Chang Tun Kuet
  • Mengenai Penulis
  • Sains Tahun 3 (KSSR Semakan)
    • Unit 1 Kemahiran Saintifik
    • Unit 2 Peraturan Bilik Sains
    • Unit 3 Manusia
    • Unit 4 Haiwan
    • Unit 5 Tumbuh-Tumbuhan
    • Unit 6 Pengukuran
    • Unit 7 Ketumpatan
    • Unit 8 Asid dan Alkali
    • Unit 9 Sistem Suria
    • Unit 10 Mesin Ringkas
    • Magnet (DST T3)
    • Penyerapan (DST T3)
    • Tanah (DST T3)
  • Sains Tahun 4 (Semakan 2017)
    • Unit 1: Kemahiran Saintifik
    • Unit 2: Manusia
    • Unit 3: Haiwan
    • Unit 4: Tumbuhan
    • Unit 5: Sifat Cahaya
    • Unit 6: Bunyi
    • Unit 7: Tenaga
    • Unit 8: Bahan
    • Unit 9: Bumi
    • Unit 10: Mesin
  • SAINS TAHUN 5 (SEMAKAN)
    • UNIT 1: KEMAHIRAN SAINTIFIK
    • UNIT 2: MANUSIA
    • UNIT 3: HAIWAN
    • UNIT 4: TUMBUH-TUMBUHAN
    • UNIT 5: ELEKTRIK
    • UNIT 6: HABA
    • UNIT 7: PENGARATAN
    • UNIT 8: JIRIM
    • UNIT 9: FASA BULAN DAN BURUJ
    • UNIT 10: MESIN
  • SAINS TAHUN 6 (SEMAKAN)
    • UNIT 1: KEMAHIRAN SAINTIFIK
    • UNIT 2: MANUSIA
    • UNIT 3: MIKROORGANISMA
    • UNIT 4: INTERAKSI ANTARA HIDUPAN
    • UNIT 5: PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN
    • UNIT 6: DAYA
    • UNIT 7: KELAJUAN
    • UNIT 8: TEKNOLOGI PENGAWETAN MAKANAN
    • UNIT 9: BAHAN BUANGAN
    • UNIT 10: GERHANA
    • UNIT 11: GALAKSI
    • UNIT 12: KESTABILAN DAN KEKUATAN
    • UNIT 13: TEKNOLOGI
  • Sains Tahun 4
    • Unit 1: Kemahiran Saintifik
    • Unit 2: Peraturan Bilik Sains
    • Unit 3: Proses Hidup Manusia
    • Unit 4: Proses Hidup Haiwan
    • Unit 5: Proses Hidup Tumbuhan
    • Unit 6: Pengukuran
    • Unit 7: Sifat Bahan
    • Unit 8: Pengaratan
    • Unit 9: Sistem Suria
    • Unit 10: Teknologi
  • Sains Tahun 5
    • Unit 1: Kemahiran Saintifik
    • Unit 2: Peraturan Bilik Sains
    • Unit 3: Proses Hidup Haiwan
    • Unit 4: Proses Hidup Tumbuhan
    • Unit 5: Tenaga
    • Unit 6: Sifat Cahaya
    • Unit 7: Elektrik
    • Unit 8: Haba
    • Unit 9: Jirim
    • Unit 10: Asid dan Alkali
    • Unit 11: Bumi, Bulan dan Matahari
    • Unit 12: Teknologi
  • Sains Tahun 6
    • Unit 1: Kemahiran Saintifik
    • Unit 2: Peraturan Bilik Sains
    • Unit 3: Mikroorganisma
    • Unit 4: Interaksi Antara Hidupan
    • Unit 5: Pemeliharaan dan Pemuliharaan
    • Unit 6: Daya
    • Unit 7: Kelajuan
    • Unit 8: Pengawetan Makanan
    • Unit 9: Bahan Buangan
    • Unit 10: Gerhana
    • Unit 11: Buruj
    • Unit 12: Mesin
    • Soalan Berkemahiran
  • Galeri Aktiviti Semasa
  • Penulisan dan Laporan Amali
  • Pautan Rakan Seperjuangan
  • Hubungi Saya
  • Mengenai Penulis
  • Sains Tahun 3 (KSSR Semakan)
    • Unit 1 Kemahiran Saintifik
    • Unit 2 Peraturan Bilik Sains
    • Unit 3 Manusia
    • Unit 4 Haiwan
    • Unit 5 Tumbuh-Tumbuhan
    • Unit 6 Pengukuran
    • Unit 7 Ketumpatan
    • Unit 8 Asid dan Alkali
    • Unit 9 Sistem Suria
    • Unit 10 Mesin Ringkas
    • Magnet (DST T3)
    • Penyerapan (DST T3)
    • Tanah (DST T3)
  • Sains Tahun 4 (Semakan 2017)
    • Unit 1: Kemahiran Saintifik
    • Unit 2: Manusia
    • Unit 3: Haiwan
    • Unit 4: Tumbuhan
    • Unit 5: Sifat Cahaya
    • Unit 6: Bunyi
    • Unit 7: Tenaga
    • Unit 8: Bahan
    • Unit 9: Bumi
    • Unit 10: Mesin
  • SAINS TAHUN 5 (SEMAKAN)
    • UNIT 1: KEMAHIRAN SAINTIFIK
    • UNIT 2: MANUSIA
    • UNIT 3: HAIWAN
    • UNIT 4: TUMBUH-TUMBUHAN
    • UNIT 5: ELEKTRIK
    • UNIT 6: HABA
    • UNIT 7: PENGARATAN
    • UNIT 8: JIRIM
    • UNIT 9: FASA BULAN DAN BURUJ
    • UNIT 10: MESIN
  • SAINS TAHUN 6 (SEMAKAN)
    • UNIT 1: KEMAHIRAN SAINTIFIK
    • UNIT 2: MANUSIA
    • UNIT 3: MIKROORGANISMA
    • UNIT 4: INTERAKSI ANTARA HIDUPAN
    • UNIT 5: PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN
    • UNIT 6: DAYA
    • UNIT 7: KELAJUAN
    • UNIT 8: TEKNOLOGI PENGAWETAN MAKANAN
    • UNIT 9: BAHAN BUANGAN
    • UNIT 10: GERHANA
    • UNIT 11: GALAKSI
    • UNIT 12: KESTABILAN DAN KEKUATAN
    • UNIT 13: TEKNOLOGI
  • Sains Tahun 4
    • Unit 1: Kemahiran Saintifik
    • Unit 2: Peraturan Bilik Sains
    • Unit 3: Proses Hidup Manusia
    • Unit 4: Proses Hidup Haiwan
    • Unit 5: Proses Hidup Tumbuhan
    • Unit 6: Pengukuran
    • Unit 7: Sifat Bahan
    • Unit 8: Pengaratan
    • Unit 9: Sistem Suria
    • Unit 10: Teknologi
  • Sains Tahun 5
    • Unit 1: Kemahiran Saintifik
    • Unit 2: Peraturan Bilik Sains
    • Unit 3: Proses Hidup Haiwan
    • Unit 4: Proses Hidup Tumbuhan
    • Unit 5: Tenaga
    • Unit 6: Sifat Cahaya
    • Unit 7: Elektrik
    • Unit 8: Haba
    • Unit 9: Jirim
    • Unit 10: Asid dan Alkali
    • Unit 11: Bumi, Bulan dan Matahari
    • Unit 12: Teknologi
  • Sains Tahun 6
    • Unit 1: Kemahiran Saintifik
    • Unit 2: Peraturan Bilik Sains
    • Unit 3: Mikroorganisma
    • Unit 4: Interaksi Antara Hidupan
    • Unit 5: Pemeliharaan dan Pemuliharaan
    • Unit 6: Daya
    • Unit 7: Kelajuan
    • Unit 8: Pengawetan Makanan
    • Unit 9: Bahan Buangan
    • Unit 10: Gerhana
    • Unit 11: Buruj
    • Unit 12: Mesin
    • Soalan Berkemahiran
  • Galeri Aktiviti Semasa
  • Penulisan dan Laporan Amali
  • Pautan Rakan Seperjuangan
  • Hubungi Saya

unit 5: tenaga

KUIZ SAINS TAHUN 5 UNIT 5: TENAGA

6/7/2020

3 Comments

 
Picture
Salam perpaduan dan salam belajar Sains. 

Kuiz ini dihasilkan menggunakan Google Forms untuk menguji kefahaman Sains Tahun 5 Unit 5: Tenaga. 

Sumber daripada pelbagai buku rujukan dengan pengubahsuaian. 

20 soalan berserta dengan ulasan feedback sekiranya menjawab salah. 
​

Sijil penyertaan akan diberikan kepada murid yang berjaya menjawab betul 70% markah dan ke atas. 

​Sila klik pautan ini: 
https://forms.gle/okvavpPx2PxiRSmq5 
 
Boleh kongsikan keputusan anda di sini juga..
​Selamat menjawab dan semoga berjaya!!
​

3 Comments

video pdpc sains tahun 5 unit 5: tenaga

11/2/2019

1 Comment

 
Salam sejahtera dan salam perpaduan Sains KKSR. Berikut disertakan beberapa video PdPc bagi Sains Tahun 5 Unit 5: Tenaga yang mengandungi 5 video:
​
  1. Sumber Tenaga
  2. Bentuk-Bentuk Tenaga
  3. Perubahan Tenaga
  4. Tenaga yang Boleh Diperbaharui
  5. Tenaga yang Tidak Boleh Diperbaharui

Video ini dibangunkan oleh Learning Port Interactive yang boleh didapati pada laman Youtube.

​Selamat belajar! 
1 Comment

Lagu Parodi Sains Tahun 5 Unit 5: Tenaga

5/2/2018

0 Comments

 
Salam sejahtera dan Selamat belajar Sains. 

Umumnya, kaedah nyanyian merupakan salah satu cara yang popular untuk mempelajari Sains, terutamanya dalam kalangan murid sekolah rendah. Oleh itu, tidak hairanlah jikalau semakin banyak lagu parodi Sains telah dihasilkan oleh guru-guru Sains yang dedikasi dan berbakat untuk menggalakkan anak muridnya untuk membaca dan menyanyikan lagu Sains. Tindakan ini juga diharapkan dapat memupuk dan meningkatkan minat murid-murid dalam mata pelajaran Sains. 

Oleh itu, pada kali ini, penulis ingin mengongsikan beberapa lagu parodi Sains yang berkaitan dengan Sains Tahun 5 Unit 5: Tenaga.
​

Penulis ingin menegaskan di sini bahawa lagu-lagu berikut bukanlah dihasilkan oleh penulis, tetapi oleh guru-guru seperti pada kredit di bawah. Penulis hanyalah mengumpul dan mengepos semula untuk memudahkan guru-guru atau murid-murid untuk mencari dan mengulang kaji pelajaran. Selamat menyanyi!
​

Lagu 1: Cari Tenaga oleh Cikgu Halina


​Sains Tahun 5
Unit 5: Tenaga
Tajuk Unit: Sumber Tenaga, Bentuk Tenaga
Tajuk Lagu: Cari Tenaga
Melodi: Cari Jodoh (Wali Bands)
Lirik: Cikgu Halina
 

Apa tenaga
Apa pula maksudnya
Tenaga untuk buat kerja
Sembilan sumbernya
Boleh dibaharu
Tak boleh dibaharu
Tenaga pelbagai bentuk
Dan juga boleh berubah
 
Angin dan ombak
Matahari dan air
Makanan juga nuklear
Bahan api fosil, biojisim dan bateri
Itulah semua sumbernya
Marilah kita ingatkan
Oh kawan inilah tenaga
 
(Suria, bunyi, cahaya, kimia,
Haba, upaya, elektrik
Kinetik, dan juga nuklear
Itulah bentuknya
Yang kita nak tahu
Yang kita dah tahu) X2
 
Air dan ombak
Angina dan matahari
Biojisim juga makanan
Dari tak boleh hinggalah ke boleh
Tak jemu aku bacakan
Tak jemu aku ingatkan
Sumber tenaga boleh dibaharu
 
(Arang batu, arang batu
Petroleum, gas asli
Bahan nuklear dan juga bateri
Horey-horey kami tahu
Sumber tenaga tak boleh baharu) X2
Picture

Lagu 2: Tenaga oleh Cikgu Aziah

​Sains Tahun 5
Unit 5: Tenaga
Tajuk Unit: Sumber Tenaga, Bentuk Tenaga
Tajuk Lagu: Tenaga
Melodi: Jomlo Happy (Gamma 1)
Lirik: Cikgu Sharifah Aziah

 
Oh tenaga…
 
Ada 9 jenis sumber tenaga
Membolehkan kita membuat kerja
Matahari sumber paling utama
Memberi kita haba dan cahaya
 
Tenaga tidak boleh dimusnahkan
Tapi boleh diubahkan bentuknya
Bergantung pada alat kegunaan
Oh! Macam-macam ada
 
*Oh tenaga! Ada banyak bentuknya
Oh tenaga! Elektrik ada suis dan wayar
Oh tenaga! Bergerak tu kinetik
Yang panas itu haba
Yang terang tu cahaya
 
Tenaga imia dalam empat bahan
Dalam makanan juga biojisim
Dalam bahan api dan bahan bakar
Sel kering dan bateri
 
Oh! Ada tenaga keupayaan
Objek yang ada di tempat yang tinggi
Atau objek yang sedang diregangkan
Ataupun dimampatkan
 
Oh tenaga! Nuklear dari uranium
Oh tenaga! Suria daripada Mentari
Akhir sekali ada tenaga bunyi
Ada pada semua yang keluarkan bunyi
 
Ulang **

Picture

Senarai ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa sekiranya penulis terjumpa sesiapa guru Sains dedikasi yang telah menghasilkan lagu parodi untuk unit yang sama.

Sekiranya cikgu-cikgu terjumpa lagu parodi bagi unit yang sama tetapi tidak sempat dikemaskini oleh penulis, maka sudi-sudilah tinggalkan komen pada ruangan bawah supaya cikgu-cikgu lain tahu dan mendengarnya. 

Sekian, terima kasih. 
0 Comments

RPH Sains Tahun 5 Unit 5: Tenaga

5/30/2017

0 Comments

 
Salam perpaduan Sains KSSR. Berikut disertakan cadangan rancangan pengajaran harian (RPH) bagi Sains Tahun 5 Unit 5: Tenaga dalam bentuk PDF untuk perkongsian idea dalam kalangan guru. Semoga guru mendapat manfaat dan perbincangan bersama. ​
rph_sn_t5_u5.pdf
File Size: 434 kb
File Type: pdf
Download File

Sekiranya cikgu-cikgu ingin mendapatkan RPH unit ini dalam bentuk words, sudi-sudilah tinggalkan komen dan email untuk urusan seterusnya. ​Terima kasih.
​

​​- KEMAS KINI -

Memandangkan semakin banyak cikgu yang meminta RPH unit ini dalam bentuk words dan penulis tidak mampu untuk membalas satu per satu, maka di sini disertakan RPH bagi Unit ini dalam bentuk words. 

Untuk mengelakkan font dan margin terlari, cikgu-cikgu juga diminta untuk memuat turun dan memasang font yang digunakan, iaitu  font Blokletters Viltstift. (Ini juga merupakan salah satu sebab mengapa penulis tidak memuat naik rph words pada asalnya). 

Sekiranya cikgu-cikgu memuat turunnya, maka mohon agar meninggalkan komen sekurang-kurangnya ucapan terima kasih pada ruangan di bawah. Terima kasih. 
​
blokletters-viltstift.ttf
File Size: 87 kb
File Type: ttf
Download File

sn_t5_u5_rph.docx
File Size: 55 kb
File Type: docx
Download File

0 Comments

May 29th, 2017

5/29/2017

0 Comments

 
Salam perpaduan Sains KSSR. Berikut disertakan beberapa video mengenai pengajaran Tahun 5 Unit 5: Tenaga yang mengandungi 2 bahagian, iaitu sumber dan bentuk tenaga, serta sumber tenaga yang boleh dibaharui dan tidak boleh dibaharui. 
​
Video ini dibangunkan oleh EduNation Malaysia yang boleh didapati pada laman Youtube. 
​Selamat belajar! 
0 Comments

Nota Sains Tahun 5 Unit 5: Tenaga

4/12/2017

84 Comments

 
(A) Sumber Tenaga
  1. Tenaga ialah kebolehan untuk membuat kerja.
  2. Hidupan memerlukan tenaga untuk menjalani proses hidup dan menjalani aktiviti seharian.
  3. Benda bukan hidup memerlukan tenaga untuk berfungsi dan menjadikannya boleh digunakan.
  4. Matahari ialah sumber tenaga utama.
Picture

(B) Pelbagai Bentuk Tenaga
  1. Terdapat pelbagai bentuk tenaga di sekeliling kita. 
Picture

(C) Perubahan Bentuk Tenaga
  1. Tenaga boleh diubah daripada satu bentuk kepada bentuk yang lain.
  2. Simbol (->) bermaksud “berubah kepada”, (+) bermaksud “dan”. 
Picture

(D) Sumber Tenaga Boleh dan Tidak Boleh Diperbaharui
  1. Sumber tenaga yang boleh diperbaharui ialah:
    1. Sumber tenaga yang boleh dijana daripada sumber yang sentiasa ada secara berterusan.
    2. Sumber tenaga yang boleh diganti selepas habis digunakan.
    3. Contoh: Matahari, Air, Ombak, Angin, Makanan, Biojisim.
  2. Sumber tenaga yang tidak boleh diperbaharui ialah:
    1. Sumber tenaga yang tidak boleh dijana daripada sumber kerana sumber ini terhad atau tidak boleh diperoleh secara berterusan.
    2. Sumber tenaga yang tidak boleh diganti selepas habis digunakan.
    3. Contoh: Petroleum, Gas Asli, Arang Batu, Bahan Nuklear, Bateri.
  3. Tenaga elektrik dapat dijana daripada sumber bahan api fosil dan nuklear. Caranya:
    1. Bahan api/ nuklear dibakar.
    2. Air menjadi stim.
    3. Menggerakkan turbin.
    4. Generator menjana elektrik.

​

 (E) Berhemah Menggunakan Tenaga
  1. Kita perlu berhemah menggunakan tenaga kerana kebanyakan tenaga dihasilkan oleh sumber tenaga yang tidak boleh diperbaharui.
  2. Kita perlu menggunakan tenaga secara bijaksana untuk:
    1. Menjimatkan kos penjanaan tenaga elektrik.
    2. Mengelakkan pembaziran sumber tenaga.
    3. Mengurangkan pencemaran alam sekitar.
  3. Langkah-Langkah menjimatkan tenaga:
    1. Tutup peralatan elektrik apabila tidak digunakan.
    2. Gunakan peralatan yang kurang menggunakan tenaga.
    3. Gunakan pengangkutan awam atau berkongsi kereta.
    4. Kitar semula bahan yang terbuang. 
​
Picture

Rujukan: 

Badan Pembangunan Kurikulum. (2014). Kurikulum Standard Sekolah Rendah: Dokumen Standard Kurikulum Dan Pentaksiran Sains Tahun 5. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Suwaibatullasmiah binti Jalaludin, Sopia binti Md Yassin, & Tan Mun Wai. (2014). Sains Sekolah Kebangsaan Tahun 5. Selangor Darul Ehsan: Dewan Bahasa dan Pustaka.
84 Comments

    Mengenai Penulis

    Seorang guru Sains sekolah rendah yang kini mengajar di SK Kampung Senau, Dalat, Sarawak.

    Archives

    June 2020
    November 2019
    May 2018
    May 2017
    April 2017

    Categories

    All
    Sains Fizikal
    Sains Tahun 5

    RSS Feed

Powered by Create your own unique website with customizable templates.