Salam sejahtera dan Selamat belajar Sains. Umumnya, kaedah nyanyian merupakan salah satu cara yang popular untuk mempelajari Sains, terutamanya dalam kalangan murid sekolah rendah. Oleh itu, tidak hairanlah jikalau semakin banyak lagu parodi Sains telah dihasilkan oleh guru-guru Sains yang dedikasi dan berbakat untuk menggalakkan anak muridnya untuk membaca dan menyanyikan lagu Sains. Tindakan ini juga diharapkan dapat memupuk dan meningkatkan minat murid-murid dalam mata pelajaran Sains. Oleh itu, pada kali ini, penulis ingin mengongsikan beberapa lagu parodi Sains yang berkaitan dengan Sains Tahun 6 Unit 10: Gerhana. Penulis ingin menegaskan di sini bahawa lagu-lagu berikut bukanlah dihasilkan oleh penulis, tetapi oleh guru-guru seperti pada kredit di bawah. Penulis hanyalah mengumpul dan mengepos semula untuk memudahkan guru-guru atau murid-murid untuk mencari dan mengulang kaji pelajaran. Selamat menyanyi! Lagu 1: Oh Gerhana oleh Cikgu HalinaSains Tahun 6 Unit 10: Gerhana Tajuk Lagu: Oh Gerhana Melodi: Hati-hati (Amira Othman) Lirik: Cikgu Halina Ajarku kisah gerhana Bulan dan Matahari Mahu pilih yang mana Hati masih bertanya Nanti, cikgu akan ajarnya Gerhana Bulan jadi Wakti malam hari Bulan halang cahaya Matahari Garhaha Bulan jadi Bumi di tengah-tengah Harap engkau mengerti Lihat pada Bulan kala malam Bayang-bayang Bumi ada situ Dan kerna itu kan Terjadilah Gerhana Oh Bulan Lihat pula pada Matahari Cahaya tak seperti yang selalu Dan kali ini ku rasakan lebih gelap Kerana Oh Gerhana Gerhana Matahari terjadi Matahari, Bulan dan Bumi Bulan lindungi Bumi, dari terima cahaya Lekas aku tahu jawabnya Wahai kekasih hati jiwaku Jangan kau terlupa Gerhana Bulan dan Matahari Ada dua fasa Penuh… Separa… Jagalah kau mata Takutkan sakit nanti Tak lihat terus Pada Matahari Jaga kau hati-hati Lagu 2: Gerhana oleh Cikgu AziahSains Tahun 6 Unit 10: Gerhana Tajuk Lagu: Gerhana Melodi: Kun Anta (Humood AlKhudher) Lirik: Cikgu Sharifah Aziah Suatu malam cahaya bulan yang terang Cahaya sang purnama Sungguh indahnya Dan tiba-tiba ke mana menghilang cahaya Suasana gelita Bulan tiada *Mana, mana kau purnama Menjadi gerhana Berjam lamanya Dilindungi bumi Mana mana kau purnama Menjadi gerhana Bumi lebih besar Sebab itu lama Cahaya bergerak lurus Cahaya tidak dapat menembusi objek legap Maka jadilah gerhana (Ulang X2) Lalalalala… Gerhana… Lalalalala… DI siang hari sinaran cahaya Mentari Terang menerangi Bumi Indah duniawi Satu ketika bulan datang melindunginya Kecerahannya berkurang Suhu menurun Mana pergi mentarinya Hanya Nampak korona 2 minit sahaja Memang tidak lama Mana pergi mentarinya Hanya nampak korona Sekejap saja Sebab bulan kecil Cahaya bergerak lurus Cahaya tidak dapat menembusi objek legap Maka jadilah gerhana Bumi Bulan Matahari Berada di garis lurus Cahaya tidak tembusi Adapun gerhana Dua jenisnya Penuh separa.. kulihat Jangan kau pandangnya Terus ke mata Nanti kesanannya Merana Guna alatnya untuk melihat Dengan selamat, berhati Sesungguhnya kita Hamba padaNya Bersyukurlah.. Nikmatnya.. Ulang * Lagu 3: Kejadian Gerhana oleh Cikgu Tun AzlinaSains Tahun 6 Unit 10: Gerhana Tajuk Lagu: Kejadian Gerhana Melodi: Lirik: Cikgu Tun Azlina Gerhana disebabkan oleh tiga faktor Cahaya tidak boleh tembusi objek legap Cahaya bergerak lurus dalam satu garis Peredaran bulan mengelilingi bumi Pabila bulan, bumi, matahari Berada dalam satu baris Gerhana bulan berlaku Malam tiada bulan 15 hari bulan Gerhana disebabkan oleh tiga faktor Cahaya tidak boleh tembusi objek legap Cahaya bergerak lurus dalam satu garis Peredaran bulan mengelilingi bumi Pabila bumi, bulan, matahari Berada dalam satu baris Gerhana matahari berlaku Siang jadi gelap 1 hari bulan Ingat kawan-kawanku janganlah lupa ![]()
Senarai ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa sekiranya penulis terjumpa sesiapa guru Sains dedikasi yang telah menghasilkan lagu parodi untuk unit yang sama. Sekiranya cikgu-cikgu terjumpa lagu parodi bagi unit yang sama tetapi tidak sempat dikemaskini oleh penulis, maka sudi-sudilah tinggalkan komen pada ruangan bawah supaya cikgu-cikgu lain tahu dan mendengarnya. Sekian, terima kasih.
0 Comments
|
Mengenai PenulisSeorang guru Sains sekolah rendah yang kini mengajar di SK Kampung Senau, Dalat, Sarawak. Archives
June 2020
Categories |