Salam sejahtera dan Selamat belajar Sains. Umumnya, kaedah nyanyian merupakan salah satu cara yang popular untuk mempelajari Sains, terutamanya dalam kalangan murid sekolah rendah. Oleh itu, tidak hairanlah jikalau semakin banyak lagu parodi Sains telah dihasilkan oleh guru-guru Sains yang dedikasi dan berbakat untuk menggalakkan anak muridnya untuk membaca dan menyanyikan lagu Sains. Tindakan ini juga diharapkan dapat memupuk dan meningkatkan minat murid-murid dalam mata pelajaran Sains. Oleh itu, pada kali ini, penulis ingin mengongsikan beberapa lagu parodi Sains yang berkaitan dengan Sains Tahun 6 Unit 11: Buruj. Penulis ingin menegaskan di sini bahawa lagu-lagu berikut bukanlah dihasilkan oleh penulis, tetapi oleh guru-guru seperti pada kredit di bawah. Penulis hanyalah mengumpul dan mengepos semula untuk memudahkan guru-guru atau murid-murid untuk mencari dan mengulang kaji pelajaran. Selamat menyanyi! Lagu 1: Engkaulah Burujku oleh Cikgu HalinaSains Tahun 6 Unit 11: Buruj Tajuk Lagu: Engkaulah Burujku Melodi: Dengarlah bintang Hatiku Lirik: Cikgu Halina Dengarlah bintang hatiku Aku akan mengajarmu Nama buruj dan bentuknya Buat tunjuk arah tuju Bintang-bintang yang Membentuk corak Buruj juga boleh guna tunjuk musim Ada Pari juga Biduk Belantik dan Skorpio Mari kenali, semua Buruj itu Muncul bulan April dan Jun Tunjukku arah selatan Itulah Buruj yang bernama Pari Belantik nama diberi Pemburu pula bentuknya Disember dan Februari Utaralah yang ditunjuk Buruj Biduk berbentuk senduk Suatu hari, pasti akan ku temui Skorpio kala jengking Bulan Jun dan juga Ogos Muncul di langit kala malam hari Biduk muncul bulan April Dan juga muncul bulan Jun Bintang-bintang ku Engkaulah burujku. Lagu 2: Buruj oleh Cikgu AziahSains Tahun 6 Unit 11: Buruj Tajuk Lagu: Buruj Melodi: Berdua Lebih Baik (Acha Sepriasa) Lirik: Cikgu Sharifah Aziah Lihat bintang di sana Berkelipan di angkasa Punya corak tertentu Ada empat semua Buruj perlu kita tahu Muncul bulan berbeza Ada buruj biduk Tunjuk ke utara Bentuk macam senduk Dan buruj Pari Tunjuk ke selatan April sehingga Jun Bulan Jun hingga Ogos Muncul pula buruj Skorpio Tanda musim menuai Lepas itu Belantik Bentuknya macam pemburu Tunjuk arah utara Oh buruj Belantik Muncul Disember Sehingga Februari Pada pinggangnya Tunjuk arah kiblat Mengarah ke Barat Buruj adalah bintang Yang tidak bergerak Tapi Nampak berubah Kerna Bumi beredar Kelilingi Matahari Hadap langit berbeza Lihatlah bintang di sana Berkerlipan di angkasa Punya corak tertentu Ada empat semua Buruj perlu kita tahu Muncul bulan berbeza Ada buruj biduk Tunjuk ke utara Bentuk macam senduk Dan buruk Pari Tunjuk ke Selatan April sehingga Jun Oh buruj Belantik Munculnya Disember Sehingga Februari Pada pinggangnya Tunjuk arah kiblat Mengarah ke Barat Uuuu… Ooooo… Yeah.. Lagu 3: Buruj oleh Cikgu Tun AzlinaSains Tahun 6 Unit 11: Buruj Tajuk Lagu: Buruj Melodi: Lirik: Cikgu Tun Azlina Di angkasa ,terdapatnya buruj-buruj Buruj Scorpio, Biduk, Pari dan Belantik Tugasnya menentu arah, tentu musim, tentu satelit dan sebagai kalendar Buruj Scorpio bentuk kala jengking, buruj Biduk berbentuk senduk, Buruj Pari, berbentuk layang-layang Buruj Belantik bentuk pemburu, Ursa Major bentuk beruang Buruj Leo pula berbentuklah singa« Di angkasa, terdapatnya buruj-buruj Buruj Scorpio, Biduk, Pari dan Belantik Buruj-buruj adalah gugusan bintang Tugasnya boleh menentukan arah Buruj Biduk dan Belantik Menentukan arah utara Manakala Pari pula ke Selatan Tugasnya menentukan arah, tentu musim, tentu satelit Dan juga sebagai kalendar Itulah buruj-buruj di angkasa ![]()
Lagu 4: Buruj oleh Din-Hu-JanSains Tahun 6 Unit 11: Buruj Tajuk Lagu: Buruj Melodi: Lirik: Din-Hu-Jan Study Constellation Study Constellation Buruj Study Constellation Terdapat banyak Terdapat banyak buruj di dunia Tapi yang kita belajar hanya Belajar hanya empat sahaja (Buruj biduk buruj pari Skorpio dan belantik) X 2 Buruj biduk itu rupa macam senduk Ia cuma muncul april hingga jun saja Buruj pari pula macam layang-layang Ia muncul pada april hingga jun juga Skorpio bentuknya sama macam kala jengking Ia muncul pada jun sehingga ke bulan ogos Belantik macam orang berperang Disember februari pun datang Buruj-buruj itu ada kepentingannya Ia berperanan tunjukkan hari bulan Selain dari itu ia juga boleh Menjadikan sebagai penunjuk ke arah perjalanan Perjalanan Itulah kepentingannya Terdapat banyak buruj di dunia Tapi yang kita belajar hanya Belajar hanya empat sahaja (Buruj biduk buruj pari Skorpio dan belantik) X 2 Constellation Senarai ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa sekiranya penulis terjumpa sesiapa guru Sains dedikasi yang telah menghasilkan lagu parodi untuk unit yang sama. Sekiranya cikgu-cikgu terjumpa lagu parodi bagi unit yang sama tetapi tidak sempat dikemaskini oleh penulis, maka sudi-sudilah tinggalkan komen pada ruangan bawah supaya cikgu-cikgu lain tahu dan mendengarnya. Sekian, terima kasih.
0 Comments
|
Mengenai PenulisSeorang guru Sains sekolah rendah yang kini mengajar di SK Kampung Senau, Dalat, Sarawak. Archives
June 2020
Categories |