Salam sejahtera dan Selamat belajar Sains. Umumnya, kaedah nyanyian merupakan salah satu cara yang popular untuk mempelajari Sains, terutamanya dalam kalangan murid sekolah rendah. Oleh itu, tidak hairanlah jikalau semakin banyak lagu parodi Sains telah dihasilkan oleh guru-guru Sains yang dedikasi dan berbakat untuk menggalakkan anak muridnya untuk membaca dan menyanyikan lagu Sains. Tindakan ini juga diharapkan dapat memupuk dan meningkatkan minat murid-murid dalam mata pelajaran Sains. Oleh itu, pada kali ini, penulis ingin mengongsikan beberapa lagu parodi Sains yang berkaitan dengan Sains Tahun 6 Unit 5: Pemeliharaan dan Pemuliharaan. Penulis ingin menegaskan di sini bahawa lagu-lagu berikut bukanlah dihasilkan oleh penulis, tetapi oleh guru-guru seperti pada kredit di bawah. Penulis hanyalah mengumpul dan mengepos semula untuk memudahkan guru-guru atau murid-murid untuk mencari dan mengulang kaji pelajaran. Selamat menyanyi! Lagu 1: Pemeliharaan dan Pemuliharaan oleh Cikgu AziahSains Tahun 6 Unit 5: Pemeliharaan dan Pemuliharaan Tajuk Lagu: Pemeliharaan dan Pemuliharaan Melodi: Jampi (Hael Hussaini) Lirik: Cikgu Sharifah Aziah Kulihat sekelilingku Ada hidupan makin berkurang Ada yang dah kepupusan Apa jadi jika dibiarkan Apakah yang berlaku Faktor ancaman itu Yang boleh jadi begitu *Dan bila manusia meneroka hutan Semua haiwan tumbuhan hilang habitat Memburu dan lakukan pembalakan haram Membuang sampah dan bahan yang mencemarkan Sob Sob Sob aku menangis Mesti cari penyelesaian Oh pemeliharaan Kekalkan keadaan Seperti yang asal Mendidik masyarakat pupuk kesedaran Elakkan membeli barangan kulit haiwan Wartakan haiwan terlindung dan hutan simpan Kuatkuasa undang akta hidupan liar Oh pemuliharaan Mengembalikan bilangan hidupan kepada asal Boleh perbanyakkan pusat pemuliharaan Tanam semula pokok Ulang * Senarai ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa sekiranya penulis terjumpa sesiapa guru Sains dedikasi yang telah menghasilkan lagu parodi untuk unit yang sama. Sekiranya cikgu-cikgu terjumpa lagu parodi bagi unit yang sama tetapi tidak sempat dikemaskini oleh penulis, maka sudi-sudilah tinggalkan komen pada ruangan bawah supaya cikgu-cikgu lain tahu dan mendengarnya. Sekian, terima kasih.
0 Comments
Leave a Reply. |
Mengenai PenulisSeorang guru Sains sekolah rendah yang kini mengajar di SK Kampung Senau, Dalat, Sarawak. Archives
June 2020
Categories |