Chang Tun Kuet
  • Mengenai Penulis
  • Sains Tahun 3 (KSSR Semakan)
    • Unit 1 Kemahiran Saintifik
    • Unit 2 Peraturan Bilik Sains
    • Unit 3 Manusia
    • Unit 4 Haiwan
    • Unit 5 Tumbuh-Tumbuhan
    • Unit 6 Pengukuran
    • Unit 7 Ketumpatan
    • Unit 8 Asid dan Alkali
    • Unit 9 Sistem Suria
    • Unit 10 Mesin Ringkas
    • Magnet (DST T3)
    • Penyerapan (DST T3)
    • Tanah (DST T3)
  • Sains Tahun 4 (Semakan 2017)
    • Unit 1: Kemahiran Saintifik
    • Unit 2: Manusia
    • Unit 3: Haiwan
    • Unit 4: Tumbuhan
    • Unit 5: Sifat Cahaya
    • Unit 6: Bunyi
    • Unit 7: Tenaga
    • Unit 8: Bahan
    • Unit 9: Bumi
    • Unit 10: Mesin
  • SAINS TAHUN 5 (SEMAKAN)
    • UNIT 1: KEMAHIRAN SAINTIFIK
    • UNIT 2: MANUSIA
    • UNIT 3: HAIWAN
    • UNIT 4: TUMBUH-TUMBUHAN
    • UNIT 5: ELEKTRIK
    • UNIT 6: HABA
    • UNIT 7: PENGARATAN
    • UNIT 8: JIRIM
    • UNIT 9: FASA BULAN DAN BURUJ
    • UNIT 10: MESIN
  • SAINS TAHUN 6 (SEMAKAN)
    • UNIT 1: KEMAHIRAN SAINTIFIK
    • UNIT 2: MANUSIA
    • UNIT 3: MIKROORGANISMA
    • UNIT 4: INTERAKSI ANTARA HIDUPAN
    • UNIT 5: PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN
    • UNIT 6: DAYA
    • UNIT 7: KELAJUAN
    • UNIT 8: TEKNOLOGI PENGAWETAN MAKANAN
    • UNIT 9: BAHAN BUANGAN
    • UNIT 10: GERHANA
    • UNIT 11: GALAKSI
    • UNIT 12: KESTABILAN DAN KEKUATAN
    • UNIT 13: TEKNOLOGI
  • Sains Tahun 4
    • Unit 1: Kemahiran Saintifik
    • Unit 2: Peraturan Bilik Sains
    • Unit 3: Proses Hidup Manusia
    • Unit 4: Proses Hidup Haiwan
    • Unit 5: Proses Hidup Tumbuhan
    • Unit 6: Pengukuran
    • Unit 7: Sifat Bahan
    • Unit 8: Pengaratan
    • Unit 9: Sistem Suria
    • Unit 10: Teknologi
  • Sains Tahun 5
    • Unit 1: Kemahiran Saintifik
    • Unit 2: Peraturan Bilik Sains
    • Unit 3: Proses Hidup Haiwan
    • Unit 4: Proses Hidup Tumbuhan
    • Unit 5: Tenaga
    • Unit 6: Sifat Cahaya
    • Unit 7: Elektrik
    • Unit 8: Haba
    • Unit 9: Jirim
    • Unit 10: Asid dan Alkali
    • Unit 11: Bumi, Bulan dan Matahari
    • Unit 12: Teknologi
  • Sains Tahun 6
    • Unit 1: Kemahiran Saintifik
    • Unit 2: Peraturan Bilik Sains
    • Unit 3: Mikroorganisma
    • Unit 4: Interaksi Antara Hidupan
    • Unit 5: Pemeliharaan dan Pemuliharaan
    • Unit 6: Daya
    • Unit 7: Kelajuan
    • Unit 8: Pengawetan Makanan
    • Unit 9: Bahan Buangan
    • Unit 10: Gerhana
    • Unit 11: Buruj
    • Unit 12: Mesin
    • Soalan Berkemahiran
  • Galeri Aktiviti Semasa
  • Penulisan dan Laporan Amali
  • Pautan Rakan Seperjuangan
  • Hubungi Saya
  • Mengenai Penulis
  • Sains Tahun 3 (KSSR Semakan)
    • Unit 1 Kemahiran Saintifik
    • Unit 2 Peraturan Bilik Sains
    • Unit 3 Manusia
    • Unit 4 Haiwan
    • Unit 5 Tumbuh-Tumbuhan
    • Unit 6 Pengukuran
    • Unit 7 Ketumpatan
    • Unit 8 Asid dan Alkali
    • Unit 9 Sistem Suria
    • Unit 10 Mesin Ringkas
    • Magnet (DST T3)
    • Penyerapan (DST T3)
    • Tanah (DST T3)
  • Sains Tahun 4 (Semakan 2017)
    • Unit 1: Kemahiran Saintifik
    • Unit 2: Manusia
    • Unit 3: Haiwan
    • Unit 4: Tumbuhan
    • Unit 5: Sifat Cahaya
    • Unit 6: Bunyi
    • Unit 7: Tenaga
    • Unit 8: Bahan
    • Unit 9: Bumi
    • Unit 10: Mesin
  • SAINS TAHUN 5 (SEMAKAN)
    • UNIT 1: KEMAHIRAN SAINTIFIK
    • UNIT 2: MANUSIA
    • UNIT 3: HAIWAN
    • UNIT 4: TUMBUH-TUMBUHAN
    • UNIT 5: ELEKTRIK
    • UNIT 6: HABA
    • UNIT 7: PENGARATAN
    • UNIT 8: JIRIM
    • UNIT 9: FASA BULAN DAN BURUJ
    • UNIT 10: MESIN
  • SAINS TAHUN 6 (SEMAKAN)
    • UNIT 1: KEMAHIRAN SAINTIFIK
    • UNIT 2: MANUSIA
    • UNIT 3: MIKROORGANISMA
    • UNIT 4: INTERAKSI ANTARA HIDUPAN
    • UNIT 5: PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN
    • UNIT 6: DAYA
    • UNIT 7: KELAJUAN
    • UNIT 8: TEKNOLOGI PENGAWETAN MAKANAN
    • UNIT 9: BAHAN BUANGAN
    • UNIT 10: GERHANA
    • UNIT 11: GALAKSI
    • UNIT 12: KESTABILAN DAN KEKUATAN
    • UNIT 13: TEKNOLOGI
  • Sains Tahun 4
    • Unit 1: Kemahiran Saintifik
    • Unit 2: Peraturan Bilik Sains
    • Unit 3: Proses Hidup Manusia
    • Unit 4: Proses Hidup Haiwan
    • Unit 5: Proses Hidup Tumbuhan
    • Unit 6: Pengukuran
    • Unit 7: Sifat Bahan
    • Unit 8: Pengaratan
    • Unit 9: Sistem Suria
    • Unit 10: Teknologi
  • Sains Tahun 5
    • Unit 1: Kemahiran Saintifik
    • Unit 2: Peraturan Bilik Sains
    • Unit 3: Proses Hidup Haiwan
    • Unit 4: Proses Hidup Tumbuhan
    • Unit 5: Tenaga
    • Unit 6: Sifat Cahaya
    • Unit 7: Elektrik
    • Unit 8: Haba
    • Unit 9: Jirim
    • Unit 10: Asid dan Alkali
    • Unit 11: Bumi, Bulan dan Matahari
    • Unit 12: Teknologi
  • Sains Tahun 6
    • Unit 1: Kemahiran Saintifik
    • Unit 2: Peraturan Bilik Sains
    • Unit 3: Mikroorganisma
    • Unit 4: Interaksi Antara Hidupan
    • Unit 5: Pemeliharaan dan Pemuliharaan
    • Unit 6: Daya
    • Unit 7: Kelajuan
    • Unit 8: Pengawetan Makanan
    • Unit 9: Bahan Buangan
    • Unit 10: Gerhana
    • Unit 11: Buruj
    • Unit 12: Mesin
    • Soalan Berkemahiran
  • Galeri Aktiviti Semasa
  • Penulisan dan Laporan Amali
  • Pautan Rakan Seperjuangan
  • Hubungi Saya

UNIT 2: MANUSIA

KUIZ SAINS TAHUN 4 UNIT 2: manusia (semakan)

7/6/2020

5 Comments

 
Picture

Salam perpaduan dan salam belajar Sains. 

Kuiz ini dihasilkan menggunakan Google Forms untuk menguji kefahaman Sains Tahun 4 Unit 2: Manusia (Semakan 2017).

Sumber daripada pelbagai buku rujukan dengan pengubahsuaian. 

20 soalan berserta dengan ulasan feedback sekiranya menjawab salah. 
​

Sijil penyertaan akan diberikan kepada murid yang berjaya menjawab betul 70% markah dan ke atas. 

​Sila klik pautan ini:
 https://forms.gle/7zWTvVFn143xHXPt8 ​

Boleh kongsikan keputusan anda di sini juga..
​Selamat menjawab dan semoga berjaya!!
​

5 Comments

NOTA SAINS TAHUN 4 UNIT 2: MANUSIA

3/22/2020

18 Comments

 

​2.1.1  Organ Pernafasan Manusia

Picture
  1. Manusia bernafas untuk hidup.
  2. Semasa bernafas, manusia menyedut udara masuk ke dalam peparu dan menghembus udara keluar dari peparu.
  3. Peparu merupakan organ pernafasan manusia.
  4. Organ yang terlibat semasa proses pernafasan ialah hidung, trakea, dan peparu.
  5. Saiz peparu kiri lebih kecil berbanding dengan saiz peparu kanan kerana jantung kita berada di sebelah kiri.
 

2.1.2  Proses Pernafasan Manusia

Picture
  1. Oksigen disedut masuk ke dalam hidung.
  2. Selain hidung, udara juga boleh memasuki peparu melalui rongga mulut.
  3. Oksigen sedang melalui trakea.
  4. Semasa di peparu, proses pertukaran gas berlaku.
  5. Oksigen akan masuk ke dalam peparu, manakala karbon dioksida pula akan keluar dari peparu.
  6. Pernafasan manusia melibatkan proses menarik nafas dan menghembus nafas.
  7. Semasa menarik nafas, oksigen akan melalui hidung -> trakea -> peparu.
  8. Semasa menghembus nafas, karbon dioksda akan melalui peparu -> trakea -> hidung. 


​2.1.3  Kandungan Oksigen dan Karbon Dioksida semasa Pernafasan

Picture
  1. Terdapat perbezaan kandungan oksigen dan karbon dioksida yang disebut masuk dan dihembus keluar.
  2. Udara yang disedut masuk mengandungi lebih oksigen berbending dengan udara yang dihembus keluar.
  3. Udara yang dihembus keluar mengandungi lebih karbon dioksida berbanding dengan udara yang disedut masuk.
  4. Udara di sekeliling kita terdiri daripada beberapa kandungan seperti oksigen, karbon dioksida, nitrogen, gas lain dan wap air. 


​2.1.4 Pergerakan Dada semasa Pernafasan

Picture
  1. Letakkan tangan di atas dada sambil menarik dan mengembus nafas.
  2. Keadaan dada kita akan menaik dan mengembang semasa menarik nafas kerana udara masuk ke badan kita.
  3. Keadaan dada kita akan menurun dan mengempis semasa menghembus nafas kerana udara keluar dari badan kita. 


​​2.1.5  Kadar Pernafasan

Picture
  1. Kadar pernafasan ialah bilangan pergerakan dada naik dan turun dalam satu minit.
  2. Kadar pernafasan bergantung kepada jenis aktiviti yang dijalankan.
    1. Contoh aktiviti kadar pernafasan rendah: Duduk, tidur.
    2. Contoh aktiviti kadar pernafasan sederhana: Berjoging, bersenam
    3. Contoh aktiviti kadar pernafasan tinggi: Berlari, berskipping tali.
  3. Kadar pernafasan bagi setiap aktiviti adalah berbeza kerana badan kita memerlukan kandungan udara yang tidak sama bagi setiap aktiviti tersebut.
  4. Salah satu faktor yang dapat mempengaruhi kadar pernafasan manusia ialah kandungan oksigen di tempat itu. Contohnya, jika berada di tempat yang sesak dengan manusia seperti di dalam lif atau komuter, kandungan oksigen berkurang kerana ramai orang menggunakan oksigen tersebut. Maka kadar pernafasan menjadi lebih tinggi.
  5. Semakin lasak dan cergas aktiviti, semakin bertambah bilangan pergerakan dada, dan semakin tinggi kadar penafasan.
 


​2.1.6   Situasi yang Memberikan kesan terhadap Pernafasan

  1. Udara di persekitaran yang bersih dapat memastikan manusia bernafas dengan dengan lebih baik.
  2. Situasi-situasi yang memberi kesan kepada pernafasan manusia:
    1. Berjoging di dalam taman – Baik untuk pernafasan kita
    2. Menyertai larian Bersama-sama – Baik untuk pernafasan kita
    3. Pembakaran terbuka – Tidak baik untuk pernafasan kita
    4. Merokok – Tidak baik untuk pernafasan kita
  3. Jerebu ialah udara kering yang mengandungi gas-gas, habuk dan debu terapung di atmosfera yang menyebabkan keadaan sekeliling kelihatan kabur dan tidak baik untuk kesihatan manusia. 


​2.2.1  Perkumuhan dan Penyahtinjaan

Picture
  1. Badan manusia menghasilkan pelbagai bahan buangan seperti air kencing, peluh, tinja, karbon dioksida dan wap air yang perlu disingkirkan dari badan untuk mengelakkan penyakit.
  2. Proses penyingkiran bahan buangan dari badan dinamakan perkumuhan.
  3. Penyahtinjaan pula ialah proses penyingkiran tinja melalui dubur. 


​2.2.2  Organ dan Hasilnya

Picture
  1. Perkumuhan berlaku pada organ perkumuhan.
  2. Organ-organ perkumuhan:
    1. Kulit merembeskan peluh.
    2. Peparu membebaskan karbon dioksida dan wap air.
    3. Ginjal menyingkirkan air kencing.
  3. Makanan yang tidak tercerna semasa proses pencernaan akan menjadi tinja. Proses menyingkirkan tinja berlaku melalui dubur dan dinamakan penyahtinjaan. 


​2.2.3  Kepentingan Perkumuhan dan Penyahtinjaan

  1. Jika seseorang sukar membuang air kecil, dia berkemungkinan menghidap penyakit batu karang.
  2. Tinja yang keras boleh menyebabkan sukar membuang air besar. Gejala ini dinamakan sembelit.
  3. Hasil perkumuhan dan tinja penting untuk disingkirkan supaya kita sihat dan tidak jatuh sakit. 


​​2.3.1  Gerak Balas terhadap Rangsangan

Picture
  1. Manusia bergerak balas terhadap perubahan keadaan perekitaran.
  2. Keadaan persekitaran boleh berubah. Perubahan ini dikenali sebagai rangsangan.
  3. Tindakan yang dilakukan terhadap rangsangan pula dikenali sebagai gerak balas.


​2.3.2  Organ Deria

Picture
  1. Organ deria manusia menerima rangsangan seperti cahaya, bau, bunyi, rasa dan sentuhan.
  2. Contoh organ deria yang terlibat dalam setiap tindakan dalam kehidupan seharian.
    1. Telinga – Mendengar bunyi jam loceng berbunyi
    2. Kulit – Berasa sejuk apabila mandi pagi
    3. Hidung – Berbau sedap ayam goreng
    4. Lidah – Merasa air teh tawar
    5. Mata – Silau apabila melihat cahaya Matahari


​2.3.3  Kepentingan Gerak Balas

  1. Manusia bergerak balas apabila organ deria menerima rangsangan.
  2. Contoh situasi yang menunjukkan kepentingan gerak balas:
    1. Terkejut saya! Lajunya kereta itu. Mujur pemandunya membunyikan hon.
    2. Eh, dari mana datangnya bau asap ini? Lebih baik saya menyelamatkan diri dan menelefon bomba.
    3. Alamak, kena beri laluan kepada ambulans ini! Sudah tentu ada pesakit yang perlukan bantuan.
  3. Manusia perlu bergerak balas daripada rangsangan untuk:
    1. mengelakkan diri daripada bahaya.
    2. mengelakkan kecederaan.
    3. menyelamatan diri.
    4. mendapatkan maklumat dan berkomunikasi. 


​2.3.4  Tabiat yang Mengganggu Gerak Balas Manusia

Picture
  1. Tabiat meminum arak, menghidu gam dan menyalahgunakan dadah boleh memberikan kesan buruk kepada manusia.
  2. Tabiat tersebut boleh mengganggu gerak balas manusia terhadap rangsangan yang diterima.
  3. Arak ialah sejenis minuman beralkohol yang boleh menyebabkan seseorang menjadi mabuk. Oleh sebab itu, gerak balas peminum arak menjadi lambat apabila menerima rangsangan kerana organ derianya terganggu.
  4. Gam ialah sejenis bahan kimia yang boleh menyebabkan seseorang yang menghidunya akan berkhayal dan ketagih. Bahan kimia yang terkandung dalam gam boleh menjejaskan fungsi organ deria dan otak seseorang penghidu gam. Oleh sebab itu, gerak balas akan menjadi lambat ketika menerima rangsangan.
  5. Dadah ialah bahan yang digunakan sebagai ubat. Walau bagaimanapun, terdapat juga dadah yang disalahgunakan seperti ubat batuk atau pil ekstasi yang boleh menyebabkan seseorang akan berkhayal atau tidak sedarkan diri dan ketagih. Oleh sebab itu, gerak balas seseorang penagih dadah akan terganggu apabila menerima sesuatu rangsangan kerana organ derianya tidak dapat berfungsi dengan baik 
​

Video QR Code

1. Kandungan Oksigen dan Karbon Dioksida semasa Pernafasan
Picture
Buku Teks ms 29: Kandungan Oksigen dan Karbon dioksida semasa pernafasan

2. Membuat model peparu
Picture
Buku Teks ms 49: Membuat Model Peparu


​​Refleksi Minda

Picture


​​Rujukan

Badan Pembangunan Kurikulum. (April 2018). Kurikulum Standard Sekolah Rendah: Dokumen Standard Kurikulum Dan Pentaksiran Sains Tahun 4. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Mohd Ramadhan bin Anwar, Mohammad Fazli bin Othman, Siti Roha binti Abd. Karim & Ahmad Pua'ad bin Ibrahim. (2019). Kurikulum Standard Sekolah Rendah (Semakan 2017): Sains Tahun 4 Sekolah Kebangsaan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. ​
18 Comments

    Mengenai Penulis

    Seorang guru Sains sekolah rendah yang kini mengajar di SK Kampung Senau, Dalat, Sarawak.

    Archives

    July 2020
    March 2020

    Categories

    All

    RSS Feed

Powered by Create your own unique website with customizable templates.