Chang Tun Kuet
  • Mengenai Penulis
  • Sains Tahun 3 (KSSR Semakan)
    • Unit 1 Kemahiran Saintifik
    • Unit 2 Peraturan Bilik Sains
    • Unit 3 Manusia
    • Unit 4 Haiwan
    • Unit 5 Tumbuh-Tumbuhan
    • Unit 6 Pengukuran
    • Unit 7 Ketumpatan
    • Unit 8 Asid dan Alkali
    • Unit 9 Sistem Suria
    • Unit 10 Mesin Ringkas
    • Magnet (DST T3)
    • Penyerapan (DST T3)
    • Tanah (DST T3)
  • Sains Tahun 4 (Semakan 2017)
    • Unit 1: Kemahiran Saintifik
    • Unit 2: Manusia
    • Unit 3: Haiwan
    • Unit 4: Tumbuhan
    • Unit 5: Sifat Cahaya
    • Unit 6: Bunyi
    • Unit 7: Tenaga
    • Unit 8: Bahan
    • Unit 9: Bumi
    • Unit 10: Mesin
  • SAINS TAHUN 5 (SEMAKAN)
    • UNIT 1: KEMAHIRAN SAINTIFIK
    • UNIT 2: MANUSIA
    • UNIT 3: HAIWAN
    • UNIT 4: TUMBUH-TUMBUHAN
    • UNIT 5: ELEKTRIK
    • UNIT 6: HABA
    • UNIT 7: PENGARATAN
    • UNIT 8: JIRIM
    • UNIT 9: FASA BULAN DAN BURUJ
    • UNIT 10: MESIN
  • SAINS TAHUN 6 (SEMAKAN)
    • UNIT 1: KEMAHIRAN SAINTIFIK
    • UNIT 2: MANUSIA
    • UNIT 3: MIKROORGANISMA
    • UNIT 4: INTERAKSI ANTARA HIDUPAN
    • UNIT 5: PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN
    • UNIT 6: DAYA
    • UNIT 7: KELAJUAN
    • UNIT 8: TEKNOLOGI PENGAWETAN MAKANAN
    • UNIT 9: BAHAN BUANGAN
    • UNIT 10: GERHANA
    • UNIT 11: GALAKSI
    • UNIT 12: KESTABILAN DAN KEKUATAN
    • UNIT 13: TEKNOLOGI
  • Sains Tahun 4
    • Unit 1: Kemahiran Saintifik
    • Unit 2: Peraturan Bilik Sains
    • Unit 3: Proses Hidup Manusia
    • Unit 4: Proses Hidup Haiwan
    • Unit 5: Proses Hidup Tumbuhan
    • Unit 6: Pengukuran
    • Unit 7: Sifat Bahan
    • Unit 8: Pengaratan
    • Unit 9: Sistem Suria
    • Unit 10: Teknologi
  • Sains Tahun 5
    • Unit 1: Kemahiran Saintifik
    • Unit 2: Peraturan Bilik Sains
    • Unit 3: Proses Hidup Haiwan
    • Unit 4: Proses Hidup Tumbuhan
    • Unit 5: Tenaga
    • Unit 6: Sifat Cahaya
    • Unit 7: Elektrik
    • Unit 8: Haba
    • Unit 9: Jirim
    • Unit 10: Asid dan Alkali
    • Unit 11: Bumi, Bulan dan Matahari
    • Unit 12: Teknologi
  • Sains Tahun 6
    • Unit 1: Kemahiran Saintifik
    • Unit 2: Peraturan Bilik Sains
    • Unit 3: Mikroorganisma
    • Unit 4: Interaksi Antara Hidupan
    • Unit 5: Pemeliharaan dan Pemuliharaan
    • Unit 6: Daya
    • Unit 7: Kelajuan
    • Unit 8: Pengawetan Makanan
    • Unit 9: Bahan Buangan
    • Unit 10: Gerhana
    • Unit 11: Buruj
    • Unit 12: Mesin
    • Soalan Berkemahiran
  • Galeri Aktiviti Semasa
  • Penulisan dan Laporan Amali
  • Pautan Rakan Seperjuangan
  • Hubungi Saya
  • Mengenai Penulis
  • Sains Tahun 3 (KSSR Semakan)
    • Unit 1 Kemahiran Saintifik
    • Unit 2 Peraturan Bilik Sains
    • Unit 3 Manusia
    • Unit 4 Haiwan
    • Unit 5 Tumbuh-Tumbuhan
    • Unit 6 Pengukuran
    • Unit 7 Ketumpatan
    • Unit 8 Asid dan Alkali
    • Unit 9 Sistem Suria
    • Unit 10 Mesin Ringkas
    • Magnet (DST T3)
    • Penyerapan (DST T3)
    • Tanah (DST T3)
  • Sains Tahun 4 (Semakan 2017)
    • Unit 1: Kemahiran Saintifik
    • Unit 2: Manusia
    • Unit 3: Haiwan
    • Unit 4: Tumbuhan
    • Unit 5: Sifat Cahaya
    • Unit 6: Bunyi
    • Unit 7: Tenaga
    • Unit 8: Bahan
    • Unit 9: Bumi
    • Unit 10: Mesin
  • SAINS TAHUN 5 (SEMAKAN)
    • UNIT 1: KEMAHIRAN SAINTIFIK
    • UNIT 2: MANUSIA
    • UNIT 3: HAIWAN
    • UNIT 4: TUMBUH-TUMBUHAN
    • UNIT 5: ELEKTRIK
    • UNIT 6: HABA
    • UNIT 7: PENGARATAN
    • UNIT 8: JIRIM
    • UNIT 9: FASA BULAN DAN BURUJ
    • UNIT 10: MESIN
  • SAINS TAHUN 6 (SEMAKAN)
    • UNIT 1: KEMAHIRAN SAINTIFIK
    • UNIT 2: MANUSIA
    • UNIT 3: MIKROORGANISMA
    • UNIT 4: INTERAKSI ANTARA HIDUPAN
    • UNIT 5: PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN
    • UNIT 6: DAYA
    • UNIT 7: KELAJUAN
    • UNIT 8: TEKNOLOGI PENGAWETAN MAKANAN
    • UNIT 9: BAHAN BUANGAN
    • UNIT 10: GERHANA
    • UNIT 11: GALAKSI
    • UNIT 12: KESTABILAN DAN KEKUATAN
    • UNIT 13: TEKNOLOGI
  • Sains Tahun 4
    • Unit 1: Kemahiran Saintifik
    • Unit 2: Peraturan Bilik Sains
    • Unit 3: Proses Hidup Manusia
    • Unit 4: Proses Hidup Haiwan
    • Unit 5: Proses Hidup Tumbuhan
    • Unit 6: Pengukuran
    • Unit 7: Sifat Bahan
    • Unit 8: Pengaratan
    • Unit 9: Sistem Suria
    • Unit 10: Teknologi
  • Sains Tahun 5
    • Unit 1: Kemahiran Saintifik
    • Unit 2: Peraturan Bilik Sains
    • Unit 3: Proses Hidup Haiwan
    • Unit 4: Proses Hidup Tumbuhan
    • Unit 5: Tenaga
    • Unit 6: Sifat Cahaya
    • Unit 7: Elektrik
    • Unit 8: Haba
    • Unit 9: Jirim
    • Unit 10: Asid dan Alkali
    • Unit 11: Bumi, Bulan dan Matahari
    • Unit 12: Teknologi
  • Sains Tahun 6
    • Unit 1: Kemahiran Saintifik
    • Unit 2: Peraturan Bilik Sains
    • Unit 3: Mikroorganisma
    • Unit 4: Interaksi Antara Hidupan
    • Unit 5: Pemeliharaan dan Pemuliharaan
    • Unit 6: Daya
    • Unit 7: Kelajuan
    • Unit 8: Pengawetan Makanan
    • Unit 9: Bahan Buangan
    • Unit 10: Gerhana
    • Unit 11: Buruj
    • Unit 12: Mesin
    • Soalan Berkemahiran
  • Galeri Aktiviti Semasa
  • Penulisan dan Laporan Amali
  • Pautan Rakan Seperjuangan
  • Hubungi Saya

unit 4: interaksi antara hidupan

KUIZ SAINS TAHUN 6 UNIT 4: INTERAKSI ANTARA HIDUPAN

6/7/2020

2 Comments

 
Picture
Salam perpaduan dan salam belajar Sains. 

Kuiz ini dihasilkan menggunakan Google Forms untuk menguji kefahaman Sains Tahun 6 Unit 4: Interaksi antara Hidupan. 

Sumber daripada pelbagai buku rujukan dengan pengubahsuaian. 

20 soalan berserta dengan ulasan feedback sekiranya menjawab salah. 
​

Sijil penyertaan akan diberikan kepada murid yang berjaya menjawab betul 70% markah dan ke atas. 

​Sila klik pautan ini: 
https://forms.gle/qgHJbf3EU8rkRibr7 

Boleh kongsikan keputusan anda di sini juga..
​Selamat menjawab dan semoga berjaya!!
​

2 Comments

video pdpc sains tahun 6 unit 4: interaksi antara hidupan

11/2/2019

3 Comments

 
Salam sejahtera dan salam perpaduan Sains KKSR. Berikut disertakan beberapa video PdPc bagi Sains Tahun 6 Unit 4: Interaksi Antara Hidupan yang mengandungi 7 video:
​
  1. Intraksi Antara Haiwan
  2. Hidup Berkumpulan
  3. Hidup Bersendirian
  4. Persaingan Antara Haiwan
  5. Simbiosis Antara Haiwan
  6. Faktor Persaingan Antara Tumbuhan
  7. Interaksi Antara Tumbuhan
​
Video ini dibangunkan oleh Learning Port Interactive yang boleh didapati pada laman Youtube.

​Selamat belajar! 
3 Comments

Lagu Parodi Sains Tahun 6 Unit 4: Interaksi antara Hidupan

5/2/2018

0 Comments

 
Salam sejahtera dan Selamat belajar Sains. 

Umumnya, kaedah nyanyian merupakan salah satu cara yang popular untuk mempelajari Sains, terutamanya dalam kalangan murid sekolah rendah. Oleh itu, tidak hairanlah jikalau semakin banyak lagu parodi Sains telah dihasilkan oleh guru-guru Sains yang dedikasi dan berbakat untuk menggalakkan anak muridnya untuk membaca dan menyanyikan lagu Sains. Tindakan ini juga diharapkan dapat memupuk dan meningkatkan minat murid-murid dalam mata pelajaran Sains. 

Oleh itu, pada kali ini, penulis ingin mengongsikan beberapa lagu parodi Sains yang berkaitan dengan Sains Tahun 6 Unit 4: Interaksi antara Hidupan.
​

Penulis ingin menegaskan di sini bahawa lagu-lagu berikut bukanlah dihasilkan oleh penulis, tetapi oleh guru-guru seperti pada kredit di bawah. Penulis hanyalah mengumpul dan mengepos semula untuk memudahkan guru-guru atau murid-murid untuk mencari dan mengulang kaji pelajaran. Selamat menyanyi!

Lagu 1: Interaksi oleh Cikgu Aziah

Sains Tahun 6
Unit 4: Interaksi antara Hidupan
Tajuk Lagu: Interaksi
Melodi: Anak Kampung
Lirik: Cikgu Sharifah Aziah

 
Memang aku ini hidup sendirian
Aku tiada teman
Elak persaingan
Tak kongsi makanan, tak kongsi kawasan
Air dan pasangan
 
Memang aku ini hidup berkumpulan
Mudah cari makan
Ada kelebihan
Mudah bina sarang, jaga keselamatan
Anak dan kawanan
 
Hidup sendirian ada kelemahan
Susah cari makan
Mudah diserang musuh
Nak cari pasangan kena tunggu musim
Hai musim mengawan
 
Hidup berkumpulan banyak persaingan
Kena rebut makan, kena rebut pasangan
Mudah dijangkito penyakit berjangkit
Dan ditangkap musuh
 
Saing sama spesies dipanggil intraspesies
Kalau beza spesies dipanggil interspesies
Persaingan wujud jika keperluan asasnya terhad

Picture

Senarai ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa sekiranya penulis terjumpa sesiapa guru Sains dedikasi yang telah menghasilkan lagu parodi untuk unit yang sama.

Sekiranya cikgu-cikgu terjumpa lagu parodi bagi unit yang sama tetapi tidak sempat dikemaskini oleh penulis, maka sudi-sudilah tinggalkan komen pada ruangan bawah supaya cikgu-cikgu lain tahu dan mendengarnya. 

Sekian, terima kasih. 
​
0 Comments

RPH Sains Tahun 6 Unit 4: Interaksi antara Hidupan

5/30/2017

0 Comments

 
Salam perpaduan Sains KSSR. Berikut disertakan cadangan rancangan pengajaran harian (RPH) bagi Sains Tahun 6 Unit 4: Interaksi antara Hidupan dalam bentuk PDF untuk perkongsian idea dalam kalangan guru. Semoga guru mendapat manfaat dan perbincangan bersama. ​
rph_sn_t6_u4.pdf
File Size: 419 kb
File Type: pdf
Download File

Sekiranya cikgu-cikgu ingin mendapatkan RPH unit ini dalam bentuk words, sudi-sudilah tinggalkan komen dan email untuk urusan seterusnya. ​Terima kasih.
​

​- KEMAS KINI -

Memandangkan semakin banyak cikgu yang meminta RPH unit ini dalam bentuk words dan penulis tidak mampu untuk membalas satu per satu, maka di sini disertakan RPH bagi Unit ini dalam bentuk words. 

Untuk mengelakkan font dan margin terlari, cikgu-cikgu juga diminta untuk memuat turun dan memasang font yang digunakan, iaitu  font Blokletters Viltstift. (Ini juga merupakan salah satu sebab mengapa penulis tidak memuat naik rph words pada asalnya). 

Sekiranya cikgu-cikgu memuat turunnya, maka mohon agar meninggalkan komen sekurang-kurangnya ucapan terima kasih pada ruangan di bawah. Terima kasih. 
​
blokletters-viltstift.ttf
File Size: 87 kb
File Type: ttf
Download File

sn_t6_u4_rph.docx
File Size: 56 kb
File Type: docx
Download File

0 Comments

Video Pengajaran Sains Tahun 6 Unit 4: Interaksi Antara Hidupan

5/29/2017

0 Comments

 
Salam perpaduan Sains KSSR. Berikut disertakan beberapa video mengenai pengajaran Tahun 6 Unit 4: Interaksi Antara Hidupan yang mengandungi 3 video:
  1. Interaksi Antara Hidupan (Bahagian 1) 
  2. Interaksi Antara Hidupan (Bahagian 2)
  3. Interaksi Antara Tumbuhan
Video ini dibangunkan oleh EduNation Malaysia yang boleh didapati pada laman Youtube. 
​Selamat belajar! 
0 Comments

Nota Sains Tahun 6 Unit 4: Interaksi antara Hidupan

4/13/2017

65 Comments

 
(A) Interaksi antara Haiwan
  1. Interaksi ialah perhubungan aktif yang berlaku dalam intraspesies dan interspesies bagi memperoleh keperluan asas.
  2. Intraspesies ialah interaksi antara spesies yang sama.
  3. Interspesies ialah interaksi antara spesies yang berlainan.
  4. Interaksi intraspesies dan interspesies boleh berlaku dalam bentuk kerjasama atau persaingan.
  5. Kerjasama ialah interaksi yang memberi manfaat kepada kedua-dua pihak. Contoh kerjasama: membina sarang (lebah, memerang), mengesan kehadiran pemangsa (Antelop dan babun)
  6. Persaingan ialah satu bentuk interaksi yang berlaku apabila haiwan  berebut sesama mereka untuk mendapatkan sumber yang terhad. Contoh persaingan: Mendapatkan makanan (anak-anak ayam, helang dan ular).
 

(B) Haiwan Hidup Berkumpulan, Kelebihan dan Kekurangan
  1. Sesetengah haiwan hidup bersama-sama dalam kalangan spesiesnya.
  2. Contoh:
    1. Lebah
    2. Anai-anai
    3. Burung bangau
    4. Ikan
    5. Burung layang-layang
    6. Kambing
    7. Singa
    8. Rusa
  3. Kelebihan hidup berkumpulan:
    1. Dapat bekerjasama untuk membuat sarang dan mendapatkan makanan.
    2. Memastikan keselamatan spesiesnya daripada serangan musuh dan melindungi anak-anaknya.
    3. Mengawal kawasannya daripada dicerobohi musuh.
  4. Kekurangan hidup berkumpulan:
    1. Mudah dijangkiti wabak penyakit.
    2. Haiwan yang lemah dalam kumpulan besar akan mengalami kesukaran melarikan diri daripada pemangsa.
    3. Perlu bersaing untuk mendapatkan makanan dan pasangan.
 

(C) Haiwan Hidup Bersendirian, Kelebihan dan Kekurangan
  1. Haiwan yang hidup bersendirian ialah haiwan yang hidup tanpa kawanan.
  2. Contoh:
    1. Burung belatuk
    2. Tapir
    3. Labah-labah
    4. Harimau
    5. Ular Sawa
    6. Tupai
    7. Helang
    8. Beruang
  3. Kelebihan hidup bersendirian:
    1. Mengelakkan persaingan memburu makanan sesama sendiri dan mengatasi masalah sumber makanan yang terhad.
    2. Mengelakkan persaingan untuk mendapatkan pasangan dan kawasan.
  4. Kekurangan hidup bersendirian:
    1. Sukar mempertahankan diri daripada musuh.
    2. Mengalami masalah kesukaran mencari pasangan ketika musim mengawan.
 

(D) Faktor Persaingan Haiwan Intra dan Interspesies
  1. Haiwan intraspesies bersaing untuk mendapatkan:
    1. Makanan
    2. Air
    3. Kawasan
    4. Pasangan
  2. Haiwan inerspesies bersaing untuk mendapatkan:
    1. Makanan
    2. Air
    3. Kawasan


(E) Simbiosis antara Haiwan

  1. Maksud simbiosis: Hubungan antara 2 atau lebih haiwan yang saling hidup bersama.
  2. Terdapat 3 jenis simbiosis: Mutualisme, Komensalisme dan Parasitisme.
  3. Mutualisme
    1. Maksud: Interaksi yang membawa faedah kepada kedua-dua organisma.
    2. Contoh: Buran laut dan umang-umang, buaya dan burung, kerbau dan bangau.
  4. Komensalisme
    1. Maksud: Interaksi yang memberi faedah kepada satu pihak sahaja tanpa menjejaskan pihak yang satu lagi.
    2. Contoh: Ikan remora dan jerung, ikan paus dan teritip.
  5. Parasitisme
    1. Maksud: Interaksi yang memberi faedah kepada satu pihak sahaja dan satu pihak lagi rugi.
    2. Contoh: Cacing pita, kutu sengkenit dan kucing.
 

(F) Faktor Persaingan antara Tumbuhan
  1. Tumbuhan akan bersaing untuk mendapatkan keperluan asas seperti:
    1. Air
    2. Cahaya Matahari
    3. Ruang
    4. Nutrien
  2. Semasa aktiviti, tujuan boleh ditulis sebagai:
    Untuk menyiasat ___________ sebagai faktor yang menyebabkan persaingan antara tumbuhan.
  3. Aktiviti penyiasatan melibatkan faktor persaingan:
    1. Air
      1. Tujuan: Untuk menyiasat hubungan di antara kuantiti air yang direnjis dan ketinggian anak pokok.
      2. Hubungan: Semakin banyak kuantiti air yang direnjis, semakin tinggi anak pokok.
      3. Kesimpulan: Tumbuhan bersaing untuk mendapatkan air. (Atau sama seperti hubungan).
                                                                 ATAU
      4. Tujuan: Untuk menyiasat hubungan di antara jarak anak pokok dari sumber air dan ketinggian anak pokok.
      5. Hubungan: Semakin dekat anak pokok dengan sumber air, semakin bertambah ketinggian anak pokok.
      6. Kesimpulan: Tumbuhan bersaing untuk mendapatkan air. (Atau sama seperti hubungan).
    2. Cahaya Matahari
    3. Ruang
    4. Nutrien
      1. Tujuan: Untuk menyiasat hubungan antara bilangan anak pokok di dalam pasu dan ketinggian anak pokok.
      2. Hubungan: Semakin bertambah bilangan anak pokok di dalam pasu, semakin berkurang ketinggian anak pokok.
      3. Kesimpulan: Tumbuhan bersaing untuk mendapatkan ______________.(Atau sama seperti hubungan).


(G) Jenis Interaksi antara Tumbuhan

  1. Seperti haiwan, tumbuhan juga mempunyai 3 jenis simbiosis, iaitu Mutualisme, Komensalisme dan Parasitisme.
  2. Contoh Mutualisme: Liken (terdiri daripada alga dan kulat).
  3. Contoh Komensalisme: Pokok paku langsuyar menumpang pada batang pokok, orkid liar pada batang pokok, paku tanduk rusa pada batang pokok.
  4. Contoh Parasitisme: Rafflesia, kulat cendawan, pokok dedalu.
  5. Pokok dedalu juga dikenali sebagai tumbuhan semiparasit kerana dedalu menyerap air dan nutrien daripada batang pokok yang ditumpang dan turut membuat makanan sendiri melalui proses fotosintesis. 
​
Picture

​Rujukan: 

Badan Pembangunan Kurikulum. (2015). Kurikulum Standard Sekolah Rendah: Dokumen Standard Kurikulum Dan Pentaksiran Sains Tahun 6. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Suwaibatullaslamiah binti Jalaludin, Jong, Tze Kian & Mohd Ramadhan bin Anwar. (2015). Sains Tahun 6 Sekolah Kebangsaan. Selangor Darul Ehsan: Dewan Bahasa dan Pustaka.
​

65 Comments

Poster Sains Tahun 6 Unit 4

3/22/2017

0 Comments

 
Picture
0 Comments

    Mengenai Penulis

    Seorang guru Sains sekolah rendah yang kini mengajar di SK Kampung Senau, Dalat, Sarawak.

    Archives

    June 2020
    November 2019
    May 2018
    May 2017
    April 2017
    March 2017

    Categories

    All
    Sains Hayat
    Sains Tahun 6

    RSS Feed

Powered by Create your own unique website with customizable templates.