Salam perpaduan Sains KSSR. Berikut disertakan cadangan rancangan pengajaran harian (RPH) bagi Sains Tahun 5 Unit 11: Bumi, Bulan dan Matahari dalam bentuk PDF untuk perkongsian idea dalam kalangan guru. Semoga guru mendapat manfaat dan perbincangan bersama. ![]()
Memandangkan semakin banyak cikgu yang meminta RPH unit ini dalam bentuk words dan penulis tidak mampu untuk membalas satu per satu, maka di sini disertakan RPH bagi Unit ini dalam bentuk words. Untuk mengelakkan font dan margin terlari, cikgu-cikgu juga diminta untuk memuat turun dan memasang font yang digunakan, iaitu font Blokletters Viltstift. (Ini juga merupakan salah satu sebab mengapa penulis tidak memuat naik rph words pada asalnya). Sekiranya cikgu-cikgu memuat turunnya, maka mohon agar meninggalkan komen sekurang-kurangnya ucapan terima kasih pada ruangan di bawah. Terima kasih.
0 Comments
Salam sejahtera dan Selamat belajar Sains. Umumnya, kaedah nyanyian merupakan salah satu cara yang popular untuk mempelajari Sains, terutamanya dalam kalangan murid sekolah rendah. Oleh itu, tidak hairanlah jikalau semakin banyak lagu parodi Sains telah dihasilkan oleh guru-guru Sains yang dedikasi dan berbakat untuk menggalakkan anak muridnya untuk membaca dan menyanyikan lagu Sains. Tindakan ini juga diharapkan dapat memupuk dan meningkatkan minat murid-murid dalam mata pelajaran Sains. Oleh itu, pada kali ini, penulis ingin mengongsikan beberapa lagu parodi Sains yang berkaitan dengan Sains Tahun 5 Unit 11: Bumi, Bulan dan Matahari. Penulis ingin menegaskan di sini bahawa lagu-lagu berikut bukanlah dihasilkan oleh penulis, tetapi oleh guru-guru seperti pada kredit di bawah. Penulis hanyalah mengumpul dan mengepos semula untuk memudahkan guru-guru atau murid-murid untuk mencari dan mengulang kaji pelajaran. Selamat menyanyi! Lagu 1: Putaran Bumi oleh Cikgu AziahSains Tahun 5 Unit 11: Bulan, Bumi dan Matahari Tajuk Lagu: Putaran Bumi Molodi: Pencuri Hati (Ayda Jebat) Lirik: Cikgu Sharifah Aziah Bumi berputar pada paksinya aa Berputar dari barat ke timur ahh Dan pada masa yang sama Bumi beredar mengikut orbitnya Mengelilingi Matahari 365 hari Dan putaran Bumi pada 2 paksinya Menyebabkan tiga.. tiga perkara Siang malam panjang bayang, kedudukan Matahari Dan putaran Bumi pada 2 paksinya Mengambil masa dua puluh empat jam Come on Bumi putar lagi yeahh Hadap mentari siang dan cerah aa Membelakangi malam dan gelap aa Dua belas jam siang lepas itu dua belas jam malam Kelihatan arah Mentari seakan ubah posisi Dan putaran Bumi pada 2 paksinya Menyebabkan ubah panjang bayang-bayang Makin pendek makin panjang pagi hingga ke petang Oh oh oh oh apa apa apa terjadi Jika Bumi tidak berputar pada paksinya Tiada malam kekal siang yeahh Barat timur ia berputar Ikut arah oh lawan jam Oh dengan putaranmu Oh dengan peredaranmu Kaulah Bumi planetku Tempat hidup matiku (Dan putaran Bumi pada 2 pasinya Menyebabkan tiga-tiga perkara Come on Bumi putar lagi Dari barat ke timur) X2 Dan putaran Bumi pada 2 paksinya Menyebabkan tiga-tiga perkara Come on Bumi putar lagi yeah… Putar lagi.. Putar lagi.. oo… Lagu 2: Fasa Bulan oleh Cikgu AziahSains Tahun 5 Unit 11: Bulan, Bumi dan Matahari Tajuk Unit: Fasa Bulan Tajuk Lagu: Fasa Bulan Melodi: Lagu Tiga Kupang Lirik: Cikgu Sharifah Aziah Fasa-fasa Bulan Semua ada lapan Lain-lain bentuk Kita kenal hafal Mula anak bulan Tak Nampak apa-apa Dasa bulan sabit Bentuk C terbalik Dia makin besar Jadi bulan separa Nampak separuh saja Separuh lagi pergi mana, Hoi! Lepas bulan separa Bulan hampir purnama Lepas itu pula Jadi bulan purnama Bulan purnama bulat Sangat cerah sekali 15 hari bulan.. kita Nampak dia.. Hoi! Lepas itu dia Jadi makin kecil Sampai satu masa Bulan sabit lama Lagu 3: Bayang-Bayang oleh Cikgu Tun AzlinaSains Tahun 5 Unit 11: Bulan, Bumi dan Matahari Tajuk Unit: Putaran Bumi Tajuk Lagu: Bayang-bayang Molodi: Bangun Pagi Lirik: Cikgu Tun Azlina Saya ada bayang-bayang mengikuti saya Pagi kiri, petang kanan, pagi barat, petang timur Pagi pagi, bayang-panjang dan semakin pendek Bila petang, bayang-baying, semakinlah panjang Ada dua ,sifat cahaya, yang membentuk bayang-bayang Cahaya bergerak lurus, tak boleh tembus objek legap. Cahaya bergerak lurus, tak boleh tembus objek legap. ![]()
Senarai ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa sekiranya penulis terjumpa sesiapa guru Sains dedikasi yang telah menghasilkan lagu parodi untuk unit yang sama. Sekiranya cikgu-cikgu terjumpa lagu parodi bagi unit yang sama tetapi tidak sempat dikemaskini oleh penulis, maka sudi-sudilah tinggalkan komen pada ruangan bawah supaya cikgu-cikgu lain tahu dan mendengarnya. Sekian, terima kasih. |
Mengenai PenulisSeorang guru Sains sekolah rendah yang kini mengajar di SK Kampung Senau, Dalat, Sarawak. Archives
June 2020
Categories
All
|