Chang Tun Kuet
  • Mengenai Penulis
  • Sains Tahun 3 (KSSR Semakan)
    • Unit 1 Kemahiran Saintifik
    • Unit 2 Peraturan Bilik Sains
    • Unit 3 Manusia
    • Unit 4 Haiwan
    • Unit 5 Tumbuh-Tumbuhan
    • Unit 6 Pengukuran
    • Unit 7 Ketumpatan
    • Unit 8 Asid dan Alkali
    • Unit 9 Sistem Suria
    • Unit 10 Mesin Ringkas
    • Magnet (DST T3)
    • Penyerapan (DST T3)
    • Tanah (DST T3)
  • Sains Tahun 4 (Semakan 2017)
    • Unit 1: Kemahiran Saintifik
    • Unit 2: Manusia
    • Unit 3: Haiwan
    • Unit 4: Tumbuhan
    • Unit 5: Sifat Cahaya
    • Unit 6: Bunyi
    • Unit 7: Tenaga
    • Unit 8: Bahan
    • Unit 9: Bumi
    • Unit 10: Mesin
  • SAINS TAHUN 5 (SEMAKAN)
    • UNIT 1: KEMAHIRAN SAINTIFIK
    • UNIT 2: MANUSIA
    • UNIT 3: HAIWAN
    • UNIT 4: TUMBUH-TUMBUHAN
    • UNIT 5: ELEKTRIK
    • UNIT 6: HABA
    • UNIT 7: PENGARATAN
    • UNIT 8: JIRIM
    • UNIT 9: FASA BULAN DAN BURUJ
    • UNIT 10: MESIN
  • SAINS TAHUN 6 (SEMAKAN)
    • UNIT 1: KEMAHIRAN SAINTIFIK
    • UNIT 2: MANUSIA
    • UNIT 3: MIKROORGANISMA
    • UNIT 4: INTERAKSI ANTARA HIDUPAN
    • UNIT 5: PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN
    • UNIT 6: DAYA
    • UNIT 7: KELAJUAN
    • UNIT 8: TEKNOLOGI PENGAWETAN MAKANAN
    • UNIT 9: BAHAN BUANGAN
    • UNIT 10: GERHANA
    • UNIT 11: GALAKSI
    • UNIT 12: KESTABILAN DAN KEKUATAN
    • UNIT 13: TEKNOLOGI
  • Sains Tahun 4
    • Unit 1: Kemahiran Saintifik
    • Unit 2: Peraturan Bilik Sains
    • Unit 3: Proses Hidup Manusia
    • Unit 4: Proses Hidup Haiwan
    • Unit 5: Proses Hidup Tumbuhan
    • Unit 6: Pengukuran
    • Unit 7: Sifat Bahan
    • Unit 8: Pengaratan
    • Unit 9: Sistem Suria
    • Unit 10: Teknologi
  • Sains Tahun 5
    • Unit 1: Kemahiran Saintifik
    • Unit 2: Peraturan Bilik Sains
    • Unit 3: Proses Hidup Haiwan
    • Unit 4: Proses Hidup Tumbuhan
    • Unit 5: Tenaga
    • Unit 6: Sifat Cahaya
    • Unit 7: Elektrik
    • Unit 8: Haba
    • Unit 9: Jirim
    • Unit 10: Asid dan Alkali
    • Unit 11: Bumi, Bulan dan Matahari
    • Unit 12: Teknologi
  • Sains Tahun 6
    • Unit 1: Kemahiran Saintifik
    • Unit 2: Peraturan Bilik Sains
    • Unit 3: Mikroorganisma
    • Unit 4: Interaksi Antara Hidupan
    • Unit 5: Pemeliharaan dan Pemuliharaan
    • Unit 6: Daya
    • Unit 7: Kelajuan
    • Unit 8: Pengawetan Makanan
    • Unit 9: Bahan Buangan
    • Unit 10: Gerhana
    • Unit 11: Buruj
    • Unit 12: Mesin
    • Soalan Berkemahiran
  • Galeri Aktiviti Semasa
  • Penulisan dan Laporan Amali
  • Pautan Rakan Seperjuangan
  • Hubungi Saya
  • Mengenai Penulis
  • Sains Tahun 3 (KSSR Semakan)
    • Unit 1 Kemahiran Saintifik
    • Unit 2 Peraturan Bilik Sains
    • Unit 3 Manusia
    • Unit 4 Haiwan
    • Unit 5 Tumbuh-Tumbuhan
    • Unit 6 Pengukuran
    • Unit 7 Ketumpatan
    • Unit 8 Asid dan Alkali
    • Unit 9 Sistem Suria
    • Unit 10 Mesin Ringkas
    • Magnet (DST T3)
    • Penyerapan (DST T3)
    • Tanah (DST T3)
  • Sains Tahun 4 (Semakan 2017)
    • Unit 1: Kemahiran Saintifik
    • Unit 2: Manusia
    • Unit 3: Haiwan
    • Unit 4: Tumbuhan
    • Unit 5: Sifat Cahaya
    • Unit 6: Bunyi
    • Unit 7: Tenaga
    • Unit 8: Bahan
    • Unit 9: Bumi
    • Unit 10: Mesin
  • SAINS TAHUN 5 (SEMAKAN)
    • UNIT 1: KEMAHIRAN SAINTIFIK
    • UNIT 2: MANUSIA
    • UNIT 3: HAIWAN
    • UNIT 4: TUMBUH-TUMBUHAN
    • UNIT 5: ELEKTRIK
    • UNIT 6: HABA
    • UNIT 7: PENGARATAN
    • UNIT 8: JIRIM
    • UNIT 9: FASA BULAN DAN BURUJ
    • UNIT 10: MESIN
  • SAINS TAHUN 6 (SEMAKAN)
    • UNIT 1: KEMAHIRAN SAINTIFIK
    • UNIT 2: MANUSIA
    • UNIT 3: MIKROORGANISMA
    • UNIT 4: INTERAKSI ANTARA HIDUPAN
    • UNIT 5: PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN
    • UNIT 6: DAYA
    • UNIT 7: KELAJUAN
    • UNIT 8: TEKNOLOGI PENGAWETAN MAKANAN
    • UNIT 9: BAHAN BUANGAN
    • UNIT 10: GERHANA
    • UNIT 11: GALAKSI
    • UNIT 12: KESTABILAN DAN KEKUATAN
    • UNIT 13: TEKNOLOGI
  • Sains Tahun 4
    • Unit 1: Kemahiran Saintifik
    • Unit 2: Peraturan Bilik Sains
    • Unit 3: Proses Hidup Manusia
    • Unit 4: Proses Hidup Haiwan
    • Unit 5: Proses Hidup Tumbuhan
    • Unit 6: Pengukuran
    • Unit 7: Sifat Bahan
    • Unit 8: Pengaratan
    • Unit 9: Sistem Suria
    • Unit 10: Teknologi
  • Sains Tahun 5
    • Unit 1: Kemahiran Saintifik
    • Unit 2: Peraturan Bilik Sains
    • Unit 3: Proses Hidup Haiwan
    • Unit 4: Proses Hidup Tumbuhan
    • Unit 5: Tenaga
    • Unit 6: Sifat Cahaya
    • Unit 7: Elektrik
    • Unit 8: Haba
    • Unit 9: Jirim
    • Unit 10: Asid dan Alkali
    • Unit 11: Bumi, Bulan dan Matahari
    • Unit 12: Teknologi
  • Sains Tahun 6
    • Unit 1: Kemahiran Saintifik
    • Unit 2: Peraturan Bilik Sains
    • Unit 3: Mikroorganisma
    • Unit 4: Interaksi Antara Hidupan
    • Unit 5: Pemeliharaan dan Pemuliharaan
    • Unit 6: Daya
    • Unit 7: Kelajuan
    • Unit 8: Pengawetan Makanan
    • Unit 9: Bahan Buangan
    • Unit 10: Gerhana
    • Unit 11: Buruj
    • Unit 12: Mesin
    • Soalan Berkemahiran
  • Galeri Aktiviti Semasa
  • Penulisan dan Laporan Amali
  • Pautan Rakan Seperjuangan
  • Hubungi Saya

unit 11: bumi, bulan dan matahari

KUIZ SAINS TAHUN 5 UNIT 11: bumi, bulan dan matahari

6/7/2020

6 Comments

 
Picture
Salam perpaduan dan salam belajar Sains. 

Kuiz ini dihasilkan menggunakan Google Forms untuk menguji kefahaman Sains Tahun 5 Unit 11: Bumi, Bulan dan Matahari.

Sumber daripada pelbagai buku rujukan dengan pengubahsuaian. 

20 soalan berserta dengan ulasan feedback sekiranya menjawab salah. 
​

Sijil penyertaan akan diberikan kepada murid yang berjaya menjawab betul 70% markah dan ke atas. 

​Sila klik pautan ini: 
https://forms.gle/NXkpRK5R9n2cAz936 

Boleh kongsikan keputusan anda di sini juga..
​Selamat menjawab dan semoga berjaya!!
​

6 Comments

video pdpc sains tahun 5 unit 11: bumi, bulan dan matahari

11/2/2019

0 Comments

 
Salam sejahtera dan salam perpaduan Sains KKSR. Berikut disertakan beberapa video PdPc bagi Sains Tahun 5 Unit 11: Bumi, Bulan dan Matahari yang mengandungi 4 video:
​
  1. Pergerakan Bumi
  2. Kesan Putaran Bumi
  3. Pergerakan Bulan
  4. Fasa-Fasa Bulan

Video ini dibangunkan oleh Learning Port Interactive yang boleh didapati pada laman Youtube.

​Selamat belajar! 
0 Comments

RPH Sains Tahun 5 Unit 11: Bumi, Bulan dan Matahari

5/4/2018

0 Comments

 
Salam perpaduan Sains KSSR. Berikut disertakan cadangan rancangan pengajaran harian (RPH) bagi Sains Tahun 5 Unit 11: Bumi, Bulan dan Matahari dalam bentuk PDF untuk perkongsian idea dalam kalangan guru. Semoga guru mendapat manfaat dan perbincangan bersama. ​
​
sn_t5_u11_rph.pdf
File Size: 405 kb
File Type: pdf
Download File

Memandangkan semakin banyak cikgu yang meminta RPH unit ini dalam bentuk words dan penulis tidak mampu untuk membalas satu per satu, maka di sini disertakan RPH bagi Unit ini dalam bentuk words. 

Untuk mengelakkan font dan margin terlari, cikgu-cikgu juga diminta untuk memuat turun dan memasang font yang digunakan, iaitu  font Blokletters Viltstift. (Ini juga merupakan salah satu sebab mengapa penulis tidak memuat naik rph words pada asalnya). 

Sekiranya cikgu-cikgu memuat turunnya, maka mohon agar meninggalkan komen sekurang-kurangnya ucapan terima kasih pada ruangan di bawah. Terima kasih. 
​
blokletters-viltstift.ttf
File Size: 87 kb
File Type: ttf
Download File

sn_t5_u11_rph.docx
File Size: 51 kb
File Type: docx
Download File

0 Comments

Lagu Parodi Sains Tahun 5 Unit 11: Bumi, Bulan dan Matahari

5/2/2018

2 Comments

 
Salam sejahtera dan Selamat belajar Sains. 

Umumnya, kaedah nyanyian merupakan salah satu cara yang popular untuk mempelajari Sains, terutamanya dalam kalangan murid sekolah rendah. Oleh itu, tidak hairanlah jikalau semakin banyak lagu parodi Sains telah dihasilkan oleh guru-guru Sains yang dedikasi dan berbakat untuk menggalakkan anak muridnya untuk membaca dan menyanyikan lagu Sains. Tindakan ini juga diharapkan dapat memupuk dan meningkatkan minat murid-murid dalam mata pelajaran Sains. 

Oleh itu, pada kali ini, penulis ingin mengongsikan beberapa lagu parodi Sains yang berkaitan dengan Sains Tahun 5 Unit 11: Bumi, Bulan dan Matahari.
​

Penulis ingin menegaskan di sini bahawa lagu-lagu berikut bukanlah dihasilkan oleh penulis, tetapi oleh guru-guru seperti pada kredit di bawah. Penulis hanyalah mengumpul dan mengepos semula untuk memudahkan guru-guru atau murid-murid untuk mencari dan mengulang kaji pelajaran. Selamat menyanyi!
​

Lagu 1: Putaran Bumi oleh Cikgu Aziah

Sains Tahun 5
Unit 11: Bulan, Bumi dan Matahari
Tajuk Lagu: Putaran Bumi
Molodi: Pencuri Hati (Ayda Jebat)
Lirik: Cikgu Sharifah Aziah

 
Bumi berputar pada paksinya aa
Berputar dari barat ke timur ahh
Dan pada masa yang sama Bumi beredar mengikut orbitnya
Mengelilingi Matahari 365 hari
 
Dan putaran Bumi pada 2 paksinya
Menyebabkan tiga.. tiga perkara
Siang malam panjang bayang, kedudukan Matahari
 
Dan putaran Bumi pada 2 paksinya
Mengambil masa dua puluh empat jam
Come on Bumi putar lagi yeahh
 
Hadap mentari siang dan cerah aa
Membelakangi malam dan gelap aa
Dua belas jam siang lepas itu dua belas jam malam
Kelihatan arah Mentari seakan ubah posisi
 
Dan putaran Bumi pada 2 paksinya
Menyebabkan ubah panjang bayang-bayang
Makin pendek makin panjang pagi hingga ke petang
Oh oh oh oh apa apa apa terjadi
Jika Bumi tidak berputar pada paksinya
Tiada malam kekal siang yeahh
 
Barat timur ia berputar
Ikut arah oh lawan jam
 
Oh dengan putaranmu
Oh dengan peredaranmu
Kaulah Bumi planetku
Tempat hidup matiku
 
(Dan putaran Bumi pada 2 pasinya
Menyebabkan tiga-tiga perkara
Come on Bumi putar lagi
Dari barat ke timur) X2
 
Dan putaran Bumi pada 2 paksinya
Menyebabkan tiga-tiga perkara
Come on Bumi putar lagi yeah…
Putar lagi.. Putar lagi.. oo…

Picture

Lagu 2: Fasa Bulan oleh Cikgu Aziah

Sains Tahun 5
Unit 11: Bulan, Bumi dan Matahari
Tajuk Unit: Fasa Bulan
Tajuk Lagu: Fasa Bulan
Melodi: Lagu Tiga Kupang
Lirik: Cikgu Sharifah Aziah

 
Fasa-fasa Bulan
Semua ada lapan
Lain-lain bentuk
Kita kenal hafal
 
Mula anak bulan
Tak Nampak apa-apa
Dasa bulan sabit
Bentuk C terbalik
 
Dia makin besar
Jadi bulan separa
Nampak separuh saja
Separuh lagi pergi mana, Hoi!
 
Lepas bulan separa
Bulan hampir purnama
Lepas itu pula
Jadi bulan purnama
 
Bulan purnama bulat
Sangat cerah sekali
15 hari bulan.. kita Nampak dia.. Hoi!
 
Lepas itu dia
Jadi makin kecil
Sampai satu masa
Bulan sabit lama

Picture

Lagu 3: Bayang-Bayang oleh Cikgu Tun Azlina

Sains Tahun 5
Unit 11: Bulan, Bumi dan Matahari
Tajuk Unit: Putaran Bumi
Tajuk Lagu: Bayang-bayang
Molodi: Bangun Pagi
Lirik: Cikgu Tun Azlina

 
Saya ada bayang-bayang
mengikuti saya
Pagi kiri, petang kanan,
pagi barat, petang timur
 
Pagi pagi, bayang-panjang
dan semakin pendek
Bila petang, bayang-baying,
semakinlah panjang
 
Ada dua ,sifat cahaya,
yang membentuk bayang-bayang
Cahaya bergerak lurus,
tak boleh tembus objek legap.
Cahaya bergerak lurus,
tak boleh tembus objek legap.
tun_azlina_bt_lokman___riza_irina_bt_mohd_ramli_-_bayang-bayang_.mp3
File Size: 1965 kb
File Type: mp3
Download File


​Senarai ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa sekiranya penulis terjumpa sesiapa guru Sains dedikasi yang telah menghasilkan lagu parodi untuk unit yang sama.


Sekiranya cikgu-cikgu terjumpa lagu parodi bagi unit yang sama tetapi tidak sempat dikemaskini oleh penulis, maka sudi-sudilah tinggalkan komen pada ruangan bawah supaya cikgu-cikgu lain tahu dan mendengarnya. 

Sekian, terima kasih. 
​
2 Comments

Video Pengajaran Sains Tahun 5 Unit 11: Bumi, Bulan dan Matahari

5/29/2017

0 Comments

 
Salam perpaduan Sains KSSR. Berikut disertakan beberapa video mengenai pengajaran Tahun 5 Unit 11: Bumi, Bulan dan Matahari yang mengandungi 2 bahagian, iaitu Pergerakan Bumi dan Fasa-Fasa Bulan. Video ini dibangunkan oleh EduNation Malaysia yang boleh didapati pada laman Youtube. 
​Selamat belajar! 
0 Comments

Nota Sains Tahun 5 Unit 11: Bumi, Bulan dan Matahari

4/13/2017

83 Comments

 
(A) Putaran dan Peredaran Bumi
  1. Bumi berputar pada paksinya dan pada masa yang sama beredar mengikut orbitnya mengelilingi Matahari.
 
(B) Putaran Bumi
  1. Bergerak dari arah Barat ke Timur mengikut arah lawan jam.
  2. 1 putaran lengkap = 24 jam atau 1 hari.
  3. Kesan putaran Bumi:
    1. Kejadian siang dan malam
    2. Kedudukan Matahari kelihatan berubah-ubah
    3. Perubahan panjang dan arah bayang-bayang objek
    4. Kejadian air pasang surut
 
(C) Peredaran Bumi
  1. Mengelilingi Matahari dari arah Barat ke Timur mengikut arah lawan jam.
  2. 1 peredaran lengkap = 365 ¼ hari atau 1 tahun.
  3. Kesan peredaran Bumi:
    1. Kejadian 4 musim.
    2. Perbezaan masa panjang siang dan malam.
    3. Kejadian gerhana Matahari dan gerhana Bulan.
 
(D) Fenomena Fasa-Fasa Bulan
  1. Bulan tidak mengeluarkan cahaya, tetapi memantulkan cahaya Matahari untuk sampai ke mata kita.
  2. Seperti Bumi, Bulan berputar pada paksinya dan pada masa yang sama beredar mengikut orbitnya mengelilingi Bumi.
  3. Bulan berputar pada paksinya dalam masa 27 1/3 hari dari Barat ke Timur.
  4. Bulan beredar mengelilingi Bumi juga dalam masa 27 1/3 hari dari Barat ke Timur.
  5. Tempoh edaran dan putaran Bumi adalah sama, menyebakkan kita sentiasa melihat permukaan Bulan yang sama.
  6. Bentuk-bentuk Bulan yang berbeza dikenali sebagai Fasa Bulan.
  7. Semasa Bulan mengelilingi Bumi, kedudukan Bulan berubah dengan masa. Ini menyebabkan fasa Bulan:
    1. Bahagian permukaan Bulan yang gelap menghadap Bumi disebut anak bulan.
    2. Sebahagian kecil permukaan Bulan yang disinari menghadap Bumi disebut bulan sabit.
    3. Separuh  bahagian permukaan Bulan yang terang menghadap Bumi disebut bulan separa.
    4. Keseluruhan bahagian permukaan Bulan yang disinari menghadap Bumi disebut bulan purnama.
  8. Takwim yang kita gunakan ialah Takwim Masihi yang menunjukkan kedudukan Bumi semasa edarannya mengelilingi Matahari.
  9. Takwim yang dibina berdasarkan fasa Bulan dikenali sebagai Takwim Qamari.
Picture
Picture

Rujukan: 

Badan Pembangunan Kurikulum. (2014). Kurikulum Standard Sekolah Rendah: Dokumen Standard Kurikulum Dan Pentaksiran Sains Tahun 5. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Suwaibatullasmiah binti Jalaludin, Sopia binti Md Yassin, & Tan Mun Wai. (2014). Sains Sekolah Kebangsaan Tahun 5. Selangor Darul Ehsan: Dewan Bahasa dan Pustaka.
​ ​​​​
83 Comments

    Mengenai Penulis

    Seorang guru Sains sekolah rendah yang kini mengajar di SK Kampung Senau, Dalat, Sarawak.

    Archives

    June 2020
    November 2019
    May 2018
    May 2017
    April 2017

    Categories

    All
    Bumi Bulan Dan Matahari
    Bumi Dan Sains Angkasa
    Sains Tahun 5

    RSS Feed

Powered by Create your own unique website with customizable templates.