Salam perpaduan dan salam belajar Sains. Kuiz ini dihasilkan menggunakan Google Forms untuk menguji kefahaman Sains Tahun 6 Unit 5: Pemeliharaan dan Pemuliharaan. Sumber daripada pelbagai buku rujukan dengan pengubahsuaian. 20 soalan berserta dengan ulasan feedback sekiranya menjawab salah. Sijil penyertaan akan diberikan kepada murid yang berjaya menjawab betul 70% markah dan ke atas. Sila klik pautan ini: https://forms.gle/NrPrLeyQAaz8pouVA Boleh kongsikan keputusan anda di sini juga.. Selamat menjawab dan semoga berjaya!!
1 Comment
Salam sejahtera dan salam perpaduan Sains KKSR. Berikut disertakan beberapa video PdPc bagi Sains Tahun 6 Unit 5: Pemeliharaan dan Pemuliharaan yang mengandungi 2 video:
Video ini dibangunkan oleh Learning Port Interactive yang boleh didapati pada laman Youtube. Selamat belajar! Salam sejahtera dan Selamat belajar Sains. Umumnya, kaedah nyanyian merupakan salah satu cara yang popular untuk mempelajari Sains, terutamanya dalam kalangan murid sekolah rendah. Oleh itu, tidak hairanlah jikalau semakin banyak lagu parodi Sains telah dihasilkan oleh guru-guru Sains yang dedikasi dan berbakat untuk menggalakkan anak muridnya untuk membaca dan menyanyikan lagu Sains. Tindakan ini juga diharapkan dapat memupuk dan meningkatkan minat murid-murid dalam mata pelajaran Sains. Oleh itu, pada kali ini, penulis ingin mengongsikan beberapa lagu parodi Sains yang berkaitan dengan Sains Tahun 6 Unit 5: Pemeliharaan dan Pemuliharaan. Penulis ingin menegaskan di sini bahawa lagu-lagu berikut bukanlah dihasilkan oleh penulis, tetapi oleh guru-guru seperti pada kredit di bawah. Penulis hanyalah mengumpul dan mengepos semula untuk memudahkan guru-guru atau murid-murid untuk mencari dan mengulang kaji pelajaran. Selamat menyanyi! Lagu 1: Pemeliharaan dan Pemuliharaan oleh Cikgu AziahSains Tahun 6 Unit 5: Pemeliharaan dan Pemuliharaan Tajuk Lagu: Pemeliharaan dan Pemuliharaan Melodi: Jampi (Hael Hussaini) Lirik: Cikgu Sharifah Aziah Kulihat sekelilingku Ada hidupan makin berkurang Ada yang dah kepupusan Apa jadi jika dibiarkan Apakah yang berlaku Faktor ancaman itu Yang boleh jadi begitu *Dan bila manusia meneroka hutan Semua haiwan tumbuhan hilang habitat Memburu dan lakukan pembalakan haram Membuang sampah dan bahan yang mencemarkan Sob Sob Sob aku menangis Mesti cari penyelesaian Oh pemeliharaan Kekalkan keadaan Seperti yang asal Mendidik masyarakat pupuk kesedaran Elakkan membeli barangan kulit haiwan Wartakan haiwan terlindung dan hutan simpan Kuatkuasa undang akta hidupan liar Oh pemuliharaan Mengembalikan bilangan hidupan kepada asal Boleh perbanyakkan pusat pemuliharaan Tanam semula pokok Ulang * Senarai ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa sekiranya penulis terjumpa sesiapa guru Sains dedikasi yang telah menghasilkan lagu parodi untuk unit yang sama. Sekiranya cikgu-cikgu terjumpa lagu parodi bagi unit yang sama tetapi tidak sempat dikemaskini oleh penulis, maka sudi-sudilah tinggalkan komen pada ruangan bawah supaya cikgu-cikgu lain tahu dan mendengarnya. Sekian, terima kasih. Salam perpaduan Sains KSSR. Berikut disertakan cadangan rancangan pengajaran harian (RPH) bagi Sains Tahun 6 Unit 5: Pemeliharaan dan Pemuliharaan dalam bentuk PDF untuk perkongsian idea dalam kalangan guru. Semoga guru mendapat manfaat dan perbincangan bersama. ![]()
Sekiranya cikgu-cikgu ingin mendapatkan RPH unit ini dalam bentuk words, sudi-sudilah tinggalkan komen dan email untuk urusan seterusnya. Terima kasih. - KEMAS KINI -Memandangkan semakin banyak cikgu yang meminta RPH unit ini dalam bentuk words dan penulis tidak mampu untuk membalas satu per satu, maka di sini disertakan RPH bagi Unit ini dalam bentuk words. Untuk mengelakkan font dan margin terlari, cikgu-cikgu juga diminta untuk memuat turun dan memasang font yang digunakan, iaitu font Blokletters Viltstift. (Ini juga merupakan salah satu sebab mengapa penulis tidak memuat naik rph words pada asalnya). Sekiranya cikgu-cikgu memuat turunnya, maka mohon agar meninggalkan komen sekurang-kurangnya ucapan terima kasih pada ruangan di bawah. Terima kasih.
Salam perpaduan Sains KSSR. Berikut disertakan beberapa video mengenai pengajaran Tahun 6 Unit 5: Pemeliharaan dan Pemuliharaan yang mengandungi 2 video:
Selamat belajar! (A) Kepupusan Haiwan
(B) Diancam Kepupusan
(C) Aktiviti yang mengancam Haiwan dan Tumbuhan
(D) Pemeliharaan dan Pemuliharaan Haiwan dan Tumbuhan
Rujukan: Badan Pembangunan Kurikulum. (2015). Kurikulum Standard Sekolah Rendah: Dokumen Standard Kurikulum Dan Pentaksiran Sains Tahun 6. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia. Suwaibatullaslamiah binti Jalaludin, Jong, Tze Kian & Mohd Ramadhan bin Anwar. (2015). Sains Tahun 6 Sekolah Kebangsaan. Selangor Darul Ehsan: Dewan Bahasa dan Pustaka. |
Mengenai PenulisSeorang guru Sains sekolah rendah yang kini mengajar di SK Kampung Senau, Dalat, Sarawak. Archives
June 2020
Categories |