Chang Tun Kuet
  • Mengenai Penulis
  • Sains Tahun 3 (KSSR Semakan)
    • Unit 1 Kemahiran Saintifik
    • Unit 2 Peraturan Bilik Sains
    • Unit 3 Manusia
    • Unit 4 Haiwan
    • Unit 5 Tumbuh-Tumbuhan
    • Unit 6 Pengukuran
    • Unit 7 Ketumpatan
    • Unit 8 Asid dan Alkali
    • Unit 9 Sistem Suria
    • Unit 10 Mesin Ringkas
    • Magnet (DST T3)
    • Penyerapan (DST T3)
    • Tanah (DST T3)
  • Sains Tahun 4 (Semakan 2017)
    • Unit 1: Kemahiran Saintifik
    • Unit 2: Manusia
    • Unit 3: Haiwan
    • Unit 4: Tumbuhan
    • Unit 5: Sifat Cahaya
    • Unit 6: Bunyi
    • Unit 7: Tenaga
    • Unit 8: Bahan
    • Unit 9: Bumi
    • Unit 10: Mesin
  • SAINS TAHUN 5 (SEMAKAN)
    • UNIT 1: KEMAHIRAN SAINTIFIK
    • UNIT 2: MANUSIA
    • UNIT 3: HAIWAN
    • UNIT 4: TUMBUH-TUMBUHAN
    • UNIT 5: ELEKTRIK
    • UNIT 6: HABA
    • UNIT 7: PENGARATAN
    • UNIT 8: JIRIM
    • UNIT 9: FASA BULAN DAN BURUJ
    • UNIT 10: MESIN
  • SAINS TAHUN 6 (SEMAKAN)
    • UNIT 1: KEMAHIRAN SAINTIFIK
    • UNIT 2: MANUSIA
    • UNIT 3: MIKROORGANISMA
    • UNIT 4: INTERAKSI ANTARA HIDUPAN
    • UNIT 5: PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN
    • UNIT 6: DAYA
    • UNIT 7: KELAJUAN
    • UNIT 8: TEKNOLOGI PENGAWETAN MAKANAN
    • UNIT 9: BAHAN BUANGAN
    • UNIT 10: GERHANA
    • UNIT 11: GALAKSI
    • UNIT 12: KESTABILAN DAN KEKUATAN
    • UNIT 13: TEKNOLOGI
  • Sains Tahun 4
    • Unit 1: Kemahiran Saintifik
    • Unit 2: Peraturan Bilik Sains
    • Unit 3: Proses Hidup Manusia
    • Unit 4: Proses Hidup Haiwan
    • Unit 5: Proses Hidup Tumbuhan
    • Unit 6: Pengukuran
    • Unit 7: Sifat Bahan
    • Unit 8: Pengaratan
    • Unit 9: Sistem Suria
    • Unit 10: Teknologi
  • Sains Tahun 5
    • Unit 1: Kemahiran Saintifik
    • Unit 2: Peraturan Bilik Sains
    • Unit 3: Proses Hidup Haiwan
    • Unit 4: Proses Hidup Tumbuhan
    • Unit 5: Tenaga
    • Unit 6: Sifat Cahaya
    • Unit 7: Elektrik
    • Unit 8: Haba
    • Unit 9: Jirim
    • Unit 10: Asid dan Alkali
    • Unit 11: Bumi, Bulan dan Matahari
    • Unit 12: Teknologi
  • Sains Tahun 6
    • Unit 1: Kemahiran Saintifik
    • Unit 2: Peraturan Bilik Sains
    • Unit 3: Mikroorganisma
    • Unit 4: Interaksi Antara Hidupan
    • Unit 5: Pemeliharaan dan Pemuliharaan
    • Unit 6: Daya
    • Unit 7: Kelajuan
    • Unit 8: Pengawetan Makanan
    • Unit 9: Bahan Buangan
    • Unit 10: Gerhana
    • Unit 11: Buruj
    • Unit 12: Mesin
    • Soalan Berkemahiran
  • Galeri Aktiviti Semasa
  • Penulisan dan Laporan Amali
  • Pautan Rakan Seperjuangan
  • Hubungi Saya
  • Mengenai Penulis
  • Sains Tahun 3 (KSSR Semakan)
    • Unit 1 Kemahiran Saintifik
    • Unit 2 Peraturan Bilik Sains
    • Unit 3 Manusia
    • Unit 4 Haiwan
    • Unit 5 Tumbuh-Tumbuhan
    • Unit 6 Pengukuran
    • Unit 7 Ketumpatan
    • Unit 8 Asid dan Alkali
    • Unit 9 Sistem Suria
    • Unit 10 Mesin Ringkas
    • Magnet (DST T3)
    • Penyerapan (DST T3)
    • Tanah (DST T3)
  • Sains Tahun 4 (Semakan 2017)
    • Unit 1: Kemahiran Saintifik
    • Unit 2: Manusia
    • Unit 3: Haiwan
    • Unit 4: Tumbuhan
    • Unit 5: Sifat Cahaya
    • Unit 6: Bunyi
    • Unit 7: Tenaga
    • Unit 8: Bahan
    • Unit 9: Bumi
    • Unit 10: Mesin
  • SAINS TAHUN 5 (SEMAKAN)
    • UNIT 1: KEMAHIRAN SAINTIFIK
    • UNIT 2: MANUSIA
    • UNIT 3: HAIWAN
    • UNIT 4: TUMBUH-TUMBUHAN
    • UNIT 5: ELEKTRIK
    • UNIT 6: HABA
    • UNIT 7: PENGARATAN
    • UNIT 8: JIRIM
    • UNIT 9: FASA BULAN DAN BURUJ
    • UNIT 10: MESIN
  • SAINS TAHUN 6 (SEMAKAN)
    • UNIT 1: KEMAHIRAN SAINTIFIK
    • UNIT 2: MANUSIA
    • UNIT 3: MIKROORGANISMA
    • UNIT 4: INTERAKSI ANTARA HIDUPAN
    • UNIT 5: PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN
    • UNIT 6: DAYA
    • UNIT 7: KELAJUAN
    • UNIT 8: TEKNOLOGI PENGAWETAN MAKANAN
    • UNIT 9: BAHAN BUANGAN
    • UNIT 10: GERHANA
    • UNIT 11: GALAKSI
    • UNIT 12: KESTABILAN DAN KEKUATAN
    • UNIT 13: TEKNOLOGI
  • Sains Tahun 4
    • Unit 1: Kemahiran Saintifik
    • Unit 2: Peraturan Bilik Sains
    • Unit 3: Proses Hidup Manusia
    • Unit 4: Proses Hidup Haiwan
    • Unit 5: Proses Hidup Tumbuhan
    • Unit 6: Pengukuran
    • Unit 7: Sifat Bahan
    • Unit 8: Pengaratan
    • Unit 9: Sistem Suria
    • Unit 10: Teknologi
  • Sains Tahun 5
    • Unit 1: Kemahiran Saintifik
    • Unit 2: Peraturan Bilik Sains
    • Unit 3: Proses Hidup Haiwan
    • Unit 4: Proses Hidup Tumbuhan
    • Unit 5: Tenaga
    • Unit 6: Sifat Cahaya
    • Unit 7: Elektrik
    • Unit 8: Haba
    • Unit 9: Jirim
    • Unit 10: Asid dan Alkali
    • Unit 11: Bumi, Bulan dan Matahari
    • Unit 12: Teknologi
  • Sains Tahun 6
    • Unit 1: Kemahiran Saintifik
    • Unit 2: Peraturan Bilik Sains
    • Unit 3: Mikroorganisma
    • Unit 4: Interaksi Antara Hidupan
    • Unit 5: Pemeliharaan dan Pemuliharaan
    • Unit 6: Daya
    • Unit 7: Kelajuan
    • Unit 8: Pengawetan Makanan
    • Unit 9: Bahan Buangan
    • Unit 10: Gerhana
    • Unit 11: Buruj
    • Unit 12: Mesin
    • Soalan Berkemahiran
  • Galeri Aktiviti Semasa
  • Penulisan dan Laporan Amali
  • Pautan Rakan Seperjuangan
  • Hubungi Saya

unit 12: teknologi

KUIZ SAINS TAHUN 5 UNIT 12: TEKNOLOGI

6/7/2020

2 Comments

 
Picture
Salam perpaduan dan salam belajar Sains. 

Kuiz ini dihasilkan menggunakan Google Forms untuk menguji kefahaman Sains Tahun 5 Unit 12: Teknologi. 

Sumber daripada pelbagai buku rujukan dengan pengubahsuaian. 

20 soalan berserta dengan ulasan feedback sekiranya menjawab salah. 
​

Sijil penyertaan akan diberikan kepada murid yang berjaya menjawab betul 70% markah dan ke atas. 

​Sila klik pautan ini: 
https://forms.gle/hKVZMmJVDfcG3H7k6 

Boleh kongsikan keputusan anda di sini juga..
​Selamat menjawab dan semoga berjaya!!
​

2 Comments

video pdpc sains tahun 5 unit 12: teknologi

11/2/2019

3 Comments

 
Salam sejahtera dan salam perpaduan Sains KKSR. Berikut disertakan beberapa video PdPc bagi Sains Tahun 5 Unit 12: Teknologi yang mengandungi 4 video:
​
  1. Struktur-Sturktur yang Kuat dan Stabil
  2. Kestabilan Objek
  3. Kekuatan Struktur
  4. Pemilihan Bahan untuk Struktur yang Kuat dan Stabil

Video ini dibangunkan oleh Learning Port Interactive yang boleh didapati pada laman Youtube.

​Selamat belajar! 
3 Comments

RPH Sains Tahun 5 Unit 12: Teknologi

5/4/2018

0 Comments

 
Salam perpaduan Sains KSSR. Berikut disertakan cadangan rancangan pengajaran harian (RPH) bagi Sains Tahun 5 Unit 12: Teknologi dalam bentuk PDF untuk perkongsian idea dalam kalangan guru. Semoga guru mendapat manfaat dan perbincangan bersama. ​
​
sn_t5_u12_rph.pdf
File Size: 354 kb
File Type: pdf
Download File

Memandangkan semakin banyak cikgu yang meminta RPH unit ini dalam bentuk words dan penulis tidak mampu untuk membalas satu per satu, maka di sini disertakan RPH bagi Unit ini dalam bentuk words. 

Untuk mengelakkan font dan margin terlari, cikgu-cikgu juga diminta untuk memuat turun dan memasang font yang digunakan, iaitu  font Blokletters Viltstift. (Ini juga merupakan salah satu sebab mengapa penulis tidak memuat naik rph words pada asalnya). 

Sekiranya cikgu-cikgu memuat turunnya, maka mohon agar meninggalkan komen sekurang-kurangnya ucapan terima kasih pada ruangan di bawah. Terima kasih. 
​
blokletters-viltstift.ttf
File Size: 87 kb
File Type: ttf
Download File

sn_t5_u12_rph.docx
File Size: 43 kb
File Type: docx
Download File

0 Comments

Lagu Parodi Sains Tahun 5 Unit 12: Teknologi

5/2/2018

0 Comments

 
Salam sejahtera dan Selamat belajar Sains. 

Umumnya, kaedah nyanyian merupakan salah satu cara yang popular untuk mempelajari Sains, terutamanya dalam kalangan murid sekolah rendah. Oleh itu, tidak hairanlah jikalau semakin banyak lagu parodi Sains telah dihasilkan oleh guru-guru Sains yang dedikasi dan berbakat untuk menggalakkan anak muridnya untuk membaca dan menyanyikan lagu Sains. Tindakan ini juga diharapkan dapat memupuk dan meningkatkan minat murid-murid dalam mata pelajaran Sains. 

Oleh itu, pada kali ini, penulis ingin mengongsikan beberapa lagu parodi Sains yang berkaitan dengan Sains Tahun 5 Unit 12: Teknologi.
​

Penulis ingin menegaskan di sini bahawa lagu-lagu berikut bukanlah dihasilkan oleh penulis, tetapi oleh guru-guru seperti pada kredit di bawah. Penulis hanyalah mengumpul dan mengepos semula untuk memudahkan guru-guru atau murid-murid untuk mencari dan mengulang kaji pelajaran. Selamat menyanyi!

Lagu 1: Aku Kuat! Aku Stabil! oleh Cikgu Aziah

Sains Tahun 5
Unit 12: Teknologi
Tajuk Lagu: Aku Kuat! Aku Stabil
Melodi: Di Amaran Mama (Hazama)
Lirik: CIkgu Sharifah Aziah

 
Cikguku ada kata
Kalau hendak membina
Satu binaan mestilah kukuh
Ia tak mudah runtuh
Ia bertahan lama
Dapat menampung banyak beban
 
Cikguku kata lagi
Untuk binaan ini
Jenis bahannya mestilah kuat
Pilih besi dan konkrit
Dan bentuk yang melengkung
Pastinya kan berdiri teguh
 
Jikalau kita nak bina binaan yang stabil
Ada dua faktor yang mesti dilihat
Satu ketinggian binaan mestilah rendah
Luas tapaknya pula mestilah lebih besar
 
Cikguku ada kata
Oh! Binaan yang stabil
Tidak akan mudah bergoyang
Tak akan mudah tumbang
Rendah pusat gravity
Walau ditiup angina kencang
 
Oh kuat dan stabil
 
Binaan yang stabil dan juga yang kukuh
Berkualiti kehidupan lestari
 
Kita amalkan mengguna bahan yang lestari
Guna semula bahan buangan ini
Kitar semula plastik, kertas, kaca dengan tin
Dapat jimat bahan dan elakkan pencemaran
 
Yang kukuh tidak mudah renyuk dan runtuh
Dapat menampung banyak bilangan beban
Binaan stabil tidak mudah tumbhang dan goyang
Ambil masa lebih lama untuk ditumbangkan

Picture

Senarai ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa sekiranya penulis terjumpa sesiapa guru Sains dedikasi yang telah menghasilkan lagu parodi untuk unit yang sama.

Sekiranya cikgu-cikgu terjumpa lagu parodi bagi unit yang sama tetapi tidak sempat dikemaskini oleh penulis, maka sudi-sudilah tinggalkan komen pada ruangan bawah supaya cikgu-cikgu lain tahu dan mendengarnya. 

Sekian, terima kasih. 
​
0 Comments

Video Pengajaran Sains Tahun 5 Unit 12: Teknologi

5/29/2017

4 Comments

 
Salam perpaduan Sains KSSR. Berikut disertakan beberapa video mengenai pengajaran Tahun 5 Unit 12: Teknologi yang mengandungi 2 bahagian, iaitu kestabilan dan kekuatan sesuatu objek dan binaan, serta pembudayaan kehidupan Lestari. Video ini dibangunkan oleh EduNation Malaysia yang boleh didapati pada laman Youtube. 
​Selamat belajar! 
4 Comments

Nota Sains Tahun 5 Unit 12: Teknologi

4/13/2017

59 Comments

 
(A) Struktur yang Kuat dan Stabil
  1. Struktur yang kuat dan stabil di sekeliling kita dibina berasaskan pelbagai bentuk seperti:
    1. Hemisfera (Pusat Sains Negara)
    2. Kuboid (Bangunan Parlimen)
    3. Silinder (KLCC)
    4. Piramid (Masjid Negara)
    5. Sfera
    6. Kubus
    7. Kon
  2. Bangunan yang dibina dengan bentuk-bentuk tersebut akan menghasilkan struktur binaan yang kuat dan stabil.
  3. Struktur yang kuat ialah strukur yang teguh, kukuh dan mantap.
  4. Struktur yang stabil ialah struktur yang tidak mudah roboh, goyang dan rosak.
 
(B) Faktor Kestabilan Objek
  1. Struktur yang stabil ialah struktur yang tidak mudah tumbang atau jatuh apabila daya bertindak ke atasnya.
  2. Kestabilan objek dipengaruhi oleh faktor:
    1. Ketinggian struktur
      1. Tujuan: Untuk menyiasat hubungan di antara ketinggian struktur dan kestabilan objek.
      2. Hubungan: Semakin tinggi struktur, semakin kurang stabil struktur itu.
    2. Luas tapak struktur
      1. Tujuan: Untuk menyiasat hubungan di antara luas tapak struktur dan kestabilan objek.
      2. Hubungan: Semakin meningkat luas tapak sesuatu struktur, semakin meningkat kestabilan struktur.

(C) Kekuatan Objek
  1. Kekuatan objek bergantung kepada
    1. Jenis Bahan yang digunakan
      1. Tujuan: Untuk menyiasat hubungan di antara jenis bahan yang digunakan dengan kekuatan objek.
      2. Kesimpulan: Konkrit ialah bahan yang paling kuat, diikuti dengan besi, kayu, plastik dan kaca. 
    2. Bentuk struktur
      1. Tujuan: Untuk menyiasat hubungan di antara bentuk struktur dengan kekuatan objek.
      2. Kesimpulan: Struktur yang melengkung lebih kuat daripada struktur yang di dalam keadaan rata. 
Picture

(D) Binaan yang Kuat dan Stabil
  1. Kelebihan binaan yang kuat dan stabil:
    1. Lebih tahan lama.
    2. Boleh digunakan untuk jangka masa panjang.
    3. Tidak mudah rosak.
    4. Kos penyelenggaraan binaan kurang
    5. Lebih selamat dan memberikan kesejahteraan hidup manusia.
 

(E) Mencipta Model Binaan
  1. Mengenal pasti jenis binaan yang ingin dibina.
  2. Menjana idea untuk mencipta suatu bentuk struktur yang stabil.
  3. Membat lakaran model.
  4. Memilih jenis bahan yang sesuai.
  5. Membina model mengikut lakaran.
  6. Menguji model dari segi kestabilan dan kekuatan.


(F) Amalan Penggunaan Bahan Lestari
  1. Penggunaan bahan yang berhemah dapat mengelakkan pembaziran dan mengurangkan kos. Bahan daripada sumber-sumber alam juga tidak mudah kehabisan.
  2. Contoh amalan penggunaan bahan yang lestari:
    1. Membawa bekal menggunakan bekas makanan dan tidak menggunakan bekas polisterina.
    2. Menggunakan semula botol plastik sebagai pasu bunga.
    3. Membaiki barang atau peralatan lama kerana dapat menjimatkan wang.
    4. Membawa beg barang semasa hendak membeli belah untuk mengurangkan penggunaan beg plastik.
    5. Menggunakan buku latihan terpakai dan belum digunakan untuk membuat nota dan mengulang kaji pelajaran. 
​ 
Picture

Rujukan: 

Badan Pembangunan Kurikulum. (2014). Kurikulum Standard Sekolah Rendah: Dokumen Standard Kurikulum Dan Pentaksiran Sains Tahun 5. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Suwaibatullasmiah binti Jalaludin, Sopia binti Md Yassin, & Tan Mun Wai. (2014). Sains Sekolah Kebangsaan Tahun 5. Selangor Darul Ehsan: Dewan Bahasa dan Pustaka.
​ ​​​​​
59 Comments

    Mengenai Penulis

    Seorang guru Sains sekolah rendah yang kini mengajar di SK Kampung Senau, Dalat, Sarawak.

    Archives

    June 2020
    November 2019
    May 2018
    May 2017
    April 2017

    Categories

    All
    Sains Tahun 5
    Teknologi
    Teknologi Dan Kelestarian Hidup

    RSS Feed

Powered by Create your own unique website with customizable templates.