Chang Tun Kuet
  • Mengenai Penulis
  • Sains Tahun 3 (KSSR Semakan)
    • Unit 1 Kemahiran Saintifik
    • Unit 2 Peraturan Bilik Sains
    • Unit 3 Manusia
    • Unit 4 Haiwan
    • Unit 5 Tumbuh-Tumbuhan
    • Unit 6 Pengukuran
    • Unit 7 Ketumpatan
    • Unit 8 Asid dan Alkali
    • Unit 9 Sistem Suria
    • Unit 10 Mesin Ringkas
    • Magnet (DST T3)
    • Penyerapan (DST T3)
    • Tanah (DST T3)
  • Sains Tahun 4 (Semakan 2017)
    • Unit 1: Kemahiran Saintifik
    • Unit 2: Manusia
    • Unit 3: Haiwan
    • Unit 4: Tumbuhan
    • Unit 5: Sifat Cahaya
    • Unit 6: Bunyi
    • Unit 7: Tenaga
    • Unit 8: Bahan
    • Unit 9: Bumi
    • Unit 10: Mesin
  • SAINS TAHUN 5 (SEMAKAN)
    • UNIT 1: KEMAHIRAN SAINTIFIK
    • UNIT 2: MANUSIA
    • UNIT 3: HAIWAN
    • UNIT 4: TUMBUH-TUMBUHAN
    • UNIT 5: ELEKTRIK
    • UNIT 6: HABA
    • UNIT 7: PENGARATAN
    • UNIT 8: JIRIM
    • UNIT 9: FASA BULAN DAN BURUJ
    • UNIT 10: MESIN
  • SAINS TAHUN 6 (SEMAKAN)
    • UNIT 1: KEMAHIRAN SAINTIFIK
    • UNIT 2: MANUSIA
    • UNIT 3: MIKROORGANISMA
    • UNIT 4: INTERAKSI ANTARA HIDUPAN
    • UNIT 5: PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN
    • UNIT 6: DAYA
    • UNIT 7: KELAJUAN
    • UNIT 8: TEKNOLOGI PENGAWETAN MAKANAN
    • UNIT 9: BAHAN BUANGAN
    • UNIT 10: GERHANA
    • UNIT 11: GALAKSI
    • UNIT 12: KESTABILAN DAN KEKUATAN
    • UNIT 13: TEKNOLOGI
  • Sains Tahun 4
    • Unit 1: Kemahiran Saintifik
    • Unit 2: Peraturan Bilik Sains
    • Unit 3: Proses Hidup Manusia
    • Unit 4: Proses Hidup Haiwan
    • Unit 5: Proses Hidup Tumbuhan
    • Unit 6: Pengukuran
    • Unit 7: Sifat Bahan
    • Unit 8: Pengaratan
    • Unit 9: Sistem Suria
    • Unit 10: Teknologi
  • Sains Tahun 5
    • Unit 1: Kemahiran Saintifik
    • Unit 2: Peraturan Bilik Sains
    • Unit 3: Proses Hidup Haiwan
    • Unit 4: Proses Hidup Tumbuhan
    • Unit 5: Tenaga
    • Unit 6: Sifat Cahaya
    • Unit 7: Elektrik
    • Unit 8: Haba
    • Unit 9: Jirim
    • Unit 10: Asid dan Alkali
    • Unit 11: Bumi, Bulan dan Matahari
    • Unit 12: Teknologi
  • Sains Tahun 6
    • Unit 1: Kemahiran Saintifik
    • Unit 2: Peraturan Bilik Sains
    • Unit 3: Mikroorganisma
    • Unit 4: Interaksi Antara Hidupan
    • Unit 5: Pemeliharaan dan Pemuliharaan
    • Unit 6: Daya
    • Unit 7: Kelajuan
    • Unit 8: Pengawetan Makanan
    • Unit 9: Bahan Buangan
    • Unit 10: Gerhana
    • Unit 11: Buruj
    • Unit 12: Mesin
    • Soalan Berkemahiran
  • Galeri Aktiviti Semasa
  • Penulisan dan Laporan Amali
  • Pautan Rakan Seperjuangan
  • Hubungi Saya
  • Mengenai Penulis
  • Sains Tahun 3 (KSSR Semakan)
    • Unit 1 Kemahiran Saintifik
    • Unit 2 Peraturan Bilik Sains
    • Unit 3 Manusia
    • Unit 4 Haiwan
    • Unit 5 Tumbuh-Tumbuhan
    • Unit 6 Pengukuran
    • Unit 7 Ketumpatan
    • Unit 8 Asid dan Alkali
    • Unit 9 Sistem Suria
    • Unit 10 Mesin Ringkas
    • Magnet (DST T3)
    • Penyerapan (DST T3)
    • Tanah (DST T3)
  • Sains Tahun 4 (Semakan 2017)
    • Unit 1: Kemahiran Saintifik
    • Unit 2: Manusia
    • Unit 3: Haiwan
    • Unit 4: Tumbuhan
    • Unit 5: Sifat Cahaya
    • Unit 6: Bunyi
    • Unit 7: Tenaga
    • Unit 8: Bahan
    • Unit 9: Bumi
    • Unit 10: Mesin
  • SAINS TAHUN 5 (SEMAKAN)
    • UNIT 1: KEMAHIRAN SAINTIFIK
    • UNIT 2: MANUSIA
    • UNIT 3: HAIWAN
    • UNIT 4: TUMBUH-TUMBUHAN
    • UNIT 5: ELEKTRIK
    • UNIT 6: HABA
    • UNIT 7: PENGARATAN
    • UNIT 8: JIRIM
    • UNIT 9: FASA BULAN DAN BURUJ
    • UNIT 10: MESIN
  • SAINS TAHUN 6 (SEMAKAN)
    • UNIT 1: KEMAHIRAN SAINTIFIK
    • UNIT 2: MANUSIA
    • UNIT 3: MIKROORGANISMA
    • UNIT 4: INTERAKSI ANTARA HIDUPAN
    • UNIT 5: PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN
    • UNIT 6: DAYA
    • UNIT 7: KELAJUAN
    • UNIT 8: TEKNOLOGI PENGAWETAN MAKANAN
    • UNIT 9: BAHAN BUANGAN
    • UNIT 10: GERHANA
    • UNIT 11: GALAKSI
    • UNIT 12: KESTABILAN DAN KEKUATAN
    • UNIT 13: TEKNOLOGI
  • Sains Tahun 4
    • Unit 1: Kemahiran Saintifik
    • Unit 2: Peraturan Bilik Sains
    • Unit 3: Proses Hidup Manusia
    • Unit 4: Proses Hidup Haiwan
    • Unit 5: Proses Hidup Tumbuhan
    • Unit 6: Pengukuran
    • Unit 7: Sifat Bahan
    • Unit 8: Pengaratan
    • Unit 9: Sistem Suria
    • Unit 10: Teknologi
  • Sains Tahun 5
    • Unit 1: Kemahiran Saintifik
    • Unit 2: Peraturan Bilik Sains
    • Unit 3: Proses Hidup Haiwan
    • Unit 4: Proses Hidup Tumbuhan
    • Unit 5: Tenaga
    • Unit 6: Sifat Cahaya
    • Unit 7: Elektrik
    • Unit 8: Haba
    • Unit 9: Jirim
    • Unit 10: Asid dan Alkali
    • Unit 11: Bumi, Bulan dan Matahari
    • Unit 12: Teknologi
  • Sains Tahun 6
    • Unit 1: Kemahiran Saintifik
    • Unit 2: Peraturan Bilik Sains
    • Unit 3: Mikroorganisma
    • Unit 4: Interaksi Antara Hidupan
    • Unit 5: Pemeliharaan dan Pemuliharaan
    • Unit 6: Daya
    • Unit 7: Kelajuan
    • Unit 8: Pengawetan Makanan
    • Unit 9: Bahan Buangan
    • Unit 10: Gerhana
    • Unit 11: Buruj
    • Unit 12: Mesin
    • Soalan Berkemahiran
  • Galeri Aktiviti Semasa
  • Penulisan dan Laporan Amali
  • Pautan Rakan Seperjuangan
  • Hubungi Saya

unit 5: proses hidup tumbuhan

video pdpc sains tahun 4 unit 5: proses hidup tumbuhan

11/6/2019

0 Comments

 
Salam sejahtera dan salam perpaduan Sains KKSR. Berikut disertakan beberapa video PdPc bagi Sains Tahun 4 Unit 5: Proses Hidup Tumbuhan yang mengandungi 4 video:
​
  1. Gerak Balas Tumbuhan Terhadap Rangsangan
  2. Fotosintesis - Apakah yang Diperlukan
  3. Hasil Fotosintesis
  4. Fotosintesis dan Organisma Lain

Video-video ini dibangunkan oleh Learning Port Interactive yang boleh didapati pada laman Youtube.

​Selamat belajar! ​
0 Comments

Lagu Parodi Sains Tahun 4 Unit 5: Proses Hidup Tumbuhan

5/2/2018

1 Comment

 
Salam sejahtera dan Selamat belajar Sains. 

Umumnya, kaedah nyanyian merupakan salah satu cara yang popular untuk mempelajari Sains, terutamanya dalam kalangan murid sekolah rendah. Oleh itu, tidak hairanlah jikalau semakin banyak lagu parodi Sains telah dihasilkan oleh guru-guru Sains yang dedikasi dan berbakat untuk menggalakkan anak muridnya untuk membaca dan menyanyikan lagu Sains. Tindakan ini juga diharapkan dapat memupuk dan meningkatkan minat murid-murid dalam mata pelajaran Sains. 

Oleh itu, pada kali ini, penulis ingin mengongsikan beberapa lagu parodi Sains yang berkaitan dengan Sains Tahun 4 Unit 5: Proses Hidup Tumbuhan.

Penulis ingin menegaskan di sini bahawa lagu-lagu berikut bukanlah dihasilkan oleh penulis, tetapi oleh guru-guru seperti pada kredit di bawah. Penulis hanyalah mengumpul dan mengepos semula untuk memudahkan guru-guru atau murid-murid untuk mencari dan mengulang kaji pelajaran. Selamat menyanyi!
​

Lagu 1: Pemalu Si Pemalu oleh Cikgu Halina

Sains Tahun 4
Unit 5: Proses Hidup Tumbuhan

Tajuk Unit: Tumbuhan bergerak balas terhadap rangsangan
Tajuk Lagu: Pemalu Si Pemalu
Melodi: Tetamu (Didi and Friends)
Lirik: Cikgu Halina

 
Hai kawan mari kita
Belajar Sains
Gerak balas tumbuhan
Pada rangsangan
 
Hai akar akan gerak
Pada gravity
Juga carilah air
Di dalam tanah
 
Hai pucuk akan cari
Cahaya matahari
Daun dan bunga juga
Cari cahaya
 
Semalu akan kuncup
Bila disentuh
Dia bergerak balas
Pada sentuhan
 
Hai kawan-kawan semua
Rajin semua
Rajin belajar
Baca dan nyanyi sama dengan Cikgu Chang

Picture

Lagu 2: Fotosintesis oleh Cikgu Halina

​Sains Tahun 4
Unit 5: Proses Hidup Tumbuhan
Tajuk Unit: Fotosintesis
Tajuk Lagu: Ku yang Hijau
Melodi: Aku Yang Dulu Bukanlah Sekarang
Lirik: Cikgu Halina

 
Ku yang hijau dipanggil klorofil
Diguna untuk membuatlah makanan
Foto.. Foto.. Foto.. Fotosintesis
Itulah nama prosesnya
 
Karbon dioksida lalu liang halus (hey)
Cahaya juga aku memerlukannya
Air juga akan diserap akar
Barulah lengkap semua bahannya
 
*Pabila siap oksigen yang terhasil
Kanju juga hasil dari Fotosintesis
Marilah sama-sama kita ingatkan
Tumbuhan buat makanannya
 
Tumbuhan juga akan bergerak balas
Akarku mencari air dan gravity
Pucuk batang dan daunku pula
Pasti akan mencari cahaya…
 
Ulang *

Picture

Lagu 3: Fotosintesis oleh Cikgu Aziah

​Sains Tahun 4
Unit 5: Proses Hidup Tumbuhan
Tajuk Unit: Fotosintesis
Tajuk Lagu: Fotosintesis
Melodi: Ku Hanya Sayang padamu (Aiman Tino)
Lirik: Cikgu Sharifah Aziah

 
Mungkin kali ini bicara tumbuhan
Fotosintesis
Pasti kali ini aku perdengarkan
Proses hidupku
 
Memang aku tidak boleh
Bergerak untuk mencari makanan
Tetapi aku boleh membuat makanan sendiri
 
Ada ada pigmen hijau
Yang berfungsi untuk menyerap cahaya
Itu klorofil pada tumbuhan
Yang berdaun hijau
 
Aku juga memerlukan air
Karbon dioksida, cahaya matahari
 
Hasilnya kanji dan oksigen
Kanji tu makanan
Oksigen ‘tuk bernafas
Untuk hidupan
 
Aku simpan kanji itu
Di dalam lima bahagian tubuhku
Dalam buahku, batang daunku
Biji dan akarku
 
Apa jadi sekiranya
Fotosintesis ini tidak berlaku
Nanti hidupan tiada makanan
Dan mati semua
 
Aku juga memerlukan air
Karbon dioksida, cahaya matahari
 
Hasilnya kanji dan oksigen
Kanji itu makanan
Oksigen ‘tuk bernafas
Untuk hidupan
Oh Fotosintesis X2

Picture

Lagu 4: Rangsangan Tumbuhan oleh Cikgu Chang

 SongSains Tahun 4
Unit 5: Proses Hidup Tumbuhan

Tajuk Unit: Tumbuhan bergerak balas terhadap rangsangan
Tajuk Lagu: Rangsangan Tumbuhan 
Melodi: My Bonnie 
Lirik: Cikgu Chang


Ada empat jenis rangsangan,
Tumbuhan bergerak balas;
Graviti, cahaya, sentuhan,
Jangan lupa juga air.
​
Pucuk daun bunga gerak balas cahaya;
Daun gerak balas dengan sentuhan;
Akar bergerak balas terhadap graviti;
Akar bergerak balas dengan air.

Lagu 5: Fotosintesis oleh Cikgu Chang

​Sains Tahun 4
Unit 5: Proses Hidup Tumbuhan
Tajuk Unit: Fotosintesis
Tajuk Lagu: Fotosintesis
Melodi: Chan Mali Chan
Lirik: Cikgu Chang


Tiga keperluan asas tumbuhan;
udara oksigen, air serta cahaya.
Fotosintesis ialah satu proses;
​tumbuhan membuat makanan sendiri.
Chan Mali Chan X3, Ketipung Payung.

Proses fotosintesis perlu air;
karbon dioksida, klorofil dan cahaya.
Fotosistesis akan menghasilkan;
​oksigen dan kanji untuk jadi makanan.
Chan Mali Chan X3, Ketipung Payung.


Senarai ini akan dikemaskini sekiranya penulis terjumpa sesiapa guru Sains dedikasi yang telah menghasilkan lagu parodi untuk unit yang sama.

Sekiranya cikgu-cikgu terjumpa lagu parodi bagi unit yang sama tetapi tidak sempat dikemaskini oleh penulis, maka sudi-sudilah tinggalkan komen pada ruangan bawah supaya cikgu-cikgu lain tahu dan mendengarnya. 

Sekian, terima kasih. 
​​
1 Comment

RPH Sains Tahun 4 Unit 5: Proses Hidup Tumbuhan

5/30/2017

0 Comments

 
Salam perpaduan Sains KSSR. Berikut disertakan cadangan rancangan pengajaran harian (RPH) bagi Sains Tahun 4 Unit 5: Proses Hidup Tumbuhan dalam bentuk PDF untuk perkongsian idea dalam kalangan guru. Semoga guru mendapat manfaat dan perbincangan bersama. 
rph_sn_t4_u5.pdf
File Size: 539 kb
File Type: pdf
Download File

Sekiranya cikgu-cikgu ingin mendapatkan RPH unit ini dalam bentuk words, sudi-sudilah tinggalkan komen dan email untuk urusan seterusnya. ​Terima kasih. ​​​
​

- KEMAS KINI -

Memandangkan semakin banyak cikgu yang meminta RPH unit ini dalam bentuk words dan penulis tidak mampu untuk membalas satu per satu, maka di sini disertakan RPH bagi Unit ini dalam bentuk words. 

Untuk mengelakkan font dan margin terlari, cikgu-cikgu juga diminta untuk memuat turun dan memasang font yang digunakan, iaitu  font Blokletters Viltstift. (Ini juga merupakan salah satu sebab mengapa penulis tidak memuat naik rph words pada asalnya). 

Sekiranya cikgu-cikgu memuat turunnya, maka mohon agar meninggalkan komen sekurang-kurangnya ucapan terima kasih pada ruangan di bawah. Terima kasih. 
​
blokletters-viltstift.ttf
File Size: 87 kb
File Type: ttf
Download File

sn_t4_u5_rph.docx
File Size: 676 kb
File Type: docx
Download File

0 Comments

Video Pengajaran Sains Tahun 4 Unit 5: Proses Hidup Tumbuhan

5/29/2017

0 Comments

 
Salam perpaduan Sains KSSR. Berikut disertakan beberapa video mengenai pengajaran Tahun 4 Unit 5: Proses Hidup Tumbuhan yang mengandungi dua bahagian: Gerak balas tumbuhan dan fotosintesis. Video ini dibangunkan oleh EduNation Malaysia yang boleh didapati pada laman Youtube. Selamat belajar! 
0 Comments

Nota Sains Tahun 4 Unit 5: Proses Hidup Tumbuhan

4/10/2017

23 Comments

 
(A) Gerak Balas Tumbuhan
  1. Tumbuhan bergerak balas terhadap 4 jenis rangsangan, iaitu cahaya Matahari, air, graviti dan sentuhan.
  2. Bahagian tumbuhan yang bergerak balas terhadap rangsangan ialah akar, pucuk, daun dan bunga.
  3. Bahagian tumbuhan akan bergerak sama ada ke arah atau menjauhi rangsangan. 
Picture
 
(B) Fotosintesis
  1. Fotosintesis ialah proses tumbuhan membuat makanan sendiri.
  2. Proses fotosintesis memerlukan cahaya Matahari, karbon dioksida, air dan klorofil. 
Picture
 
(C) Hasil Fotosintesis
  1. Tumbuhan menggunakan tenaga daripada matahari untuk menukar air dan karbon dioksida kepada kanji dan oksigen.
  2. Kanji membekalkan tenaga kepada tumbuhan untuk pertumbuhan, pengeluaran bunga, buah dan biji benih.
  3. Oksigen dibebaskan ke persekitaran melalui liang halus pada daun.
  4. Rumus fotosintesis:
Picture
​
(D)Fotosintesis dan Hidupan Lain
  1. Tumbuhan membebaskan oksigen kepada manusia dan haiwan bernafas.
  2. Tumbuhan membekalkan sumber makanan kepada manusia dan haiwan. 
Picture

​Rujukan: 

Badan Pembangunan Kurikulum. (2013). Kurikulum Standard Sekolah Rendah: Dokumen Standard Kurikulum Dan Pentaksiran Sains Tahun 4. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Sopia binti Md. Yassin, Asselawati Binti Md. Shah & Amir Hamzah Bin Suleiman. (2013). Sains Tahun 4 Sekolah Kebangsaan. Selangor Darul Ehsan: Dewan Bahasa dan Pustaka.

23 Comments

    Mengenai Penulis

    Seorang guru Sains sekolah rendah yang kini mengajar di SK Kampung Senau, Dalat, Sarawak.

    Archives

    November 2019
    May 2018
    May 2017
    April 2017

    Categories

    All
    Sains Hayat
    Sains Tahun 4

    RSS Feed

Powered by Create your own unique website with customizable templates.