Chang Tun Kuet
  • Mengenai Penulis
  • Sains Tahun 3 (KSSR Semakan)
    • Unit 1 Kemahiran Saintifik
    • Unit 2 Peraturan Bilik Sains
    • Unit 3 Manusia
    • Unit 4 Haiwan
    • Unit 5 Tumbuh-Tumbuhan
    • Unit 6 Pengukuran
    • Unit 7 Ketumpatan
    • Unit 8 Asid dan Alkali
    • Unit 9 Sistem Suria
    • Unit 10 Mesin Ringkas
    • Magnet (DST T3)
    • Penyerapan (DST T3)
    • Tanah (DST T3)
  • Sains Tahun 4 (Semakan 2017)
    • Unit 1: Kemahiran Saintifik
    • Unit 2: Manusia
    • Unit 3: Haiwan
    • Unit 4: Tumbuhan
    • Unit 5: Sifat Cahaya
    • Unit 6: Bunyi
    • Unit 7: Tenaga
    • Unit 8: Bahan
    • Unit 9: Bumi
    • Unit 10: Mesin
  • SAINS TAHUN 5 (SEMAKAN)
    • UNIT 1: KEMAHIRAN SAINTIFIK
    • UNIT 2: MANUSIA
    • UNIT 3: HAIWAN
    • UNIT 4: TUMBUH-TUMBUHAN
    • UNIT 5: ELEKTRIK
    • UNIT 6: HABA
    • UNIT 7: PENGARATAN
    • UNIT 8: JIRIM
    • UNIT 9: FASA BULAN DAN BURUJ
    • UNIT 10: MESIN
  • SAINS TAHUN 6 (SEMAKAN)
    • UNIT 1: KEMAHIRAN SAINTIFIK
    • UNIT 2: MANUSIA
    • UNIT 3: MIKROORGANISMA
    • UNIT 4: INTERAKSI ANTARA HIDUPAN
    • UNIT 5: PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN
    • UNIT 6: DAYA
    • UNIT 7: KELAJUAN
    • UNIT 8: TEKNOLOGI PENGAWETAN MAKANAN
    • UNIT 9: BAHAN BUANGAN
    • UNIT 10: GERHANA
    • UNIT 11: GALAKSI
    • UNIT 12: KESTABILAN DAN KEKUATAN
    • UNIT 13: TEKNOLOGI
  • Sains Tahun 4
    • Unit 1: Kemahiran Saintifik
    • Unit 2: Peraturan Bilik Sains
    • Unit 3: Proses Hidup Manusia
    • Unit 4: Proses Hidup Haiwan
    • Unit 5: Proses Hidup Tumbuhan
    • Unit 6: Pengukuran
    • Unit 7: Sifat Bahan
    • Unit 8: Pengaratan
    • Unit 9: Sistem Suria
    • Unit 10: Teknologi
  • Sains Tahun 5
    • Unit 1: Kemahiran Saintifik
    • Unit 2: Peraturan Bilik Sains
    • Unit 3: Proses Hidup Haiwan
    • Unit 4: Proses Hidup Tumbuhan
    • Unit 5: Tenaga
    • Unit 6: Sifat Cahaya
    • Unit 7: Elektrik
    • Unit 8: Haba
    • Unit 9: Jirim
    • Unit 10: Asid dan Alkali
    • Unit 11: Bumi, Bulan dan Matahari
    • Unit 12: Teknologi
  • Sains Tahun 6
    • Unit 1: Kemahiran Saintifik
    • Unit 2: Peraturan Bilik Sains
    • Unit 3: Mikroorganisma
    • Unit 4: Interaksi Antara Hidupan
    • Unit 5: Pemeliharaan dan Pemuliharaan
    • Unit 6: Daya
    • Unit 7: Kelajuan
    • Unit 8: Pengawetan Makanan
    • Unit 9: Bahan Buangan
    • Unit 10: Gerhana
    • Unit 11: Buruj
    • Unit 12: Mesin
    • Soalan Berkemahiran
  • Galeri Aktiviti Semasa
  • Penulisan dan Laporan Amali
  • Pautan Rakan Seperjuangan
  • Hubungi Saya
  • Mengenai Penulis
  • Sains Tahun 3 (KSSR Semakan)
    • Unit 1 Kemahiran Saintifik
    • Unit 2 Peraturan Bilik Sains
    • Unit 3 Manusia
    • Unit 4 Haiwan
    • Unit 5 Tumbuh-Tumbuhan
    • Unit 6 Pengukuran
    • Unit 7 Ketumpatan
    • Unit 8 Asid dan Alkali
    • Unit 9 Sistem Suria
    • Unit 10 Mesin Ringkas
    • Magnet (DST T3)
    • Penyerapan (DST T3)
    • Tanah (DST T3)
  • Sains Tahun 4 (Semakan 2017)
    • Unit 1: Kemahiran Saintifik
    • Unit 2: Manusia
    • Unit 3: Haiwan
    • Unit 4: Tumbuhan
    • Unit 5: Sifat Cahaya
    • Unit 6: Bunyi
    • Unit 7: Tenaga
    • Unit 8: Bahan
    • Unit 9: Bumi
    • Unit 10: Mesin
  • SAINS TAHUN 5 (SEMAKAN)
    • UNIT 1: KEMAHIRAN SAINTIFIK
    • UNIT 2: MANUSIA
    • UNIT 3: HAIWAN
    • UNIT 4: TUMBUH-TUMBUHAN
    • UNIT 5: ELEKTRIK
    • UNIT 6: HABA
    • UNIT 7: PENGARATAN
    • UNIT 8: JIRIM
    • UNIT 9: FASA BULAN DAN BURUJ
    • UNIT 10: MESIN
  • SAINS TAHUN 6 (SEMAKAN)
    • UNIT 1: KEMAHIRAN SAINTIFIK
    • UNIT 2: MANUSIA
    • UNIT 3: MIKROORGANISMA
    • UNIT 4: INTERAKSI ANTARA HIDUPAN
    • UNIT 5: PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN
    • UNIT 6: DAYA
    • UNIT 7: KELAJUAN
    • UNIT 8: TEKNOLOGI PENGAWETAN MAKANAN
    • UNIT 9: BAHAN BUANGAN
    • UNIT 10: GERHANA
    • UNIT 11: GALAKSI
    • UNIT 12: KESTABILAN DAN KEKUATAN
    • UNIT 13: TEKNOLOGI
  • Sains Tahun 4
    • Unit 1: Kemahiran Saintifik
    • Unit 2: Peraturan Bilik Sains
    • Unit 3: Proses Hidup Manusia
    • Unit 4: Proses Hidup Haiwan
    • Unit 5: Proses Hidup Tumbuhan
    • Unit 6: Pengukuran
    • Unit 7: Sifat Bahan
    • Unit 8: Pengaratan
    • Unit 9: Sistem Suria
    • Unit 10: Teknologi
  • Sains Tahun 5
    • Unit 1: Kemahiran Saintifik
    • Unit 2: Peraturan Bilik Sains
    • Unit 3: Proses Hidup Haiwan
    • Unit 4: Proses Hidup Tumbuhan
    • Unit 5: Tenaga
    • Unit 6: Sifat Cahaya
    • Unit 7: Elektrik
    • Unit 8: Haba
    • Unit 9: Jirim
    • Unit 10: Asid dan Alkali
    • Unit 11: Bumi, Bulan dan Matahari
    • Unit 12: Teknologi
  • Sains Tahun 6
    • Unit 1: Kemahiran Saintifik
    • Unit 2: Peraturan Bilik Sains
    • Unit 3: Mikroorganisma
    • Unit 4: Interaksi Antara Hidupan
    • Unit 5: Pemeliharaan dan Pemuliharaan
    • Unit 6: Daya
    • Unit 7: Kelajuan
    • Unit 8: Pengawetan Makanan
    • Unit 9: Bahan Buangan
    • Unit 10: Gerhana
    • Unit 11: Buruj
    • Unit 12: Mesin
    • Soalan Berkemahiran
  • Galeri Aktiviti Semasa
  • Penulisan dan Laporan Amali
  • Pautan Rakan Seperjuangan
  • Hubungi Saya

UNIT 3: HAIWAN

KUIZ SAINS TAHUN 4 UNIT 3: haiwan (semakan)

7/6/2020

0 Comments

 
Picture

Salam perpaduan dan salam belajar Sains. 

Kuiz ini dihasilkan menggunakan Google Forms untuk menguji kefahaman Sains Tahun 4 Unit 3: Haiwan (Semakan 2017).

Sumber daripada pelbagai buku rujukan dengan pengubahsuaian. 

20 soalan berserta dengan ulasan feedback sekiranya menjawab salah. 
​

Sijil penyertaan akan diberikan kepada murid yang berjaya menjawab betul 70% markah dan ke atas. 

​Sila klik pautan ini:
 https://forms.gle/xW9rURVn6WcUg3it9

Boleh kongsikan keputusan anda di sini juga..
​Selamat menjawab dan semoga berjaya!!
​ 

0 Comments

NOTA SAINS TAHUN 4 UNIT 3: HAIWAN

3/22/2020

14 Comments

 

3.1 Organ Pernafasan Haiwan

  1. Di sekeliling kita, ada haiwan yang hidup di darat, ada haiwan yang hidup di air dan ada haiwan yang boleh hidup di darat dan di air.
  2. Haiwan perlu bernafas untuk terus hidup.
  3. Kebiasaan haiwan yang tinggal di darat, bernafas dengan menggunakan peparu. Contohnya, lembu dan ayam.
  4. Haiwan seperti serangga bernafas dengan menggunakan spirakel. Contohnya, belalang dan pepatung. Spirakel ialah liang-liang pernafasan yang terdapat di dalam kutikel (bahagian luar kulit) serangga.
  5. Kebiasaannya haiwan yang tinggal di air bernafas dengan menggunakan insang. Contohnya ikan dan ketam.
  6. Haiwan seperti cacing dan pacat bernafas melalui kulit lembap.
Picture


​3.1.1 Pengelasan Haiwan Berdasarkan Organ Pernafasan

  1. Haiwan boleh dikelaskan mengkut organ pernafasannya, iaitu peparu, insang, kulit lembap dan spirakel.
  2. Contoh haiwan yang bernafas menggunakan:
    1. Peparu: Kucing, buaya, kambing
    2. Insang: Berudu, ketam, udang
    3. Kulit lembap: Cacing, lintah, pacat
    4. Spirakel: Beluncas, rama-rama, semut
Picture


​3.1.2 Hidup di Darat dan di Air

  1. Semasa di darat, katak bernafas dengan menggunakan peparu. Semasa di air pula, katak bernafas dengan menggunakan kulit lembap.
  2. Selain katak, haiwan lain yang mempunyai lebih daripada satu organ pernafasan ialah sesilia dan salamander atau neut yang bernafas melalui peparu dan kulit lembap. Sesilia hidup di Kawasan tropika. Salamander atau neut tidak terdapat di negara kita. Haiwan ini hanya hidup di Kawasan beriklim sejuk dan sederhana. 
Picture


​3.2.1 Haiwan Vertebrata dan Haiwan Invertebrata

Picture
  1. Terdapat haiwan yang mempunyai tulang belakang dan haiwan yang tidak mempunyai tulang belakang.
  2. Haiwan vertebrata ialah haiwan yang mempunyai tulang belakang. Ular ialah contoh haiwan vetebrata kerana mempunyai tulang belakang.
  3. Haiwan invertebrata ialah haiwan yang tidak mempunyai tulang belakang. Cacing ialah contoh haiwan invertebrata kerana tidak mempunyai tulang belakang.
  4. Contoh haiwan vertebrata: Kuda, burung, ikan, katak, kura-kura.
  5. Contoh haiwan invertebrata: Belalang, cacing, udang, lebah, nyamuk. 
Picture


​3.2.2 Ciri-ciri Khusus Haiwan Vertebrata

  1. Selain organ pernafasan, cara pembiakan, litupan badan dan habitat juga ialah ciri-ciri khusus yang boleh digunakan untuk mengelaskan haiwan.
  2. Berdasarkan ciri-ciri khusus tersebut, haiwan vertebrata boleh dikelaskan kepada mamalia, reptelia, amfibia, burung dan ikan.
  3. Mamalia
    1. Organ pernafasan: peparu
    2. Cara pembiakan: melahirkan anak
    3. Litupan badan: berbulu halus
    4. Habitat: darat
    5. Contoh: rusa, kucing, kelawar, paus, lumba-lumba, platipus
  4. Amfibia
    1. Organ pernafasan: peparu dan kulit lembap
    2. Cara pembiakan: bertelur
    3. Litupan badan: kulit lembap
    4. Habitat: darat dan air
    5. Contoh: katak, sesilia, nuet, salamander
  5. Burung
    1. Organ pernafasan: peparu
    2. Cara pembiakan: bertelur
    3. Litupan badan: berbulu pelepah
    4. Habitat: darat
    5. Contoh: ayam, burung bangau
  6. Reptilia
    1. Organ pernafasan: peparu
    2. Cara pembiakan: bertelur
    3. Litupan badan: bersisik atau berkulit keras
    4. Habitat: kebanyakannya di darat
    5. Contoh: kura-kura, buaya
  7. Ikan
    1. Organ pernafasan: Insang
    2. Cara pembiakan: bertelur
    3. Litupan badan: bersisik
    4. Habitat: air
    5. Contoh: ikan puyu, ikan emas
  8. Jadual ciri-ciri khusus haiwan vertebrata: 
Picture
Picture
9. Info sains:
  1. Paus tinggal di laut tetapi dikelaskan sebagai haiwan mamalia kerana dapat melahirkan anak dan bernafas dengan menggunakan peparu.
  2. Kelawar ialah haiwan mamalia yang dapat terbang dan tidak dikelaskan sebagai burung.
  3. Platipus ialah haiwan mamalia yang unik kerana platypus bertelur tetapi menyusukan anaknya. Platipus menghabiskan masanya lebih lama di air berbanding dengan di darat. ​


​Refleksi Minda

Picture
Picture


Rujukan

Badan Pembangunan Kurikulum. (April 2018). Kurikulum Standard Sekolah Rendah: Dokumen Standard Kurikulum Dan Pentaksiran Sains Tahun 4. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Mohd Ramadhan bin Anwar, Mohammad Fazli bin Othman, Siti Roha binti Abd. Karim & Ahmad Pua'ad bin Ibrahim. (2019). Kurikulum Standard Sekolah Rendah (Semakan 2017): Sains Tahun 4 Sekolah Kebangsaan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 
​​
14 Comments

    Mengenai Penulis

    Seorang guru Sains sekolah rendah yang kini mengajar di SK Kampung Senau, Dalat, Sarawak.

    Archives

    July 2020
    March 2020

    Categories

    All

    RSS Feed

Powered by Create your own unique website with customizable templates.