Chang Tun Kuet
  • Mengenai Penulis
  • Sains Tahun 3 (KSSR Semakan)
    • Unit 1 Kemahiran Saintifik
    • Unit 2 Peraturan Bilik Sains
    • Unit 3 Manusia
    • Unit 4 Haiwan
    • Unit 5 Tumbuh-Tumbuhan
    • Unit 6 Pengukuran
    • Unit 7 Ketumpatan
    • Unit 8 Asid dan Alkali
    • Unit 9 Sistem Suria
    • Unit 10 Mesin Ringkas
    • Magnet (DST T3)
    • Penyerapan (DST T3)
    • Tanah (DST T3)
  • Sains Tahun 4 (Semakan 2017)
    • Unit 1: Kemahiran Saintifik
    • Unit 2: Manusia
    • Unit 3: Haiwan
    • Unit 4: Tumbuhan
    • Unit 5: Sifat Cahaya
    • Unit 6: Bunyi
    • Unit 7: Tenaga
    • Unit 8: Bahan
    • Unit 9: Bumi
    • Unit 10: Mesin
  • SAINS TAHUN 5 (SEMAKAN)
    • UNIT 1: KEMAHIRAN SAINTIFIK
    • UNIT 2: MANUSIA
    • UNIT 3: HAIWAN
    • UNIT 4: TUMBUH-TUMBUHAN
    • UNIT 5: ELEKTRIK
    • UNIT 6: HABA
    • UNIT 7: PENGARATAN
    • UNIT 8: JIRIM
    • UNIT 9: FASA BULAN DAN BURUJ
    • UNIT 10: MESIN
  • SAINS TAHUN 6 (SEMAKAN)
    • UNIT 1: KEMAHIRAN SAINTIFIK
    • UNIT 2: MANUSIA
    • UNIT 3: MIKROORGANISMA
    • UNIT 4: INTERAKSI ANTARA HIDUPAN
    • UNIT 5: PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN
    • UNIT 6: DAYA
    • UNIT 7: KELAJUAN
    • UNIT 8: TEKNOLOGI PENGAWETAN MAKANAN
    • UNIT 9: BAHAN BUANGAN
    • UNIT 10: GERHANA
    • UNIT 11: GALAKSI
    • UNIT 12: KESTABILAN DAN KEKUATAN
    • UNIT 13: TEKNOLOGI
  • Sains Tahun 4
    • Unit 1: Kemahiran Saintifik
    • Unit 2: Peraturan Bilik Sains
    • Unit 3: Proses Hidup Manusia
    • Unit 4: Proses Hidup Haiwan
    • Unit 5: Proses Hidup Tumbuhan
    • Unit 6: Pengukuran
    • Unit 7: Sifat Bahan
    • Unit 8: Pengaratan
    • Unit 9: Sistem Suria
    • Unit 10: Teknologi
  • Sains Tahun 5
    • Unit 1: Kemahiran Saintifik
    • Unit 2: Peraturan Bilik Sains
    • Unit 3: Proses Hidup Haiwan
    • Unit 4: Proses Hidup Tumbuhan
    • Unit 5: Tenaga
    • Unit 6: Sifat Cahaya
    • Unit 7: Elektrik
    • Unit 8: Haba
    • Unit 9: Jirim
    • Unit 10: Asid dan Alkali
    • Unit 11: Bumi, Bulan dan Matahari
    • Unit 12: Teknologi
  • Sains Tahun 6
    • Unit 1: Kemahiran Saintifik
    • Unit 2: Peraturan Bilik Sains
    • Unit 3: Mikroorganisma
    • Unit 4: Interaksi Antara Hidupan
    • Unit 5: Pemeliharaan dan Pemuliharaan
    • Unit 6: Daya
    • Unit 7: Kelajuan
    • Unit 8: Pengawetan Makanan
    • Unit 9: Bahan Buangan
    • Unit 10: Gerhana
    • Unit 11: Buruj
    • Unit 12: Mesin
    • Soalan Berkemahiran
  • Galeri Aktiviti Semasa
  • Penulisan dan Laporan Amali
  • Pautan Rakan Seperjuangan
  • Hubungi Saya
  • Mengenai Penulis
  • Sains Tahun 3 (KSSR Semakan)
    • Unit 1 Kemahiran Saintifik
    • Unit 2 Peraturan Bilik Sains
    • Unit 3 Manusia
    • Unit 4 Haiwan
    • Unit 5 Tumbuh-Tumbuhan
    • Unit 6 Pengukuran
    • Unit 7 Ketumpatan
    • Unit 8 Asid dan Alkali
    • Unit 9 Sistem Suria
    • Unit 10 Mesin Ringkas
    • Magnet (DST T3)
    • Penyerapan (DST T3)
    • Tanah (DST T3)
  • Sains Tahun 4 (Semakan 2017)
    • Unit 1: Kemahiran Saintifik
    • Unit 2: Manusia
    • Unit 3: Haiwan
    • Unit 4: Tumbuhan
    • Unit 5: Sifat Cahaya
    • Unit 6: Bunyi
    • Unit 7: Tenaga
    • Unit 8: Bahan
    • Unit 9: Bumi
    • Unit 10: Mesin
  • SAINS TAHUN 5 (SEMAKAN)
    • UNIT 1: KEMAHIRAN SAINTIFIK
    • UNIT 2: MANUSIA
    • UNIT 3: HAIWAN
    • UNIT 4: TUMBUH-TUMBUHAN
    • UNIT 5: ELEKTRIK
    • UNIT 6: HABA
    • UNIT 7: PENGARATAN
    • UNIT 8: JIRIM
    • UNIT 9: FASA BULAN DAN BURUJ
    • UNIT 10: MESIN
  • SAINS TAHUN 6 (SEMAKAN)
    • UNIT 1: KEMAHIRAN SAINTIFIK
    • UNIT 2: MANUSIA
    • UNIT 3: MIKROORGANISMA
    • UNIT 4: INTERAKSI ANTARA HIDUPAN
    • UNIT 5: PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN
    • UNIT 6: DAYA
    • UNIT 7: KELAJUAN
    • UNIT 8: TEKNOLOGI PENGAWETAN MAKANAN
    • UNIT 9: BAHAN BUANGAN
    • UNIT 10: GERHANA
    • UNIT 11: GALAKSI
    • UNIT 12: KESTABILAN DAN KEKUATAN
    • UNIT 13: TEKNOLOGI
  • Sains Tahun 4
    • Unit 1: Kemahiran Saintifik
    • Unit 2: Peraturan Bilik Sains
    • Unit 3: Proses Hidup Manusia
    • Unit 4: Proses Hidup Haiwan
    • Unit 5: Proses Hidup Tumbuhan
    • Unit 6: Pengukuran
    • Unit 7: Sifat Bahan
    • Unit 8: Pengaratan
    • Unit 9: Sistem Suria
    • Unit 10: Teknologi
  • Sains Tahun 5
    • Unit 1: Kemahiran Saintifik
    • Unit 2: Peraturan Bilik Sains
    • Unit 3: Proses Hidup Haiwan
    • Unit 4: Proses Hidup Tumbuhan
    • Unit 5: Tenaga
    • Unit 6: Sifat Cahaya
    • Unit 7: Elektrik
    • Unit 8: Haba
    • Unit 9: Jirim
    • Unit 10: Asid dan Alkali
    • Unit 11: Bumi, Bulan dan Matahari
    • Unit 12: Teknologi
  • Sains Tahun 6
    • Unit 1: Kemahiran Saintifik
    • Unit 2: Peraturan Bilik Sains
    • Unit 3: Mikroorganisma
    • Unit 4: Interaksi Antara Hidupan
    • Unit 5: Pemeliharaan dan Pemuliharaan
    • Unit 6: Daya
    • Unit 7: Kelajuan
    • Unit 8: Pengawetan Makanan
    • Unit 9: Bahan Buangan
    • Unit 10: Gerhana
    • Unit 11: Buruj
    • Unit 12: Mesin
    • Soalan Berkemahiran
  • Galeri Aktiviti Semasa
  • Penulisan dan Laporan Amali
  • Pautan Rakan Seperjuangan
  • Hubungi Saya

unit 3: proses sains manusia

video pdpc sains tahun 4 unit 3: manusia

11/6/2019

0 Comments

 
Salam sejahtera dan salam perpaduan Sains KKSR. Berikut disertakan beberapa video PdPc bagi Sains Tahun 4 Unit 3: Proses Hidup Manusia yang mengandungi 10 video:
​
  1. Organ Pernafasan Manusia
  2. Tarik Nafas dan Hembus Nafas
  3. Kadar Pernafasan
  4. Perkumuhan Manusia dan Kepentingannya
  5. Penyahtinjaan Manusia dan Kepentingannya
  6. Manusia Bergerak Balas Terhadap Rangsangan
  7. Kepentingan Organ Deria kepada Manusia
  8. Pewarisan Manusia
  9. Tabiat yang Perlu Dielakkan
  10. Gaya Hidup Sihat
​
Video ini dibangunkan oleh Learning Port Interactive yang boleh didapati pada laman Youtube.

​Selamat belajar! 
0 Comments

Lagu Parodi Sains Tahun 4 Unit 3: Proses Hidup Manusia

5/2/2018

1 Comment

 
Salam sejahtera dan Selamat belajar Sains. 

Umumnya, kaedah nyanyian merupakan salah satu cara yang popular untuk mempelajari Sains, terutamanya dalam kalangan murid sekolah rendah. Oleh itu, tidak hairanlah jikalau semakin banyak lagu parodi Sains telah dihasilkan oleh guru-guru Sains yang dedikasi dan berbakat untuk menggalakkan anak muridnya untuk membaca dan menyanyikan lagu Sains. Tindakan ini juga diharapkan dapat memupuk dan meningkatkan minat murid-murid dalam mata pelajaran Sains. 

Oleh itu, pada kali ini, penulis ingin mengongsikan beberapa lagu parodi Sains yang berkaitan dengan Sains Tahun 4 Unit 3: Proses Hidup Manusia.

Penulis ingin menegaskan di sini bahawa lagu-lagu berikut bukanlah dihasilkan oleh penulis, tetapi oleh guru-guru seperti pada kredit di bawah. Penulis hanyalah mengumpul dan mengepos semula untuk memudahkan guru-guru atau murid-murid untuk mencari dan mengulang kaji pelajaran. Selamat menyanyi!
​

Lagu 1: Pernafasan oleh Cikgu Halina


​Sains Tahun 4
Unit 3: Proses Hidup Manusia
Tajuk Lagu: Pernafasan
Melodi: Pokok Mulberry (Didi and Friends)
Lirik: Cikgu Halina
 

Bila kita tarik nafas,
tarik nafas, tarik nafas
Dada naik dan mengembang
Bila udara masuk
 
Bila kita hembus nafas,
hembus nafas, hembus nafas
Dada turun dan mengempis
Tanda udara keluar
 
Dia masuk lalu
hidung ke trakea ke peparu
Ini laluan udara
Bila tarik nafas
 
Dia keluar melalui
peparu ke trakea ke hidung
Ini laluan udara
Bila hembus nafas
 
Kita sedut gas oksigen
Gas oksigen, gas oksigen
Karbon dioksida pula
Kita bebaskan dia
 
Bilang dada naik dan turun
Naik dan turun, naik dan turun
Bilang dalam satu minit
Kadar pernafasan
Picture

Lagu 2: Perkumuhan oleh Cikgu Fiza

​Sains Tahun 4
Unit 3: Proses Hidup Manusia
Tajuk Lagu: Perkumuhan
Melodi: Tetamu (Didi and Friends)
Lirik: Cikgu Fiza

 
Hai kawan jom sihat
Dengan berkumuh
Singkir bahan buangan
Darilah organ
 
Hai kawan ada 3
Organ berkumuh
Ginjal singkir urea
Air dan garam
 
Hai karbon dioksida
Juga wap air
Pada peparu kita
Ia disingkirkan
 
Hai kulit berpeluh
Lalui liang
Berpeluh banyak-banyak
Barulah sihat
 
Hai kawan mari semua
Pastikan sihat
Tiada perkumuhan badan mudarat

Picture

Lagu 3: Perkumuhan oleh Cikgu Aiman

​Sains Tahun 4
Unit 3: Proses Hidup Manusia
Perkumuhan Manusia
(Parodi Permata Cinta – Aiman Tino)
By : Cikgu Aiman

 
Banyak tindak balas
Dalam badan kita
Yang menghasilkan
Pelbagai bahan kumuh
Bahan kumuh sekiranya tak disingkirkan
Akan menjadi toksik dan meracun badan
 
Perkumuhan ialah proses
Penyingkiran bahan kumuh
Dari badan
Libatkan tiga organ perkumuhan
Kulit dan peparu
Serta ginjal organ yang utama
Singkirkan bahan kumuh
Dari badan
 
Beginilah cara perkumuhan badan
Peparu bila kita menghembus nafas
Kulit bila badan kita menghasilkan peluh
Ginjal pula melalui penghasilan urin
 
Air dan karbon dioksida
Disingkir oleh peparu
Dari badan
Kulit dan ginjal pula akan singkirkan
Garam mineral, air juga urea
Dari badan
Bahan buangan bernitrogen
Disingkir ginjal
 
Perkumuhan ialah proses
Penyingkiran bahan kumuh
Dari badan
Libatkan tiga organ perkumuhan
Kulit dan peparu
Serta ginjal organ yang utama
Singkirkan bahan kumuh
Dari badan

Lagu 4: Penyahtinjaan oleh Cikgu Aziah

Sains Tahun 4
Unit 3: Proses Hidup Manusia
Tajuk Lagu: Penyahtinjaan
Melodi: Bapaku Pulang dari Kota
Lirik: Cikgu Sharifah Aziah

 
Bapaku pulang dari kota
Bapaku kata sakit perut
Cepat-cepat bapa ke tandas
Cepat-cepat untuk nyahtinja
 
Oh apakah penyahtinjaan
Proses singkirkan sisa makanan
Sisa makanan yang tidak hadam
Keluar dalam bentuk tinja
 
Apakah yang akan berlaku
Jika kita tidak nyahtinja
Oh badan kita akan sakit
Kena jumpa doktor di klinik

Picture

Senarai ini akan dikemaskini sekiranya penulis terjumpa sesiapa guru Sains dedikasi yang telah menghasilkan lagu parodi untuk unit yang sama.

Sekiranya cikgu-cikgu terjumpa lagu parodi bagi unit yang sama tetapi tidak sempat dikemaskini oleh penulis, maka sudi-sudilah tinggalkan komen pada ruangan bawah supaya cikgu-cikgu lain tahu dan mendengarnya. 

Sekian, terima kasih. 
​
1 Comment

RPH Sains Tahun 4 Unit 3: Proses Hidup Manusia

5/30/2017

1 Comment

 
Salam perpaduan Sains KSSR. Berikut disertakan cadangan rancangan pengajaran harian (RPH) bagi Sains Tahun 4 Unit 3: Proses Hidup Manusia dalam bentuk PDF untuk perkongsian idea dalam kalangan guru. Semoga guru mendapat manfaat dan perbincangan bersama. ​
rph_sn_t4_u3.pdf
File Size: 665 kb
File Type: pdf
Download File

Sekiranya cikgu-cikgu ingin mendapatkan RPH unit ini dalam bentuk words, sudi-sudilah tinggalkan komen dan email untuk urusan seterusnya. ​Terima kasih. ​​
​

​- KEMAS KINI -

Memandangkan semakin banyak cikgu yang meminta RPH unit ini dalam bentuk words dan penulis tidak mampu untuk membalas satu per satu, maka di sini disertakan RPH bagi Unit ini dalam bentuk words. 

Untuk mengelakkan font dan margin terlari, cikgu-cikgu juga diminta untuk memuat turun dan memasang font yang digunakan, iaitu  font Blokletters Viltstift. (Ini juga merupakan salah satu sebab mengapa penulis tidak memuat naik rph words pada asalnya). 

Sekiranya cikgu-cikgu memuat turunnya, maka mohon agar meninggalkan komen sekurang-kurangnya ucapan terima kasih pada ruangan di bawah. Terima kasih. 
​
blokletters-viltstift.ttf
File Size: 87 kb
File Type: ttf
Download File

sn_t4_u3_rph.docx
File Size: 140 kb
File Type: docx
Download File

1 Comment

Video Pengajaran Sains Tahun 4 Unit 3: Proses Hidup Manusia

5/29/2017

0 Comments

 
Salam perpaduan Sains KSSR. Berikut disertakan beberapa video mengenai pengajaran Tahun 4 Unit 3: Proses Hidup Manusia yang mengandungi 6 bahagian:
  1. Proses Pernafasan Manusia
  2. Perkumuhan dan Penyahtinjaan Manusia
  3. Gerak Balas Terhadap Rangsangan
  4. Perwarisan Manusia
  5. Tabiat Buruk yang perlu dielakkan
  6. Amalan Hidup Sihat

Video ini dibangunkan oleh EduNation Malaysia yang boleh didapati pada laman Youtube.
Selamat belajar! 
0 Comments

Nota Sains Tahun 4 Unit 3: Proses Hidup Manusia

4/10/2017

40 Comments

 
(A) Pernafasan Manusia
  1. Bernafas merupakan satu proses hidup manusia.
  2. Peparu ialah organ pernafasan yang menjalankan pertukaran oksigen dan karbon dioksida.
  3. Organ yang terlibat semasa pernafasan: Hidung, Trakea, Peparu.
  4. Semasa menarik nafas
    1. Udara masuk dari: Hidung -> Trakea -> Peparu.
    2. Peparu mengembang.
    3. Dada naik dan mengembang.
    4. Diafragma mengendur dan turun ke bawah.
  5. Semasa menghembus nafas,
    1. Udara keluar dari: Peparu -> Trakea -> Hidung.
    2. Peparu mengempis.
    3. Dada turun dan mengempis.
    4. Diafragma mengecut dan naik ke atas.
  6. Kadar pernafasan ialah bilangan pergerakan dada naik dan turun dalam masa satu minit.
  7. Kadar pernafasan bergantung kepada jenis aktiviti yang dilakukan.
    • Kadar pernafasan rendah: tidur, membaca
    • Kadar pernafasan sederhana: bermain boling, berbasikal
    • Kadar pernafasan tinggi: berenang, berlari
  8. Semasa melakukan aktiviti cergas, badan memerlukan lebih banyak udara. Oleh itu, peparu memerlukan lebih banyak udara dan menyebabkan kadar pernafasan bertambah.
  9. Hubungan: Semakin cergas aktiviti yang dilakukan, semakin tinggi kadar pernafasan.
  10. Kesimpulan: Setiap orang mempunyai kadar pernafasan yang berbeza. 
​
(B) Perkumuhan
  1. Perkumuhan ialah proses penyingkiran bahan buangan daripada badan.
  2. Bahan buangan akan memudaratkan kesihatan jika tidak disingkirkan daripada badan.
  3. Terdapat 3 organ perkumuhan: Ginjal, Kulit dan Peparu. 
Picture

​
(C) Penyahtinjaan
  1. Penyahtinjaan ialah proses menyingkirkan sisa-sisa makanan keluar melalui dubur sebagai tinja.
  2. Penyahtinjaan berlaku kerana ada sisa-sisa makanan yang tidak dapat dihadamkan oleh perut kita.
  3. Perkumuhan dan penyahtinjaan penting bagi badan kita.
  4. Jika hasil perkumuhan dan penyahtinjaan tidak disingkirkan, bahan tersebut akan terkumpul dalam badan kita dan menjadi toksik atau beracun.
  5. Pelbagai penyakt boleh berlaku jika perkumuhan dan penyahtinjaan tidak berlaku: 
    1. Jika tidak berlaku perkumuhan, kita boleh menghidapi masalah batu karang atau kencing berdarah. 
    2. Jika tidak berlaku penyahtinjaan, kita boleh menghadapi masalah kanser usus, radang usus atau usus tersumbat.
Picture

​
​(D) Gerak Balas Terhadap Rangsangan
  1. Rangsangan ialah keadaan atau perubahan yang dapat dikesan oleh manusia.
  2. Gerak balas ialah tindakan yang diambil terhadap rangsangan.
  3. Manusia dapat mengesan dan bergerak balas terhadap rangsangan dengan menggunakan organ-organ deria, iaitu lidah, mata, hidung, telinga dan kulit.
  4. Gerak balas terhadap rangsangan penting bagi manusia untuk mengesan perubahan dan mengelakkan diri daripada bahaya, kecederaan dan sebagainya.
  5. Contoh gerak balas terhadap rangsangan:
    1. Menggunakan payung untuk mengelakkan diri daripada cuaca panas (kulit).
    2. Memakai tuala tebal dalam keadaan kesejukan (Kulit).
    3. Mengangkat dan menarik kaki apabila terpijak benda tajam (kulit).
    4. Menggunakan cermin mata gelap semasa cahaya matahari terik (mata).
    5. Menutup hidup apabila terhidu bau kuat (hidung).
    6. Terkejut apabila mendengar bunyi kuat daripada hon kereta (telinga).
  6. Kesimpulan: Manusia bergerak balas terhadap rangsangan. 
​
(E) Pewarisan
  1. Pewarisan ialah ciri-ciri yang diwariskan oleh ibu bapa mereka.
  2. Anak-anak mewarisi ciri-ciri persamaan daripada ibu bapa mereka, seperti:
    1. Rupa Paras
    2. Warna kulit
    3. Jenis rambut
  3. Ciri-ciri pada anak juga boleh diwarisi daripada keturunan.
  4. Contoh penyakit Keturunan:
  5. Kencing Manis (Diabetis)
    1. Asma
    2. Albino
    3. Buta warna
    4. Down syndrome
    5. Hemofilia
​
(F) Tabiat yang perlu Dielakkan
  1. Tabiat buruk mengganggu proses hidup dan pertumbuhan manusia.
  2. Antara kesan utama amalan tabiat yang buruk ialah:
    1. Memudaratkan kesihatan
    2. Mengganggu tumbesaran
    3. Melambatkan gerak balas terhadap rangsangan
  3. Contoh tabiat buruk dan kesannya: 
Picture

(G) Amalan Hidup Sihat
  1. Kita perlu mengamalkan gaya hidup sihat untuk menjaga kesihatan badan.
  2. Contoh amalan gaya hidup sihat:
    1. Membawa bekal makanan yang berkhasiat ke sekolah.
    2. Mengambil makanan yang seimbang.
    3. Minum lapan gelas air sehari.
    4. Menonton televisyen dan berehat bersama-sama keluarga.
    5. Tidur yang mencukupi.
    6. Meluangkan masa untuk bersukan dan berjoging bersama-sama rakan-rakan.
    7. Menjaga kebersihan diri dengan menggosok gigi dan mandi.
    8. Mengelakkan tabiat-tabiat yang buruk. 

Picture

Rujukan: 

​Badan Pembangunan Kurikulum. (2013). Kurikulum Standard Sekolah Rendah: Dokumen Standard Kurikulum Dan Pentaksiran Sains Tahun 4. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Sopia binti Md. Yassin, Asselawati Binti Md. Shah & Amir Hamzah Bin Suleiman. (2013). Sains Tahun 4 Sekolah Kebangsaan. Selangor Darul Ehsan: Dewan Bahasa dan Pustaka.


40 Comments

    Mengenai Penulis

    Seorang guru Sains yang mengajar di SK Kampung Senau, Dalat, Mukah, Sarawak. 

    Archives

    November 2019
    May 2018
    May 2017
    April 2017

    Categories

    All
    Sains Hayat
    Sains Tahun 4

    RSS Feed

Powered by Create your own unique website with customizable templates.