2. Tumbuh-tumbuhan boleh membiak melalui pelbagai cara.
    1. Biji Benih: Pokok cili dan pokok betik.
    2. Anak Pokok: Pokok pisang dan pokok keladi.
    3. Batang Bawah Tanah: Pokok bawang dan pokok ubi kentang.
    4. Spora: Paku pakis dan cendawan.
    5. Keratan Batang: Pokok ubi kayu dan pokok bunga raya.
    6. Daun: Pokok lidah jin dan pokok setawar.

(B) Satu Pokok, Pelbagai Cara Pembiakan
  1. Terdapat pokok yang mempunyai dua cara pembiakan, seperti:
    1. Pokok kangkung: Kaedah keratan batang dan biji benih.
    2. Pokok selasih: Kaedah keratan batang dan biji benih.
    3. Pokok ubi keledek: Kaedah keratan batang dan batang bawah tanah.

 (C) Kepentingan Pembiakan Tumbuh-Tumbuhan
  1. Tumbuh-tumbuhan sentiasa membiak untuk menambahkan bilangannya dan dapat mengekalkan spesiesnya.
  2. Spesies ialah golongan benda hidup yang mempunyai sifat atau jenis yang sama.
  3. Pembiakan tumbuh-tumbuhan penting bagi memastikan tumbuh-tumbuhan sentiasa ada untuk:
    1. Membekalkan sumber makanan kepada hidupan lain.
    2. Membolehkan hidupan lain dapat berlindung sebagai habitat.
    3. Membekalkan oksigen kepada hidupan lain.
    4. Membekalkan sumber kayu.

 (D) Teknologi Pembiakan Tumbuh-Tumbuhan
  1. Pembiakan tumbuh-tumbuhan juga boleh menggunakan teknologi seperti kultur tisu dan tut.
  2. Kultur tisu boleh menghasilkan pokok baharu daripada tisu pokok yang diletakkan dalam nutrien. Contohnya ialah pokok pisang dan pokok orkid.
  3. Tut dapat menambahkan bilangan pokok buah-buahan tanpa melalui proses menanam biji benih. Contohnya ialah pokok mangga dan limau kasturi. 
​
Picture

Rujukan: 
Bahagian Pembangunan Kurikulum. (2017). Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Sains: Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Tahun 3. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia. 

Raja Shahida binti Raja Mansor, Abdul Karim bin Daud & Jong Tze Kian. (2018). Kurikulum Standard Sekolah Rendah (Semakan 2017): Sains Tahun 3 Sekolah Kebangsaan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. ​
14 Comments

Lagu Parodi Sains Tahun 3 Unit 4: Tumbuhan

5/2/2018

0 Comments

 
Salam sejahtera dan Selamat belajar Sains. 

Umumnya, kaedah nyanyian merupakan salah satu cara yang popular untuk mempelajari Sains, terutamanya dalam kalangan murid sekolah rendah. Oleh itu, tidak hairanlah jikalau semakin banyak lagu parodi Sains telah dihasilkan oleh guru-guru Sains yang dedikasi dan berbakat untuk menggalakkan anak muridnya untuk membaca dan menyanyikan lagu Sains. Tindakan ini juga diharapkan dapat memupuk dan meningkatkan minat murid-murid dalam mata pelajaran Sains. 

Oleh itu, pada kali ini, penulis ingin mengongsikan beberapa lagu parodi Sains yang berkaitan dengan Sains Tahun 3 Unit 4: Tumbuhan.

Penulis ingin menegaskan di sini bahawa lagu-lagu berikut bukanlah dihasilkan oleh penulis, tetapi oleh guru-guru seperti pada kredit di bawah. Penulis hanyalah mengumpul dan mengepos semula untuk memudahkan guru-guru atau murid-murid untuk mencari dan mengulang kaji pelajaran. Selamat menyanyi!
​

Lagu 1: Ciri Tumbuhan oleh Cikgu Aziah

Sains Tahun 3
Unit 4: Tumbuhan
Tajuk Lagu: Ciri Tumbuhan
Melodi: Aci Aci Buka Pintu (Tan Sri P Ramlee)
Lirik: Cikgu Syarifah Aziah

 
Mari kenali tumbuhan
Perhatikan ciri luaran
Jenis-jenis urat daun
Jenis batang, jenis akar
Ada bunga atau tidak
Ada buah atau tidak
 
Dua jenis urat daun
Urat selari urat jejala
Urat selari lurus uratnya
Tidak lebar, panjang daunnya
Urat jejala lebar daunnya
Macam tulang ikan, oval bentuknya
 
Ada dua jenis akar
Akar serabut akar tunjang
Urat selari, akar serabut
Pokok jagung, pokok kelapa
Urat jejala, akar tunjang
Pokok bayam, pokok rambutan
 
Ada pokok batang berkayu
Pokok dokong, pokok bunga ros
Dokong berbuah, ros berbunga
Yang berbuah tumbuhan berbunga
Batang tak berkayu lembut sifatnya
Pokok betik, pisang, paku resam
  
Picture

Lagu 2: Apa Ciri Saya oleh Cikgu Halina

Sains Tahun 3
Unit 4: Tumbuhan
Tajuk Lagu: Apa Ciri Saya
Melodi: 5 Buku (Didi and Friends)
Lirik: Cikgu Halina

 
Ada banyak ciri tumbuhan,
mari kawan kenali semua;
Batang kayu dan juga tidak,
saya nak tahu semua.
 
Semua pokok berdaun juga,
Tapi ada dua jenisnya;
Ada daun urat jejala,
Selari jangan dilupa.
 
Ada pokok mawar namanya,
Bunga merah harum baunya;
Pakis pula hijau warnanya,
Dia tidak berbunga.
 
Pokok teratai nama diberi,
Atas air hidup berseri;
Ada pokok di darat juga,
Senduduk nama dia.
 
Ada pokok berakar tunjang,
Ada juga akar serabut;
Ada buah dan juga tidak,
Itulah semua cirinya. 
Picture

Senarai ini akan dikemaskini sekiranya penulis terjumpa sesiapa guru Sains dedikasi yang telah menghasilkan lagu parodi untuk unit yang sama.

Sekiranya cikgu-cikgu terjumpa lagu parodi bagi unit yang sama tetapi tidak sempat dikemaskini oleh penulis, maka sudi-sudilah tinggalkan komen pada ruangan bawah supaya cikgu-cikgu lain tahu dan mendengarnya. 

Sekian, terima kasih. ​​
0 Comments

Nota Sains Tahun 3 Unit 4: Tumbuhan

4/15/2018

9 Comments

 
A. Kenali Tumbuhan
  1. Kita boleh mengenali tumbuh-tumbuhan dengan memerhati ciri-ciri luaran tumbuhan.
  2. Contoh:
    1. Urat daun jejala (Pokok bunga balong ayam) dan Urat daun selari (Pokok akar banar).
    2. Berbunga (Pokok bunga ros) dan tidak berbunga (Pokok paku pakis).
    3. Batang berkayu (Pokok dokong) dan batang tidak berkayu (Pokok betik).
    4. Akar tunjang (Pokok bayam merah) dan akar serabut (Pokok bawang).
    5. Berbuah (Pokok durian) dan tidak berbuah (Pokok konifer).
  3. Tumbuhan hidup di habitatnya, sama ada:
    1. Hidup di darat: Pokok senduduk dan lumut.
    2. Hidup di air: Pokok selada air dan pokok Cabomba.
  4. Tumbuhan membiak melalui pelbagai cara, iaitu:
    1. Daun: Pokok setawar
    2. Anak pokok: Pokok nanas
    3. Biji Benih: Pokok labu
    4. Keratan Batang: Pokok ubi kayu
    5. Batang bawah tanah: Pokok halia
    6. Spora: Tumbuhan duit-duit

​B. Kebergantungan kepada Tumbuhan
  1. Tumbuhan sangat penting dalam kehidupan.
  2. Kepentingan Tumbuhan kepada manusia:
    1. Menyegarkan udara di sekeliling kita.
    2. Membantu menyejukkan Bumi.
    3. Menjadi sumber makanan kepada manusia.
    4. Sebagai bahan binaan dan kertas.
    5. Boleh menjadi pakaian.
    6. Boleh mengubat sesetengah penyakit seperti darah tinggi.
  3. Kepentingan tumbuhan kepada haiwan:
    1. Sebagai tempat perlindungan kepada haiwan.
    2. Sebagai sumber makanan kepada haiwan. 
Picture

​Senarai Rujukan:
Bahagian Pembangunan Kurikulum. 2012. Dokumen Standard Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Dunia Sains dan Teknologi Tahun 3. Putrajaya: Kementerian Pelajaran Malaysia.
​

Mohamad Roslan Ghazali, Enchum Ibrahim, Idrus Hassann &Wan Mahiswandi Wan Ismail. 2013. Buku Teks Dunia Sains dan Teknologi. Selangor: Dewan Bahasa dan Pustaka.
9 Comments

    Mengenai Penulis

    Seorang guru Sains sekolah rendah yang kini mengajar di SK Kampung Senau, Dalat, Sarawak.

    Archives

    July 2020
    May 2019
    May 2018
    April 2018

    Categories

    All

    RSS Feed

Powered by Create your own unique website with customizable templates.