Salam sejahtera dan Selamat belajar Sains. Umumnya, kaedah nyanyian merupakan salah satu cara yang popular untuk mempelajari Sains, terutamanya dalam kalangan murid sekolah rendah. Oleh itu, tidak hairanlah jikalau semakin banyak lagu parodi Sains telah dihasilkan oleh guru-guru Sains yang dedikasi dan berbakat untuk menggalakkan anak muridnya untuk membaca dan menyanyikan lagu Sains. Tindakan ini juga diharapkan dapat memupuk dan meningkatkan minat murid-murid dalam mata pelajaran Sains. Oleh itu, pada kali ini, penulis ingin mengongsikan beberapa lagu parodi Sains yang berkaitan dengan Sains Tahun 5 Unit 10: Asid dan Alkali. Penulis ingin menegaskan di sini bahawa lagu-lagu berikut bukanlah dihasilkan oleh penulis, tetapi oleh guru-guru seperti pada kredit di bawah. Penulis hanyalah mengumpul dan mengepos semula untuk memudahkan guru-guru atau murid-murid untuk mencari dan mengulang kaji pelajaran. Selamat menyanyi! Lagu 1: Sifat Kimia Bahan oleh Cikgu AziahSains Tahun 5 Unit 10: Asid dan alkali Tajuk Lagu: Sifat kimia Bahan Melodi: Hadirlah Mustika (Spin) Lirik: Cikgu Sharifah Aziah Sifat kimia bahan Asid dan alkali Boleh kenalpasti dengan du acara Rasa dengan lidah, uji kertas litmus Lihat perubahan warna yang berlaku X2 Bahan berasid rasanya masam Biru berubah jadi merah Air kelapa, lemon dan cuka Belimbing besi, manggis dan manga Bahan beralkali pahit rasanya Merah berubah jadi biru Ada rasa licin bila disentuh Sabun dan syampu Bahan neutral pula Rasanya manis, masin ataupun rasa tawar Celup kertas litmus tidak berubah Kekal warnanya Gula, garam, air suling dan marjerin, susu segar Tepung gandum dan tembikai Itu dia asid alkali dan neutral Itulah sifat kimia bahan Lagu 2: Sifat Kimia Bahan oleh Cikgu Tun AzlinaSains Tahun 5 Unit 10: Asid dan alkali Tajuk Lagu: Sifat kimia Bahan Melodi: Lirik: Cikgu Tun Azlina Hit, sam, sin, nis, war, Itulah rasa bahan Acidic, alkali, neutral sifat kimia bahan Bahan yang berasid rasanya masam Menukar kertas litmus Biru menjadi Merah Bahan yang beralkali rasanya pahit Menukar kertas litmus Merah menjadi Biru Masin, manis dan tawar Punyai sifat neutral Tidak menukarkan warna kertas litmus Masin dan juga masam Adalah konduktor Mentol akan menyala Bila litar lengkap Asidic alkali, neutral Sifat kimia bahan ![]()
Senarai ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa sekiranya penulis terjumpa sesiapa guru Sains dedikasi yang telah menghasilkan lagu parodi untuk unit yang sama. Sekiranya cikgu-cikgu terjumpa lagu parodi bagi unit yang sama tetapi tidak sempat dikemaskini oleh penulis, maka sudi-sudilah tinggalkan komen pada ruangan bawah supaya cikgu-cikgu lain tahu dan mendengarnya. Sekian, terima kasih.
0 Comments
Leave a Reply. |
Mengenai PenulisSeorang guru Sains sekolah rendah yang kini mengajar di SK Kampung Senau, Dalat, Sarawak. Archives
June 2020
Categories |