Chang Tun Kuet
  • Mengenai Penulis
  • Sains Tahun 3 (KSSR Semakan)
    • Unit 1 Kemahiran Saintifik
    • Unit 2 Peraturan Bilik Sains
    • Unit 3 Manusia
    • Unit 4 Haiwan
    • Unit 5 Tumbuh-Tumbuhan
    • Unit 6 Pengukuran
    • Unit 7 Ketumpatan
    • Unit 8 Asid dan Alkali
    • Unit 9 Sistem Suria
    • Unit 10 Mesin Ringkas
    • Magnet (DST T3)
    • Penyerapan (DST T3)
    • Tanah (DST T3)
  • Sains Tahun 4 (Semakan 2017)
    • Unit 1: Kemahiran Saintifik
    • Unit 2: Manusia
    • Unit 3: Haiwan
    • Unit 4: Tumbuhan
    • Unit 5: Sifat Cahaya
    • Unit 6: Bunyi
    • Unit 7: Tenaga
    • Unit 8: Bahan
    • Unit 9: Bumi
    • Unit 10: Mesin
  • SAINS TAHUN 5 (SEMAKAN)
    • UNIT 1: KEMAHIRAN SAINTIFIK
    • UNIT 2: MANUSIA
    • UNIT 3: HAIWAN
    • UNIT 4: TUMBUH-TUMBUHAN
    • UNIT 5: ELEKTRIK
    • UNIT 6: HABA
    • UNIT 7: PENGARATAN
    • UNIT 8: JIRIM
    • UNIT 9: FASA BULAN DAN BURUJ
    • UNIT 10: MESIN
  • SAINS TAHUN 6 (SEMAKAN)
    • UNIT 1: KEMAHIRAN SAINTIFIK
    • UNIT 2: MANUSIA
    • UNIT 3: MIKROORGANISMA
    • UNIT 4: INTERAKSI ANTARA HIDUPAN
    • UNIT 5: PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN
    • UNIT 6: DAYA
    • UNIT 7: KELAJUAN
    • UNIT 8: TEKNOLOGI PENGAWETAN MAKANAN
    • UNIT 9: BAHAN BUANGAN
    • UNIT 10: GERHANA
    • UNIT 11: GALAKSI
    • UNIT 12: KESTABILAN DAN KEKUATAN
    • UNIT 13: TEKNOLOGI
  • Sains Tahun 4
    • Unit 1: Kemahiran Saintifik
    • Unit 2: Peraturan Bilik Sains
    • Unit 3: Proses Hidup Manusia
    • Unit 4: Proses Hidup Haiwan
    • Unit 5: Proses Hidup Tumbuhan
    • Unit 6: Pengukuran
    • Unit 7: Sifat Bahan
    • Unit 8: Pengaratan
    • Unit 9: Sistem Suria
    • Unit 10: Teknologi
  • Sains Tahun 5
    • Unit 1: Kemahiran Saintifik
    • Unit 2: Peraturan Bilik Sains
    • Unit 3: Proses Hidup Haiwan
    • Unit 4: Proses Hidup Tumbuhan
    • Unit 5: Tenaga
    • Unit 6: Sifat Cahaya
    • Unit 7: Elektrik
    • Unit 8: Haba
    • Unit 9: Jirim
    • Unit 10: Asid dan Alkali
    • Unit 11: Bumi, Bulan dan Matahari
    • Unit 12: Teknologi
  • Sains Tahun 6
    • Unit 1: Kemahiran Saintifik
    • Unit 2: Peraturan Bilik Sains
    • Unit 3: Mikroorganisma
    • Unit 4: Interaksi Antara Hidupan
    • Unit 5: Pemeliharaan dan Pemuliharaan
    • Unit 6: Daya
    • Unit 7: Kelajuan
    • Unit 8: Pengawetan Makanan
    • Unit 9: Bahan Buangan
    • Unit 10: Gerhana
    • Unit 11: Buruj
    • Unit 12: Mesin
    • Soalan Berkemahiran
  • Galeri Aktiviti Semasa
  • Penulisan dan Laporan Amali
  • Pautan Rakan Seperjuangan
  • Hubungi Saya
  • Mengenai Penulis
  • Sains Tahun 3 (KSSR Semakan)
    • Unit 1 Kemahiran Saintifik
    • Unit 2 Peraturan Bilik Sains
    • Unit 3 Manusia
    • Unit 4 Haiwan
    • Unit 5 Tumbuh-Tumbuhan
    • Unit 6 Pengukuran
    • Unit 7 Ketumpatan
    • Unit 8 Asid dan Alkali
    • Unit 9 Sistem Suria
    • Unit 10 Mesin Ringkas
    • Magnet (DST T3)
    • Penyerapan (DST T3)
    • Tanah (DST T3)
  • Sains Tahun 4 (Semakan 2017)
    • Unit 1: Kemahiran Saintifik
    • Unit 2: Manusia
    • Unit 3: Haiwan
    • Unit 4: Tumbuhan
    • Unit 5: Sifat Cahaya
    • Unit 6: Bunyi
    • Unit 7: Tenaga
    • Unit 8: Bahan
    • Unit 9: Bumi
    • Unit 10: Mesin
  • SAINS TAHUN 5 (SEMAKAN)
    • UNIT 1: KEMAHIRAN SAINTIFIK
    • UNIT 2: MANUSIA
    • UNIT 3: HAIWAN
    • UNIT 4: TUMBUH-TUMBUHAN
    • UNIT 5: ELEKTRIK
    • UNIT 6: HABA
    • UNIT 7: PENGARATAN
    • UNIT 8: JIRIM
    • UNIT 9: FASA BULAN DAN BURUJ
    • UNIT 10: MESIN
  • SAINS TAHUN 6 (SEMAKAN)
    • UNIT 1: KEMAHIRAN SAINTIFIK
    • UNIT 2: MANUSIA
    • UNIT 3: MIKROORGANISMA
    • UNIT 4: INTERAKSI ANTARA HIDUPAN
    • UNIT 5: PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN
    • UNIT 6: DAYA
    • UNIT 7: KELAJUAN
    • UNIT 8: TEKNOLOGI PENGAWETAN MAKANAN
    • UNIT 9: BAHAN BUANGAN
    • UNIT 10: GERHANA
    • UNIT 11: GALAKSI
    • UNIT 12: KESTABILAN DAN KEKUATAN
    • UNIT 13: TEKNOLOGI
  • Sains Tahun 4
    • Unit 1: Kemahiran Saintifik
    • Unit 2: Peraturan Bilik Sains
    • Unit 3: Proses Hidup Manusia
    • Unit 4: Proses Hidup Haiwan
    • Unit 5: Proses Hidup Tumbuhan
    • Unit 6: Pengukuran
    • Unit 7: Sifat Bahan
    • Unit 8: Pengaratan
    • Unit 9: Sistem Suria
    • Unit 10: Teknologi
  • Sains Tahun 5
    • Unit 1: Kemahiran Saintifik
    • Unit 2: Peraturan Bilik Sains
    • Unit 3: Proses Hidup Haiwan
    • Unit 4: Proses Hidup Tumbuhan
    • Unit 5: Tenaga
    • Unit 6: Sifat Cahaya
    • Unit 7: Elektrik
    • Unit 8: Haba
    • Unit 9: Jirim
    • Unit 10: Asid dan Alkali
    • Unit 11: Bumi, Bulan dan Matahari
    • Unit 12: Teknologi
  • Sains Tahun 6
    • Unit 1: Kemahiran Saintifik
    • Unit 2: Peraturan Bilik Sains
    • Unit 3: Mikroorganisma
    • Unit 4: Interaksi Antara Hidupan
    • Unit 5: Pemeliharaan dan Pemuliharaan
    • Unit 6: Daya
    • Unit 7: Kelajuan
    • Unit 8: Pengawetan Makanan
    • Unit 9: Bahan Buangan
    • Unit 10: Gerhana
    • Unit 11: Buruj
    • Unit 12: Mesin
    • Soalan Berkemahiran
  • Galeri Aktiviti Semasa
  • Penulisan dan Laporan Amali
  • Pautan Rakan Seperjuangan
  • Hubungi Saya

unit 3: proses hidup haiwan

KUIZ SAINS TAHUN 5 UNIT 3: PROSES HIDUP HAIWAN

6/7/2020

4 Comments

 
Picture
Salam perpaduan dan salam belajar Sains. 

Kuiz ini dihasilkan menggunakan Google Forms untuk menguji kefahaman Sains Tahun 5 Unit 3: Proses Hidup Haiwan.

Sumber daripada pelbagai buku rujukan dengan pengubahsuaian. 

20 soalan berserta dengan ulasan feedback sekiranya menjawab salah. 
​

Sijil penyertaan akan diberikan kepada murid yang berjaya menjawab betul 70% markah dan ke atas. 

​Sila klik pautan ini: 
https://forms.gle/UCLSVYPAxJk34iHF7 

Boleh kongsikan keputusan anda di sini juga..
​Selamat menjawab dan semoga berjaya!!
​
4 Comments

Video pdpc sains tahun 5 unit 3: proses hidup haiwan

11/2/2019

1 Comment

 
Salam sejahtera dan salam perpaduan Sains KKSR. Berikut disertakan beberapa video PdPc bagi Sains Tahun 5 Unit 3: Proses Hidup Haiwan yang mengandungi 8 video:
​
  1. Bagaimanakah Haiwan Melindungi Diri daripada Musuhnya? 
  2. Bagaimanakah Haiwan Melindungi Dirinya daripada Cuaca yang Melampau?
  3. Kemandirian Spesies
  4. Haiwan yang Bertelur
  5. Haiwan Menjaga Anaknya
  6. Rantai Makanan
  7. Siratan Makanan
  8. Menganalisis Siratan Makanan

Video ini dibangunkan oleh Learning Port Interactive yang boleh didapati pada laman Youtube.

​Selamat belajar! 

1 Comment

Lagu Parodi Sains Tahun 5 Unit 3: Proses Hidup Haiwan

5/2/2018

0 Comments

 
Salam sejahtera dan Selamat belajar Sains. 

Umumnya, kaedah nyanyian merupakan salah satu cara yang popular untuk mempelajari Sains, terutamanya dalam kalangan murid sekolah rendah. Oleh itu, tidak hairanlah jikalau semakin banyak lagu parodi Sains telah dihasilkan oleh guru-guru Sains yang dedikasi dan berbakat untuk menggalakkan anak muridnya untuk membaca dan menyanyikan lagu Sains. Tindakan ini juga diharapkan dapat memupuk dan meningkatkan minat murid-murid dalam mata pelajaran Sains. 

Oleh itu, pada kali ini, penulis ingin mengongsikan beberapa lagu parodi Sains yang berkaitan dengan Sains Tahun 5 Unit 3: Proses Hidup Haiwan. 
​

Penulis ingin menegaskan di sini bahawa lagu-lagu berikut bukanlah dihasilkan oleh penulis, tetapi oleh guru-guru seperti pada kredit di bawah. Penulis hanyalah mengumpul dan mengepos semula untuk memudahkan guru-guru atau murid-murid untuk mencari dan mengulang kaji pelajaran. Selamat menyanyi!
​

Lagu 1: Aiya Cik Siti oleh Cikgu Aziah

Sains Tahun 5
Unit 3: Proses Hidup Haiwan
Tajuk Lagu: Perlindungan Haiwan
Melodi: Aiya Cik Siti (OST Ali Baba Bujang Lapok)
Lirik: CIkgu Sharifah Aziah

 
Oh Haiwan-haiwan
Semua ada ciri
Untuk lindung diri daripada musuh
Tidak mahu mati
Tak naka nak kena makan
Terus bermandiri
Elak kepupusan
 
Ada yang berduru
Ada yang bertanduk
Ada sengat bias
Ada bau busuk
Ada sisik keras
Ada yang bercangkerang
Ada gulung diri
Dan hidup berkumpulan
 
Dia tak heran
Dia tak takut
Dalam cuaca panas
Dia ada bonggol
Untuk simpan air
Dia bermigrasi pergerakan bermusim
 
Oh! Haiwan sayang
Tinggal di tempat sejuk
Ada bulu tebal
Yang memerangkap haba
Berhibernasi maksud tidur yang panjang
Ada lemak tebal jadi penebat haba
 
Kawan apa agaknya kan jadi
Kalau haiwan tiada ciri ini?

Picture

​Senarai ini akan dikemaskini sekiranya penulis terjumpa sesiapa guru Sains dedikasi yang telah menghasilkan lagu parodi untuk unit yang sama.


Sekiranya cikgu-cikgu terjumpa lagu parodi bagi unit yang sama tetapi tidak sempat dikemaskini oleh penulis, maka sudi-sudilah tinggalkan komen pada ruangan bawah supaya cikgu-cikgu lain tahu dan mendengarnya. 

Sekian, terima kasih. 

0 Comments

RPH Sains Tahun 5 Unit 3: Proses Hidup Haiwan

5/30/2017

0 Comments

 
Salam perpaduan Sains KSSR. Berikut disertakan cadangan rancangan pengajaran harian (RPH) bagi Sains Tahun 5 Unit 3: Proses Hidup Haiwan dalam bentuk PDF untuk perkongsian idea dalam kalangan guru. Semoga guru mendapat manfaat dan perbincangan bersama. ​
rph_sn_t5_u3.pdf
File Size: 361 kb
File Type: pdf
Download File

Sekiranya cikgu-cikgu ingin mendapatkan RPH unit ini dalam bentuk words, sudi-sudilah tinggalkan komen dan email untuk urusan seterusnya. ​Terima kasih.
​

- KEMAS KINI -

Memandangkan semakin banyak cikgu yang meminta RPH unit ini dalam bentuk words dan penulis tidak mampu untuk membalas satu per satu, maka di sini disertakan RPH bagi Unit ini dalam bentuk words. 

Untuk mengelakkan font dan margin terlari, cikgu-cikgu juga diminta untuk memuat turun dan memasang font yang digunakan, iaitu  font Blokletters Viltstift. (Ini juga merupakan salah satu sebab mengapa penulis tidak memuat naik rph words pada asalnya). 

Sekiranya cikgu-cikgu memuat turunnya, maka mohon agar meninggalkan komen sekurang-kurangnya ucapan terima kasih pada ruangan di bawah. Terima kasih. 
​
blokletters-viltstift.ttf
File Size: 87 kb
File Type: ttf
Download File

sn_t5_u3_rph.docx
File Size: 75 kb
File Type: docx
Download File

0 Comments

Video Pengajaran Sains Tahun 5 Unit 3: Proses Hidup Haiwan

5/29/2017

1 Comment

 
Salam perpaduan Sains KSSR. Berikut disertakan beberapa video mengenai pengajaran Tahun 5 Unit 3: Proses Hidup Haiwan yang mengandungi 4 video:
  1. Ciri-ciri dan Tingkah Laku Khas Haiwan untuk Melindungi Diri
  2. Mereka Cipta Model Haiwan
  3. Kemandirian Spesies Haiwan
  4. Hubungan Makanan Antara Hidupan
Video ini dibangunkan oleh 
EduNation Malaysia yang boleh didapati pada laman Youtube.
​Selamat belajar! 
1 Comment

Nota Sains Tahun 5 Unit 3: Proses Hidup Haiwan

4/12/2017

51 Comments

 
(A) Berlindung daripada Musuh
  1. Haiwan mempunyai ciri-ciri khas dan tingkah laku khas untuk melindungi dirinya daripada musuh.
  2. Terdapat 5 ciri khas dan 5 tingkah khas khas haiwan untuk melindungi diri daripada musuh.
  3. 5 ciri khas haiwan melindungi diri daripada musuh: 
    1. Berduri tajam
    2. Bercangkerang keras
    3. Bersisik keras
    4. Bertanduk
    5. Berbisa
  4. 5 tingkah laku khas haiwan melindungi diri daripada musuh: 
    1. Menggulungkan diri
    2. Menyammar
    3. Memutuskan anggota badan
    4. Memasukkan anggota badan
    5. Hidup dalam kumpulan
  5. Terdapat ciri khas lain:
    1. Kuku tajam (ayam, helang)
    2. Mengeluarkan bau busuk (skunk, kumbang, pepijat)
    3. Mata palsu (kupu-kupu, ular kobra, ikan paus pembunuh)
    4. Menyemburkan dakwat hitam ketika menghadapi musuh (sotong)
Picture

(B) Berlindung daripada Cuaca Melampau
  1. Sesetengah haiwan tinggal di tempat yang sangat panas dan sejuk. Cuaca melampau ini memerlukan haiwan mempunyai ciri dan tingkah laku khas untuk melindungi dirinya.
Picture

(C) Kemandirian Spesies
  1. Kemandirian spesies bermaksud keupayaan haiwan mengekalkan spesies dan mengelakkan spesiesnya pupus.
  2. Untuk mengekalkan spesiesnya, haiwan akan:
    1. Beranak
    2. Bertelur


(D) Haiwan Bertelur
  1. Cara-cara haiwan yang bertelur: 
Picture

(E) Haiwan Menjaga Anak
  1. Setelah beranak dan telurnya menetas, haiwan mempunyai pelbagai cara untuk menjaga anaknya. 

Picture

(F) Kepentingan Kemandirian Spesies
  1. Haiwan perlu menjaga telur anak-anaknya agar dilindungi daripada musuh dan bahaya.
  2. Ini akan memastikan haiwan tersebut terus hidup dan mengekalkan spesiesnya bagi mengelakkan kepupusan.
  3. Kalau anak dan telur mereka dibiarkan, anak dan telurnya akan:
    1. Dibunuh dan dimakan oleh musuh.
    2. Dikutip dan diambil oleh manusia.
    3. Mati kerana kelaparan.
 

(G) Rantai Makanan
  1. Rantai makanan ialah hubungan makanan antara hidupan.
  2. Anak panah -> bermaksud “dimakan oleh”.
  3. Contoh: Buah kelapa sawit -> tikus -> helang.
 

(H) Matahari, Pengeluar, dan Pengguna
  1. Matahari merupakan sumber tenaga utama kerana membekalkan cahaya matahari kepada tumbuhan.
  2. Tumbuhan dikenali sebagai pengeluar, kerana tumbuhan boleh membuat makanannya sendiri melalui proses fotosintesis.
  3. Haiwan yang memakan tumbuhan atau haiwan lain dikenali pengguna, kerana mereka mendapatkan sumber tenaga daripada pihak lain.
  4. Berdasarkan jenis makanan yang dimakan, haiwan boleh dikelaskan kepada 3 kumpulan:
    1. Hervivor – Haiwan yang memakan tumbuhan.
    2. Karnivor – Haiwan yang memakan haiwan lain.
    3. Omnivor – Haiwan yang memakan kedua-dua tumbuhan dan haiwan lain.
 
(I) Siratan Makanan
  1. Siratan makanan ialah gabungan beberapa rantai makanan dalam suatu habitat.
  2. Contoh habitat: Kolam, tasik, laut, sawah padi, ladang kelapa sawit, hutan.
  3. Di satu habitat, terdapat beberapa rantai makanan yang wujud.
  4. Berdasarkan beberapa rantai makanan tersebut, kita boleh menggabungkannya untuk membentuk siratan makanan.
 
(J) Kesan dan Akibat
  1. Perubahan populasi dalam rantai/ siratan makanan mempunyai kesan ke atas hidupan yang lain.
  2. Sekiranya berlaku perubahan populasi seperti kematian dalam siratan makanan, pengguna akan mencari makanan di habitat lain, atau berpindah untuk memastikan kemandirian spesiesnya.
  3. Jika bilangan (populasi) sesuatu haiwan berubah, maka bilangan (populasi) haiwan yang lain juga akan berubah (bertambah/ berkurang).
Picture

Rujukan: 

Badan Pembangunan Kurikulum. (2014). Kurikulum Standard Sekolah Rendah: Dokumen Standard Kurikulum Dan Pentaksiran Sains Tahun 5. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Suwaibatullasmiah binti Jalaludin, Sopia binti Md Yassin, & Tan Mun Wai. (2014). Sains Sekolah Kebangsaan Tahun 5. Selangor Darul Ehsan: Dewan Bahasa dan Pustaka.
​
51 Comments

    Mengenai Penulis

    Seorang guru Sains sekolah rendah yang kini mengajar di SK Kampung Senau, Dalat, Sarawak.

    Archives

    June 2020
    November 2019
    May 2018
    May 2017
    April 2017

    Categories

    All
    Sains Hayat
    Sains Tahun 5

    RSS Feed

Powered by Create your own unique website with customizable templates.