Salam sejahtera dan Selamat belajar Sains. Umumnya, kaedah nyanyian merupakan salah satu cara yang popular untuk mempelajari Sains, terutamanya dalam kalangan murid sekolah rendah. Oleh itu, tidak hairanlah jikalau semakin banyak lagu parodi Sains telah dihasilkan oleh guru-guru Sains yang dedikasi dan berbakat untuk menggalakkan anak muridnya untuk membaca dan menyanyikan lagu Sains. Tindakan ini juga diharapkan dapat memupuk dan meningkatkan minat murid-murid dalam mata pelajaran Sains. Oleh itu, pada kali ini, penulis ingin mengongsikan beberapa lagu parodi Sains yang berkaitan dengan Sains Tahun 5 Unit 5: Tenaga. Penulis ingin menegaskan di sini bahawa lagu-lagu berikut bukanlah dihasilkan oleh penulis, tetapi oleh guru-guru seperti pada kredit di bawah. Penulis hanyalah mengumpul dan mengepos semula untuk memudahkan guru-guru atau murid-murid untuk mencari dan mengulang kaji pelajaran. Selamat menyanyi! Lagu 1: Cari Tenaga oleh Cikgu HalinaSains Tahun 5 Unit 5: Tenaga Tajuk Unit: Sumber Tenaga, Bentuk Tenaga Tajuk Lagu: Cari Tenaga Melodi: Cari Jodoh (Wali Bands) Lirik: Cikgu Halina Apa tenaga Apa pula maksudnya Tenaga untuk buat kerja Sembilan sumbernya Boleh dibaharu Tak boleh dibaharu Tenaga pelbagai bentuk Dan juga boleh berubah Angin dan ombak Matahari dan air Makanan juga nuklear Bahan api fosil, biojisim dan bateri Itulah semua sumbernya Marilah kita ingatkan Oh kawan inilah tenaga (Suria, bunyi, cahaya, kimia, Haba, upaya, elektrik Kinetik, dan juga nuklear Itulah bentuknya Yang kita nak tahu Yang kita dah tahu) X2 Air dan ombak Angina dan matahari Biojisim juga makanan Dari tak boleh hinggalah ke boleh Tak jemu aku bacakan Tak jemu aku ingatkan Sumber tenaga boleh dibaharu (Arang batu, arang batu Petroleum, gas asli Bahan nuklear dan juga bateri Horey-horey kami tahu Sumber tenaga tak boleh baharu) X2 Lagu 2: Tenaga oleh Cikgu AziahSains Tahun 5 Unit 5: Tenaga Tajuk Unit: Sumber Tenaga, Bentuk Tenaga Tajuk Lagu: Tenaga Melodi: Jomlo Happy (Gamma 1) Lirik: Cikgu Sharifah Aziah Oh tenaga… Ada 9 jenis sumber tenaga Membolehkan kita membuat kerja Matahari sumber paling utama Memberi kita haba dan cahaya Tenaga tidak boleh dimusnahkan Tapi boleh diubahkan bentuknya Bergantung pada alat kegunaan Oh! Macam-macam ada *Oh tenaga! Ada banyak bentuknya Oh tenaga! Elektrik ada suis dan wayar Oh tenaga! Bergerak tu kinetik Yang panas itu haba Yang terang tu cahaya Tenaga imia dalam empat bahan Dalam makanan juga biojisim Dalam bahan api dan bahan bakar Sel kering dan bateri Oh! Ada tenaga keupayaan Objek yang ada di tempat yang tinggi Atau objek yang sedang diregangkan Ataupun dimampatkan Oh tenaga! Nuklear dari uranium Oh tenaga! Suria daripada Mentari Akhir sekali ada tenaga bunyi Ada pada semua yang keluarkan bunyi Ulang ** Senarai ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa sekiranya penulis terjumpa sesiapa guru Sains dedikasi yang telah menghasilkan lagu parodi untuk unit yang sama. Sekiranya cikgu-cikgu terjumpa lagu parodi bagi unit yang sama tetapi tidak sempat dikemaskini oleh penulis, maka sudi-sudilah tinggalkan komen pada ruangan bawah supaya cikgu-cikgu lain tahu dan mendengarnya. Sekian, terima kasih.
0 Comments
|
Mengenai PenulisSeorang guru Sains sekolah rendah yang kini mengajar di SK Kampung Senau, Dalat, Sarawak. Archives
June 2020
Categories |