Salam perpaduan dan salam belajar Sains. Kuiz ini dihasilkan menggunakan Quizizz untuk menguji kefahaman Sains Tahun 3 Unit 3: Manusia, khasnya tajuk Pencernaan. Soalan dan Gambar berdasarkan Buku Teks. Sesuai untuk murid Tahun 3 dan Tahun 4. Sesuai juga kepada murid Tahun 5 dan Tahun 6 untuk pengukuhan dan penggayaan. Sila klik pautan ini: https://quizizz.com/admin/quiz/5e81b2e5684b5b001b23fe65 Boleh kongsikan keputusan anda di sini juga.. Semoga bermanfaat. Selamat menjawab dan semoga berjaya!!
0 Comments
Salam perpaduan dan salam belajar Sains. Kuiz ini dihasilkan menggunakan Quizizz untuk menguji kefahaman Sains Tahun 3 Unit 3: Manusia, khasnya tajuk Kelas Makanan. Soalan dan Gambar berdasarkan Buku Teks. Sesuai untuk murid Tahun 3 dan Tahun 4. Sesuai juga kepada murid Tahun 5 dan Tahun 6 untuk pengukuhan dan penggayaan. Sila klik pautan ini: https://quizizz.com/admin/quiz/5e81afa77c6ded001d797542 Boleh kongsikan keputusan anda di sini juga.. Semoga bermanfaat. Selamat menjawab dan semoga berjaya!! Salam perpaduan dan salam belajar Sains. Kuiz ini dihasilkan menggunakan Quizizz untuk menguji kefahaman Sains Tahun 3 Unit 3: Manusia, khasnya tajuk Jenis dan struktur Gigi. Soalan dan Gambar berdasarkan Buku Teks. Sesuai untuk murid Tahun 3 dan Tahun 4. Sesuai juga kepada murid Tahun 5 dan Tahun 6 untuk pengukuhan dan penggayaan. Sila klik pautan ini: https://quizizz.com/admin/quiz/5e81a9a06966f8001bda371d Boleh kongsikan keputusan anda di sini juga.. Semoga bermanfaat. Selamat menjawab dan semoga berjaya!! (A) Jenis dan Struktur Gigi
(B) Kelas Makanan
(C) Proses Pencernaan
Rujukan: Bahagian Pembangunan Kurikulum. (2017). Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Sains: Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Tahun 3. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia. Raja Shahida binti Raja Mansor, Abdul Karim bin Daud & Jong Tze Kian. (2018). Kurikulum Standard Sekolah Rendah (Semakan 2017): Sains Tahun 3 Sekolah Kebangsaan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Salam sejahtera dan Selamat belajar Sains. Umumnya, kaedah nyanyian merupakan salah satu cara yang popular untuk mempelajari Sains, terutamanya dalam kalangan murid sekolah rendah. Oleh itu, tidak hairanlah jikalau semakin banyak lagu parodi Sains telah dihasilkan oleh guru-guru Sains yang dedikasi dan berbakat untuk menggalakkan anak muridnya untuk membaca dan menyanyikan lagu Sains. Tindakan ini juga diharapkan dapat memupuk dan meningkatkan minat murid-murid dalam mata pelajaran Sains. Oleh itu, pada kali ini, penulis ingin mengongsikan beberapa lagu parodi Sains yang berkaitan dengan Sains Tahun 3 Unit 2: Manusia. Penulis ingin menegaskan di sini bahawa lagu-lagu berikut bukanlah dihasilkan oleh penulis, tetapi oleh guru-guru seperti pada kredit di bawah. Penulis hanyalah mengumpul dan mengepos semula untuk memudahkan guru-guru atau murid-murid untuk mencari dan mengulang kaji pelajaran. Selamat menyanyi! Lagu 1: Gigi Saya oleh Cikgu HalinaSains Tahun 3 Unit 2: Manusia Tajuk Lagu: Gigi Saya Melodi: Semut Berkawad (Didi and Friends) Lirik: Cikgu Halina Mari kenal gigi kita, hora horey! Mari kenal gigi kita, hora horey! Gigi ada tiga jenis, kacip taring dan geraham; Kacip memotong, taring menyiat; Geraham melumat. Boom, Boom, Boom, Boom Boom, Boom, Boom, Boom Gigi susu 20, hora horey; Gigi susu 20, hora horey; Mula tumbuh enam bulan, Tanggal umur enam tahun; Tapi gigi susu saiz kecil, Dan juga, tidak kuat. Boom, Boom, Boom, Boom Boom, Boom, Boom, Boom Gigi kekal 32, hora horey; Gigi kekal 32 hora horey; Gigi kekal lebih kuat, Jangan makan gula-gula; Jumpa doktor rajin gosok gigi, Senyuman tawan hati. Boom, Boom, Boom, Boom Boom, Boom, Boom, Boom Boom, Boom, Boom, Boom, Boom. Lagu 2: Oh Gigi Manusia oleh Cikgu ZazolSains Tahun 3 Unit 2: Manusia Tajuk Lagu: Oh Gigi Manusia Melodi: Zalikha Floor 88 Lirik: Cikgu Zazol Sebatang gigi, tumbuh umur enam bulan Gigi kanak-kanak atau set gigi susu Sangatlah kecil, kurang kuat dan tempoh hayat singkat Akan tercabut… ganti gigi kekal Hai gigi kekal. Tiga puluh dua batang Tak macam gigi susu yang hanya dua puluh Sangatlah besar, kuat dan jangka hayat panjang Mulai tumbuh usia enam tahun Geraham, kacip dan taring tiga jenislah gigi Kacip potong, taring koyak makanan Geraham… hancur makanan Struktur gigi enamel dan dentin Saraf gusi salur darah Yang kuat enamel dibina dari kalsium karbonat Jumpa doktor gigi, enam bulan sekali Gunalah flos dan gosok gigi tiga kali sehari Senarai ini akan dikemaskini sekiranya penulis terjumpa sesiapa guru Sains dedikasi yang telah menghasilkan lagu parodi untuk unit yang sama. Sekiranya cikgu-cikgu terjumpa lagu parodi bagi unit yang sama tetapi tidak sempat dikemaskini oleh penulis, maka sudi-sudilah tinggalkan komen pada ruangan bawah supaya cikgu-cikgu lain tahu dan mendengarnya. Sekian, terima kasih. A. Jenis dan Fungsi Gigi
B. Patah Tumbuh Hilang Berganti
C. Kenali Struktur Gigi
D. Gigi sihat, Senyum Memikat
Senarai Rujukan: Bahagian Pembangunan Kurikulum. 2012. Dokumen Standard Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Dunia Sains dan Teknologi Tahun 3. Putrajaya: Kementerian Pelajaran Malaysia. Mohamad Roslan Ghazali, Enchum Ibrahim, Idrus Hassann &Wan Mahiswandi Wan Ismail. 2013. Buku Teks Dunia Sains dan Teknologi. Selangor: Dewan Bahasa dan Pustaka. |