Chang Tun Kuet
  • Mengenai Penulis
  • Sains Tahun 3 (KSSR Semakan)
    • Unit 1 Kemahiran Saintifik
    • Unit 2 Peraturan Bilik Sains
    • Unit 3 Manusia
    • Unit 4 Haiwan
    • Unit 5 Tumbuh-Tumbuhan
    • Unit 6 Pengukuran
    • Unit 7 Ketumpatan
    • Unit 8 Asid dan Alkali
    • Unit 9 Sistem Suria
    • Unit 10 Mesin Ringkas
    • Magnet (DST T3)
    • Penyerapan (DST T3)
    • Tanah (DST T3)
  • Sains Tahun 4 (Semakan 2017)
    • Unit 1: Kemahiran Saintifik
    • Unit 2: Manusia
    • Unit 3: Haiwan
    • Unit 4: Tumbuhan
    • Unit 5: Sifat Cahaya
    • Unit 6: Bunyi
    • Unit 7: Tenaga
    • Unit 8: Bahan
    • Unit 9: Bumi
    • Unit 10: Mesin
  • SAINS TAHUN 5 (SEMAKAN)
    • UNIT 1: KEMAHIRAN SAINTIFIK
    • UNIT 2: MANUSIA
    • UNIT 3: HAIWAN
    • UNIT 4: TUMBUH-TUMBUHAN
    • UNIT 5: ELEKTRIK
    • UNIT 6: HABA
    • UNIT 7: PENGARATAN
    • UNIT 8: JIRIM
    • UNIT 9: FASA BULAN DAN BURUJ
    • UNIT 10: MESIN
  • SAINS TAHUN 6 (SEMAKAN)
    • UNIT 1: KEMAHIRAN SAINTIFIK
    • UNIT 2: MANUSIA
    • UNIT 3: MIKROORGANISMA
    • UNIT 4: INTERAKSI ANTARA HIDUPAN
    • UNIT 5: PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN
    • UNIT 6: DAYA
    • UNIT 7: KELAJUAN
    • UNIT 8: TEKNOLOGI PENGAWETAN MAKANAN
    • UNIT 9: BAHAN BUANGAN
    • UNIT 10: GERHANA
    • UNIT 11: GALAKSI
    • UNIT 12: KESTABILAN DAN KEKUATAN
    • UNIT 13: TEKNOLOGI
  • Sains Tahun 4
    • Unit 1: Kemahiran Saintifik
    • Unit 2: Peraturan Bilik Sains
    • Unit 3: Proses Hidup Manusia
    • Unit 4: Proses Hidup Haiwan
    • Unit 5: Proses Hidup Tumbuhan
    • Unit 6: Pengukuran
    • Unit 7: Sifat Bahan
    • Unit 8: Pengaratan
    • Unit 9: Sistem Suria
    • Unit 10: Teknologi
  • Sains Tahun 5
    • Unit 1: Kemahiran Saintifik
    • Unit 2: Peraturan Bilik Sains
    • Unit 3: Proses Hidup Haiwan
    • Unit 4: Proses Hidup Tumbuhan
    • Unit 5: Tenaga
    • Unit 6: Sifat Cahaya
    • Unit 7: Elektrik
    • Unit 8: Haba
    • Unit 9: Jirim
    • Unit 10: Asid dan Alkali
    • Unit 11: Bumi, Bulan dan Matahari
    • Unit 12: Teknologi
  • Sains Tahun 6
    • Unit 1: Kemahiran Saintifik
    • Unit 2: Peraturan Bilik Sains
    • Unit 3: Mikroorganisma
    • Unit 4: Interaksi Antara Hidupan
    • Unit 5: Pemeliharaan dan Pemuliharaan
    • Unit 6: Daya
    • Unit 7: Kelajuan
    • Unit 8: Pengawetan Makanan
    • Unit 9: Bahan Buangan
    • Unit 10: Gerhana
    • Unit 11: Buruj
    • Unit 12: Mesin
    • Soalan Berkemahiran
  • Galeri Aktiviti Semasa
  • Penulisan dan Laporan Amali
  • Pautan Rakan Seperjuangan
  • Hubungi Saya
  • Mengenai Penulis
  • Sains Tahun 3 (KSSR Semakan)
    • Unit 1 Kemahiran Saintifik
    • Unit 2 Peraturan Bilik Sains
    • Unit 3 Manusia
    • Unit 4 Haiwan
    • Unit 5 Tumbuh-Tumbuhan
    • Unit 6 Pengukuran
    • Unit 7 Ketumpatan
    • Unit 8 Asid dan Alkali
    • Unit 9 Sistem Suria
    • Unit 10 Mesin Ringkas
    • Magnet (DST T3)
    • Penyerapan (DST T3)
    • Tanah (DST T3)
  • Sains Tahun 4 (Semakan 2017)
    • Unit 1: Kemahiran Saintifik
    • Unit 2: Manusia
    • Unit 3: Haiwan
    • Unit 4: Tumbuhan
    • Unit 5: Sifat Cahaya
    • Unit 6: Bunyi
    • Unit 7: Tenaga
    • Unit 8: Bahan
    • Unit 9: Bumi
    • Unit 10: Mesin
  • SAINS TAHUN 5 (SEMAKAN)
    • UNIT 1: KEMAHIRAN SAINTIFIK
    • UNIT 2: MANUSIA
    • UNIT 3: HAIWAN
    • UNIT 4: TUMBUH-TUMBUHAN
    • UNIT 5: ELEKTRIK
    • UNIT 6: HABA
    • UNIT 7: PENGARATAN
    • UNIT 8: JIRIM
    • UNIT 9: FASA BULAN DAN BURUJ
    • UNIT 10: MESIN
  • SAINS TAHUN 6 (SEMAKAN)
    • UNIT 1: KEMAHIRAN SAINTIFIK
    • UNIT 2: MANUSIA
    • UNIT 3: MIKROORGANISMA
    • UNIT 4: INTERAKSI ANTARA HIDUPAN
    • UNIT 5: PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN
    • UNIT 6: DAYA
    • UNIT 7: KELAJUAN
    • UNIT 8: TEKNOLOGI PENGAWETAN MAKANAN
    • UNIT 9: BAHAN BUANGAN
    • UNIT 10: GERHANA
    • UNIT 11: GALAKSI
    • UNIT 12: KESTABILAN DAN KEKUATAN
    • UNIT 13: TEKNOLOGI
  • Sains Tahun 4
    • Unit 1: Kemahiran Saintifik
    • Unit 2: Peraturan Bilik Sains
    • Unit 3: Proses Hidup Manusia
    • Unit 4: Proses Hidup Haiwan
    • Unit 5: Proses Hidup Tumbuhan
    • Unit 6: Pengukuran
    • Unit 7: Sifat Bahan
    • Unit 8: Pengaratan
    • Unit 9: Sistem Suria
    • Unit 10: Teknologi
  • Sains Tahun 5
    • Unit 1: Kemahiran Saintifik
    • Unit 2: Peraturan Bilik Sains
    • Unit 3: Proses Hidup Haiwan
    • Unit 4: Proses Hidup Tumbuhan
    • Unit 5: Tenaga
    • Unit 6: Sifat Cahaya
    • Unit 7: Elektrik
    • Unit 8: Haba
    • Unit 9: Jirim
    • Unit 10: Asid dan Alkali
    • Unit 11: Bumi, Bulan dan Matahari
    • Unit 12: Teknologi
  • Sains Tahun 6
    • Unit 1: Kemahiran Saintifik
    • Unit 2: Peraturan Bilik Sains
    • Unit 3: Mikroorganisma
    • Unit 4: Interaksi Antara Hidupan
    • Unit 5: Pemeliharaan dan Pemuliharaan
    • Unit 6: Daya
    • Unit 7: Kelajuan
    • Unit 8: Pengawetan Makanan
    • Unit 9: Bahan Buangan
    • Unit 10: Gerhana
    • Unit 11: Buruj
    • Unit 12: Mesin
    • Soalan Berkemahiran
  • Galeri Aktiviti Semasa
  • Penulisan dan Laporan Amali
  • Pautan Rakan Seperjuangan
  • Hubungi Saya

unit 10: gerhana

KUIZ SAINS TAHUN 6 UNIT 10: GERHANA

6/7/2020

5 Comments

 
Picture
Salam perpaduan dan salam belajar Sains. 

Kuiz ini dihasilkan menggunakan Google Forms untuk menguji kefahaman Sains Tahun 6 Unit 10: Gerhana. 

Sumber daripada pelbagai buku rujukan dengan pengubahsuaian. 

20 soalan berserta dengan ulasan feedback sekiranya menjawab salah. 
​

Sijil penyertaan akan diberikan kepada murid yang berjaya menjawab betul 70% markah dan ke atas. 

​Sila klik pautan ini:
 https://forms.gle/vDk19zitsEhT31SF7 

Boleh kongsikan keputusan anda di sini juga..
​Selamat menjawab dan semoga berjaya!!
​

5 Comments

video pdpc sains tahun 6 unit 10: gerhana

11/2/2019

0 Comments

 
Salam sejahtera dan salam perpaduan Sains KKSR. Berikut disertakan beberapa video PdPc bagi Sains Tahun 6 Unit 10: Gerhana yang mengandungi 2 video:
​
  1. Gerhana Bulan
  2. Gerhana Matahari

Video-video ini dibangunkan oleh Learning Port Interactive yang boleh didapati pada laman Youtube.

​Selamat belajar! 
0 Comments

Lagu Parodi Sains Tahun 6 Unit 10: Gerhana

5/2/2018

0 Comments

 
Salam sejahtera dan Selamat belajar Sains. 

Umumnya, kaedah nyanyian merupakan salah satu cara yang popular untuk mempelajari Sains, terutamanya dalam kalangan murid sekolah rendah. Oleh itu, tidak hairanlah jikalau semakin banyak lagu parodi Sains telah dihasilkan oleh guru-guru Sains yang dedikasi dan berbakat untuk menggalakkan anak muridnya untuk membaca dan menyanyikan lagu Sains. Tindakan ini juga diharapkan dapat memupuk dan meningkatkan minat murid-murid dalam mata pelajaran Sains. 

Oleh itu, pada kali ini, penulis ingin mengongsikan beberapa lagu parodi Sains yang berkaitan dengan Sains Tahun 6 Unit 10: Gerhana.

Penulis ingin menegaskan di sini bahawa lagu-lagu berikut bukanlah dihasilkan oleh penulis, tetapi oleh guru-guru seperti pada kredit di bawah. Penulis hanyalah mengumpul dan mengepos semula untuk memudahkan guru-guru atau murid-murid untuk mencari dan mengulang kaji pelajaran. Selamat menyanyi!
​

Lagu 1: Oh Gerhana oleh Cikgu Halina

Sains Tahun 6
Unit 10: Gerhana
Tajuk Lagu: Oh Gerhana
Melodi: Hati-hati (Amira Othman)
Lirik: Cikgu Halina
 

Ajarku kisah gerhana
Bulan dan Matahari
Mahu pilih yang mana
Hati masih bertanya
Nanti, cikgu akan ajarnya
 
Gerhana Bulan jadi
Wakti malam hari
Bulan halang cahaya Matahari
Garhaha Bulan jadi
Bumi di tengah-tengah
Harap engkau mengerti
 
Lihat pada Bulan kala malam
Bayang-bayang Bumi ada situ
Dan kerna itu kan
Terjadilah Gerhana Oh Bulan
 
Lihat pula pada Matahari
Cahaya tak seperti yang selalu
Dan kali ini ku rasakan lebih gelap
Kerana Oh Gerhana
 
Gerhana Matahari terjadi
Matahari, Bulan dan Bumi
Bulan lindungi Bumi, dari terima cahaya
Lekas aku tahu jawabnya
 
Wahai kekasih hati jiwaku
Jangan kau terlupa
Gerhana Bulan dan Matahari
Ada dua fasa
Penuh… Separa…
 
Jagalah kau mata
Takutkan sakit nanti
Tak lihat terus
Pada Matahari
Jaga kau hati-hati

Picture

Lagu 2: Gerhana oleh Cikgu Aziah

Sains Tahun 6
Unit 10: Gerhana
Tajuk Lagu: Gerhana
Melodi: Kun Anta (Humood AlKhudher)
Lirik: Cikgu Sharifah Aziah

 
Suatu malam cahaya bulan yang terang
Cahaya sang purnama
Sungguh indahnya
 
Dan tiba-tiba ke mana menghilang cahaya
Suasana gelita
Bulan tiada
 
*Mana, mana kau purnama
Menjadi gerhana
Berjam lamanya
Dilindungi bumi
 
Mana mana kau purnama
Menjadi gerhana
Bumi lebih besar
Sebab itu lama
 
Cahaya bergerak lurus
Cahaya tidak dapat menembusi objek legap
Maka jadilah gerhana (Ulang X2)
Lalalalala… Gerhana… Lalalalala…
 
DI siang hari sinaran cahaya Mentari
Terang menerangi Bumi
Indah duniawi
 
Satu ketika bulan datang melindunginya
Kecerahannya berkurang
Suhu menurun
 
Mana pergi mentarinya
Hanya Nampak korona
2 minit sahaja
Memang tidak lama
 
Mana pergi mentarinya
Hanya nampak korona
Sekejap saja
Sebab bulan kecil
 
Cahaya bergerak lurus
Cahaya tidak dapat menembusi objek legap
Maka jadilah gerhana
 
Bumi Bulan Matahari
Berada di garis lurus
Cahaya tidak tembusi
 
Adapun gerhana
Dua jenisnya
Penuh separa.. kulihat
 
Jangan kau pandangnya
Terus ke mata
Nanti kesanannya
Merana
 
 
Guna alatnya untuk melihat
Dengan selamat, berhati
Sesungguhnya kita
Hamba padaNya
Bersyukurlah.. Nikmatnya..
 
Ulang *

Picture

Lagu 3: Kejadian Gerhana oleh Cikgu Tun Azlina

Sains Tahun 6
Unit 10: Gerhana
Tajuk Lagu: Kejadian Gerhana
Melodi:
Lirik: Cikgu Tun Azlina

 
Gerhana disebabkan oleh tiga faktor
Cahaya tidak boleh tembusi objek legap
Cahaya bergerak lurus dalam satu garis
Peredaran bulan mengelilingi bumi
 
Pabila bulan, bumi, matahari
Berada dalam satu baris
Gerhana bulan berlaku
Malam tiada bulan
15 hari bulan
 
Gerhana disebabkan oleh tiga faktor
Cahaya tidak boleh tembusi objek legap
Cahaya bergerak lurus dalam satu garis
Peredaran bulan mengelilingi bumi
 
Pabila bumi, bulan, matahari
Berada dalam satu baris
Gerhana matahari berlaku
Siang jadi gelap
1 hari bulan
 
Ingat kawan-kawanku janganlah lupa
tun_azlina_bt_lokman___riza_irina_bt_mohd_ramli_-_kejadian_gerhana.mp3
File Size: 3603 kb
File Type: mp3
Download File


​Senarai ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa sekiranya penulis terjumpa sesiapa guru Sains dedikasi yang telah menghasilkan lagu parodi untuk unit yang sama.

Sekiranya cikgu-cikgu terjumpa lagu parodi bagi unit yang sama tetapi tidak sempat dikemaskini oleh penulis, maka sudi-sudilah tinggalkan komen pada ruangan bawah supaya cikgu-cikgu lain tahu dan mendengarnya. 

Sekian, terima kasih. ​
​
0 Comments

RPH Sains Tahun 6 Unit 10: Gerhana

7/23/2017

0 Comments

 
​Salam perpaduan Sains KSSR. Berikut disertakan cadangan rancangan pengajaran harian (RPH) bagi Sains Tahun 6 Unit 10: Gerhana dalam bentuk PDF untuk perkongsian idea dalam kalangan guru. Semoga guru mendapat manfaat dan perbincangan bersama. ​
sn_t6_u10.pdf
File Size: 285 kb
File Type: pdf
Download File

​Sekiranya cikgu-cikgu ingin mendapatkan RPH unit ini dalam bentuk words, sudi-sudilah tinggalkan komen dan email untuk urusan seterusnya. ​Terima kasih.
​

​- KEMAS KINI -

Memandangkan semakin banyak cikgu yang meminta RPH unit ini dalam bentuk words dan penulis tidak mampu untuk membalas satu per satu, maka di sini disertakan RPH bagi Unit ini dalam bentuk words. 

Untuk mengelakkan font dan margin terlari, cikgu-cikgu juga diminta untuk memuat turun dan memasang font yang digunakan, iaitu  font Blokletters Viltstift. (Ini juga merupakan salah satu sebab mengapa penulis tidak memuat naik rph words pada asalnya). 

Sekiranya cikgu-cikgu memuat turunnya, maka mohon agar meninggalkan komen sekurang-kurangnya ucapan terima kasih pada ruangan di bawah. Terima kasih. 
​
blokletters-viltstift.ttf
File Size: 87 kb
File Type: ttf
Download File

sn_t6_u10_rph.docx
File Size: 29 kb
File Type: docx
Download File

0 Comments

Video Pengajaran Sains Tahun 6 Unit 10: Gerhana

5/29/2017

0 Comments

 
Salam perpaduan Sains KSSR. Berikut disertakan beberapa video mengenai pengajaran Tahun 6 Unit 3: Mikroorganisma yang mengandungi 2 video:
  1. Fenomena Gerhana Bulan dan Gerhana Matahari (Bahagian 1)
  2. Fenomena Gerhana Bulan dan Gerhana Matahari (Bahagian 2)
Video ini dibangunkan oleh EduNation Malaysia yang boleh didapati pada laman Youtube. 
​Selamat belajar! 
0 Comments

Nota Sains Tahun 6 Unit 10: Gerhana

4/13/2017

39 Comments

 
(A) Gerhana Bulan
  1. Gerhana ialah suatu fenomena apabila Bulan atau Matahari tidak kelihatan.
  2. Gerhana Bulan berlaku apabila Bumi berada di antara Matahari dan Bulan pada satu garis lurus.
  3. Gerhana Bulan berlaku pada waktu malam apabila Bulan berada pada fasa bulan purnama.
  4. Bumi menghalang cahaya Matahari daripada sampai ke Bulan. Jadi Bulan ditutupi oleh bayang-bayang Bumi.
  5. Apabila Bulan memasuki kawasan bayang-bayang Bumi yang lebih cerah (penumbra), Gerhana Bulan separa berlaku.
  6. Apabila Bulan memasuki kawasan bayang-bayang Bumi yang lebih gelap (umbra), Gerhana Bulan penuh berlaku.
 
(B) Gerhana Matahari
  1. Gerhana Matahari berlaku apabila Bulan berada di antara Matahari dan Bumi pada satu garis lurus.
  2. Bulan menghalang cahaya matahari daripada sampai ke Bumi. Jadi Bumi ditutupi oleh bayang-bayang Bulan.
  3. Gerhana Matahari berlaku pada waktu siang apabila Bulan berada dalam fasa anak bulan.
  4. Hanya kawasan yang dilindungi bayang-bayang gelap Bulan akan mengalami gerhana Matahari penuh.
  5. Semasa gerhana Matahari Penuh, keadaan akan menjadi gelap seperti waktu malam. Matahari kelihatan seperti cakera hitam yang dikelilingi gegelang cerah yang dipanggil korona.
  6. Kawasan yang dilindungi bayang-bayang Bulan yang lebih cerah akan mengalami gerhana Matahari Separa. 
​
Picture

Rujukan: 

Badan Pembangunan Kurikulum. (2015). Kurikulum Standard Sekolah Rendah: Dokumen Standard Kurikulum Dan Pentaksiran Sains Tahun 6. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Suwaibatullaslamiah binti Jalaludin, Jong, Tze Kian & Mohd Ramadhan bin Anwar. (2015). Sains Tahun 6 Sekolah Kebangsaan. Selangor Darul Ehsan: Dewan Bahasa dan Pustaka.
​ 
​ 
39 Comments

    Mengenai Penulis

    Seorang guru Sains sekolah rendah yang kini mengajar di SK Kampung Senau, Dalat, Sarawak.

    Archives

    June 2020
    November 2019
    May 2018
    July 2017
    May 2017
    April 2017

    Categories

    All
    Bumi Dan Sains Angkasa
    Sains Tahun 6

    RSS Feed

Powered by Create your own unique website with customizable templates.