Salam sejahtera dan Selamat belajar Sains. Umumnya, kaedah nyanyian merupakan salah satu cara yang popular untuk mempelajari Sains, terutamanya dalam kalangan murid sekolah rendah. Oleh itu, tidak hairanlah jikalau semakin banyak lagu parodi Sains telah dihasilkan oleh guru-guru Sains yang dedikasi dan berbakat untuk menggalakkan anak muridnya untuk membaca dan menyanyikan lagu Sains. Tindakan ini juga diharapkan dapat memupuk dan meningkatkan minat murid-murid dalam mata pelajaran Sains. Oleh itu, pada kali ini, penulis ingin mengongsikan beberapa lagu parodi Sains yang berkaitan dengan Sains Tahun 5 Unit 3: Proses Hidup Haiwan. Penulis ingin menegaskan di sini bahawa lagu-lagu berikut bukanlah dihasilkan oleh penulis, tetapi oleh guru-guru seperti pada kredit di bawah. Penulis hanyalah mengumpul dan mengepos semula untuk memudahkan guru-guru atau murid-murid untuk mencari dan mengulang kaji pelajaran. Selamat menyanyi! Lagu 1: Aiya Cik Siti oleh Cikgu AziahSains Tahun 5 Unit 3: Proses Hidup Haiwan Tajuk Lagu: Perlindungan Haiwan Melodi: Aiya Cik Siti (OST Ali Baba Bujang Lapok) Lirik: CIkgu Sharifah Aziah Oh Haiwan-haiwan Semua ada ciri Untuk lindung diri daripada musuh Tidak mahu mati Tak naka nak kena makan Terus bermandiri Elak kepupusan Ada yang berduru Ada yang bertanduk Ada sengat bias Ada bau busuk Ada sisik keras Ada yang bercangkerang Ada gulung diri Dan hidup berkumpulan Dia tak heran Dia tak takut Dalam cuaca panas Dia ada bonggol Untuk simpan air Dia bermigrasi pergerakan bermusim Oh! Haiwan sayang Tinggal di tempat sejuk Ada bulu tebal Yang memerangkap haba Berhibernasi maksud tidur yang panjang Ada lemak tebal jadi penebat haba Kawan apa agaknya kan jadi Kalau haiwan tiada ciri ini? Senarai ini akan dikemaskini sekiranya penulis terjumpa sesiapa guru Sains dedikasi yang telah menghasilkan lagu parodi untuk unit yang sama. Sekiranya cikgu-cikgu terjumpa lagu parodi bagi unit yang sama tetapi tidak sempat dikemaskini oleh penulis, maka sudi-sudilah tinggalkan komen pada ruangan bawah supaya cikgu-cikgu lain tahu dan mendengarnya. Sekian, terima kasih.
0 Comments
|
Mengenai PenulisSeorang guru Sains sekolah rendah yang kini mengajar di SK Kampung Senau, Dalat, Sarawak. Archives
June 2020
Categories |