Salam sejahtera dan Selamat belajar Sains. Umumnya, kaedah nyanyian merupakan salah satu cara yang popular untuk mempelajari Sains, terutamanya dalam kalangan murid sekolah rendah. Oleh itu, tidak hairanlah jikalau semakin banyak lagu parodi Sains telah dihasilkan oleh guru-guru Sains yang dedikasi dan berbakat untuk menggalakkan anak muridnya untuk membaca dan menyanyikan lagu Sains. Tindakan ini juga diharapkan dapat memupuk dan meningkatkan minat murid-murid dalam mata pelajaran Sains. Oleh itu, pada kali ini, penulis ingin mengongsikan beberapa lagu parodi Sains yang berkaitan dengan Sains Tahun 6 Unit 3: Mikroorganisma. Penulis ingin menegaskan di sini bahawa lagu-lagu berikut bukanlah dihasilkan oleh penulis, tetapi oleh guru-guru seperti pada kredit di bawah. Penulis hanyalah mengumpul dan mengepos semula untuk memudahkan guru-guru atau murid-murid untuk mencari dan mengulang kaji pelajaran. Selamat menyanyi! Lagu 1: Mikroorganisma oleh Cikgu AziahSains Tahun 6 Unit 3: Mikroorganisma Tajuk Lagu: Mikroroganisma Melodi: Havana (Camilla Cabello) Lirik: CIkgu Sharifah Aziah Mikroorganisma Hidupan seni yang tidak dapat dilihat Dengan mata kasar Perlu guna alat Alat yang bernama mikroskop Untuk memerhatikan Dengan lebih jelas Lima jenis kesemuanya Ada fungsi dan bakteria Ada alga dan protozoa Ada virus yang jahat juga Mikroorganisma Uuuuuuuu… Jalani proses hidup Bernafas dan bergerak Dan lagi Uuuuu…. Bertumbuh dan membiak Apa bukti oh na na na na na Mikroorganisma Bernafas hasilkan karbon dioksida Doh mengembang dan Belon menjadi besar Bergerak di bawah mikroskop Bertumbuh dan membiak Roti pun berkulat Ada baik da buruknya Guna untuk buat makanan Bakteria keju dan yogurt Yis roti temped an tapai Antibiotik Uuuu… bakteria dan fungi Urai dan mereputkan Baja organic Uuuu… Rawat sisa kumbahan Bakteria fungi oh nananana Mikroorganisma Boleh menyebabkan Penyakit berjangkit Konjunkivitis, kurap dan malaria Sebabkan pereputan gigi Keracunan makanan Dan makanan rosak Mikroorganisma Jaga kebersihan kita Cuci tangan sebelum makan Mikroorganisma Hidupan Seni yang tidak dapat dilihat Dengan mata kasar Perlu guna alat Alat yang bernama mikroskop Untuk memerhatikan Dengan lebih jelas Jaga kebersihan kita Mandi menggunakan sabun Minum air yang dimasak Kuarantinkan pesakit Mikroorganisma Lagu 2: Mikroorganisma oleh Cikgu ZazolUnit 3: Mikroorganisma Tajuk Lagu: Mikroorganisma Melodi lagu: Tak Tun Tuang Lirik: Cikgu Zazol Mikroorganisma Tak tun tuang Tak tun tuang Dilihat dengan mikroorganisma Tak tun tuang Tak tun tuang Fungi, bakteria, protozoa, dan alga Virus kecil sekali Kalau orang lain melihatku Tak tun tuang Tak tun tuang Hanya kulat, mata kasar Dilihat, boleh Nampak Tapi kalau virus Paling halus paling seni Guna mikroskop elektron Protozoa suka hidup di tasik Kolam atau sungai Alga buat fotosintesis Spirogya, Fitoplakton Bakteria yang baik Basilus, juga ada.. Bakteria yang jahat Streptococus, Salmonella Virus paling seni, HIV, influenza Paling jahat sekali Iiiyess… Senarai ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa sekiranya penulis terjumpa sesiapa guru Sains dedikasi yang telah menghasilkan lagu parodi untuk unit yang sama. Sekiranya cikgu-cikgu terjumpa lagu parodi bagi unit yang sama tetapi tidak sempat dikemaskini oleh penulis, maka sudi-sudilah tinggalkan komen pada ruangan bawah supaya cikgu-cikgu lain tahu dan mendengarnya. Sekian, terima kasih.
1 Comment
Muhammad Hanif Bin Hapanie
5/24/2020 10:28:16 pm
Seronok. Terima kasih,
Reply
Leave a Reply. |
Mengenai PenulisSeorang guru Sains sekolah rendah yang kini mengajar di SK Kampung Senau, Dalat, Sarawak. Archives
June 2020
Categories |