Chang Tun Kuet
  • Mengenai Penulis
  • Sains Tahun 3 (KSSR Semakan)
    • Unit 1 Kemahiran Saintifik
    • Unit 2 Peraturan Bilik Sains
    • Unit 3 Manusia
    • Unit 4 Haiwan
    • Unit 5 Tumbuh-Tumbuhan
    • Unit 6 Pengukuran
    • Unit 7 Ketumpatan
    • Unit 8 Asid dan Alkali
    • Unit 9 Sistem Suria
    • Unit 10 Mesin Ringkas
    • Magnet (DST T3)
    • Penyerapan (DST T3)
    • Tanah (DST T3)
  • Sains Tahun 4 (Semakan 2017)
    • Unit 1: Kemahiran Saintifik
    • Unit 2: Manusia
    • Unit 3: Haiwan
    • Unit 4: Tumbuhan
    • Unit 5: Sifat Cahaya
    • Unit 6: Bunyi
    • Unit 7: Tenaga
    • Unit 8: Bahan
    • Unit 9: Bumi
    • Unit 10: Mesin
  • SAINS TAHUN 5 (SEMAKAN)
    • UNIT 1: KEMAHIRAN SAINTIFIK
    • UNIT 2: MANUSIA
    • UNIT 3: HAIWAN
    • UNIT 4: TUMBUH-TUMBUHAN
    • UNIT 5: ELEKTRIK
    • UNIT 6: HABA
    • UNIT 7: PENGARATAN
    • UNIT 8: JIRIM
    • UNIT 9: FASA BULAN DAN BURUJ
    • UNIT 10: MESIN
  • SAINS TAHUN 6 (SEMAKAN)
    • UNIT 1: KEMAHIRAN SAINTIFIK
    • UNIT 2: MANUSIA
    • UNIT 3: MIKROORGANISMA
    • UNIT 4: INTERAKSI ANTARA HIDUPAN
    • UNIT 5: PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN
    • UNIT 6: DAYA
    • UNIT 7: KELAJUAN
    • UNIT 8: TEKNOLOGI PENGAWETAN MAKANAN
    • UNIT 9: BAHAN BUANGAN
    • UNIT 10: GERHANA
    • UNIT 11: GALAKSI
    • UNIT 12: KESTABILAN DAN KEKUATAN
    • UNIT 13: TEKNOLOGI
  • Sains Tahun 4
    • Unit 1: Kemahiran Saintifik
    • Unit 2: Peraturan Bilik Sains
    • Unit 3: Proses Hidup Manusia
    • Unit 4: Proses Hidup Haiwan
    • Unit 5: Proses Hidup Tumbuhan
    • Unit 6: Pengukuran
    • Unit 7: Sifat Bahan
    • Unit 8: Pengaratan
    • Unit 9: Sistem Suria
    • Unit 10: Teknologi
  • Sains Tahun 5
    • Unit 1: Kemahiran Saintifik
    • Unit 2: Peraturan Bilik Sains
    • Unit 3: Proses Hidup Haiwan
    • Unit 4: Proses Hidup Tumbuhan
    • Unit 5: Tenaga
    • Unit 6: Sifat Cahaya
    • Unit 7: Elektrik
    • Unit 8: Haba
    • Unit 9: Jirim
    • Unit 10: Asid dan Alkali
    • Unit 11: Bumi, Bulan dan Matahari
    • Unit 12: Teknologi
  • Sains Tahun 6
    • Unit 1: Kemahiran Saintifik
    • Unit 2: Peraturan Bilik Sains
    • Unit 3: Mikroorganisma
    • Unit 4: Interaksi Antara Hidupan
    • Unit 5: Pemeliharaan dan Pemuliharaan
    • Unit 6: Daya
    • Unit 7: Kelajuan
    • Unit 8: Pengawetan Makanan
    • Unit 9: Bahan Buangan
    • Unit 10: Gerhana
    • Unit 11: Buruj
    • Unit 12: Mesin
    • Soalan Berkemahiran
  • Galeri Aktiviti Semasa
  • Penulisan dan Laporan Amali
  • Pautan Rakan Seperjuangan
  • Hubungi Saya
  • Mengenai Penulis
  • Sains Tahun 3 (KSSR Semakan)
    • Unit 1 Kemahiran Saintifik
    • Unit 2 Peraturan Bilik Sains
    • Unit 3 Manusia
    • Unit 4 Haiwan
    • Unit 5 Tumbuh-Tumbuhan
    • Unit 6 Pengukuran
    • Unit 7 Ketumpatan
    • Unit 8 Asid dan Alkali
    • Unit 9 Sistem Suria
    • Unit 10 Mesin Ringkas
    • Magnet (DST T3)
    • Penyerapan (DST T3)
    • Tanah (DST T3)
  • Sains Tahun 4 (Semakan 2017)
    • Unit 1: Kemahiran Saintifik
    • Unit 2: Manusia
    • Unit 3: Haiwan
    • Unit 4: Tumbuhan
    • Unit 5: Sifat Cahaya
    • Unit 6: Bunyi
    • Unit 7: Tenaga
    • Unit 8: Bahan
    • Unit 9: Bumi
    • Unit 10: Mesin
  • SAINS TAHUN 5 (SEMAKAN)
    • UNIT 1: KEMAHIRAN SAINTIFIK
    • UNIT 2: MANUSIA
    • UNIT 3: HAIWAN
    • UNIT 4: TUMBUH-TUMBUHAN
    • UNIT 5: ELEKTRIK
    • UNIT 6: HABA
    • UNIT 7: PENGARATAN
    • UNIT 8: JIRIM
    • UNIT 9: FASA BULAN DAN BURUJ
    • UNIT 10: MESIN
  • SAINS TAHUN 6 (SEMAKAN)
    • UNIT 1: KEMAHIRAN SAINTIFIK
    • UNIT 2: MANUSIA
    • UNIT 3: MIKROORGANISMA
    • UNIT 4: INTERAKSI ANTARA HIDUPAN
    • UNIT 5: PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN
    • UNIT 6: DAYA
    • UNIT 7: KELAJUAN
    • UNIT 8: TEKNOLOGI PENGAWETAN MAKANAN
    • UNIT 9: BAHAN BUANGAN
    • UNIT 10: GERHANA
    • UNIT 11: GALAKSI
    • UNIT 12: KESTABILAN DAN KEKUATAN
    • UNIT 13: TEKNOLOGI
  • Sains Tahun 4
    • Unit 1: Kemahiran Saintifik
    • Unit 2: Peraturan Bilik Sains
    • Unit 3: Proses Hidup Manusia
    • Unit 4: Proses Hidup Haiwan
    • Unit 5: Proses Hidup Tumbuhan
    • Unit 6: Pengukuran
    • Unit 7: Sifat Bahan
    • Unit 8: Pengaratan
    • Unit 9: Sistem Suria
    • Unit 10: Teknologi
  • Sains Tahun 5
    • Unit 1: Kemahiran Saintifik
    • Unit 2: Peraturan Bilik Sains
    • Unit 3: Proses Hidup Haiwan
    • Unit 4: Proses Hidup Tumbuhan
    • Unit 5: Tenaga
    • Unit 6: Sifat Cahaya
    • Unit 7: Elektrik
    • Unit 8: Haba
    • Unit 9: Jirim
    • Unit 10: Asid dan Alkali
    • Unit 11: Bumi, Bulan dan Matahari
    • Unit 12: Teknologi
  • Sains Tahun 6
    • Unit 1: Kemahiran Saintifik
    • Unit 2: Peraturan Bilik Sains
    • Unit 3: Mikroorganisma
    • Unit 4: Interaksi Antara Hidupan
    • Unit 5: Pemeliharaan dan Pemuliharaan
    • Unit 6: Daya
    • Unit 7: Kelajuan
    • Unit 8: Pengawetan Makanan
    • Unit 9: Bahan Buangan
    • Unit 10: Gerhana
    • Unit 11: Buruj
    • Unit 12: Mesin
    • Soalan Berkemahiran
  • Galeri Aktiviti Semasa
  • Penulisan dan Laporan Amali
  • Pautan Rakan Seperjuangan
  • Hubungi Saya

unit 1: kemahiran saintifik

RPH Sains Tahun 4 Unit 1: Kemahiran Saintifik

5/30/2017

1 Comment

 
Salam perpaduan Sains KSSR. Berikut disertakan cadangan rancangan pengajaran harian (RPH) bagi Sains Tahun 4 Unit 1: Kemahiran Saintifik dalam bentuk PDF untuk perkongsian idea dalam kalangan guru. Semoga guru mendapat manfaat dan perbincangan bersama. 
rph_sn_t4_u1.pdf
File Size: 315 kb
File Type: pdf
Download File

Sekiranya cikgu-cikgu ingin mendapatkan RPH unit ini dalam bentuk words, sudi-sudilah tinggalkan komen dan email untuk urusan seterusnya. ​Terima kasih. 
​

- KEMAS KINI -

Memandangkan semakin banyak cikgu yang meminta RPH unit ini dalam bentuk words dan penulis tidak mampu untuk membalas satu per satu, maka di sini disertakan RPH bagi Unit ini dalam bentuk words. 

Untuk mengelakkan font dan margin terlari, cikgu-cikgu juga diminta untuk memuat turun dan memasang font yang digunakan, iaitu  font Blokletters Viltstift. (Ini juga merupakan salah satu sebab mengapa penulis tidak memuat naik rph words pada asalnya). 

Sekiranya cikgu-cikgu memuat turunnya, maka mohon agar meninggalkan komen sekurang-kurangnya ucapan terima kasih pada ruangan di bawah. Terima kasih. 
blokletters-viltstift.ttf
File Size: 87 kb
File Type: ttf
Download File

sn_t4_u1_rph.docx
File Size: 41 kb
File Type: docx
Download File

1 Comment

Video Pengajaran Tahun 4 Unit 1: Kemahiran Saintifik

5/29/2017

0 Comments

 
Salam perpaduan Sains KSSR. Berikut disertakan beberapa video mengenai pengajaran Tahun 4 Unit 1: Kemahiran Saintifik yang merangkumi 2 bahagian, iaitu kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif. Video ini dibangunkan oleh EduNation Malaysia yang boleh didapati pada laman Youtube. Selamat belajar! 
0 Comments

Nota Unit 1: Kemahiran Saintifik

3/24/2017

3 Comments

 
Pengenalan
  1. Kemahiran Saintifik merupakan kemahiran yang diamalkan semasa menjalankan eksperimen atau penyiasatan.
  2. Kemahiran Saintifik terdiri daripada kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif.
 
Kemahiran Proses Sains
  1. Kemahiran Proses Sains membolehkan kamu mempersoalkan tentang sesuatu perkara dan mencari jawapan secara sistematik.
  2. Terdapat 12 kemahiran Proses Sains, iaitu 7 kemahiran asas dan 5 kemahiran bersepadu.
  3. 7 Kemahiran Proses Sains Asas:
    1. Memerhati: Menggunakan deria penglihatan, pendengaran, rasa, bau, atau sentuhan untuk mengumpul maklumat tentang objek dan fenomena.
    2. Mengelas: Mengasing dan mengumpulkan objek atau fenomena berdasarkan ciri yang sama.
    3. Mengukur dan menggunakan nombor: Membuat pemerhatian secara kuantitatif dengan menggunakan nombor, alat piawai atau alat yang diseragamkan.
    4. Membuat inferens: Membuat kesimpulan awal yang munasabah, yang mungkin benar atau tidak benar untuk menerangkan sesuatu peristiwa atau pemerhatian.
    5. Meramal: Membuat jangkaan tentang sesuatu peristiwa berdasarkan pemerhatian dan pengalaman yang lalu atau berdasarkan data.
    6. Berkomunikasi: Menerima, memilih, menyusun dan mempersembahkan maklumat atau idea dalam bentuk tulisan, lisan, jadual, graf, rajah atau model.
    7. Menggunakan perhubungan ruang dan masa: Memerihalkan perubahan seperti lokasi, arah, bentuk, saiz, isi padu, berat dan jisim mengikut masa.
  4. 5 Kemahiran Proses Sains Bersepadu:
    1. Mentafsir data: Memberi penerangan yang rasional tentang objek, peristiwa atau pola daripada data yang dikumpulkan.
    2. Mendefinisi secara operasi: Memberi tafsiran tentang sesuatu konsep atau keadaan dengan menyatakan perkara yang dilakukan dan diperhatikan.
    3. Mengawal pemboleh ubah: Mengenal pasti pemboleh ubah dimanipulasilkan (apa yang diubah/ ditukar), pemboleh ubah bergerak balas (apa yang diperhati/ diukur) dan pemboleh ubah yang dimalarkan (apa yang ditetapkan/ sama sahaja sepanjang eksperimen).
    4. Membuat hipotesis: Membuat suatu pernyataan umum tentang hubungan antara pemboleh ubah yang difikirkan benar bagi menerangkan sesuatu perkara atau peristiwa. Pernyataan ini boleh diuji untuk menentukan kesahihannya.
    5. Mengeksperimen: Merancang dan menjalankan penyiasatan untuk menguji sesuatu hipotesis, mengumpul data, mentafsirkan data, sehingga mendapat rumusan daripada penyiasatan itu.
  5. Eksperimen perlu mengikuti langkah-langkah berikut supaya pernyataan masalah boleh diselesaikan.
  6. Senarai Semak mengeksperimen:
    1. Mengenal pasti masalah
    2. Membuat hipotesis
    3. Merancang eksperimen
      1. Mengawal pemboleh ubah
      2. Menentukan peralatan dan bahan yang diperlukan
      3. Menentukan langkah-langkah menjalankan eksperimen
      4. Menentukan kaedah mengumpul data
      5. Menentukan kaedah menganalisis data
    4. Melakukan eksperimen – lakukan eksperimen mengikut langkah yang dirancang
    5. Mengumpul data
    6. Menganalisis data
    7. Mentafsirkan data
    8. Membuat kesimpulan – Menyatakan kesimpulan yang diperoleh darpada eksperimen yang dijalankan
    9. Membuat pelaporan

​Kemahiran Manipulatif
  1. Kemahiran manipulatif sains perlu diamalkan ketika suatu eksperimen atau penyiasatan.
  2. Terdapat 5 kemahiran manipulatif:
    1. Menggunakan dan mengendalikan peralatan dan bahan dengan betul.
    2. Melakar spesimen, peralatan dan bahan sains dengan tepat.
    3. Mengendalikan spesimen dengan betul dan cermat.
    4. Menyimpan peralatan dan bahan sains dengan betul dan selamat.
    5. Membersihkan peralatan sains dengan cara yang betul.
  3. Kemahiran manipulatif Sains penting supaya:
    1. Hasil pernyiasatan yang diperoleh jelas dan tepat.
    2. Pengurusan alatan dan bahan menjadi lebih sistematik. 

Picture
Rujukan: 

Badan Pembangunan Kurikulum. (2013). Kurikulum Standard Sekolah Rendah: Dokumen Standard Kurikulum Dan Pentaksiran Sains Tahun 4. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Sopia binti Md. Yassin, Asselawati Binti Md. Shah & Amir Hamzah Bin Suleiman. (2013). Sains Tahun 4 Sekolah Kebangsaan. Selangor Darul Ehsan: Dewan Bahasa dan Pustaka.


3 Comments

    Mengenai Penulis

    Seorang guru Sains sekolah rendah yang kini mengajar di SK Kampung Senau, Dalat, Sarawak.

    Archives

    May 2017
    March 2017

    Categories

    All
    Pengenalan Kepada Sains
    Sains Tahun 4

    RSS Feed

Powered by Create your own unique website with customizable templates.